You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

SJK(C)SIMPANG PERTANG KALI PERTAMA 2012.


TARIKH: : 16 JANUARI 2012 HARI: ISNIN MASA: 2:30 PETANG TEMPAT: BILIK MESYUARAT SJKC SIMPANG PERTANG Kehadiran: 1. Cik Wong Lee Ngo 2. Encik Tiew Yee Yau 3. Ameerul Aswad b Ab Aziz 4. Cik Yong Hooi Kin

- Guru Bahasa Melayu Tahun 1) - Setiausaha (Guru Bahasa Melayu Tahun 2 & 6) - Ketua Panitia (Guru Bahasa Melayu Tahun 3, 4 dan 5) - Guru Pemulihan

AGENDA 1: UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( Ameerul Aswad b Ab Aziz) 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru dan berterima kasih atas kehadiran dalam mesyuarat kali ini. AGENDA 2: PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Cik Yong Hooi Kin mencadangkan minit mesyuarat lalu disahkan dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang lain. AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pada Tahun 2011, murid-murid berjaya menyertai program-program yang dijalankan oleh panitia Bahasa Melayu. Tindakan : Makluman AGENDA 4: ANALISIS DAN PERLUNJURAN PRETASI 4.1 Analisis Keputusan Peperiksaan Oktober 2011 dan Pelunjuran 2012: Pengerusi telah mencadangkan agar analisa keputusan peperiksaan Oktober 2011 dan Pelunjuran 2012 dapat disiapkan sebelum 30 Januari 2012. Semua AJK bersetuju untuk menyiapkannya secepat yang mungkin. Tindakan : Makluman 4.2 Strategi dan Penyelesaian Masalah P&P Bahasa Melayu: Beliau turut meminta agar semua guru BM dapat menyediakan pelan tindakan susulam untuk menganalisa masalah-masalah serta strategi untuk meningkatkan prestasi murid dalam tahun 2012. Semua analisa keputusan Oktober 2011 dan pelunjuran 2012 telah dilampirkan di halaman belakang sebagai rujukan. Tindakan : Guru BM dan Makluman 4.3 Pemulihan untuk Bahasa Melayu Bagi murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran, mereka harus menyertai program pemulihan bahasa Melayu. Tindakan : Cikgu Yong Hooi Kin

AGENDA 5: AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN / DIRANCANG 5.1 Aktiviti bahasa Melayu 5.1.1 Pengerusi telah menyediakan satu pelan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini sebagai makluman kepada AJK. Antara aktiviti itu ialah a) Pertandingan Membina Ayat Tahun 1 dan 2 b) Pertandingan Mengarang Karangan - Tahun 3 - 6 c) Pertandingan Ejaan - Tahun 1 hingga 6 d) Pertandingan Mendeklamasi Pantun - Tahun 1 dan 2 e) Pertandingan Bercerita - Tahun 3 - 4 f) Pertandingan Syarahan - Tahun 5 - 6 g) Pertandingan Sinonim / Antonim - Tahun 1 hingga 6 h) PSDUBBM Peringkat daerah * i) Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Jelebu * j) Bacaan Pagi Setiap Hari Khamis 720 745 k) Perbendaharaan Kata Baru - Rabu pagi tiga minggu sekali. * Untuk peserta wakil sekolah sahaja Tindakan : Makluman dan semua guru matapelajaran 5.1.2 Semua aktiviti pertandingan adalah termaktub pada takwim sekolah yang telah dirancangkan. Tindakan : Makluman 5.2 Minggu Bahasa Melayu 5.2.1 Pada tahun ini sekolah akan mengadakan Minggu Bahasa Melayu pada 25/06/2012 29/06/2012. Tindakan : Makluman dan semua guru matapelajaran 5.3 Pembahagian Tugasan Murid 5.3.1 Pengerusi telah merancangkan senarai tugas pembahagian kerja rumah untuk murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Tahun 1 Buku kerja / Aktiviti 3 kali seminggu Tulisan - 3 kali seminggu Ejaan - 2 kali seminggu Bina Ayat 2 kali seminggu Tatabahasa Ikut Keperluan Tahun 2 Buku kerja / Aktiviti 3 kali seminggu Tulisan - 3 kali seminggu Ejaan - 2 kali seminggu Bina Ayat 2 kali seminggu Tatabahasa Ikut Keperluan

Tahun 3 Buku kerja / Aktiviti Tulisan Ejaan Bina Ayat Tatabahasa Tahun 4 Tulisan Ejaan Bina Ayat Karangan Nilai-nilai murni Tatabahasa Buku kerja Tahun 5 Tulisan Ejaan Bina Ayat Karangan Nilai-nilai murni Tatabahasa Buku kerja Tahun 6 Tulisan Ejaan Bina Ayat Karangan Nilai-nilai murni Tatabahasa Buku kerja

3 kali seminggu - 3 kali seminggu - 2 kali seminggu 2 kali seminggu Ikut Keperluan 2 kali seminggu - 2 kali seminggu 2 kali seminggu - 1 kali seminggu - 1 kali dua minggu Ikut Keperluan - 2 kali seminggu 2 kali seminggu - 2 kali seminggu 2 kali seminggu - 1 kali seminggu - 1 kali dua minggu - Ikut Keperluan - 2 kali seminggu

- 3 kali seminggu - 2 kali seminggu - 2 kali seminggu - 2 kali seminggu - 1 kali seminggu - Ikut Keperluan - 2 kali seminggu

Tindakan : Makluman dan semua guru matapelajaran 5.3.2 Pengerusi berharap agar semua perancangan yang telah diatur dapat dilaksanakan.

AGENDA 6: MBMMBI 6.1 LINUS akan dijalankan pada murid-murid Tahun 1. 6.2 Guru-guru harus menghayati MBMMBI yang dilaksanakan sejak tahun lalu.

6.3 Guru-guru harus membuat persediaan sebelum mengajar khasnya berkaitan dengan sebutan. Tindakan : Guru matapelajaran yang berkenaan dan semua guru matapelajaran

AGENDA 7: HAL-HAL LAIN 7.1 Pengerusi bersetuju dengan program Anak Angkat untuk Tahun 6 diteruskan seperti tahun-tahun yang lepas. Program yang diadakan dahulu menunjukkan peningkatan prestasi yang baik bagi murid-murid GALUS semasa keputusan UPSR diumumkan. 7.2 Program PROTIM dan PLBS diteruskan bagi murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6. AGENDA 8: UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

___________________ ( TIEW YEE YAU ) Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu, SJKCSimpang Pertang.

_________________ (Ameerul Aswad b Ab Aziz) Pengerusi, Panitia Bahasa Melayu, SJKC Simpang Pertang.

Diperakui oleh,

____________________ (LEE YOKE SEONG ) Guru Besar, SJKC Simpang Pertang.

You might also like