You are on page 1of 1

DOA SEMPENA MAJLIS KEJAYAAN DAN PERPISAHAN TAHUN 6 .

,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Pada hari yang penuh barakah ini, kami bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis meraikan kejayaan UPSR dan Perpisahan Tahun 6 ini.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada hari ini juga kami berkumpul bagi menyatakan komitmen dan iltizam kami serta pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan mencapai kecermelangan samada dalam bidang akademik mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan. Bentuklah kami Ya Allah, sebagai pelajar yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Mu Ya Allah. Hiasilah akhlak kami dengan akhlak yang terpuji dan hindarilah kami dari sifat-sifat keji dan tercela.
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam,

Dengan rahmat Mu yang maha luas, apa kiranya Engkau limpahkan kesejahteraan kepada warga sk Bako ini, khususnya kami yang akan meninggalkan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bako ini untuk meneruskan perjuangan kami dialam persekolahan menengah nanti. Engkau berikanlah bimbingan dan petunjuk kepada kami agar dapat meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Hindarkan hati kami dari melakukan perkara yang bertentangan dengan agama dan undang-undang Negara. Sebaliknya , berilah kami kekuatan untuk menghayati segala ilmu , peraturan serta nasihat dari guru-guru agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa , berguna kepada agama , bangsa dan negara. Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha kami ini, kami akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, Pelajar yang disegani lagi dihormati. Seterusnya mampu menjadi generasi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. Jadikanlah perhimpunana kami ini perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang Engkau redhai.

You might also like