You are on page 1of 12

DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARAN Domain objektif pengajaran merupakan suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu dicapai

oleh pelajar mengikut tahap tahap tertentu. Ia melibatkan apa sahaja yang dipelajari dan dikuasai yang melibatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap, perangai dan sebagainya. Ia harus boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan objektif pendidikan yang tepat, dilakuakan dengan mempertimbangkan kehadiran aras konseptual yang ada pada pelajar terlebih dahulu. Selain itu, pembinaan objektif yang baik juga akan mengambil kira syarat-syarat penulisan yang telah ditetapkan. Objektif pengajaran boleh dilihat daripada tiga perspektif, iaitu daripada perspektif guru, pelajar dan pentadbir. Daripada perspektif pelajar, objektif pengajaran memberi maklumat jangkaan terhadap apa yang telah dapat dipelajari oleh pelajar. Daripada perspektif guru pula, objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Kepada pentadbir pula, objektif pengajaran berfungsi untuk menyemak sama ada atau tidak guru telah menjalanakan proses pengajaran seperti tercatat dalam sukatan pelajaran. Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang sistematik dan berkesan. Melalui pernyataan objektif, guru dapat menentukan strategi mengajar, mengenalpasti bahan-bahan pengajaran, menentukan tugasan atau aktiviti yang hendak dijalankan, menganggarkan bentuk penilaian, menentukan masa dan ruang, menganggarkan kadar pencapaian pelajar dan sebagainya.

Dengan adanya komitmen dan kepekaan terhadap pelajar dalam fikiran seseorang guru, dia akan bebas untuk membina objektif daripada satu opsyen yang agak luas.Hasil kerja dan cadangan Benjamin Bloom (1956) adalah instruktif dan dapat dijadikan panduan apabila anda berasa payah sangat untuk melakukan tugas-tugas merumus objektif bagi kelas anda. Bloom telah membahagikan pengetahuan kepada satu skima yang berhierarki. Objektif Pendidikan Taksonomi: Domain Kognitif boleh dijadikan rujukan dan panduan penting bagi guru-guru. Kebanyakkan pendidik dan pengkaji mengistilahkannya sebagai Taksonomi Bloom. Skima ini menggambarkan bahawa pembelajaran adalah berhierarki dengan objektif pengetahuan yang bermula daripada aras yang rendah.

Istilah Taksonomi telah mula digunakan dalam bidang pendidikan sejak tahun 1956, dan ia bertujuan untuk membentuk objektif-objektif pendidikan secara berkesan.Taksonomi bermaksud kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu:a) Domain Kognitif b) Domain Afektif c) Domain Psikomotor

Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar manakalah domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain psikomotor pula melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Domain kognitif merujuk kepada pemikiran dan daya intelek. Ia memberi penekanan kepada perkembangan otak dan minda manusia. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pelbagai usaha untuk mengembangkan keupayaan minda pelajar daripada aras yang rendah kepada aras yang lebih tinggi dikalukan. Kaedah mengkelasifisikan aras keupayaan minda ini telah dibina oleh Englehart, Hill, Furst, Bloom dan Krathwohl (1956). Mereka berpendapat bahawa domain kognitif boleh dokategorikan kepada enam kelas, iaitu aras pengetahuan, yang bermula di peringkat rendah. Diikuti dengan aras pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan peringkat paling tinggi iaitu aras penilaian. Hal ini boleh dijelaskan melalui ilustrasi yang berikut:-

PENILAIAN SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

PEMAHAMAN

PENGETAHUAN

Rajah : 2.1 Aras Domain Kognitif

Domain Kognitif Aras 1: Pengetahuan Aras pengetahuan adalah didefinisikan sebagai peringkat mengingat bahan-bahan yang telah dipelajari dan dikuasai. Ini mungkin melibatkan aktiviti mengingat kembali bahanbahan daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan mengingatkan semula teori-teori yang lengkap. Semua ini adalah diperlukan dalam proses pembelajaran. Pengetahuan mewaliki aras yang paling rendah dalam hasil pembelajaran mengikut pengkelasan domain kognitif. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia. Domain Kognitif Aras 2: Pemahaman Aras pemahaman didefinisikan sebagai kebolehan menggarap maksud bahan bahan tertentu. Ini boleh diperlihatkan dengan menterjemahkan bahan-bahan daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Umpamanya, menterjemahkan perkataan kepada nombor, menterjemahkan bahan-bahan (menerang atau meringkas), dan dengan membuat jangkaan pada masa hadapan (urutan ramalan atau kesan). Hasil pembelajaran ini menunjukkan kemajuan satu langkah yang lebih ke hadapan daripada hanya mengingat bahan-bahan dengan mudah yang mewakili aras paling rendah dalam domain kognitif. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menerangkan keadaan yang menyebabkan perang saudara berlaku di negeri Perak. Domain Kognitif Aras 3: Aplikasi Aras aplikasi merujuk kepada kebolehan menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam satu situasi baru dan konkrit. Ini melibatkan aplikasi beberapa perkara seperti peraturan, kaedah konsep, prinsip-prinsip, undang undang dan teori. Hasil pembelajaran dalam bidang ini menunjukkan aras kefahaman yang lebih tinggi dengan aras pemahaman yang sebelumnya. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.

Domain Kognitif Aras 4: Analisis Analisis merujuk kepada kebolehan mengasing-asingkan bahan ke dalam bahagianbahagian komponennya supaya struktur organisasinya mudah difaham. Ini mungkin melibatkan aktiviti mengenalpasti bahagian-bahagian analisis hubungan antara bahagianbahagian dan tindakan mengenalpasti prinsip prinsip organisasi yang terlibat. Hasil pembelajaran di sini mewakili satu aras intelektual yang paling tinggi berbanding aras pemahaman dan aplikasi kerana ia memerlukan satu pemahaman yang melibatkan keduadua isi kandungan dan struktur bahan. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat mengenal pasti komponen utama dalam satu ayat yang diberi. Domain Kognitif Aras 5: Sintesis Sintesis merujuk kepada kebolehan membina bahagian-bahagian bersama untuk membentuk satu keseluruhan yang baru. Ini mungkin melibatkan produksi satu komunikasi yang unik ( tema atau percakapan), satu pelan operasi ( kertas cadangan penyelidikan ) atau satu set abstrak yang berhubungan ( umpamanya skima mengklasifikasikan maklumat). Hasil pembelajaran dalam bidang ini menekankan tingkah laku kreatif, dengan penekanan yang penting kepada perumusan satu struktur atau pola-pola yang baru. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat membina model tiga dimensi sistem solar. Domain Kognitif Aras 6: Penilaian Penilaian melibatkan kebolehan mengadili atau memberi pertimbangan terhadap nilai bahanbahan ( pernyataan, novel, puisi, ulasan pendidikan) untuk satu tujuan yang tertentu. Pengadilan adalah berdasarkan kriteria tertentu. Ini mungkin berupa kriteria dalaman umpamanya organisasi atau kriteria luaran yang relevan dengan tujuan dan matlamat. Hasil pembelajaran dalam peringkat ini adalah yang tertinggi dalam hierarki pengkelasan kognitif kerana ia mengandungi elemen elemen semua kategori yang telah disebut sebelum ini. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia. Taksomoni Bloom mungkin menjadi asas untuk kebanyakkan aktiviti pengajaran. Pengetahuan, pemahaman dan aktiviti aktiviti aplikasi adalah disebut sebagai convergent. Elemen elemen yang berada pada aras kategori tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian adalah disebut sebagai divergent. Semua ini menggambarkan bahawa komponen yang terdapat dalam Taksonomi Bloom adalah bahagian bahagian yang sangat penting sewaktu membina objektif, kaedah pengajaran dan penilaian. Senarai kata kerja yang berikut boleh digunakan untuk menyediakan objektif untuk setiap aras yang telah diketengahkan seperti yang berikut:-

TAHAP
Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

ISTILAH
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Aplikasi Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

Pilih, terangkan, tulis semula.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Rajah 2.2: Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

DOMAIN AFEKTIF

Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan dan perkembangan sikap, perasaan, emosi, dan nilai yang wujud pada diri seseorang khususnya pelajar. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afektif ini, pelajar menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, pengembangan darisegi perasaan, emosi dan sikap dan lain-lain elemen kerohanian yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri. Bloom (1964), telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada lima kategori iaitu, peringkat menerima, peringkat memberi tindakbalas, peringkat menghargai, peringkat organisasi dan peringkat perwatakan. Domain Afektif

5) PERWATAKAN

Membentuk perwatakan terhadap sesuatu sikap atau nilai

4) MENGORGANISASI

Menyelia diri sendiri atau orang lain melakukan sesuatu

3) MENGHARGAI

Mengetahui kepentingan atau nilai

2) MEMBERI TINDAKBALAS

Memberi respon terhadap sesuatu yang telah dipelajari

Menerima arahan dan tunjuk ajar 1) MENERIMA

Rajah 2.3: Aras Domain Afektif Sekali lagi ditegaskan bahawa domain afektif adalah berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.Perasaan murid-murid yang suka atau benci sesuatu mata-mata pelajaran itu adalah penting dalam pengajaran guru. Begitu juga halnya dengan minat dan penghargaan, kedua-duanya tidak harus diketepikan dalam sesuatu pengajaran formal itu. Penghargaan pula adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu pesekitaran. Kesemua ini harus dipertimbangkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu. Guru-guru harus berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Dengan adanya sifat-sifat ini, pembelajaran di kalangan mereka akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan. Bidang afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada peringkat yang rendah kepada yang tinggi.

Domain Afektif Aras Penerimaan Aras ini ada hubungannya dengan kemahuan pelajar-pelajar memberi perhatian. Ia mencakupi tindakan-tindakan pelajar yang mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan bidang afektif ini. Dalam aktiviti pengajaran, ia menekankan kepada kebolehan mendengar dengan penuh minat cerita-cerita atau pendapat, menanyakan soalan-soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Tahap penerimaan dalam bidang domain afektif bermula dengan satu kesedaran dan keperihatinan seseorang, khususnya pelajar terhadap terdapatnya sesuatu rangsangan. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama utama bagi penduduk Malaysia. Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan bertolak ansur dengan kehadiran rangsangan. Seterusnya individu berupaya memilih pelbaagai aspek rangsangan, mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi rangsangan. Soalan ujian bagi aras penerimaan domain afektif ini mengesan sama ada pelajar sedar dan prihatin tentang kewujudan rangsangan dan seterusnya berupaya mengenalpasti dan memilih ciri-ciri sesuatu rangsangan.

MENAMAKAN

MEMBERITAHU

ARAS PENERIMAAN ( Contoh Kata Kerja )

MENERANGKAN

MENGENAL

MEMILIH

Gambarajah 2.4: Domain Afektif Aras Penerimaan

Domain Afektif Aras Memberi Tindakbalas

Tindakbalas bermaksud melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Dari aras penerimaan yang pasif seperti mendengar, objektif afektif aras gerak balas menekankan penglibatan aktif seseorang pelajar berasaskan rangsangan disekelilingnya. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat membezakan antara tingkahlaku yang baik dengan tingkah laku yang buruh. Aras tindakbalas ini bermula dari proses menurut permintaan guru untuk memberi gerak balas terhadap rangsangan, meskipun pelajar boleh memilih untuk tidak memenuhi permintaan berkenaan sekiranya pelajar diberi peluang. Proses tindak balas ini diteruskan dengan penglibatan rela hati dalam aktiviti yang dirangsangkan meskipun beliau mempunyai pilihan untuk tidak berbuat demikian. Proses tindakbalas ini berakhir dengan tahap kepuasan selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan. Domain Afektif Aras Menghargai Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan-keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikan. Aras ini menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu rangsangan. Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti berasaskan nilainya kepada diri sendiri. Dari pertimbangan penilaian ini, pelajar berkecenderungan untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang bersesuaian dengan nilai rangsangan berkenaan dan seterusnya berbuat demikian sehingga dikenali oleh orang lain. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar berupaya menunjukkan tingkah laku yang baik sebgaimana yang dituntut oleh agama. Domain Afektif Aras Organisasi Organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Selepas lebih daripada satu nilai dinuranikan, keadaan yang timbul membolehkan beberapa nilai digunakan.untuk bertindak terhadap keadaan keadaan ini, pelajar itu terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan antara nilai-nilainya. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan kepada penilaiannya.

Domain Afektif Aras Perwatakan

Apabila seseorang itu telah tiba pada peringkat ini, dia akan bertindak secara konsisten sesuai dengan nilai-nilai yang telah dinuranikan. Nilai nilai itu akan bertindak sebagai penyamarataan bagi mengawal sebahagian daripada perlakuan individu itu. Nilai ini akan berinteraksi dalam satu falsafah yang lengkap. Aras ini adalah yang tinggi dalam aras perwatakan. Ia menekankan ketekalan tingkahlaku dengan sistem nilai yang dianuti oleh seseorang. Pelajar mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat dizahirkan secara automatik apabila perlu. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat bertindak berdasarkan falsafah kehidupannya. DOMAIN PSIKOMOTOR Bidang ini adalah lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu seperti kebolehan menjahit, menaip , berenang, menunggang basikal atau sebagainya. Ia memberi penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik. Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa is melibatkan kebolehan pelajar, iaitu kebolehan otak menerima dan memproses bahasa yang dipelajari dengan melibatkan alat-alat artikulasi yang melahirkan perkataan perkataan itu. Guru berusaha untuk memastikan pelajar melakukan sesuatu tindakan atau aktiviti yang melibatkan anggota fizikal dengan cara yang teratur. Bidang ini melibatkan semua pergerakan anggota seperti bercakap, menulis,makan,melompat, membaling, menangkap, berlari, berjalan, memandu dan sebagainya. Ia penting dari segi pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Oleh itu, kebolehan psikomotor atau kemahiran atau kemahiran seperti pengajaran pelajaran teknikal, pertukangan, pertanian dan lain-lain mestilah diutamakan terutama sekali bagi pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik. Domain ini mempunyai lima aras iaitu:

Domain Psikomotor

5) NATURALISASI

Menyebatikan apa yang telah dipelajari

4) ARTIKULASI

Melaksanakan tugas dengan cekap

3) KETELITIAN

Melakukan sesuatu dengan teliti

2) MEMANIPULASI

Mengaplikasikan apa yang dipelajari

Memerhati dan meniru 1) MENIRU

Rajah 2.5 : Aras Domain Psikomotor Domain Psikomotor Aras Meniru Ini adalah langkah pertama dalam melakukan satu tindakan motor. Ia adalah proses menjadikan seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan hubungan hubungan melalui alat-alat deria.Hal ini melibatkan tiga perkara seperti yang berikut:1) Rangsangan melibatkan satu atau lebih alat-alat deria seperti pendengaran,penglihatan, sentuhan, rasa dan kinestetik. 2) Pemilihan tanda saran memutuskan apakah tanda saran yang harus dipilih untuk memenuhi keperluan pelaksanaan tugas. Ini melibatkan pengecaman tanda saran dan menghubungkannya dengan tugas-tugas yang akan dilaksanakan. 3) Terjemahan - Ia bermaksud menghubungkan persepsi kepada tindakan dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan proses mental bagi menentukan makna saran yang diterimauntuk tindakan. Ia juga melibatkan terjemahan yang simbolik, iaitu mempunyai satu bayangan atau satu idea, sebagai kesimpulan daripada tanda saran yang diterima. deria -

Contoh penulisan hasil pembelajaran:

Pada akhir pengajaran,pelajar dapat memerhati hubungan sesuatu maklumbalas melalui alat-alat deria. Domain Psikomotor Aras Memanipulasi Ia adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman.

1) Set Mental

2) Set Fizikal 3) Set Emosional

kesediaan untuk melaksanakan satu tindakan motor yang tertentu. Ia melibatkan aras persepsi dan kategori yang lain. Diskriminasi, iaitu menggunakan pertimbangan dalam membuat perbezaan adalah satu aspek. Kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis penting untuk tindakan motor dilaksanakan. Kesediaan dalam pengertian fizikal melibatkan set penerima, iaitu penyertaan deria. Kesediaan dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan berlaku. Kerelaan untuk bertindak balas seperti yang telah dinyatakan.

Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melaksanakan satu tindakan motor dengan menggunakan kesediaan aksi atau pengalaman sedia ada. Domain Psikomotor Aras Ketelitian Ini adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran. Di sini ditekankan kepada keupayaan yang merupakan komponen kemahiran yang lebih kompleks sifatnya. Tindak balas terbimbing adalah tindakan perlakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan secara tenaga pengajar. Tindakan itu adalah kesediaan dari segi bagi menghasilkan pemilihan terhadap tindak balas yang dilakukan mengikut keperluan pelaksanaan tugas. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat memilih tindak balas daripada pelbagai perlakuan, mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman. Domain Psikomotor ArasArtikulasi Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Pada peringkat ini, pelajar telah mencapai satu keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam melakukan sesuatu tindakan itu. Tindak balas itu mungkin lebih kompleks daripada peringkat permulaan. Ia melibatkan beberapa bentuk tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan kebolehan dan kemahiran sedia ada.

Domain Psikomotor Aras Naturalisasi

Pada peringkat ini, seseorang individu itu boleh melakukan satu tindakan motor yang dianggap kompleks. Ini adalah kerana bentuk gerakannya yang rumit. Pada peringkat ini, satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Tindakan itu boleh dijalan dengan licin dan berkesan. Ini menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum. Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melakukan sesuatu tindakan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugas. PERHUBUNGAN BIDANG KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR Ketiga-tiga bidang pengetahuan ini kelihatan seolah-olah begitu tersendiri sifatnya. Kesemuanya dapat digunakan untuk menganalisis dan merancang pengajian khususnya penyediaan objektif tingkah laku dan ringkasan mengajar. Dalam keadaan pengajaran pembelajaran semula jadi, pembahagian bidang pengetahuan atau objektif seperti ini selalunya tidak wujud. Ambil sahaja contoh kebolehan menunggang basikal, secara kasar kebolehan ini adalah dalam bidang psikomotor. Walaupun begitu, seseorang itu tidak boleh menunggang basikal sekiranya dia tidak berminat langsung menunggangnya. Minat ialah bidang afektif. Kiranya dia berminat, sedikit sebanyak dia perlu juga mengetahui tentang basikal yang hendak ditunggangnya itu. Misalnya, tempat duduk, tempat pijak kaki,tempat pemegang dan sebagainya. Ini ialah bidang kognitif. Kesimpulannya, dalam sesuatu sesi pembelajaran di bilik darjah, ketiga-tiga domain ini hendaklah digabungkan untuk menghasilkan satu bentuk pembelajaran yang sempurna.

You might also like