You are on page 1of 6

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu

dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Gambar 3.1 Alat sebutan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Bahagian-bahagian alat sebutan

Alat-alat Artikulasi

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah telah dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah, daun lidah, depan lidah, belakang lidah dan akar lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Hujung lidah ialah bahagian lidah yang bertemu dengan gigi. Daun lidah pula bahagian lidah yang bertemu dengan gusi sama ada gusi atas mahupun gusi bawah. Depan lidah pula ialah bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Belakang lidah ialah bahagian yang paling belakang dan akar lidah pula ialah bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi sebagai mengubah keluasan rongga tekak.

Alat artikulasi yang seterusnya ialah anak tekak. Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak bersambung dengan lelangit lembut dan merupakan daging yang tergantung dari lelangit lembut itu. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Anak tekak juga boleh diturunkan dan dinaikkan.

Pita suara juga tergolong dalam kumpulan alat artikulasi. Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalm menghasilkan bunyi bahasa. Pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak bersuara. Apabila selaput suara disempitkan tetapi tidak terlalu rapat, udara dari paru-paru yang keluar melaluinya akan bergetar dan menghasilkan bunyi bersuara. Pita suara terdiri daripda dua keping selaputyang boleh terbuka dan tertutup. Ruang antara kedua-dua selaput itu dikenali sebagai glotis.

Gambar 3.2 Gambaran pita suara

Rongga turut berperanan dalam menentukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Rongga juga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru. Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga mulut bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam. Sementara rongga hidung pula bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung kepada keadaan, sama ada anak tekak dan lelangit lembit dinaikkan atau diturunkan.

Rongga mulut

Rongga hidung

Rongga tekak/farinks

Gambar 3.3 Kedudukan rongga 3.2 Daerah Artikulasi

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

Gigi juga memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut.

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

3.3 Penggolongan Bunyi Bahasa

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Bahasa perhubungan manusia menggunakan bunyi-bunyi suara dan daripada bunyi-bunyi itulah terbit lambang-lambang yang berlainan yang boleh digambarkan di atas kertas atau dituliskan. Bunyi-bunyi bahasa dapat digolongkan kepada bunyi-bunyi vokal dan bunyibunyi konsonan.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Cirinya terdiri daripada bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu. Antaranya ialah keadaan bibir, iaitu sama ada dihamparkan atau dibundarkan. Seterusnya ialah bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa juga ditentukan oleh turun naik lidah, sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan. Keadaan lelangit lembut iaitu sama ada dinaikkan, dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja turut memberikan kesan terhadap penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Akhir sekali ialah keadaan glotis atau kepingan antara pita suara. Keadaan glotis yang dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar turut membantu untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Selain bunyi-bunyi vokal, terdapat juga bunyi separuh vokal dan diftong. Bunyi separuh vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal, tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan vokal, kemudian dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain dan berlaku secara geluncuran.

Diftong ialah turutan vokal yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan selainnya ialah hasil daripada geluncuran. Penghasilan turutan vokal ini merupakan

satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal sahaja. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pada masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong.

You might also like