You are on page 1of 19

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK PENGURUSAN FAIL TERPERINGKAT, CARA MENYIMPAN DAN TATACARA MEMBAWA KELUAR

DISEDIAKAN OLEH EN. MOHD KHIR BIN ABD HAMID SJK(C) HAU LIM, SUNGAI BALANG, MUAR.

ISI KANDUNGAN BIL. 1 2 Pengenalan Jenis-jenis Dokumen 2.1. Dokumen Terperingkat 2.2. Dokumen Tidak Terperingkat 3 4 Peringkat Keselamatan Tafsiran Peringkat Keselamatan 4.1. Rahsia Besar 4.2. Rahsia 4.3. Sulit 4.4. Terhad 5 6 7 Label Keselamatan Pengurusan Dokumen Terperingkat Penyimpanan Dokumen Teringkat 7.1. Fail Rahsia Besar dan Rahsia 7.2. Fail Sulit dan Terhad 8 Pergerakan Dokumen Teringkat 8.1. Penghantaran Dokumen Terperingkat 8.2. Membawa Dokumen Terperingkat Keluar Pejabat 9 10 Perlupusan Dokumen Terperingkat Penutup KANDUNGAN MUKA SURAT

11

Bibliografi

1.0.

Pengenalan

Keselamatan dokumen boleh diertikan sebagai suatu usaha memberi perlindungan terhadap surat-surat terperingkat dari dapat diketahui atau dilihat oleh golongan yang tidak berhak mengetahui atau melihatnya. Usaha ini juga meliputi aspek pencegahan daripada sebarang kebocoran maklumat kerajaan. Segala langkah yang diambil ini hendaklah berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku Arahan Keselamatan Kerajaan. Matlamat keselamatan dokumen adalah untuk mencegah atau menghalang pengintip-pengintip rahsia yang memperolehi kebenaran mengakses dokumen. Langkah ini juga adalah bagi membantu penyiasatan dalam kes-kes pengintipan, pembocoran dan pelanggaran peruntukan-peruntukan keselamatan. Manakala, dokumen rasmi pula dapat diertikan sebagai semua jenis maklumat yang tercatat berkenaan perkara-perkara rasmi. Contoh perkara rasmi yang dimaksudkan antaranya ialah perkara-perkara bertulis, bertaip, disalin, berstensil, bercetak serta draf dan buangan dari perkara terbabit. Dokumen rasmi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu dokumen terperingkat dan dokumen tidak terperingkat. Oleh itu, tugasan ini akan membahaskan berkaitan dokumen dan perkara terperingkat dari aspek pengurusan, penyimpanan serta prosedur membawanya keluar pejabat dengan berpaksikan kepada aspek keselamatan sepertimana yang telah diperuntukkan.

2.0.

Jenis-jenis Dokumen

Dokumen-dokumen yang terdapat dalam sesebuah jabatan atau agensi kerajaan dapat dibahagikan kepada dua jenis mengikut tahap peringkat keselamatannya, iaitu dokumen terperingkat dan dokumen tidak terperingkat. i. Dokumen Terperingkat Dokumen terperingkat bermaksud dokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk kepentingan dan keselamatannya. Dokumen ini hendaklah dilabel dengan sesuatu peringkat keselamatan tertentu mengikut peruntukan yang sedang berkuat- kuasa dari semasa ke semasa.

ii.

Dokumen Tidak Terperingkat Manakala dokumen tidak terperingkat pula bererti dokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi, namun tidak berlabel dengan sesuatu peringkat keselamatan. Meskipun demikian, dokumen-dokumen ini perlu diberi perlindungan keselamatan secukupnya memandangkan ia

sebahagian daripada aset kerajaan.

3.0.

Peringkat Keselamatan Perkara-perkara terperingkat mestilah diperingkatkan dengan salah satu tahap keselamatan. Pengklasifikasian perkara terperingkat berkenaan dilakukan dengan mengelaskannya kepada salah satu daripada peringkat-peringkat berikut:

i. ii. iii. iv. v.

Rahsia Besar Rahsia Sulit Terhad Terbuka Asas bagi pemeringkatan keselamatan sesebuah dokumen adalah

dengan berdasarkan kandungan serta maklumat yang terdapat di dalamnya. Peringkat bagi seseuatu dokumen tidak semestinya bergantung kepada perkara utama atau perkara yang berkaitan. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan ketua jabatan atau pegawai yang diamanahkan memantau tahap keselamatan sesebuah dokumen untuk

mengelaskan surat, mahupun dokumen yang diterima atau diwujudkan mengikut tahap keselamatan yang betul sepertimana yang telah ditetapkan melalui pekeliling arahan keselamatan.

4.0.

Tafsiran Peringkat Keselamatan i. Rahsia Besar Rahsia besar meliputi dokumen, maklumat dan bahan rasmi kerajaan yang berkaitan dengan dasar-dasar utama negara. Ia juga meliputi dokumen rahsia yang masih dalam proses perancangan. Sekiranya dokumen-dokumen berkenaan didedahkan tanpa kebenaran sama ada secara lansung ataupun tidak langsung akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada negara. Ia juga boleh mendedahkan negara

kepada ancaman keselamatan kuasa luar yang mempunyai kepentingan terhadap negara. Dokumen rahsia besar hanya untuk kegunaan seseorang atau pegawai tertentu semasa menjalankan tugas-tugas rasmi sahaja.

Terdapat pelbagai dokumen rahsia besar yang perlu diberi perlindungan keselamatan. Antaranya seperti: a) Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar-dasar utama kerajaan berkaitan perkara politik dan ekonomi. b) Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai

perancangan gerakan dan penempatan barisa peperangan angkatan tentera jika berlaku peperangan. c) Surat-surat dengan negara asing mengenai aspek hubungan perdagangan dan pertahanan yang amat penting. d) Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan-pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah-kaedahnya. Dokumen yang diperingkatkan sebagai rahsia besar ini akan dimuatkan ke dalam satu fail berwarna kuning dan berpalang ( X )

berwarna merah memenuhi muka hadapan dan belakang fail. Memandangkan dokumen yang terkandung dalam fail rahsia besar ini amat penting, maka keselematannya hendaklah dipastikan daripada dapat diakses oleh pihak-pihak yang tidak berhak melihat atau membukanya. Pendaftar rahsia bertanggungjawab sepenuhnya kepada

ketua jabatan mengenai keselamatan pendaftaran rahsia termasuk penyimpanan fail rahsia besar berkenaan.

ii.

Rahsia Urusan berkaitan dengan program pembangunan kerajaan dianggap sebagai maklumat berperingkat Rahsia. Fail rahsia mengandungi dokumen, maklumat dan bahan rasmi kerajaan. Sekiranya dokumen berkenaan didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara. Selain itu, pendedahannya juga akan menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepasa sesebuah kuasa asing. Dokumen peringkat rahsia disimpan di dalam fail yang berwarna merah jambu dan berpalang ( X ) merah memenuhi kulit hadapan dan belakang fail. Contoh-contoh dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia adalah sepertimana berikut: a) Arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dengan negara asing. b) Maklumat-maklumat penting berkaitan aktiviti subversif dan pelampau serta kegiatan-kegiatannya. c) Maklumat-maklumat penting berkaitan pemasangan angkatan tentera.

d) Surat-menyurat antara jabatan mengenai perkara-perkara dasar yang penting. Dokumen rahsia mestilah dilindungi daripada sebarang aktiviti mensabotaj. Pengeluaran tanpa kebenaran atau tanpa mendapat kelulusan pihak pendaftar rahsia seperti kegiatan memperoleh dokumen terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah di sisi undang-undang akan memudaratkan keselamatan dan keselamatan negara kita.

iii.

Sulit Urusan yang berkaitan dengan sesuatu keputusan kerajaan dianggap sulit walaupun telah diumumkan oleh seseorang menteri. Keputusan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan tatakelakuan awam juga dimasukkan dalam peringkat sulit kerajaan. Selain itu, dokumen yang dikategorikan sebagai sulit terdiri daripada dokumen, maklumat dan bahan rasmi kerajaan. Sekiranya dokumen berkenaan didedahkan tanpa kebenaran, walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi

memudaratkan kepentingan Malaysia atau kegiatan kerajaan. Selain itu, pendedahannya juga akan memudaratkan individu tertentu atau akan menyebabkan keadaan memalukan serta kesusahan kepada pentadbiran kerajaan seterusnya, memberi keuntungan besar kepada kuasa asing. Antara dokumen yang dimasukkan dalam fail sulit ini ialah seperti mana berikut:

a) Sesuatu keputusan kerajaan. b) Laporan-laporan perisikan biasa. c) Maklumat yang memberi faedah kewangan sekiranya

didedahkan sebelum masanya. iv. Terhad Dokumen, maklumat sebagai dan bahan rasmi selain daripada atau Sulit yang akan

diperingkatkan

Rahsia

Besar,

Rahsia,

diperingkatkan sebagai terhad. Walaupun demikian, dokumen ini juga berkehendakkan diberi satu tahap perlindungan keselamatan yang sewajarnya. Kebiasaannya, sesebuah jabatan mempunyai fail yang terhad edarannya disebabkan maklumat yang terkandung di dalamnya. Antara fail yang termasuk dalam senarai terhad adalah seperti berikut: a) Perintah dan arahan biasa sesebuah jabatan. b) Buku-buku jabatan bagi maksud sesuatu arahan tertentu.

5.0. i.

Label Keselamatan Dokumen Kekal Terjilid Ditanda dengan huruf cerai/dicap huruf besar (7mm) disebelah luar kulit hadapan & belakang, dimuka tajuk, di mukasurat pertama &

penghabisan. Tanda di penjuru kiri atas & penjuru kanan bawah setiap mukasurat yang bertulis, bercetak/bercap

ii.

Dokumen Tidak Kekal Terjilid dicap, ditaip atau ditulis huruf besar di penjuru kiri atas & penjuru kanan bawah setiap muka surat yang bertulis, bercetak/bercap

6.0.

Pengurusan Dokumen Terperingkat Semua jabatan yang menguruskan dokumen-dokumen terperingkat hendaklah

mewujudkan satu sistem pendaftaran rahsia atau sulit dalam hal-hal pengurusan dokumen. Sistem ini bertujuan untuk memudahkan proses menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen berperingkat supaya diuruskan berasingan daripada dokumen tidak terperingkat. Ia juga bertujuan membezakan antara dokumen yang perlu diberi tahap perlindungan keselamatan yang maksimum berbanding dokumen lain. Bahagian pendaftaran rahsia sesebuah jabatan hendaklah dilaksanakan di tempat berasingan yang dinamakan Pendaftaran Rahsia. Kawasan larangan dan Tempat terperingkat perlu diwartakan di bawah Akta Kawasan-kawasan larangan dan Tempat larangan 1959 atau Akta Rahsia Rasmi 1972. Ketua Jabatan bertanggungjawab melantik seorang penjawat awam yang berjawatan tetap bagi menyelia bahagian pendaftaran rahsia. Perlantikan ini bermatlamat bagi memudahkan perjalanan bahagian berkenaan. Penyelia yang dilantik ini dikenali sebagai Pendaftar Rahsia.

Walaubagaimanapun, bagi jabatan-jabatan yang kecil mungkin Pendaftaran Rahsia ini tidak dapat ditubuhkan secara berasingan daripada bahagian-bahagian lain. Akan tetapi, prinsip bahawa dokumen-dokumen terperingkat diterima, diproses, disimpan dan dihantar berasingan daripada dokumen tidak terperingkat mestilah diikuti. Penjawat awam yang diberi kebenaran sahaja yang boleh menguruskan sistem pandaftaran rahsia. Di dalam keadaan-keadaan tertentu pula, selain daripada menubuhkan Pendaftaran Rahsia, satu atau lebih Pendaftaran Kecil Rahsia boleh diwujudkan. Tetapi rujukan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum melaksanakan perkara ini. Seseorang pegawai yang telah dilantik sebagai Pendaftar Rahsia perlu sedar dan prihatin dengan amanah yang diberikan kepadanya. Ini kerana, dalam menjalankan tugasnya setiap aspek keselamatan dokumen terperingkat perlu sentiasa diberi keutamaan. Antara tugas dan tanggungjawab mereka meliputi perkara-perkara berikut: i. Menyimpan satu rekod dokumen yang diperingkatkan tidak rendah daripada kategori sulit serta mengandungi senarai fail terperingkat mengikut peringkat di Pendaftaran Rahsia. ii. Menerima dan memproses dokumen-dokumen terperingkat serta

mengedarkannya kepada semua pegawai yang berkenaan mengikut arahanarahan jabatan. Sampul-sampul surat yang berlabel PERSENDIRIAN tidak boleh dibuka dan mestilah diserahkan kepada pegawai yang dialamatkan. Manakala, bagi surat-surat yang dialamatkan dengan nama sesuatu jawatan

kerajaan hanya boleh dibuka oleh penjawat awam yang dimaksudkan, penggantinya atau Ketua Jabatannya. iii. Menghantar semua dokumen terperingkat dengan selamat dan menentukan supaya akuan penerima dengan menggunakan Borang Jadual bagi dokumen-dokumen yang dihantar itu diterima. iv. Menyelenggara satu sistem pergerakan fail-fail terperingkat dan membuat audit fail secara berkala bagi memastikan fail-fail berkenaan masih ada dalam simpanan penerima. Selain itu, Pandaftar Rahsia juga mestilah mengetahui tempat kedudukan setiap fail-fail terperingkat. v. Bertanggungjawab Pendaftaran terperingkat. vi. Menyelenggara daftar surat-surat yang diterima serta daftar surat-surat yang dihantar keluar dengan baik. Oleh itu, Pendaftar Rahsia hendaklah mewujudkan terperingkat. satu rekod atau kawalan ke atas pergerakan fail-fail Rahsia sepenuhnya termasuk kepada aspek Ketua Jabatan semua mengenai perkara

penyimpanan

7.0.

Penyimpanan Dokumen Teringkat Penekanan kepada aspek keselamatan terhadap fail terperingkat sememangnya perlu diberi perhatian oleh semua jabatan kerajaan. Langkah keselamatan ini adalah amat penting kerana fail terperingkat mengandungi pelbagai dokumen serta maklumat berkaitan kerajaan serta agensi di bawahnya. Untuk itu, langkah menyimpannya dengan baik adalah perlu bagi menjamin dokumen berkenaan

tidak terdedah kepada sebarang ancaman keselamatan, bukan sahaja yang berpunca dari manusia, malah dari sebarang kecelakaan seperti kebakaran dan sebagainya.

i.

Fail Rahsia Besar dan Rahsia Tatacara menyimpan fail-fail rahsia besar dan rahsia merupakan salah satu aspek penting dalam menjamin keselamatan sesebuah dokumen. Fail ini hendaklah disimpan mengikut arahan keselamatan iaitu di dalam bilik kebal atau peti besi yang dilengkapi dengan kunci tatakira. Walaubagaimanapun, untuk simpanan sementara fail rahsia besar dan rahsia boleh disimpan di dalam kabinet atau almari keluli berpalang dan berkunci. Simpanan sementara ini dibolehkan hanya untuk tempoh tertentu sahaja, iaitu semasa fail berkenaan masih digunakan untuk sesuatu urusan rasmi.

ii.

Fail Sulit dan Terhad Fail yang dikategorikan sebagai sulit dan terhad hendaklah disimpan di dalam kabinet atau almari keluli berpalang dan berkunci mangga. Langkah mengunci kabinet atau almari berkenaan hendaklah sentiasa diberi keutamaan. Sekiranya dokumen sulit dan terhad ini masih dalam proses kemaskini atau masih belum ditempatkan dalam almari keluli, maka ia

hendaklah disimpan sementara dalam peti berkunci dengan kebanaran PKJ. 8.0. Pergerakan Dokumen Terperingkat Pergerakan dokumen-dokumen terperingkat meliputi proses penghantaran dan membawanya ke luar dari tempat simpanan asal. Aspek keselamatan dokumen sama sekali tidak boleh diabaikan oleh pegawai yang menghantar atau membawanya. Hal ini adalah penting supaya dokumen mahupun sebarang rahsia kerajaan tidak tercicir atau terdedah kepada pengetahuan golongan berkepentingan.

i.

Penghantaran Dokumen Terperingkat Pergerakan dokumen terperingkat hendaklah sentiasa direkodkan. Pergerakan ini biasanya melibatkan sama ada: a) Penghantaran dalam sesebuah pejabat. b) Penghantaran ke jabatan lain dalam bangunan atau kawasan yang bandar yang sama dengan tempat asal dokumen terperingkat disimpan. c) Penghantaran ke tempat-tempat lain dalam negara Malaysia. d) Penghantaran kepada penerima yang berada di luar negara Malaysia. Penghantaran surat terperingkat mestilah mematuhi arahan

keselamatan sepertimana yang telah digariskan. Dokumen yang ingin

dihantar perlu menggunakan sampul surat Sistem Satu Lapis dan dilakri di bahagian belakangnya sebelum dimasukkan ke dalam peti atau beg berkunci. Sesebuah dokumen yang ingin dihantar juga terlebih dahulu perlu didaftarkan dalam Daftar 492 atau 492A. Kemudiannya, slip akuan terima dan rekod dalam daftar surat keluar mestilah disediakan dalam masa tujuh hari atau tidak lebih dari tempoh enam bulan dokumen berkenaan dihantar. Antara perkara yang perlu direkodkan ialah nombor rujukan dokumen, nama dan alamat penerima. Sekiranya dokumen terperingkat perlu dihantar menggunakan perkhidmatan pos, pegawai yang mengirimnya hendaklah menggunakan sampul surat Sistem Dua Lapis. Bahagian balakang sampul dalam atau pertama mestilah dilakri sebelum dimasukkan ke dalam sampul luar atau sampul kedua. Pegawai yang mengirim juga mestilah menggunakan perkhidmatan pos berdaftar bagi menjamin keselamatan dokumen terperingkat sampai ke tempat yang dimaksudkan dengan selamat. Penghantaran dokumen terperingkat ke luar negara pula agak berbeza daripada penghantaran dalam negara. Penghantarannya

mestilah melalui Wisma Putra. Hal ini kerana hanya dengan cara melalui Wisma Putra, dokumen terperingkat dapat dihantar menggunakan beg diplomatik (Diplomatic Beg) yang lebih selamat dan terjamin

penghantarannya.

ii.

Membawa Dokumen Terperingkat Keluar Pejabat

Dokumen terperingkat sama sekali tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat simpanannya, kecuali hanya untuk urusan rasmi sahaja. Di peringkat kementerian, kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha

adalah diperlukan sebelum dokumen rahsia besar dan rahsia boleh dibawa keluar. Begitu juga di peringkat kerajaan negeri. Kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri diperlukan sebelum dokumen rahsia besar dan rahsia boleh dibawa keluar dengan tujuan untuk menjalankan urusan rasmi sahaja. Manakala, bagi dokumen sulit dan terhad pula, membawa keduaduanya keluar terlebih dahulu perlu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan. Kebenaran daripada ketua jabatan amat penting kerana beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dokumen-dokumen di bawah pengawasannya. Sekiranya dokumen terperingkat perlu dibawa keluar negara, maka kebenaran daripada kerajaan Malaysia adalah diperlukan. Kebenaran ini bagi mengelakkan dokumen berkenaan disalahguna oleh pihak-pihak asing untuk tujuan kepentingan mereka. Selain itu, penjawat awam tidak boleh menyampaikan apa-apa kandungan serta maklumat yang terdapat dalam dokumen terperingkat kepada pihak akhbar. Memindahkan dokumen terperingkat sama ada dalam bentuk digital ataupun cetakan perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan sebelum maklumat berkaitan dapat

dicetak atau diterbitkan oleh pengamal media. Prinsip perlu mengetahui hendaklah digunakan dalam apa keadaan sekalipun apabila

menimbangkan penyampaian perkara terperingkat kepada pihak lain. Hal ini sewajarnya perlu diberikan tumpuan kerana sebarang eksploitasi dan salah guna data boleh berlaku tanpa sebarang amaran untuk kepentingan pihak atau individu tertentu.

9.0.

Pemusnahan Dokumen Terperingkat Dokumen-dokumen terperingkat sama sekali tidak boleh dimusnahkan

melainkan mengikut arahan kerajaan atau arahan khas. Sebelum proses memusnah dilakukan, ianya mestilah dirujuk kepada Ketua Pegawai

Keselamatan Kerajaan dan Ketua Arkib Negara. Pemusnahan dokumen terperingkat dilakukan dengan mengoyak kecilkecil atau dirincih dengan menggunakan mesin perincih sebelum dibakar. Seterusnya, abunya hendaklah dihancurkan sehingga tidak dapat dikenali. Langkah berikutnya ialah mengeluar dan menghantar satu sijil

pemusnahan kepada pihak kuasa pemula dokumen berkenaan. Sekiranya kuasa pemula tidak wujud lagi, maka Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dirujuk sebelum dokumen dimusnahkan.

10.0. Penutup Persaingan dan cabaran pasaran yang semakin kompetitif, adalah penting untuk membina pendekatan inovatif dan proaktif dalam meningkatkan perkhidmatan

organisasi yang bertaraf dunia. Berdasarkan tujuan ini adalah menjadi tanggungjawab guru sebagai sebahagian kakitangan awam untuk menilai dan melaksanakan sistem kemajuan pada sistem fail, rekod dan pengurusan pejabat yang efektif selain tugas hakiki, iaitu mengajar. Sebarang surat dan dokumen sama ada yang diterima atau diwujudkan oleh sesebuah jabatan serta agensi kerajaan dalam menjalankan tugas rasminya hendaklah dimasukkan dalam satu fail yang ditadbir menggunakan fail yang dikhususkan mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan. Penggunaan fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail mesti diuruskan dengan sistematik mengikut piawaian dan prosidur pengurusan rekod seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Penekanan dan perhatian yang sewajarnya sangat perlu bagi memastikan kita menjadi lebih cekap dan berkeyakinan dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Untuk itu, tugasan ini akan memfokuskan kepada tatacara mengurus, menyimpan dan mengeluarkan sesuatu fail terperingkat kerajaan. Semoga tugasan yang tidak seberapa ini dapat mendedahkan kita kepada suatu bentuk pengurusan fail atau dokumen terperingkat yang lebih efisian dan sistematik. Perkara yang menjadi tonggak utama dalam pengurusan dokumen kerajaan semestinya aspek keselamatan dan penjagaan. Kita perlu memastikan setiap dokumen berkenaan agar tidak terdedah kepada sebarang bentuk

kemusnahan dan sebagainya yang boleh mendedahkan negara kepada sebarang ancaman keselamatan pihak luar. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk merahsiakan setiap rahsia kerajaan. Mudah-mudahan kita dapat menjadi guru yang benar-benar

berdedikasi dan sentiasa menjaga nama baik profesion perguruan, bukan sahaja pada peringkat permulaan menjadi kakitangan awam, malah sehingga ke akhir hayat, insyaallah.

11.0. Bibliografi i. Bahagian VII, Panduan Pengurusan Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bahagian 5, Tahun 2007. ii. iii. iv. v. Bahagian IV Fasal 25, Akta Arkib Negara 2003. Perkara 16 Buku Arahan Keselamatan Perintah Am 17 (3), Bab "D", Tahun 1980 Pernyataan Awam. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1, Tahun 1985 - Pernyataan Awam Oleh Pegawai-Pegawai Awam. vi. vii. Perkara 20 (Kawasan Terperingkat) - Buku Arahan Keselamatan. http://www.cgso.gov.my/~cgso/portal/index.php/ms/soalan-lazim.html

You might also like