You are on page 1of 1

Segala pujian hanya pada Mu Ya Allah Selawat dan salam pada Rasulullah saw

Ya Allah
Pada pagi yang penuh kedamaian Bersempena majlis solat hajat diambang peperiksaan upsr Kami menadah tangan mohon dikabulkan Agar setiap impian menjadi satu kenyataan Berikanlah kesihatan Lapangkan pemikiran Fokuskan penumpuan Jauhkan khayalan

Ya Allah..
Ukirkanlah kejayaan Atas usaha yang berterusan Moga dapat memberi kegembiraan Pada ibubapa yang mengharapkan Andai pencapaian tidak menggalakkan Kami menerima dengan kerelaan Mungkin di sana hikmah pemberian Untuk melangkah hebat menjadi insan terbilang

Ya Allah.. Ya Zal Jalali Wal Ikram


Kami banyak berdosa Terutama pada ibu dan bapa Terutama pada guru tercinta Terutama pada rakan sebaya Oleh itu Ya Allah Ampunkan dosa kami semuanya Ampunkan dosa guru dan ibubapa Dalam doa ingatan sentiasa Untuk kejayaan kita bersama

Ya Allah..
Kini diambang peperiksaan upsr Mohon jauh dari kemaksiatan Kerana ianya akan menghilangkan Setiap ilmu dalam hafalan

Ya Allah..
Peperiksaan upsr kian menjelang Mohon ditunjukkan jalan Semoga dapat segala jawapan Setiap soalan yang mendatang

Ya Allah..
Peperiksaan hampir di hadapan Mohon jauhkan dari debaran Khuatir ianya memberi kesan Dalam dewan tempat ujian

Ya Allah..
Perjalanan masih kabur di depan tunjukan hidayah kecemerlangan Mudah-mudahan ianya memberi rangsangan Pada kami yang menaruh harapan

You might also like