You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

1.0 Seni dalam Pendidikan 1.1 Pendekatan bertema 2 2

2.0 Tema Persekitaran 3.0 Tema Masyarakat 4.0 Tema Komunikasi 5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema 6.0 Cadangan 7.0 Rancangan Pengajaran Harian 7.1 Pendidikan Islam 7.2 Bahasa Melayu 7.3 Pendidikan Seni Visual 7.4 Pendidikan Jasmani 7.5 Kemahiran Hidup

4 5 6 7 9 12 12 17 22 26 29

8.0 Bibliografi

30

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Seni Dalam Pendidikan Seni dalam pendidikan (SDP) meliputi pengetahuan asas guru dalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ia menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Kepentingan seni dalam pendidikan adalah untuk mengembangkan proses pembelajaran di kalangan pelajar bagi mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria pelajar mereka. Guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Aktiviti ini akan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.

2.0 Pendekatan Bertema Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mendefinisikan pendekatan bertema adalah sebagai pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dipilih oleh guru dan bersesuaian dengan masa, tempat dan minat dan latar belakang murid. Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006) pula, pendekatan bertema ini mempunyai dua situasi. Kandungan topik pembelajaran boleh ditentukan oleh guru. Pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas. Topik-topik pembelajaran meliputi pelbagai bidang tetapi tidak mendalam. Pengajaran adalah berdasarkan tema yang dipilih dengan melangkaui bidang atau komponen sesuatu konsep atau kemahiran. Manakala menurut Nani Menon (2007), keberkesanan dan kejayaan pengajaran bertema bergantung kepada daya usaha , kemahiran, dan kesungguhan guru dalam merancang tema dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai demi menhidupkan lagi suasana pembelajaran. Pendekatan bertema juga dapat meningkatkan perkembangan pelajar secara menyeluruh. Dalam pendekatan bertema, pengajaran gabung jalin adalah salah satu unsur utama yang ditekankan. Di bawah satu unit tema, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan memperoleh pelbagai hasil pembelajaran. Pendekatan bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan kanak-kanak dalam menangani kehidupan masa kini dan akan datang. Pemilihan sesuatu tema perlulah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Contohnya, tema yang mudah seperti rumah saya, cuaca, tumbuh-tumbuhan, sehinggalah kepada tema-tema yang lebih abstraks seperti institusi swasta atau cakerawala. Satu unit tema kecil, dapat meliputi pengetahuan konsep yang berkait dengan aspek estetika, kemahiran afektif, kognitif, bahasa, fizikal, dan sosial pelajar. Apa yang penting, aktiviti yang dirancang perlulah ada kesinambungan di antara tema supaya mesej yang khusus dapat disampaikan kepada pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek yang mesti dipertimbangkan oleh guru dalam pemilihan sesuatu tema adalah seperti ia boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar, bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu tema. Selain itu, guru juga perlu berminat terhadap tema yang dipilih. Tema yang dipilih pula perlu ada pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar supaya mudah untuk pelajar memahami sesuatu topik yang diajar.

2.0 Tema Persekitaran Persekitaran merangkumi persekitaran fizikal seperti bahan, ruang dan masa manakala persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh ibubapa, rakan sebaya dan masyarakat. Elemenelemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanakkanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan. Terdapat 3 eleman persekitaran iaitu alam semula jadi, buatan manusia, dan teknologi. Elemen persekitaran diimbangi oleh ekosistem supaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni. Sekiranya satu rantaian ekosistem berubah, ia akan mempengaruhi kehidupan manusia. Manakala perbuatan manusia yang dilakukan terhadap persekitaraan seperti pembakaran terbuka, pembersihan hutan secara besar-besaran akan mencetuskan perubahan yang positif atau negatif terhadap kehidupan manusia itu sendiri. Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Ia juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Teknologi mampu menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Penggunan teknologi yang menarik dan kreatif juga mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian. Tajuk persekitaran boleh diajar melalui mata pelajaran pendidikan jasmani, muzik dan seni visual. Tema yang berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa melayu, matematik, bahasa inggeris dengan menggabungkan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan pendidikan jasmani. Penggunaan tema persekitaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman bukan sahaja kepada kanak-kanak malah kepada orang dewasa secara optimum dan menyeluruh.

3.0 Tema Masyarakat Masyarakat terbahagi kepada tiga zaman iaitu ,asyarakat purba, zaman batu dan masa kini. Ini bermaksud, manusia telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Menurut kitab suci Al-Quran, manusia mula wujud sejak zaman nabi Nabi Adam a.s. Manusia dikategorikan sebagai makhluk sosial yang berkongsi keperluan asas yang sama. Ini bermakna setiap manusia perlu merasa untuk dikasihi, dimiliki, merasai kejayaan, merasa selamat dan memperolehi pengiktirafan. Sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat manusia. Kerjasama perlu wujud di antara setiap manusia untuk menjaga kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada manusia mencipta pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang sehingga menjadi budaya dalam masyarakat. Dalam konteks pelajar di sekolah, mereka memulakan penghidupan dengan diri mereka sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang lebih besar dalam masyarakat. Ia meliputi pelbagai budaya, latar belakang, keluarga dan individu yang berbeza di persekitaran kanak-kanak. Pelajar dapat mempelajari dan memahami setiap peranan yang dimainkan oleh manusia seperti pegawai bomba, posmen, dan pemandu teksi dalam kehidupan seharian. Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran pelajar itu sendiri. Mereka dapat memahami betapa pentingnya hidup bermasyarakat. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan setiap pelajar.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Kesimpulannya, tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat. Di samping itu, pelajar akan dapat menghargai pelbagai budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar tema masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pergerakan, muzik dan seni visual di sekolah.

4.0 Tema Komunikasi Komunikasi bermaksud perlakuan tindak balas seseorang atau lebih individu untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunkasi verbal dan bukan verbal. Manusia berkomunikasi untuk berhubung di antara satu sama lain dan seterusnya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Setiap komunikasi memberi kesan terhadap orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Komunikasi terbahagi kepada empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal dan temporal. Konteks fizikal dalam komunikasi merujuk kepada komunikasi yang berlaku di dalam persekitaran yang nyata. Contohnya, bilik, ruang tamu, dewan dan sebagainya. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Contohnya seperti peraturan yang diwarisi dari zaman nenek moyang yang akan diturunkan kepada pewaris yang seterusnya. Dari segi konteks sosio-psikologikal pula, ia merangkumi contoh hubungan dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh semasa kemunikasi telah berlaku.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Komunikasi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa sahaja. Malah dari mana-mana organ deria anda sekalipun. Mesej yang ingin disampaikan bukan sahaja dari segi verbal, malah secara bukan verbal. Dalam konteks pendidikan, komunikasi sering mendatangkan kesan ke atas pelajar. Contohnya, pelajar boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Ia merupakan kesan intelektual atau kognitif yang akan diperolehi oleh pelajar. Guru boleh juga mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan pelajar anda yang akan mendatangkan kesan afektif. Pelajar juga boleh diajar untuk membuat perlakuan verbal atau bukan verbal yang merupakan kesan psikomoter. Apa yang penting, pelajar harus memahami bagaimana untuk berkomunikasi dengan betul dalam sesuatu masyarakat supaya mesej yang ingin disampaikan atau pun yang perlu diterima berjaya diperoehi.

5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema Terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan pendekatan bertema. Antara kelebihannya ialah, ia boleh mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyediakan satu pengajaran yang lebih tersusun, menarik dan berkaitan dengan pengalaman pelajar. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah menggunakan elemen muzik, video, animasi dan sebagainya. Pendekatan bertema juga dapat dijalankan merentas pelbagai mata pelajaran lain dengan aktivitiaktiviti yang mampu merangsang minda pelajar. Contohnya, penggabungan antara mata pelajaran pendidikan Islam, mata pelajaran sains, matematik, bahasa melayu dan bahasa Arab di dalam sesuatu tajuk. Pembelajaran secara menyeluruh yang menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran juga dapat dijalankan secara terancang dan berkesan. Kedua, pendekatan bertema juga dapat menyemai daya imaginasi pelajar melalui penerokaan. Ini kerana, pendekatan bertema memerlukan semua pelajar meneroka sesuatu tema yang dipilih secara mendalam sambil dibimbing oleh guru. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar matapelajaran sains guru boleh menerapkan elemen khayalan dan imaginasi 7

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

kepada pelajarnya. Mereka boleh berimaginasi tentang angkasa lepas, membawa kapal terbang dan sebagainya. Imginasi mereka ini akan memudahkan pemahaman seseorang pelajar tentang angkasa. Melalui imaginasi, pelajar juga dapat membayangkan pro dan kontra sesuatu tajuk yang diberi kepada mereka terhadap alam sekitar dan masyarakat. Pelajar juga secara tidak langsung telah dilatih membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam membuat keputusan di dalam kehidupan seharian mereka. Dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran, pelajar dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu mereka. Aktiviti yang dijalankan dapat memupuk sifat keberanian dalam diri setiap pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan diri. Ini kerana dalam pendidikan bertema, semua murid terlibat ketika aktiviti dijalankan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pelajar. Apabila keyakinan diri pelajar dapat ditingkatkan ia akan membantu pelajar bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran tanpa rasa takut dan malu. Ini akan membantu meningkatkan potensi pelajar secara optimum. Disamping itu, pelajar juga dapat memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal kerana mereka dilatih bergaul dengan rakan sebaya. Semua kemahiran ini diperolehi secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dijalankan dalam kelas. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal ialah aktiviti berkumpulan, bercerita, mendeklamasikan sajak atau penyelesaian masalah secara berkumpulan. Nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan dapat dipupuk di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Seperti yang kita semua sedia maklum, masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum, berlainan adat dan juga berlainan bahasa, Dengan menekankan pendekatan bertema dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat menyemai sikap saling hormat-menghormati di kalangan pelajar sejak mereka di sekolah rendah lagi. Ini secara tidak langsung dapat mengerat hubungan antara pelajar yang pelbagai kaum.

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Antara kelebihan lain pendekatan bertema ialah, ia berfokuskan guru dan murid. Di samping itu pelajar dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema juga menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menggabungkan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat dipelbagaikan. Guru tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang barkaitan setiap kali marancang jadual aktiviti. Selain daripada menambah pengetahuan kognitif pelajar pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri-ciri kepimpinan, keyakinan diri, sikap saling membantu, bertolenrasi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya. Secara tidak langsung, pendekatan bertema akan meningkatkan kesedaran sosial dan tanggung jawab pelajar sebagai ahli masyarakat.. Pendekatan bertema yang selalu digunakan oleh semua guru mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan aktif. Melalui pendekatan bertema juga pelajar dapat lebih memahami konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini kerana bukan semua pelajar yang mampu menerima sesuatu konsep secara terus. Ini secara langsung dapat meransang minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Melalui pengajaran bertema, pelajar dapat meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bentuk seperti pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik. Pelajar dapat meluahkan rasa gembira melalui senyuman sambil menyanyi ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan muzik.

6.0 Cadangan Bagi memantapkan lagi pengisian pendekatan bertema yang diguna pakai di dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus menambah ilmu pengetahuan di dalam memahami sesuatu pendekatan bertema dengan lebih mendalam. Ini kerana, guru merupakan orang yang paling penting dalam pelaksanaan pendekatan bertema kerana guru merupakan pemudahcara bagi pelajar ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui pendekatan ini guru harus mempunyai kecekapan yang tinggi dalam 9

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelbagai bidang matapelajaran kerana pendekatan ini mengabungjalinkan pelbagai mata pelajaran dalam satu pengajaran. Jika guru mempunyai kecekapan yang rendah, ini akan menyebabkan objektif pengajaran bertema tidak dapat dicapai secara optimum. Contohnya jika guru mempunyai kurang pengetahuan tentang seni visual, maka pengajaran bertema yang mengabungjalinkan mata pelajaran seni visual tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah memainkan peranan yang penting di dalam aspek kehidupan kita. Tidak terkecuali juga penggunaan teknologi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru perlu memahirkan dirinya di dalam menguasai sesuatu teknologi supaya boleh digunakan di dalam pengajarannya. Hal yang demikian kerana, dengan menggunakan teknologi seperti perisian berbantukan komputer, ia akan dapat menarik minat murid di dalam menghayati sesuatu pelajaran yang diajar. Contohnya penggunaan perisian yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan sewaktu proses pengajaran. Perisian yang dihasilkan adalah suatu perisian yang menarik. Ia merangkumi penggunaan warna yang menarik, penggunaan animasi, video dan audio yang pastinya boleh menarik minat murid. Oleh itu, adalah penting untuk setiap guru untuk memantapkan dan memahirkan diri dalam menguasai teknologi supaya mereka dapat menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.. Guru perlu merebut peluang untuk menyertai sebarang kursus-kursus yang di anjurkan di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan pedagogi. Ini kerana hanya dengan menghadiri kursus yang berbentuk pedagogi sahaja mampu membantu guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Seringkali kita melihat bahawa guru hanya menggunakan teknik yang serupa sahaja sewaktu mengajar di dalam kelas. Kita juga selalu menyaksikan para pelajar hanya duduk di kerusi mereka dan mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh guru mereka di hadapan kelas. Apa yang berlaku ialah pelajar akan mudah bosan sekiranya guru hanya menggunakan teknik yang biasa sahaja. Ini akan mengakibatkan tahap pemahaman pelajar terbatas dan pelajar juga akan mudah berasa bosan. Hal ini boleh dielakkan sekiranya guru menghadiri kursus-

10

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

kursus pedagogi dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam kelas. Penguasaan pelbagai teknik pedagogi dan digabungkan dengan pendekatan bertema akan mampu menghasilkan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mampu mencapai objektif yang disasarkan. Selain daripada menambah ilmu pengetahuan di dalam memahami sesuatu pendekatan bertema, menguasai kemahiran teknologi, menyertai kursus pedagogi, guru juga perlu mengetahui cara yang betul untuk menilai pelajarnya. Ini kerana semua pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza di antara satu sama lain. Contohnya ada pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mata pelajaran bahasa tetapi mempunyai kebolehan yang rendah dalam matematik dan sebaliknya. Ini akan menyukarkan guru untuk membuat penilaian yang sewajarnya. Untuk mengelakkan daripada guru menggunakan kaedah penilaian yang salah kepada pelajarnya, guru harus memahami setiap pelajarnya dari segi pemikiran dan tahap IQ mereka. Melalui pemahaman ini sahaja, guru mampu mengelakkan diri daripada salah menilai pelajar. Setiap pelajar harus dinilai menggunakan kaedah penilaian yang berbeza namun adil dari segi perlaksanaanya. Oleh yang demikian, penguasaan dalam membuat penilaian dan penggunaan pendekatan bertema juga pasti akan mampu menbantu guru dalam menilai tahap kemampuan setiap pelajarnya dengan betul. Kesimpulannya, setiap guru perlu menanamkan di dalam diri mereka untuk sentiasa maju ke hadapan di dalam bidang pendidikan. Walaupun pelbagai cabaran yang harus ditempuhi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran bertema dalam usaha melahirkan murid yang kreatif dan kritis, semangat yang tinggi dengan usaha yang tidak mengenal penat lelah sudah pasti segala cabaran ini dapat di atasi dengan baik.

Bibliografi

11

SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706055058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. MALAYSIA, Open University. (2009). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd 2. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan: Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Ee Ah Meng (2003), Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2005), Panduan Pendidikan Prasekolah, Bentong: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

12

You might also like