You are on page 1of 2

ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Terdapat beberapa faktor pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah asap kenderaan. Fakta menunjukkan bahawa asap kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. Setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuannya dihasilkan daripada bahan api fosil yang menyebabkan berlakunya bunyi bising serta pencemaran udara yang sering berlaku

Selain itu, sampah sarap juga merupakan faktor pencemaran alam sekitar. Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah setinggan. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju. terbuka. Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah menyebabkan berlaku pencemaran bau.Ini menyebabkan keadaan penduduk kurang keselesaan kerana terdapat bau yang kurang menyenangkan. Bau yang busuk dan menjijikan menyukarkan pernafasan. Udara tercemar dapat mengganggu aktiviti harian penduduk.

Kesan berlakunya pencemaran alam sekitar ialah jerebu. Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan penduduk dan juga asap pembakaran yang dihasilkan melalui pembakaran terbuka oleh penduduk di Bandar Putra adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami oleh masyarakat setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk

bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. Selain itu, Pembuangan sampah sarap boleh menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit.Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman, Tikus, lipas. lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.Bahkan ini boleh menjejaskan pelbagai kegiatan di kawasan perumahan terutama aktiviti kemasyarakatan yang sering dijalan di kawasan riadah kerana takut penyakit ini semakin menular terutama pembiakan nyamuk aedes.kebiasaanya di kawasan riadah lah yang paling banyak berlakunya pembuangan sampah kerana pelbagai aktiviti dijalankan disana. Cara memulihara alam sekitar daripada tercemar adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Bagi mengurangkan pencemaran udara pihak kerajaan perlulah menguat kuasakan undang-undang dengan mengenakan tindakan ke atas mereka yang melakukan pembakaran sampah secara terbuka.Tindakan denda sama ada penjara atau melalui pembayaran supaya persekitaran kita di jamin baik.Bahkan dengan pengurangan penggunaan Bahan seperti karbon monoksida dan hirokarbon merupakan langkah sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan.Ini dapat membantu pengurangan asap yg menjejaskan pernafasan kita. Selain itu, Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Dengan ini, penduduk yang hendak ke sekolah dan pergi bekerja tidak lagi mengalami masalah penglihatan pada waktu pagi akibat jerebu kerana dengan menggunakan petrol tanpa plumbum ini dapat mengurangkan kandungan pelepasan asap kenderaan dan seterusnya mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku pada waktu pagi dan dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah memusnahkan alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan. Dengan ini semua pihak perlu berusaha seperti rajin dan gigih serta bekerjasama seperti melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menghindarkan pelbagai penyakit dan pencemaran berlaku.

You might also like