You are on page 1of 7

FOLIO PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARA AN
Alat Permainan Tradisional(Gasing)
Tajuk:

oleh;muhammad amirul b. Hairuddin 5ea

GASING WARISAN MELAYU


Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

JENIS-JENIS GASING
1. Gasing toyol 2. Gasing begelen 3. Gasing berembang 4. Gasing buku benang 5. Gasing jantung 6. Gasing kelamar 7. Gasing kepala duri 8. Gasing kuno

9. Gasing lang laut 10. Gasing leper 11. Gasing leper Kelantan 12. Gasing pacitan 13. Gasing pangkah 14. Gasing piring 15. Gasing pinang 16. Gasing tanjung 17. Gasing telor 18. Gasing Cina 19. Gasing Melayu 20. Gasing uri

CARA BERMAIN GASING


Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.

CARA MELILIT TALI


Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter(cm) untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

CARA MELILIT GASING


Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit di sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji di bahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

CARA MENGANGKAT GASING


sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari

liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan.Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang

GASING TOYOL
Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau

Gasing begelen
Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm.

Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja

Gasing berembang
Gasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia.[1] Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin.[2]

Gasing buku benang


Gasing Buku Benang merupakan sejenis gasing yang dihasilkan daripada buku benang yang tidak lagi digunakan. Gasing ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang menghasilkannya sendiri daripada bekas buku benang. Untuk menghasilkan gasing buku benang, buku benang (bahagian tengah dalam gelendung benang, dahulunya dihasilkan daripada kayu) yang telah habis digunakan akan di ambil. Buku benang tersebut kemudiannya akan dipotong di bahagian tengahnya sama tinggi secara menegak. Oleh itu, setiap buku benang boleh menghasilkan dua gasing.

Gasing Kuno
Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor. Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki

daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang. Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing lang laut

Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.

You might also like