You are on page 1of 23

1.

0 Definisi dan konsep pembelajaran terhadap para pelajar : Di alaf 21 kini pelbagai cabaran harus ditempuhi bagi bakal para guru dan mereka yang bergelar guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para remaja zaman sekarang. Dalam menyampaikan sesuatu ilmu ataupun maklumat yang berguna, pelbagai karenah-karenah para pelajar dan guru remaja harus ditempuhi penuh kesabaran, sesungguhnya kesabaran yang tinggi menjadi tunjang utama kepada para guru bagi melaksanakan misinya iaitu mnyampaikan ilmu. Di antara karenah-karenah pelajar yang sering menjadi igau ngeri bagi para guru ialah para pelajar tidak berminat dalam menimba ilmu, kurang fokus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, masalah displin para pelajar sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Semua masalah yang timbul itu mampu memberi rangsangan kepada remaja untuk malas belajar disamping faktor yang tidak kurang hebatnya iaitu mereka mengalami konflik dalaman dalam mencari identiti diri yang sebenar dan identiti yang mereka ingin jadikan sebagai idola untuk mereka membina sifat mereka dikemudian hari. Para pelajar atau remaja ini boleh diibaratkan sebagai kain putih dalam erti kata lain, dimana para guru turut dipertanggungjawabkan untuk mencorakknanya selain daripada ibubapa mereka. Jika corakanya baik maka terbentuklah seorang remaja yang bersahsiah baik jika tidak sebaliknya la jadinya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorong untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Guru pula bermaksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar, dan pengasuh manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Seterusnya juga masalah-masalah lain juga banyak yang timbul dalam golongan mereka yang tinggal di luar bandar. Bagi mengelakkan fenomena ini dari terus-terusan berlaku inisiatif untuk mencengah harus diambil oleh pelbagai pihak samada kerajaan, masyarakat, guru-guru, Ibubapa dan tidak lupa juga pelajar itu sendiri. Antara inisiatif yang dapat dilihat ialah perkenalan konsep-konsep pembelajaran kepada para pelajar dan guru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan sebagainya.

2.0 Definisi , konsep & ciri-ciri motivasi : 2.1 Definisi motivasi : Motivasi adalah kemahuan dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapai matlamat. Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Menurut Strenberg (2001), motivasi bererti dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses yang memberikan kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004), motivasi belajar ditakrifkan sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan

mencapai prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Motivasi juga berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaaba dan Zuraida, 2004). Menurut mereka lagi, jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah pelajar bermotivasi.Antara ciri-ciri pelajar bermotivasi ialah mereka sentiasa rajin untuk datang ke sekolah lebih awal, ingin ke perpustakaan, gemar membaca dan menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali.

Secara umum ia didefinisikan sebagai kuasa yang menggerak dan membentuk sesuatu perilaku atau tabiat. Dengan kata lain, motivasi adalah suatu tenaga dalaman yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Ia adalah keadaan yang bersifat sementara atau berubah-ubah dalam diri seseorang dan tidak bergantung kepada keperibadian orang tersebut. Ada pelbagai jenis motivasi seperti motivasi pencapaian, motivasi sekutu, motivasi kompetensi, motivasi kuasa, dan motivasi sikap.

Motivasi bergantung kepada tiga aspek utama termasuk rangsangan perilaku, arah perilaku dan kegigihan perilaku. Rangsangan perilaku melibatkan apa menyebabkan rangsangan untuk bertindak dan arah perilaku berkaitan dengan apa yang mengarahkan kelakuan ke arah tujuan tertentu. Kegigihan perilaku adalah berkaitan dengan bagaimana kelakuan atau tabiat yang berterusan.

2.2 Jenis-jenis motivasi :

Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran, guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut motivasi intrinsik. Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah motivasi ekstrinsik.

i)Motivasi ekstrinsik : Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkahlaku seseorang pelajar. Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaikbaiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan
3

pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan. Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah.

ii)Motivasi intrinsik Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan.

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian.

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempattempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri kerana nilai instrinsiknya rendah.

Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna.

2.3 Kaitan antara Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik :

Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun ekstrinsik. Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan dalaman. Mereka melakukan sesuatu atas kesedaran diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain ataupun peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka sendiri menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu. Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu membuat keputusan sendiri. Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin mereka berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka bergantung pada orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadang-kadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi mendapatkan kebaikan. Mereka juga kadang-kadang memberontak pada orang yang lebih berkebolehan. Seseorang yang tidak mempunyai mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi ekstrinsik agar lama-kelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya dan seseorang yang telah mempunyai motivasi
5

intrinsik perlu juga diberi motivasi ekstrinsik agar motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang-kadang bermotivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu.

2.4 Pendekatan memotivasikan pelajar :

Motivasi merupakan cara yang berkesan untuk mendidik seorang pelajar untuk menjadi yang lebih baik. Ini adalah kerana melalui motivasi pelajar akan didedahkan dengan dengan kata-kata yang baik yang mampu mengubah seseorang pelajar. Antara pendekatan yang diberikan untuk memotivasikan pelajar ialah :

i)Penerangan yang jelas Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebagai guru perlu memberi pertimbangan kepada pelajar untuk menyelesaikan tugasan mereka. Guru seharusnya memberi penerangan yang jelas kepada pelajar bagi memudahkan mereka melakukan sesuatu tugasan. Motivasi bukan sahaja dari segi kata-kata tetapi juga dari segi tingkahlaku dan perbuatan seseorang terhadap seseorang individu.

ii)Ganjaran Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Melalui ganjaran yang diberikan oleh guru dapat mendorong seseorang pelajar lebih berjaya dan menjadi yang lebih baik. Melihat kebaikan dan kelebihan melalui ganjaran yang diberikan,sekiranya ganjaran yang diberikan memberi manfaat kepada pelajar teruskan dan sekiranya memberi kesan buruk pendekatan ganjaran tersebut haruslah ditukar dengan pendekatan lain. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti, kata-kata pujian, hadiah, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Insentif yang diberikan adalah untuk pelajar terus berusaha dalam mencapai kejayaan. Ganjaran luar yang berkesan mampu menjana motivasi kepada pelajar.
6

iii)Mengambil berat Pelajar akan mengambil tindak balas yang positif apabila guru mengambil berat terhadap diri dan masalah mereka. Guru perlu lebih memahami daripada terus menghukum. Membuat keputusan secara terburu-buru dan terus menghukum pelajar adalah lebih memburukkan keadaan dalam perkembangan jiwa seseorang pelajar. Guru juga perlu bercerita kisah-kisah lampau supaya dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Dengan cara ini pelajar akan tahu kesilapan yang dilakukan dan seterusnya tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Ini secara tidalk langsung adalah satu motivasi untuk pelajar hasil dari sikap ambil berat guru. Guru juga perlu meluangkan masa untuk bertemu dengan pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka betul-betul mengambil berat akan hal ehwal pelajar dan membuatkan pelajar tidak rasa tersisih atau disisihkan.

iv)Berikan kata peransang Mengikut fakta seseorang mampu berubah melalui sesuatu kata motivasi. Kata-kata peransang mampu mengubah seseorang dari gagal dan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Kita sering mendengar kata-kata peransang atau kata-kata motivasi dari individu yang telah berjaya. Kata-kata tersebut disematkan dalam hati dan seterusnya menjadikan semangat untuk berjaya. Sebagai guru perlulah sentiasa memberi kata-kata semangat kepada peajar untuk membantu menaikkan semangat mereka dan seterusnya mampu mencipta kejayaan yang cemerlang. Cipta satu kata-kata motivasi dan letakkan di dalam kelas supaya pelajar dapat melihat dan seterusnya memotivasikan mereka.

v)Idola Idola adalah individu yang berjaya dalam sesuatu bidang dan amat mengaguminya. Guru juga merupakan salah seorang idola kepada pelajar. semasa di sekolah pelajar melihat semua perbuatan guru dan menyebabkan mereka sangat kagum dengan kerjaya seorang guru. Idola yang disanjungi mampu menjadi pendorong kepada pelajar untuk berjaya sepertinya. Idola merupakan individu yang mampu memberi motivasi dalaman kepada pelajar. sebagai contoh idola ramai iaitu Datuk Sheikh Muszaphar Syukor. Kejayaannya dalam menjejakkan kaki ke angkasa telah mendorong dan pembakar semangat kepada pelajar untuk menjejak langkahnya.
7

Ini secara tidak langsung seorang pelajar yang malas juga mampu berjaya apabila beliau meminati seseorang individu itu menyebabkanya rajin belajar.

vi)Penglibatan pelajar

Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka berasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah, mengangkat buku dan lain-lain lagi.

3.0 Kepentingan pendidikan kepada para pelajar : Kerajaan juga turut memperkenalkan Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk

mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa, untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat, pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik, menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia dan pelbagai lagi tujuan lain. Hatta Akta Pendidikan 1996 ini diwujudkan kerajaan juga turut memperkenalkan dasar pendidikan Negara yang turut mempunyai objektifnya yang tersendiri terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia ini iaitu bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan
8

politiknya dan falsafah yang diperkenalkan juga tidak kurang hebatnya iaitu penddidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemamkmuran masyarakat dan negara. Kerajinan amat dititiberatkan dalam dunia pendidikan, hal ini lebih tepat ditujukan kepada para pelajar ataupun para remaja sebagai penerima ilmu pengetahuan daripada guru mereka. Jika hanya guru yang bersungguh-sungguh memberikan ilmu pengetahuan kepada pelajar mereka akan tetapi pelajar tersebut tidak menerimanya samada sengaja tidak mahu menerima apa yang diajar atau pun memang tidak dapat menerima ilmu tersebut. Dalam mengatasi permasaalahan ini para pelajar tersebut harus memainkan perananya sebagai seorang pelajar iaitu peranan yang sinonim dalam diri mereka dimana mereka harus rajin belajar ataupun rajin dan bersungguhsungguh dalam menimba dan menerima ilmu pengetahuan. 4.0 Faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar malas dan kurang rajin untuk belajar : Kebanyakan para pelajar hari ini tidak rajin belajar dan kurang cemerlang di dalam pelajaran disebababkan berbanding dengan 20 tahun dahulu disebabkan oleh beberapa faktor. Antara punca dominan yang menjurus ke arah permasalahan ini ialah terlalu banyak pendedahan dari luar yang menganggu minat para pelajar untuk belajar. Para pelajar lebih tertarik untuk mencuba perkara perkara baru yang dibawa kerana beranggapan mereka perlu mengikut trend terkini atau mereka akan dianggap oleh rakan-rakan sebaya sebagai ketinggalan zaman. Misalnya, pada era globalisasi yang kian pesat , para pelajar mudah terdedah dan berminat untuk melayari laman-laman sosial , permainan-permainan siber, gadget-gadget terkini dan tidak kurang yang terlalu taksub dengan kebudayaan yang di bawa daripada luar. Misalnya, pada hari ini kita dapat melihat majoriti para pelajar kita yang berumur 11 hingga ke 17 tahun mempunyai akaun Facebook , Twitter dan sebagainya. Mereka seolah-olah berlumba sesama mereka untuk mencari rakan-rakan alam maya yang lain. Hal ini bertepatan dengan fitrah remaja yang berada dalam lingkungan umur sebegini yang ingin diberi lebih perhatian dan mempunyai ramai kawan. Namun, mereka sanggup menghabiskan banyak waktu untuk melayari akaun laman sosial
9

masing-masing. Akhirnya menjadi malas untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana lebih mementingkan keseronokan melayari internet. Seterusnya, sebelum diutarakan inisiatif yang diambil untuk menarik minat pelajar supaya terus komited dalam pelajarannya permasalahan pelajar dalam pembelajaran haruslah terlebih dahulu dirungkai. Permasalahan yang timbul dalam pelajaran dan pembelajaran ini bukan sahaja melibatkan remaja di bandar bahkan turut melibatkan pelajar luar bandar . Antara permasalahan utama yang timbul bagi seseorang pelajar ialah faktor kewangan, masalah ini kebanyakan timbul bagi pelajar luar bandar yang mempunyai keluarga yang miskin serta pendapatan keluarga yang rendah. Pada kebiasaanya bagi mereka yang menghadapi dugaan ini terdiri dari sebuah keluarga yang besar dan mempunyai adik beradik yang ramai serta hidup dalam kedaifan. Antara salah satu penyebab yang mengakibatkan masalah ini timbul ialah faktor kewangan. Hasil analisis faktor kewangan, didapati pelajar mengalami masalah kewangan di paras sederhana(51.8%). Antara faktor lain yang menyebabkan masalah kewangan pelajar ialah mereka tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan berikutan harga buku yang pada kebiasaannya mahal, ini dipersetujui dengan peratus sebanyak 78%. Penggunaan buku rujukan atau buku teks sangat penting terutama dalam sesi pembelajaran kerana ketiadaan buku rujukan akan menyebabkan gangguan pembelajaran. Menurut Farrant J.S (1971), buku teks merupakan satu bahan penting di dalam proses pengajaran. Ia ditulis untuk memenuhi satu keperluan khas iaitu untuk memberikan maklumat dalam sesuatu mata pelajaran. Implikasi dari masalah ini boleh menyebabkan pelajar menjadi malas dan tidak berminat untuk belajar. Masalah ketiadaan buku rujukan akan menyebabkan pelajar terganggu seperti kurang tumpuan untuk belajar (Dr. Charles Smith, 2001). Oleh yang demikian peranan buku rujukan dalam sesi pembelajaran sangat penting bagi menjamin keberkesanan proses pembelajaran tersebut. Akibat dari masalah kewangan, pelajar (50.8%) didapati memerlukan pekerjaan semasa cuti panjang malahan ada pelajar tidak perlu cuti panjang melakukan kerja-kerja sambilan untuk mendapatkan duit .Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membiayai pelbagai perbelanjaan seperti pembelian buku rujukan, membayar yuran-yuran persatuan dan sebagainya. Pelajar dilihat perlu berusaha sendiri untuk mengumpul wang bagi meneruskan pengajian mereka. SM Mohamed Idris (2005), menegaskan pelajar perlu berdikari mengumpul wang supaya dapat melanjutkan pengajian mereka sehingga tamat. Kejadian ini semua menyebabkan pelajar tersebut malas belajar.

10

Selain daripada faktor tersebut turut terdapat faktor lain yang menyebabkan pelajar hilang minat terhadap pelajaran iaitu faktor kemudahan. Hasil analisis faktor kemudahan menunjukkan pelajar mengalami masalah kemudahan di paras tinggi (61.7%). Faktor utama yang menyebabkan masalah kemudahan adalah internet Wifi iaitu sebanyak 87.3%, ia mungkin disebabkan server agak lembab dan kemudahan ini adalah terhad di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Kemudahan internet terutama dalam pembelajaran adalah sangat penting pada masa kini. Ini kerana maklumat yang disediakan di dalam internet adalah tidak terhad pada teks sematamata. Faktor ini juga lebih tepat ditujukan kepada remaja atau pelajar yang tinggal di luar bandar juga. Hal ini kerana infrastruktur di kawasan pendalam tidak sehebat di kawasan bandar. Internet mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu kemampuannya untuk menggabungkan ciri-ciri multimedia dengan maklumat yang hendak disampaikan seperti penggunaan grafik, video, suara, kesan bunyi khas, animasi dan sebagainya. Namun begitu jika pelajar tidak dapat menggunakan kemudahan ini dengan baik, ia akan memberi kesan dalam pendidikan mereka seperti kekurang sumber rujukan yang baik. David Mc Connell (2000) mengatakan penggunaan internet dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pendidikan. Selain itu terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh sebuah pertubuhan yang dinamakan CAST (1997) di Amerika Syarikat mendapati pelajar yang mempunyai kemudahan internet mampu menghasilkan projek sekolah mereka berbanding pelajar yang tidak mempunyai kemudahan internet. Selain daripada internet kemudahan lain juga harus dititiberatkan seperti kelengkapan perabot di dalam bilik darjah sewaktu disekolah. Kelengkapan perabot seperti meja, kerusi, papan hitam dan sebagainya. Perkara ini adalah sesuatu yang baik kepada pelajar kerana dapat menjamin keselesaan mereka semasa berada di sekolah tersebut di samping dapat membantu para pelajar di dalam meningkatkan dan menaikkan semangat mereka untuk lebih tekun belajar. Waima faktor pendorong para remaja atau malas belajar ialah faktor sosial. Faktor ini bukan sahaja melibatkan pelajar yang tinggal di bandar malah faktor ini juga turut melibatkan pelajar luar Bandar. Hasil analisis faktor sosial, didapati pelajar mengalami masalah sosial di paras sederhana (33.7%). Faktor utama yang menyebabkan masalah sosial pelajar adalah mahukan personaliti yang lebih menarik iaitu sebanyak 50%. Dapat dikatakan pelajar dilihat ingin diri mereka lebih dikenali. Boleh digambarkan juga bahawa pelajar kurang dihargai dan mungkin dipinggirkan oleh teman-teman mereka. Implikasi dari masalah ini boleh menyebabkan stress di kalangan pelajar tersebut. Mereka juga akan merasa rendah diri dan tidak mahu bercampur
11

dengan rakan yang lain. Seterusnya boleh menyebabkan pelajar mengambil tindakan yang tidak wajar seperti berhenti dari belajar sebelum tamat belajar. Ini disokong oleh prosedur The Transactional Analysis of Personality-Environment (TAPE) yang dibentuk oleh Parvin (1967a;1967b) yang menjelaskan tekanan wujud apabila seseorang pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan rakan-rakan ,kesannya menyebabkan pelajar berhenti bukan disebabkan faktor akademik yang merosot tetapi oleh persekitaran di sekolah dan rakan-rakan. Selain itu juga Pelajar juga dilihat lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan komputer. Mereka boleh duduk berjam-jam lamanya depan komputer berbanding menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan pelajar menjadi ketagih dengan permainan komputer kerana paparan grafiknya yang menarik ditambah pula kesan bunyi yang seakan-akan betul berlaku. Masalah ini menyebabkan pelajar tersisih dari dunia luar, mereka asyik dengan dunia mereka sendiri sehingga lupa pada perkara lain seperti kawan-kawan, tugasan-tugasan dan sebagainya. Ini disokong oleh Griffiths, M (1997) yang mengatakan pelajar-pelajar lebih mementingkan masa bermain dengan komputer daripada bersama rakan sebaya mereka. Kemudianya juga, disebabkan personaliti yang kurang menarik, pelajar sentiasa menjadi bahan ejekan teman-teman yang lain. Masalah ini boleh menyebabkan pelajar suka memencilkan diri atau berseorangan demi mengelakkan diri dari diejek kawan-kawan yang lain. Pelajar ini boleh dikategorikan sebagai sensitif dan mudah tersinggung dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan pelajar mengalami gangguan emosi seperti tekanan perasaan. Ini disokong oleh Larry R. Berkower (1974), yang mengatakan pelajar terdedah kepada tekanan perasaan akibat gangguan dari rakan mereka. Begitu juga dengan keobsesan para pelajar terutama pelajar-pelajar lelaki yang kadangkala terlalu taksub dengan permainan siber sehingga menghabiskan banyak waktu yang sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji tetapi digunakan untuk bermain game. Inilah yang menyebabkan para pelajar zaman kini kurang rajin untuk belajar dan seterusnya kurang cemerlang dalam pelajaran. Dalam meniti arus modenisasi pembaguanan kini, para remaja atau dikenali sebagai pelajar terdedah kepada infrastruktur yang kian pesat membangun terutama bagi pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Hasil daripada pembangunan tersebut maka timbul la teknologi yang canggih-canggih serta gajet-gajet yang mampu melalaikan para remaja, dengan kehadiran gajet-gajet tersebut sekali gus menarik perhatian remaja supaya meluangkan masa
12

yang ada dengan bermain dan mengaplikasikan gajet-gajet tersebut sehingga sesetengah pelajar terabai dalam pelajaran dengan begitu sahaja terutama bagi mereka yang kurang mendapat perhatian dan bimbingan khusus daripada ibubapa. Pelbagai gajet-gajet yang timbul mampu membuatkan pelajar lupa akan erti menimba ilmu pengetahuan antaranya gajet-gajet yang digilai ramai ialah I-phone, PS2, PSP dan sebagainya. Semestinya para pelajar tersebut akan lebih mementingkan gajet-gajet tersebut daripada memegang buku untuk mengulangkaji pelajaran, tambahan pula desakan rakan-rakan sebaya yang turut berperangai sedemikian. Bagi tidak terketinggalan disamping rakan-rakan yang lain para pelajar tersebut cuba untuk mengejar teknologi tersebut. Hal ini menjadi semakin parah apabila kerja sekoalah yang diberikan oleh guru terbiar begitu sahaja, apatah lagi untuk mengulangkaji pelajaran yang diberikan ini kerana mereka sibuk melayan teknolgi yang kini menjadi sebahagian dari hidup mereka. Akhirnya prestasi akademik mereka akan menurun. Selain itu, faktor ibu bapa yang kurang memberi penekanan dan pemantauan terhadap prestasi akademik anak-anak juga menyumbang ke arah masalah ini. Ibu bapa yang sibuk mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup harian tidak dapat menumpukan perhatian terhadap perkembangan anak-anak di sekolah. Ibu bapa yang baik akan cuba untuk memastikan bahawa anak-anak mereka rajin menyiapkan kerja sekolah dan melakukan ulangkaji. Ada juga sesetengah ibu bapa terutamanya terdiri daripada golongan mampu dan berpendapatan tinggi yang kurang menekankan tentang pendidikan anak-anak kerana bagi mereka tidak mengapa anak mereka tidak cemerlang dalam akademik kerana mereka tetap mampu untuk memastikan anak mereka mendapat pelajaran hingga ke peringkat tertinggi walaupun anak mereka tidak cemerlang akademik. Faktor yang paling penting untuk ditekankan dalam permasalahan kurangnya motivasi supaya pelajar rajin belajar ialah disebabkan oleh diri pelajar itu sendiri. Para pelajar yang berfikiran jauh tentang masa depannya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya di dalam akademik dan juga terlibat dengan kokurikulum. Pelajar yang berjaya tidak semestinya pelajar yang bijak. Ada juga pelajar yang rajin tetap mendapat kejayaan yang sama dengan pelajar yang bijak. Pelajar yang bermotivasi tinggi akan sentiasa mencuba mencari pelbagai inisiatif untuk memajukan diri. Kerajinan dan usaha yang tinggi diiringi kesabaran pasti akan membuahkan hasil. Malangya nilai-nilai sebegini sudah kurang dalam diri pelajar-pelajar era millennium ini.
13

Pelajar-pelajar yang malas semestinya tidak akan berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Kesan lain yang timbul akibat sifat malas ini akan mendorong para pelajar untuk mencuba perkara lain selain pelajaran. Fokus serta minat mereka untuk belajar akan terus hilang dan dikhuatiri mereka akan terjebak dengan perkara-perkara sosial yang tidak sihat. 'Mood' kita sangat mempengaruhi semasa kita melakukan sesuatu aktiviti, ini termasuklah juga belajar. Pelajar haruslah sentiasa berada dalam mood yang baik dengan mengatasi sebarang masalah secara efektif. Guru yang baik akan bijak untuk mengubah mood para pelajar yang kelihatan bosan kepada ceria dan bersemangat dengan menggunakan pendekatan pembelajaran yang kreatif. Susah memahami soalan atau isi pelajaran yang di ajar di sekolah antara penyebab pelajar menjadi hilang minat dan malas untuk mengikuti pembelajaran subjek tersebut. Mereka menjadi cepat jemu dan putus asa untuk mencuba memahami isi kandungan pelajaran tersebut. Jika bab permulaan sudah menjadi masalah kepada mereka apatah lagi bab-bab yang seterusnya. Antara permasalahan lain yang sering dijadikan alasan untuk malas belajar ialah keadaan sekitar tempat belajar. Seandai persekitaran tempat kita belajar tenang, maka kita dapat fokus untuk belajar dengan mudah. Seelok-eloknya, pelajar haruslah mencari tempat belajar yang kondusif dan kurang gangguan.

5.0 Kesan yang diterima oleh para pelajar yang akibat malas dan tidak rajin belajar : Menurut Dr Affizal Ahmad di dalam jurnalnya mengatakan bahawa pendidikan berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera (Preston dan Elo, 1996). Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992). Pendidikan yang berkualiti merupakan suatu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat. Oleh yang demikian peluang bagi mereka memilih jalan hidup yang lebih berkualiti adalah sempit kerana dengan kelalaian yang mereka miliki sudah semestinya akan menjejaskan
14

prestasi pelajaran mereka akibatnya keputusan yang mereka miliki juga merosot berbanding mereka yang rajin. Sikap malas juga bukan setakat timbul bagi golongan yang berada di alam persekolahan sahaja akan tetapi sikap malas ini juga turut timbul dikalangan mereka yang bergelar siswa dan siswi iaitu penuntu IPTA mahupun IPTS. Kesan daripada sikap malas ini juga bakal merosakkan keputusan peperiksaan bahkan mereka bakal menghadapi kegagalan dalam pelajaran mereka dengan ini mereka juga turut banyak menghabiskan duit sewaktu mereka menanggung pengajian mereka. Oleh yang demikian disini dapat disimpulkan bahawasanya sikap mals ini banyak menyusahkan dan juga banyak memberikan implikasi yang buruk kepada mereka yang bergelar pelajar di sekolah mahupun di institusi tinggi.

Pendidikan berkualiti dapat dicapai melalui penguasaan ilmu yang diperoleh ketika sesi pembelajaran di sekolah. Proses pembelajaran yang diterima di sekolah hampir sepanjang usia muda kita menggunakan pendekatan kemahiran lain dan berorentasikan pengalaman supaya para pelajar dapat memperolehi keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan berupaya menyediakan individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Ilmu yang diperoleh di sekolah mengajar kita menggunakan kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian , berkomunikasi dengan ahli keluarga dan masyarakat , serta mampu membantu para pelajar supaya dapat bertindak sebagai individu dan ahli dalam sesuatu kumpulan seterusnya pekerja kepada sesebuah organisasi. Jika para pelajar gagal menguasai semua ini sewaktu di peringkat sekolah, mereka akan gagal untuk membentuk diri menjadi seorang individu yang mempunyai pelbagai kebolehan. Antara kesan lain yang akan diterima jika para pelajar tidak mengambil peluang untuk rajin belajar dan mengejar ilmu ketika di alam persekolahan akan menyebabkan mereka menjadi manusia pasif yang tidak menyumbang apa-apa baik dalam kehidupan mereka sendiri dan juga orang lain. Dalam erti kata lain mereka gagal untuk menjadi modal insan yang berguna kepada negara. Jika mereka rajin berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta menghargai sumber pendidikan yang mereka peroleh, nescaya mereka akan menjadi individu yang mempunyai potensi diri yang kukuh untuk memajukan diri sendiri dan membantu menjana sokongan sosial kepada persekitaran mereka. Mereka juga akan menjadi insan yang pandai bertoleransi dan boleh bekerjasama dengan baik.
15

6.0 Teori pembelajaran dan motivasi : Apabila seseorang murid itu sudah mencapai tahap kematangan dalam proses pembelajarannya, dia memerlukan gaya pembelajaran yang paling efektif untuk menjadi seorang pelajar yang rajin dan cemerlang. Di dalam bilik darjah, seorang guru harus peka dengan setiap keperluan pelajarnya termasuk dari segi gaya pembelajarannya. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza kerana sistem penerimaan otak setiap insan tidak sama. Contohnya ada sesetengah pelajar yang memerlukan gaya pembelajaran yang menghiburkan seperti guru yang pandai berjenaka dan juga bercerita, yang memerlukan pembelajaran secara berkumpulan dan bermacam lagi cara. Oleh itu, gaya yang bakal ditampilkan oleh guru kepada anak muridnya merupakan kunci yang boleh mempengaruhi pencapaian mereka. Terdapat banyak tokoh-tokoh yang telah mengemukakan teori tentang gaya pembelajaran untuk digunakan oleh guru bagi meningkatkan perstasi para pelajar mereka justeru dapat memikirkan kaedah yang efisien bagi memastikan mereka bertambah rajin untuk menuntut ilmu dan berjaya hingga ke peringkat yang tinggi. Antara teori yang terkenal ialah: 1. Teori Kolb Beliau telah menghasilkan model gaya pembelajaran hasil gabungan daripada pengalaman dan juga persekitaran pelajar. Membahagikan kepada empat bahagian iaitu pengalaman konkrit, pemerhati reflektif, konseptualisasi abstrak dan eksperimentasi aktif. 2. Teori Gregore Pelajar belajar dengan membina dan mengeluarkan maklumat dengan empat cara iaitu random konkrit, urutan konkrit, random abstrak dan urutan abstrak. 3. Teori Murnford dan Honey. Kedua-dua tokoh ini pula menyimpulkan bahawa gaya pembelajaran mempunyai empat jenis yang utama iaitu stail aktivis, stail reflektivis, stail teoris dan stail pragmatis. Oleh itu, secara umumnya gaya pembelajaran yang lebih sesuai dengan diri pelajar tersebut adalah hasil gabungjalin unsur-unsur yang terdapat disekelilingnya yang membentuk peribadi seseorang itu. Seperti Teori Ekologikal yang telah diperkenalkan oleh Bronfenbrennur yang
16

menyatakan bahawa seseorang itu lahir daripada persekitarannya yang mencakupi pergaulan dan komunikasi dengan orang-orang yang terdekat dengannya dan pengaruh persekitaran meliputi suasana tempat tinggal, persekolahan, tempat kerja dan sebagainya. 6.1 Gaya Pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik Remaja Sebelum meneruskan perbincangan mengenai teori-teori dan gaya yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh dalam bidang pembelajaran, definisi apa itu gaya juga perlu diterangkan terlebih dahulu. Gaya bermaksud stail atau cara manakala pembelajaran bermaksud kepada proses mendapatkan ilmu. Oleh itu gaya pembelajaran bermaksud cara untuk menerima atau menyampaikan ilmu dengan tumpuan dilihat dari aspek memproses, menafsir, mendapatkan maklumat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. 6.1.1 Gaya Pembelajaran Visual. Guru mempunyai banyak cara atau gaya yang boleh dirujuk untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid supaya mereka mempunyai tahap kerajinan yang tinggi. Antara teori yang terkenal ialah gaya pembelajaran visual. Untuk meningkatkan pembelajaran bagi murid-murid yang sedikit lambat untuk menangkap apa yang diajar oleh guru supaya mereka menjadi rajin adalah dengan cara membuat gaya pembelajaran secara visual yang memerlukan bantuan bayangan dihadapan. Proses pembelajaran yang menggunakan tayangan video atau gambar, grafik, graf dan pelbagai warna dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Sifat rajin dalam diri mereka akan terserlah jika pembelajaran yang diajar oleh guru dapat difahami. Antara ciri-ciri pelajar yang memerlukan gaya pengajaran visual ini ialah: a) Sukar mengingati fakta yang penting. b) Dapat memahami sesuatu pelajaran jika menggunakan bantuan pembelajaran seperti tayangan video. c) Pembacaan dari buku sendiri dan tidak suka berkongsi buku dengan orang lain. d) Gemar menulis nota ketika proses pembelajaran. e) Cenderung menunjukkan emosi melalui ekspresi muka. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti murid yang sesuai menggunakan gaya teori yang telah diperkenalkanoleh tokoh-tokoh terkemuka seperti Kolb, Gregore dan lain-lain lagi.
17

6.1.2 Gaya Pembelajaran Auditori Kumpulan atau jenis pelajar yang belajar menggunakan gaya ini ialah pelajar yang suka belajar di dalam kumpulan atau secara penerangan. Mereka belajar menggunakan medium seperti syarahan, debat, perbahasan dan juga perbincangan kumpulan. Mereka lebih gemar membaca dan meneliti isi kandungan atau fakta-fakta yang terdapat di dalam satu-satu subjek dan mereka lebih cenderung bercakap dengan diri sendiri ketika menghafal untuk mengingati apa yang telah dipelajari. Menurut Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin etc (2009), antara pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran ini ialah: a) Dapat mengingati nama daripada paras rupa. b) Kerap terlupa tentang apa yang dipelajari kecuali jika dibincangkan semula. c) Memberi tindak balas terhadap dorongan fizikal seperti tepukan. d) Lebih suka berbincang daripada membaca. e) Sangat mementingkan keselesaan ketika belajar. f) Lebih suka memberi laporan secara lisan berbanding bertulis. Oleh itu, pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih gemar untuk memasuki pertandingan yang melibatkan kepetahan untuk bercakap seperti perbahasan, dan juga debat yang memerlukan gaya pemikiran yang cepat untuk menyusun ayat yang akan diutarakan kepada pihak lawan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran seperti ini akan mudah mengingati apa yang dipelajari dan dibacanya untuk membidas atau mengutarakan pendapat jika percakapan yang diutarakan oleh pihak lawan adalah berkenaan dengan sesuatu isu. Namun, pelajar yang seperti ini akan mudah terganggu aktivitinya jika terdapat perkara yang boleh menyebabkan suasana tidak selesa seperti bunyi bising. Jika pelajar ini sedang belajar ataupun tertidur, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menyambung kembali aktiviti tersebut. Selain itu, suasana pembelajarannya juga boleh berubah jika persekitaran kelas dan suhu mendatangkan ketidakselesaan untuknya belajar. Emosi dan sikap mereka akan berubah dan mendatangkan kesan terhadap perubahan yang berlaku. Oleh itu,untuk menjadikan dan membentuk murid jenis ini rajin dan gemarkan ilmu, guru perlu fleksibel dalam mengendalikan proses pembelajaran supaya mereka dapat memahami apa yang diajarkan. Aktiviti di dalam kelas yang berbentuk perbincangan, perdebatan dan membuat
18

persembahan hasil perbincangan akan mendorong pelajar ini mengeluarkan bakat mereka agar mereka tidak ketinggalan seperti orang lain. Pembelajaran yang menjadikan aktiviti fizikal seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah salah satu pembelajaran yang digemari oleh pelajar ini kerana mempunyai unsur dorongan fizikal seperti berlari. 6.1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik Pergerakan merupakan salah satu daripada proses pembelajaran yang mana menurut Sprenger (2002) jika pergerakan itu kekal, ia akan menjadi memori yang diingati oleh pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara kinestetik ini. Pergerakan itu akan menjadi kekal dalam memori jika perjalanan pembelajaran seiring dengan aktiviti tersebut. Satu yang jelas tentang pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran seperti ini adalah mereka lebih gemar untuk belajar jika proses pembelajaran mereka menggunakan teknik seperti simulasi, menggunakan model, menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) di luar bilik darjah dan suasana pembelajaran yang aktif di dalam kelas. Proses pembelajaran yang panjang akan memberi kesan kepada penerimaan otak manusia. Otak manusia telah dikaji dan hanya boleh menerima maklumat selama satu hingga dua jam sahaja kerana otak kita tidak sesuai untuk menjalani sesuatu proses yang panjang. Penerimaan seratus peratus maklumat yang boleh diterima oleh otak adalah pada masa satu jam yang pertama sahaja dimana tumpuan yang penuh akan menyebabkan kita tidak bosan untuk mendengar sebarang proses yang dijalankan dalam persembahan lisan sahaja iaitu ceramah. Jika tempoh sesuatu pembelajaran itu panjang, pelajar akan cepat merasa bosan khususnya bagi pelajar remaja. Oleh itu, pelajar kinestetik ini memerlukan pembelajaran yang bersifat gerakan seperti aktiviti amali atau simulasi dalam Sains yang membuatkan mereka memahami sesuatu proses yang dilakukann sendiri berbanding hanya mendengar melalui penerangan sahaja. Antara ciri-ciri pelajar yang sesuai dengan gaya kinestetik ini ialah: a) Mudah mengingati apa yang dilakukan berbanding apa yang dilihat atau didengari. b) Lebih gemar melakukan aktiviti yang agsk lasak untuk menghilangkan tekanan atau masalah yang dihadapinya. c) Gemar menyertai aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah atau institute pengajian tinggi berbanding hanya menjadi penonton sahaja.
19

d) Akan menunjukkan emosi mereka melalui riak wajah. Ringkasnya, guru perlu mempunyai kaedah yang sentiasa berbeza untuk mengajar pelajar jenis ini kerana tidak akan menyebabkan mereka bosan dengan subjek yang diajar seterusnya menjejaskan proses pembelajaran mereka. Guru juga perlu mempelbagaikan bahan-bahan bantu mengajar dan peralatan untuk memberikan pembelajaran yang bermakna buat mereka. 7.0 Kepentingan sikap rajin dalam pembelajaran : Sememangnya peranan guru adalah salah satu yang menjadi sumber kepada sikap pelajar terhadap pelajaran. Sikap yang rajin membolehkan seseorang itu sama ada pelajar atau pekerja membolehkan mereka menjana kecemerlangan diri. Guru-guru mestilah memainkan peranan untuk menerapkan sikap yang menerapkan ciri-ciri pelajar cemerlang itu. Antara ciri-cirinya ialah sentiasa yakin dengan potensi dan bakat diri sendiri untuk membolehkan diri mereka boleh menempa kejayaan dalam pembelajaran dan cita-cita mereka. Sewaktu pembelajaran dijalankan guru mestilah bijak menjadikan proses pembelajaran dapat menarik perhatian murid-murid untuk memfokuskan fikiran dan minat mereka terhadap subjek atau tajuk yang diajar. Tumpuan pelajar mesti menjadi pemerhatian utama buat guru kerana dengan memberi perhatian terhadap proses pembelajaran dapat membolehkan mereka memahami apa yang dipelajari. Pelajar juga perlu sentiasa bersedia untuk menhadapi hari-hari persekolahan mereka dengan keperluan yang lengkap seperti pemakaian yang kemas dan lengkap, buku latihan, alat tulis, buku rujukan, nota ringkas dan sebagainya. Disiplin juga perlu dititikberatkan supaya para pelajar lebih memberi perhatian terhadap masa supaya tidak berlaku pembaziran masa dengan perkara yang sia-sia sahaja. Pelajar juga digalakkan untuk bertanyakan soalan kepada guru tentang apa yang tidak faham terhadap sesuatu matapelajaran supaya tidak berlaku sebarang percanggahan pengetahuan tentang sesuatu ilmu. Namun, dalam bertanyakan atau membahaskan sesuatu ilmu tersebut, mereka haruslah menjaga adab dan menghormati guru kerana gurulah yangbertanggungjawab untuk memberi kita ilmu disamping ibu bapa kita. Lumrah kehidupan, manusia memang sering diuji dengan kegagalan dalam hidup namun kegagalan itu bukanlah pengakhiran bagi seluruh kehidupan. Kita haruslah bersedia untuk
20

menjalani hidup ini dan manusia yang lemah adalah manusia yang sering menyalahkan orang lain untuk menidakkan kelemahan yang mereka lakukan. Oleh itu, hindarilah sikap yang boleh merugikan diri sendiri ini agar kita tidak tergolong dalam golongan yang gagal.

8.0 Kesimpulan : Konklusinya, pelbagai usaha telah dilakukan dan dilaksanakan oleh kerajaan, masyarakat, dan juga pelajar itu sendiri untuk menagani masalah yang timbul dalam dunia pendidikan ini. Semestinya dalam melakukan perkara yang baik iaitu mencari ilmu pasti ada asam garamnya iaitu dugaan seperti tekanan dan sebagainya akan tetapi segala permaasaalahan ini boleh dirungkai dengan mengenalpasti masalah yang berlaku serta mengaplikasikan jalan penyelesaian yang tersedia mahupun yang harus difikirkan . kemudianya sikap rajin adalah tunjang utama untuk memiliki kejayaan dalam sesuatu perkara yang dilakukan ianya juga termasuklah dalam situasi mencari ilmu pengetahuan, seperti yang tersedia maklum jika rajin itu menjadi peneman setia maka hasilnya amat la bermutu dan boleh dibanggakan akan tetapi jika malas yang menjadi pilihan berciap sedialah dengan segala kemungkinan yang tidak enak untuk dirasai

21

9.0 Rujukan / Bibliografi : Robert F.Mager (diterjemahkan oleh Saat Md Yassin) (2004). Teknik mendorong pelajar tanpa membunuh semangat mereka. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors. Penerbit PCT SDN BHD (2005). Menghalusi Konsep Pembelajaran Efektif. Selangor. Penerbitan PCT SDN BHD. Abdullah Lassan & Ainon Mohd (2000), Guru sebagai pendorong dalam darjah, Kuala Lumpur: PTS Pembagunan Profesional Publishing Sdn. BHd Dewan Bahasa dan Pustaka(2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Malay Language-Dictionaries dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar (2007) . Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan , UTM Johor. Diperoleh pada Mac 25,2012 daripada,
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=kepelbagaian%20gaya%20pembelajaran%20dankem ahiran%20belajar%20pelajar%20universitidi%20fakulti%20pendidikan%2C%20utm%20johor&source =web&cd=1&ved=0CCkQFjAA&url=http%3A%2F%2Feprints.utm.my%2F3680%2F1%2F71881.pdf&ei =7NmWT-uoHYLYrQei0bTaDQ&usg=AFQjCNF_NnOfoQhf9Zd06y3MiTsdBJoJFg

Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah & Irwan Bin Hassim(2010). Kajian Tentang Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar-Pelajar Yang Menginap Di Kolej 17 Utm Skudai, Johor. Diperoleh pada Mac 27, 2012 Daripada http://eprints.utm.my/10815/ Azrul Hisham Abdul Manaf(2009). Faktor-Faktor Tekanan dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Diperoleh Mac 25 2012 http://etd.uum.edu.my/1725/

22

23

You might also like