You are on page 1of 4

MOTOR ARUS ULANG ALIK

Pengenalan. Digunakan sebagai penukar tenaga elektrik kepada tenaga mekanik (penukaran tenaga elektromekanik). Penghubung kepada sistem elektrik & sistem mekanik. Jenis penukaran (boleh balik) : Mekanik elektrik = penjana Elektrik mekanik = motor

Struktur asas motor elektrik.

Mempunyai 2 komponen utama : a) Stator.

- Bahagian motor yang tidak bergerak. - Kerangka luar motor. b) Rotor. - Bahagian motor yang bergerak bebas. - Bahagian dalam motor.

Jenis-jenis motor. 1. Motor tiga fasa. 2. Motor satu fasa.

igunakan di industri - motor aruhan & motor segerak.

Masih ada yang menggunakan motor universal (voltan AC / DC).

MOTOR ARUHAN TIGA FASA

1. Motor Sangkar Tupai.

Ringkas & tahan lasak. Pengatur kelajuan yang baik pada keadaan beban yang berbeza. Memerlukan sedikit penyelenggaraan. Kecil. Dibina daripada tiga bahagian asas iaitu : 2. Motor Belitan Pemutar Kelajuan berubah-ubah. Menggunakan pengawal rintangan untuk mengubah kelajuan motor. Daya kilas mula yang kurang baik. Kecekapan rendah. Rekabentuk pemegun = motor aruhan sangkar tupai. Pemutarnya mempunyai belitan tiga fasa sambungan Wye. Tiga hujung belitan dibawa keluar melalui gelang gelincir dan berus kepada pengawalan rintangan luaran.

Operasi : Pemegun menghasilkan medan magnet berputar dengan kelajuan segerak. Saling ubah antara kedua-dua magnet daripada tiga wayar akan memberikan putaran yang berlawanan. Tarikan antara medan pemegun dan medan teraruh menyebabkan pemutar berputar dan mengikut medan pemegun berputar. Pemutar selalunya mengekori sedikit di bawah kelajuan segerak. Gelincir bertambah sedikit dengan pertambahan beban, ini menyebabkan arus pemutar teraruh bertambah untuk keperluan beban yang baru. Motor mempunyai kelajuan yang agak malar. Semasa permulaan gelincir adalah 100%, daya kilas adalah rendah kerana regangan pemutar adalah tinggi. Belitan pemegun setiap satu boleh dibina dalam dua bahagian yang kemudiannya boleh disambung pada operasi satu atau dua voltan berbeza. Motor akan berpusing tetapi tidak bermula dengan voltan satu fasa. Daya kilasnya akan berkurangan. Rintangan berkesan pemutar boleh ditentukan daripada kelajuan pemutar berkunci. Kecekapan adalah rendah pada beban ringan tetapi bertambah baik apabila beban bertambah banyak.

MOTOR ARUHAN SATU FASA

1. Motor Aruhan Fasa Terpisah Motor AC berkelajuan malar. Digunakan sebagai perkakasan rumah dan kegunaan industri. Pembinannya mudah iaitu :

2. Motor Aruhan Kutub Berteduh. Menggunakan medan pemegun berputar - dihasilkan dengan menggunakan gelung terteduh dalam setiap kutub pemegun. Gelung terteduh = satu gelung kuprum berintangan rendah yang dilitar pintas. Medan yang dihasilkan oleh kutub terteduh agak lemah. Daya kilas mula adalah sedikit dan menghasilkan kecekapan yang rendah. Tidak mempunyai suis empar, sangat lasak dan boleh diharapkan. Gelincir motor bertambah ketika voltan rendah. Sifat ini selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor. Saiz kecil. Julat kuasa antara 4 - 5 watt. Biasa digunakan dalam kipas kecil dan penghembus.

3. Motor Aruhan Penolakan. Gabungan motor belitan sangkar tupai dengan motor belitan penolakan. Mempunyai satu berus dan tidak mempunyai suis empar. Bermula dengan prinsip penolakan dan beroperasi dengan gabungan prinsip penolakan dan prinsip aruhan. Kelajuan motor lebih baik berbanding kelajuan motor segerak dalam keadaan tanpa beban. Daya kilas motor besar kerana gabungan daya kilas belitan sangkar dan belitan penolakan. Kelajuan daya kilas - motor majmuk DC. Digunakan dalam pemampat, pengisar, peti sejuk dan mesin larik.

4. Motor Universal Beroperasi menggunakan voltan AC / DC. Motor sesiri AC = ciri-ciri operasi motor DC. Daya kilas mula motor tinggi. Motor disambung secara tetap pada peranti - kelajuan motor sesiri boleh diatur dengan menambahkan rintangan yang sesiri kepada motor. Digunakan dalam mesin jahit, pembersih hampagas, alat tayangan dan mesin niaga. Direkabentuk dengan kadar kuasa yang lebih kecil. Motor sesiri AC digunakan dalam peranti tarikan. Kelajuan boleh ditingkatkan ke nilai maksimum dengan beban yang ringan.

You might also like