You are on page 1of 3

BUDAYA KERJA GURU CEMERLANG

1. Minat atau cinta terhadap profesion;


Satu kemestian. Ikhlas dalam menjalankan tugas. Daya tahan yang tinggi hadapi cabaran Hindar dari kecewa dan putus asa. Proses P & P akan menyeronokkan. Meningkatkan minat murid.

2. Mahir dalam bidangnya;


- Mengemaskini pengetahuan - Melalui pembacaan, perbincangan dengan guru berpengalaman, hadiri kursus, seminar dll.

3. Bijak mengurus P & P (efisyen)


- Banyak ruang untuk guru mengajar. - Tiada stres.

4. Mengajar dengan berkesan;


- Libatkan diri dengan aktiviti yang berkaitan dengan murid dan rakan setugas. - Bukan pemerhati yang pasif atau penyibuk yang tidak membantu sebarang tugas.

5. Menunjukkan sikap yang baik/positif;


- Menjadi idola atau model untuk dicontohi. - Murid tak mahu guru ada mood yang tidak baik. - Ahli Falsafah Perancis Keputusan yang paling baik dibuat oleh seseorang setiap hari ialah keputusan untuk memiliki mood yang baik pada hari itu

6. Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya;


- Mulai urus kelas pada hari pertama masuk ke kelas. - Adil, tegas serta konsisten dalam usaha mendidik murid. - Elak buat peraturan yang tidak mampu dilakukan.

7. Merancang waktu mengajar;


- Perkara yang perlu dipelajari murid - Pengajaran lebih berkesan melalui latihan atau aktiviti yang praktikal (sesuai) - Merancang masa mengajar supaya tidak kesuntukan masa pada akhir tahun.

8. Mengekalkan hubungan yang baik;


- Bekerjasama dengan rakan guru dan murid - Kemahiran ini perlu ada dan sangat penting.

9. Komunikasi yang berkesan;


- Mahir untuk menyampaikan idea atau maklumat dengan jelas dan mudah difahami terutama murid. - Murid tidak faham isi pengajaran kerana guru tidak mahir untuk sampaikan maklumat dengan jelas. - Buat rumusan dan garis panduan yang tidak mengelirukan.

10. Memiliki kemahiran untuk bertanya;


- Kemuka soalan alat pengajaran yang sangat penting. - Sesi soal jawab lahirkan fikiran yang produktif. - Soalan secara umum dan individu. Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum panggil nama peluang untuk berfikir.

11. Memiliki berbagai teknik atau kaedah mengajar;


- Menarik minat murid terhadap P & P - Cabaran guru hadapi pelbagai tahap kebolehan dan keupayaan. - pelbagai perwatakan dan kerenah.

12. Membina kejayaan murid;


- Berorientasikan peperiksaan - Menyediakan tugasan / soalan yang membantu murid berjaya.

13. Memiliki harapan yang tinggi;


- Tidak mudah putus asa. - Jika murid negatif- usaha atasi masalah, bukan menerima saja keadaan itu tanpa usaha untuk membaikinya.

14. Mewujudkan suasana yang selesa;


- Tidak mewujudkan kelas yang menggerunkan seperti ketika berada dalam rumah hantu. - Kelas ceria membantu pengajaran yang berkesan. - Tak perlu hias hingga menjadi hotel mewah bertaraf lima bintang, memadai kelas yang simple tetapi selesa.

15. Mengamalkan kelonggaran;


- Peka dan prihatin terhadap kehendak atau perasaan murid. - Janganlah kelonggaran sampai keterlaluan (ambil kesempatan). - Pepatah Inggeris The flexible shall not be bent out of shape.

KENYATAAN DI BAWAH MERUPAKAN 20 CIRI PERIBADI YANG SAYA CARI SEBAGAI RAKAN KONGSI PROFESIONAL GURU CEMERLANG 1. Sikap yang positif - keupayaan untuk melihat situasi dan orang daripada sudut yang positif. 2. Paras tenaga yang tinggi - bertenaga serta mempunyai stamina untuk bekerja keras dan tidak mudah mundur 3. Kemesraan - penampilan diri yang menarik orang kepadanya. 4. Integriti -dipercayai, tabiat baik yang kukuh, kata-kata dan perbuatannya seiring. 5. Bertanggungjawab - sentiasa menyempurnakan tugas, tidak memberi alasan, tugas yang diberi sentiasa selesai. 6. Imej kendiri yang baik - berasa yakin pada diri sendiri, pada hidup dan orang lain. 7. Tenaga mental - keupayaan untuk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. 8. Daya kepimpinan - berpengaruh ke atas orang lain. 9 Daya kepengikutan - kesediaan untuk patuh, bekerja dalam pasukan dan menuruti ketua. 10. Tiada masalah peribadi - urusan peribadi, rumah tangga dan kehidupannya terus rapi. 11. Kemahiran interpersonal - keupayaan menawan orang dan mengembangkan potensi mereka. 12. Unsur kecindan - mesra dan mudah berjenaka. 13. Daya ketahanan - berupaya untuk bingkas semula bila berdepan masalah. 14. Rekod yang baik - mempunyai kejayaan dan pengalaman. 15. Daya keinginan yang tinggi - kepingin untuk membangun dan mengembangkan potensi diri. 16. Disiplin diri - bersedia untuk berkorban dan menangani kejayaan. 17. Kreatif - berupaya untuk mencari penyelesaian dan merungkai masalah. 18. Keanjalan - tidak gentar untuk merubah, cair, mengalir mengikut perubahan organisasi. 19. Melihat cara menyeluruh - berupaya untuk melihat secara total dan melimpasi kepentingan diri. 20. Intuisi - boleh meramal dan merasai sesuatu situasi tanpa data yang konkrit. Sekian. Selamat bertugas

You might also like