You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA, 2011 Tarikh : 5 Januari 2011 Tempat : Bilik Gerakan SK Sungai

Rapat Masa : 11:45 pagi

Kehadiran

Pn. Sariyah bt. Kamis (Guru Besar) Pn. Hajah Juariah bt. Mohamad Noor (PK Pentadbiran) Pn. Latifah bt. Abdul Majid (PK HEM) Pn. Sabariah bt Omar (Ketua Panitia) Pn. Salma bt. Ibrahim (Setiausaha) En. Shariff b.Hashim Pn. Sumarni bt. Sharuddin En. Nik Mohd Ashraf b. Raja Berahim Pn. Noor Hayati bt. Abdul Rahman Pn. Nazilawati bt. Mat Kassim Tuan Haji Ahmad Hishamuddin b. Haji Abdul Karib Pn. Rohana bt Pn Noor Iziana bt. Istihat En. Zulman b. Mohd Noor Pn. Anny Suzany bt. Abdullah Pn. Hajah Noor Hidayah bt. Ashaari

Tidak Hadir : Pn. Hajah Jazilawati bt. Mohd Jazuli ( Cuti tanpa gaji )

1 . Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru. 1.2 Menyatakan tujuan mesyuarat iaitu berbincang beberapa perkara terutamanya tentang pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti dalam panitia bahasa Melayu.

2 . Ucapan Penasihat

2.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 2.2 Mesyuarat panitia merupakan lanjutan daripada mesyuarat kurikulum supaya semua maklumat diperolehi oleh semua ahli panitia sebagai pelaksana asas kurikulum. 2.3 Pengurusan fail panitia hendaklah sentiasa dikemaskini. 2.4 Format penulisan minit mesyuarat hendaklah mengikut format terkini yang dikehendaki oleh jabatan. 2.5 Bincang anggaran perbelanjaan untuk tahun 2011. Sila masukkan nota minta dan invois dalam fail kewangan. 2.6 Fail pengurusan stok - semua harta yang dimiliki, tahun perolehan, dan di mana harta berkenaan disimpan perlu dinyatakan dengan jelas. Harta yang sudah tidak layak digunakan mesti melalui proses pelupusan borang hendaklah disimpan dalam fail. 2.7 Perkara lain yang perlu ada dalam fail panitia seperti sukatan pelajaran, data peribadi guru, jadual waktu guru, perancangan sepanjang tahun, headcount dan sebagainya. 2.8 Ketua panitia boleh mengagihkan tugasankepada ahli panitia sekiranya perlu tetapi agihan tugas tersebut mesti jelas dan diminitkan supaya tiada isu berbangkit. Dokumentasi mesti menjadi budaya. untuk semua program yang dijalankan (sebagai bukti). 2.9 Dalam penyediaan kertas soalan, minta kerjasama semua guru dalam aliran yang sama untuk menyemak kertas soalan yang dibina untuk mengelakkan kesilapan. Semakin banyak kesalahan menunjukkan guru kurang professional. 2.10 Sewaktu menyemak kertas jawapan, perlu ada skema dan skema disediakan oleh penggubal soalan. 2.11 Ketua Panitia tegaskan kepada ahli panitia tentang penyemakan buku latihan supaya guru tidak melakukan kesilapan. Ketua Panitia juga perlu mengingatkan ahli tentang penghantaran buku latihan untuk semakan pihak pentadbir. Semua jenis buku latihan untuk semua murid hendaklah dihantar Contoh : 5 buah buku untuk semua murid. 2.12 Pemantauan P & P akan dilakukan sebagaimana jadual yang telah disediakan oleh pentadbir.Format Pemantauan ikut sepertimana yang dibincangkan. 2.13 Bagi pihak Guru Besar, beliau tidak akan memaklumkan tarikh pemantauan kepada guru-guru pada kali pertama pemantauannya. Jadi guru-guru berkenaan hendaklah sentiasa bersedia. 2.14 Sebelum berakhir, beliau mengingatkan di mana semua guru berperanan samada menaikkan atau menurunkan prestasi sekolah.

3 . Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat

Cadangan Sokongan

: Pn. Sumarni bt. Sharuddin : En. Zulman b. Mohd Noor

4 . Perkara Berbangkit

4.1 Ketua Panitia menjelaskan bahawa kursus untuk ahli panitia tidak dapat dijalankanm sepanjang tabun lepas. Walau bagaimanapun beliau berjanji akan menjalankannya pada tahun ini.

5 . Buku Rekod Mengajar / P & P / Pemantauan 5.1 Buku Rekod Mengajar perkara-perkara yang perlu ada dalam Buku Rekod Mengajar : 5.1.1) Rancangan Pelajaran Tahunan 5.1.2) Format Penulisan Rancangan Harian 5.1.3) Dasar Pembelajaran dan Pengajaran

5.2 Dasar Panitia : 5.2.1 ) mesyuarat diadakan 4 kali setahun 5.2.2 ) guru-guru yang mengajar mestilah pengkhususan bahasa Melayu 5.2.3) bilangan waktu mengajar tidak melebihi 20 @ 24 waktu seminggu 5.2.4) bacaan 5 minit bahan bacaan bahasa Melayu samada sebelum atau selepas P & P. 5.2.5) penulisan T & T mestilah dibuat sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi murid tahun 2, 3, 4, 5, dan 6 5.2.6) menggunbakan buku teks sepenuhnya 5.2.7) P & P hendaklah berdasarkan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, dan Rancangan Pelajaran Tahunan 5.2.8) penggubalan soalan mestilah berdasarkan aras yang ditetapkan oleh JPN / PPD : Mudah Sederhana Sukar - 50% - 30% - 20%

5.2.9 memperuntukkan 60 minit (2 minggu sekali) untuk program NILAM 5.2.10 PKJR dijalankan 30 minit seminggu 5.2.11 PLBS hendaklah dijalankan waktu P & P

5. Pemantauan 5.1 Pemantauan akan dijalankan sepertimana yang dikehendaki oleh Guru Besar. 5.2 Pemantauan buku latihan semua buku untuk semua murid. Senaraikan nama murid yang tidak menghantar buku. 5.3 T & T sebagai latihan tambahan untuk murid jadi tidak perlu dihantar untuk pemantauan.

6 . Penyelaras Tahun

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

7 . PLBS

7.1 Perlu dibuat seperti biasa tetapi menggunakan format baru di mana perlu mengisi borang khas yang boleh didapati dari CD. * Model 1, 2, dan 4 (penggal 1), model 3 & 5 (penggal 2). 7.2 Bahan untuk PLBS buku teks. 7.3 Tahun 6 PLBS dibuat pada akhir tahun sahaja.

8 . Program Peningkatan 8.1 TOV akan disediakan oleh Penyelaras Tahun

9 . Penilaian dan Peperiksaan

9.1 Senarai penggubal soalan akan diedarkan oleh Ketua Panitia. 9.2 Penggubal hendaklah menghantar soalan bersama JSU. Masalah yang sering dihadapi oleh Ketua Panitia ialah penghantaran kertas soalan lewat jadi semakan secara teliti tidak dapat dilakukan oleh Ketua Panitia.

9.3 Sediakan fail untuk kertas soalan - ??? 9.4 Keselamatan kertas soalan tempat penyimpanan ??? 9.5 Saiz tulisan untuk PKBS 1 & 2, PKSR 1 & 2 - Font 14 , Comic Sans (tahun 1 & 2) - Font 12 , Times New Roman (tahun 3, 4, 5, & 6)

10 . Kewangan 10.1 Baki duit panitia sehingga hari ini RM207.00. Cadangan beli buku Bacepat untuk murid tahun 1 dan Pemulihan. (7.80 sebuah x 30 naskhah) 10.2 Ketua Panitia sediakan nota minta dan semua aset hendaklah dikemaskini. 10.3 BBM - alatan agak kurang - transparensi ada dalam bilik guru - kamus boleh didapati dari PSS

11. Hal-hal Lain 11.1 Biodata guru akan diedarkan untuk dikemaskini oleg guru-guru 11.2 Senarai nilai murni akan diberi. 11.3 Sudut pameran di PSS di mana murid perlu membayar untuk masuk. ???

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

You might also like