You are on page 1of 4

TEKNIK HAFAL DAN MENULIS KARANGAN Kehendak soalan: punca-punca/sebab-sebab/ faktor-faktor Topik: gejala merokok dalam kalangan pelajar

sekolah BAHAN RANGSANGAN PENDAHULUAN Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Saban hari, kita akan memperkatakan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Apakah yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini terus menular seperti cendawan tumbuh selepas hujan?

ISI 1

Salah satu punca yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah berlaku ialah pengaruh rakan sebaya. Apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah atau taulan-taulan yang negatif, mereka akan terikut-ikut. Oleh hal yang demikian, pasti gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadijadi dan berleluasa.

ISI 2

Punca gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya. Tindakan ibu bapa yang tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya menyebabkan hal ini bertambah serius. Maka, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak akan menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah sukar diatasi.

ISI 3

Pada masa yang sama, pengaruh media massa juga turut menjadi punca gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Media massa seperti internet, televisyen sering menyiarkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah secara terbuka. Oleh hal yang demikian, perkara ini telah mendorong gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah sukar dibendung.

RESPONS TERBUKA Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Saban hari, kita akan memperkatakan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, kita dapat melihat gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi. Apakah yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini terus menular seperti cendawan tumbuh selepas hujan? Salah satu punca yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah berlaku ialah pengaruh rakan sebaya. Apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah atau taulan-taulan yang negatif, mereka akan terikut-ikut. Dalam erti kata lain, ajakan negatif rakan sebaya akan mendorong gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh hal yang demikian, pasti gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi dan berleluasa. Punca gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya. Malah, ibu bapa juga terlalu sibuk mengumpul kekayaan dan kemewahan. Tindakan ibu bapa yang tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya menyebabkan hal ini bertambah serius. Maka, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak akan menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah sukar diatasi. Pada masa yang sama, pengaruh media massa juga turut menjadi punca gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Media massa seperti internet, televisyen sering menyiarkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah secara terbuka. Tambahan pula, naluri remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru mengakibatkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah menjadi suatu kebiasaan. Oleh hal yang demikian, perkara ini telah mendorong gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah sukar dibendung.

ISI 4

Selain itu, isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah turut disebabkan oleh undang-undang dan peraturan yang longgar. Dalam erti kata lain, ketiadaan undang-undang yang ketat menyebabkan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin meruncing. Oleh hal yang demikian, terbukti bahawa, undang-undang yang ketat amat penting untuk membendung isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk bersama-sama berusaha menangani kemelut ini. Sekiranya gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini dapat dibendung, maka kita dapat melahirkan remaja yang berwawasan dan menjadi tonggak negara pada masa hadapan.

KESIMPULAN

Selain itu, isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah turut disebabkan oleh undang-undang dan peraturan yang longgar. Malah, mereka semakin berani melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ini. Dalam erti kata lain, ketiadaan undang-undang yang ketat menyebabkan isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin meruncing. Oleh hal yang demikian, terbukti bahawa, undang-undang yang ketat amat penting untuk membendung isu gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk bersama-sama berusaha menangani kemelut ini. Dalam hal ini, masyarakat juga tidak harus bersikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sekiranya gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah ini dapat dibendung, maka kita dapat melahirkan remaja yang berwawasan dan menjadi tonggak negara pada masa hadapan.

LATIHAN 1 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor pelajar ponteng sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Faktor-Faktor Pelajar Ponteng Sekolah

Rakan Sebaya

Ibu Bapa

Media Massa

Undang-Undang

Kehendak soalan: .......................................................................................................................................... Topik: ............................................................................................................................................................. LATIHAN 2 Sejak belakangan ini, gejala jenayah dalam kalangan anak-anak muda semakin bertambah serius. Hal ini demikian kerana, kebanyakan remaja mudah terjebak dalam pengaruh gangterisme. Jelaskan sebab-sebab berlakunya gejala gangsterisme dalam kalangan anak-anak muda di negara kita. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Kehendak soalan: .......................................................................................................................................... Topik: .............................................................................................................................................................

Kehendak soalan: kepentingan / kelebihan / langkah-langkah Topik: semangat kejiranan BAHAN RANGSANGAN PENDAHULUAN Mutakhir ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin pudar. Sekiranya, semangat kejiranan tidak dipupuk, sudah tentu akan meninggalkan kesan kurang elok kepada kita. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah yang perlu kita lakukan untuk memastikan semangat kejiranan dapat diteruskan.

ISI 1

Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk semangat kejiranan. Antaranya ialah daripada pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu memainkan peranan penting untuk memupuk semangat kejiranan. Contohnya, mereka perlulah bertegur sapa sesama jiran. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan semangat kejiranan dalam kehidupan mereka.

ISI 2

Selain itu, pihak ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan semangat kejiranan ini. Contohnya, ibu bapa boleh duduk bersamasama anak mereka dan bercerita tentang kebaikan semangat kejiranan. Keadaan ini akan menggalakkan anak-anak mengamalkan semangat kejiranan secara berterusan.

ISI 3

Pada masa yang sama, pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan. Sekiranya masyarakat bersifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, sudah tentu semangat kejiranan akan mudah dilupakan. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah sedar peranan mereka agar semangat kejiranan dapat dikekalkan sampai bila-bila.

RESPONS TERBUKA Mutakhir ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin pudar. Kita semua tahu bahawa semangat kejiranan sangat penting kepada kita semua. Sekiranya, semangat kejiranan tidak dipupuk, sudah tentu akan meninggalkan kesan kurang elok kepada kita. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah yang perlu kita lakukan untuk memastikan semangat kejiranan dapat diteruskan. Terdapat pelbagai cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk semangat kejiranan. Antaranya ialah daripada pihak diri seseorang itu sendiri. Seseorang individu memainkan peranan penting untuk memupuk semangat kejiranan. Mereka haruslah mempunyai keinginan yang tinggi dalam diri mereka sendiri untuk memupuk semangat kejiranan. Contohnya, mereka perlulah bertegur sapa sesama jiran. Oleh itu, setiap individu haruslah memainkan peranan untuk terus mengekalkan semangat kejiranan dalam kehidupan mereka. Selain itu, pihak ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk meneruskan semangat kejiranan ini. Pihak ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka di rumah tentang pentingnya semangat kejiranan. Contohnya, ibu bapa boleh duduk bersama-sama anak mereka dan bercerita tentang kebaikansemangat kejiranan. Ibu bapa juga boleh menerangkan faedah yang diperoleh apabila anak-anak mempraktikkan semangat kejiranan dalam kehidupan anak-anak mereka. Keadaan ini akan menggalakkan anak-anak mengamalkan semangat kejiranan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, semangat kejiranan akan dapat diteruskan dan membawa manfaat kepada kita. Pada masa yang sama, pelbagai usaha juga boleh dilakukan oleh pihak masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan. Pihak masyarakat bertanggungjawab untuk mewujudkan semangat kejiranan dengan mengadakan kerjasama sesama anggota masyarakat. Masyarakat mestilah saling mengambil berat agar semangat kejiranan ini terus diamalkan. Sekiranya masyarakat bersifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing, sudah tentu semangat kejiranan akan

ISI 4

Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen oleh pihak kerajaan untuk membolehkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat terus dikekalkan. Contoh kempen yang boleh dilaksanakan ialah Bersama Kita Memupuk Semangat Kejiranan. Oleh hal yang demikian, sudah pasti usaha memupuk semangat kejiranan akan dapat diteruskan.

mudah dilupakan. Oleh hal yang demikian, masyarakat perlulah sedar peranan mereka agar semangat kejiranan dapat dikekalkan sampai bila-bila. Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan kempen-kempen oleh pihak kerajaan untuk membolehkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat terus dikekalkan. Kempen-kempen yang diadakan oleh pihak swasta juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya untuk mengekalkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di negara kita. Contoh kempen yang boleh dilaksanakan ialah Bersama Kita Memupuk Semangat Kejiranan. Oleh hal yang demikian, sudah pasti usaha memupuk semangat kejiranan akan dapat diteruskan. Kesimpulannya, semangat kejiranan yang masih diamalkan oleh semua rakyat di negara kita perlulah dihargai dan diwarisi agar semangat kejiranan ini membawa kebaikan kepada semua. Semangat kejiranan yang kekal subur dalam minda masyarakat Malaysia haruslah dikekalkan supaya generasi baru juga turut mengetahui bahawa semangat kejiranan ini sudah berakar umbi daripada nenek moyang kita. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan agar segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semangat kejiranan yang masih diamalkan oleh semua rakyat di negara kita perlulah dihargai dan diwarisi agar semangat kejiranan ini membawa kebaikan kepada semua. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan agar segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.

LATIHAN 1 Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengalakkan amalan gotong royong. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Cara-Cara Menggalakkan Amalan Gotong-Royong

Diri Sendiri

Ibu Bapa

Masyarakat

Kerajaan

Kehendak soalan: .......................................................................................................................................... Topik: ............................................................................................................................................................. LATIHAN 2 Tulis sebuah karangan tentang kaedah-kaedah menggalakkan semangat perpaduan kaum. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Kehendak soalan: .......................................................................................................................................... Topik: .............................................................................................................................................................

You might also like