You are on page 1of 10

Kursus Diploma Pembantu Perubatan Tahun 2 Semester 2 Ambilan Januari 2010

Case study(pengkajian kes):infestasi pediculosis

Penempatan : klinik kesihatan engsengei Nama: mohd nur azwan bin hass No matrik: bpp2010-3561

PENGENALAN Pediculosis merupakan infestasi kutu yang menyebabkan kegatalan pada kulit. Disebabkan kegatalan, individu tersebut akan selalu menggaru bahagian yang gatal sehingga menyebabkan calar dan ruam pada kulit. Dalam kes yang teruk, pembentukan nanah akan berlaku pada kulit serta mengakibatkan infeksi sekunder.

Terdapat tiga (3) jenis kutu iaitu ; a) Pediculus humunus capitis (kutu kepala) Pediculus humunus capitis atau kutu kepala adalah serangga yang pipih dan tidak bersayap,bersaiz kira-kira 2 3mm panjang dan lazim terdapat pada kulit kepala. Parasit daripada keluarga Pediculidae ini makan dengan menghisap darah perumah mereka.Kutu betina mampu bertelur sebanyak 5-10 biji telur sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Telur kutu berukuran 0.5 0.8mm dan melekat antara 1 2mm dari permukaan kulit kepala. Ia menjadi dewasa dalam tempoh 2 minggu. Kutu kepala tersebar daripada seseorang kepada orang lain melalui sentuhan terus rambut yang bermasalah atau melalui perkongsian barangan individu yang bermasalah seperti sikat rambut, tuala, topi dan bantal.

b) Pediculus humunus corporis Merupakan kutu pada badan dan pakaian

c) Pthirus pubis (Crab Louse) Merupakan kutu pada ari ari ataupun di bahagian kemaluan (pubic) atau kutu ketam

INFESTASI PEDICULUS CAPITIS ATAU KUTU KEPALA DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH Pediculosis Capitis, atau lebih dikenali sebagai infestasi kutu kepala, yang disebabkan oleh Pediculus humunus capitis merupakan masalah kesihatan komuniti yang sering berlaku terutamanya di kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur antara 5 hingga 13 tahun. Masalah ini sering melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah berasrama.Berdasarkan insiden, bolehlah disimpulkan bahawa kejadian infestasi kutu kepala ini berlaku kerana pengurusan tahap kebersihan diri yang rendah. Selain daripada itu, pergaulan rapat dengan rakan yang mempunyai masalah kutu juga merupakan penyebab rebakan kutu di kalangan pelajar.Pediculosis humunus capitis tidak mengakibatkan sebarang komplikasi kesihatan lain kepada perumahnya, walau bagaimanapun, infestasi kutu kepala ini boleh menyebabkan sosial distress, ketidakselesaan, kebimbangan dan keaiban. Masalah ini seterusnya menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak yang mempunyai infestasi kutu kepala ini enggan ke sekolah disebabkan perasaan malu.

Etiologi Rebakan kutu di kalangan pelajar mudah berlaku secara lansung dengan perkongsian barangan antara pelajar yang bermasalah kutu kepada individu lain melalui ; Berus atau sikat rambut Perhiasan rambut Tuala Topi Tudung kepala Bantal Tilam Oleh hal demikian, pihak sekolah perlulah prihatin dalam menangani masalah ini dengan mengesan dan membawa pelajar-pelajar yang bermasalah ini untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan misalnya klinik yang berdekatan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga perlu di didik untuk menguruskan diri terutamanya dari aspek kebersihan diri. Justeru, masalah infestasi kutu ini dapat ditangani secara berkesan.

Manifestasi klinikal Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala. Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga. Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan. Terdapat kesan luka calar dan ruam pada kulit akibat digaru oleh pesakit kerana kepala terlalu gatal. Pembentukkan nanah akan berlaku pada kulit bagi kes yang teruk akibat infeksi sekunder.

Rawatan CARA 1 a) Ubat ubatan ; Cuci rambut dan keringkan Sapukan emulsi (mengandungi Pyrithin 0.2 % / Lindane (BHC) 1% / Benzyl Benzoate 12% / DDT 10% ) Boleh juga gunakan debu racun serangga Lindane 1% atau Malathion 2% Kemudian syampu rambut dengan sempurna Keringkan, sikat dan beruskan untuk buang kutu yang telah mati Lakukan rawatan kedua selang 7 10 hari selepas rawatan pertama

CARA 2 b) Kaedah alternatif (Jika tiada racun serangga) ; Boleh gunakan minyak kerosin tulen atau campuran 50% kerosin dengan 50% minyak sayuran Minyak disapukan pada seluruh kepala Bungkus kepala selama 1 jam Kemudian syampu rambut, keringkan dan sikat untuk buang segala kutu Lakukan rawatan kedua selang 7 10 hari selepas rawatan pertama

Pencegahan Gunakan syampu berubat untuk membunuh kutu Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu) Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan disitu selama sekurangkurangnya 12 jam Buangkan telur kutu dengan mencelup sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu Elakkan daripada menggunakan losyen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes ini, pembuangan kutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus di rendam dalam losyen kutu atau alkohol selama beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan dibawah cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan Pegawai Perubatan untuk rawatan Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan untuk membunuh kutu dan telurnya

Rumusan Sebagai rumusan, infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah lain sekiranya dibiarkan. Misalnya, infeksi sekunder yang mana boleh memudaratkan lagi kesihatan.Selain itu, pelajar-pelajar yang mempunyai kutu kepala ini juga akan hilang tumpuan dalam kelas akibat kegatalan kulit kepala. Kutu ini juga boleh merebak kepada rakan-rakan yang lain termasuk guru sendiri.Justeru, amatlah penting untuk mengurus kebersihan diri bagi mencegah infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis. Tambahan itu, saya mempunyai beberapa cadangan sebagai langkah-langkah bagi mengelakkan infestasi kutu ini semakin merebak, iaitu ; Elakkan tidur dekat dengan rakan yang dijangkiti kutu Elakkan berkongsi bantal, tilam atau cadar dengan rakan yang bermasalah kutu Elakkan perkongsian barangan atau aksesori seperti sikat rambut, perhiasan rambut dan topi Elakkan berkongsi atau menggunakan tuala rakan yang mempunyai kutu Pertingkatkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan masalah infestasi kutu kepala Jaga kebersihan pakaian termasuk cadar tilam dan sarung bantal untuk mengelakkan risiko pembiakkan kutu Para pelajar digalakkan untuk berambut pendek bagi mengelakkan pembiakkan kutu. Hal ini kerana kutu suka membiak pada rambut yang panjang dan tebal Dapatkan rawatan sekiranya mendapat jangkitan kutu Dapatkan ubat dari pusat perubatan atau farmasi Elakkan mendekati orang lain terutama bayi sekiranya mendapat jangkitan kutu

Kajian kes Nama : Tarikh Lahir : Umur : Jantina : Alamat Rumah : Alamat Sekolah :

Aduan pesakit ; Pesakit mengadu rasa sangat gatal yang berterusan pada kulit kepala serta di belakang telinga dan leher selama seminggu

Sejarah penyakit kini ; Pesakit mengalami rasa gatal di kepala terutama pada waktu malam Tidur selalu terganggu kerana rasa gatal di kepala Terdapat bintik-bintik merah pada permukaan kepala, leher dan di belakang telinga Terdapat kesan luka calar dan ruam di kulit kepala akibat digaru oleh pesakit Terdapat telur-telur yang kecil, berwarna putih dan bersinar, seakan-akan kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan Sejarah penyakit lalu ; Tidak pernah mengalami penyakit atau masalah infestasi kutu kepala sebelum ini Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan Tidak mempunyai sebarang alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan Sejarah keluarga ; Tiada anggota keluarga yang mempunyai masalah kutu kepala Tiada anggota keluarga yang menghidap penyakit kronik sebelum ini. Contohnya penyakit Hipertensi, Diabetes Mellitus, Asma Bronkiol dan penyakit Kardiovaskular Sejarah sosial ; Pesakit merupakan seorang yang aktif dan suka bergaul dengan rakan di sekolah Pesakit selalu berkongsi sikat rambut dan tilam dengan rakan di asrama sekolah

Pemeriksaan ; Suhu badan : 36.5 C Kadar pernafasan : 22 /min Kadar nadi : 78/ min Ritma nadi : Regular Isipadu nadi : Kuat

Penemuan ;

Diagnosis ; Pediculosis Capitis (Kutu Kepala)

Diagnosis Perbezaan ; Kelemumur Dermatitis

Lampiran

You might also like