You are on page 1of 3

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

SMK METHODIST (ACS) KLANG JALAN RAYA BARAT 41000 KLANG, SELANGOR
NAMA : ___________________________________________ TINGKATAN : ___________________ KEMAHIRAN BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS MENULIS 3 Memahami dan memberikan respon kepada maklumat yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis. B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan. B3 DT1 E1 Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan.

ARAHAN : Kamu merupakan seorang setiausaha. Sebagai setiausaha, sediakan laporan mengenai perkhemahan pengakap yang telah kamu hadiri. Baca laporan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat kosong dalam laporan itu dengan rangkai kata yang sesuai. Hutan Lipur Tekala memasak makanan mendirikan khemah pelbagai cabaran kawad kaki perkhemahan pengakap berat hati

satu persembahan

LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SMK METHODIST (ACS) KLANG


Pada 13 Julai 2012, ahli-ahli pasukan Pengakap SMK Methodist (ACS) Klang telah menyertai (1)_____________________ yang diadakan di (2) _____________________ . Perkhemahan yang diadakan selama tiga hari itu disertai oleh 65 orang ahli pengakap dan lima orang guru.

Sebaik tiba di tapak perkhemahan, ahli-ahli pengakap bergotong-royong (3) __________________ . Setiap khemah, didiami oleh lima orang pengakap. Selesai mendirikan khemah, setiap ahli dikehendaki bekerjasama untuk (4) _____________________ tengah hari . Antara yang disediakan termasuklah nasi, ikan goring, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selepas itu, acara meredah hutan dijalankan. Ahli-ahli pengakap terpaksa menempuh (5) ________ __________________ seperti mendaki dan menurun bukit. Meskipun penat, semua ahli pengakap berjaya melaksanakan tugasan tersebut.

Selain itu, ahli-ahli pengakap juga menjalani latihan (6) _____________________ dalam kumpulan yang ditetapkan. Latihan itu berlangsung selama dua jam. NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E1-R

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Pada malam terakhir perkhemahan itu, setiap kumpulan pengakap dikehendaki mengadakan (7)_____________________ yang menarik. Ada kumpulan yang mempersembahkan dikir barat, boria, lakonan dan sebagainya.

Setelah tiga hari berkhemah, tibalah masanya bagi semua ahli pengakap yang terlibat berkemas untuk pulang. Walaupun (8) ________________________ , namun perkhemahan tetap berakhir. Ahli-ahli pengakap yang terlibat berharap pada tahun hadapan aktiviti seumpama itu akan diadakan lagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan oleh,

20 Julai 2012

Muhammad Iqbal
(MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL) Setiausaha Perkhemahan Pengakap

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E1-R

PBS 2012

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

JAWAPAN : 1 perkhemahan pengakap 2 - Hutan Lipur Tekala 3 mendirikan khemah 4 memasak makanan 5 pelbagai cabaran 6 kawad kaki 7 satu persembahan 8 berat hati

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E1-R

You might also like