You are on page 1of 8

Ujian Sumatif Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tahun 2012

Nama :______________________________________ Tingkatan:_______________________________________

Bahagian A Soalan 1 hingga 5 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Muzik yang .. di dewan besar itu sungguh mempersonakan. A. berlegar C. menghantui B. berkumandang D. disiarkan 2. Emak sedang .. beberapa biji pisang dengan tangan untuk dibuat jemputjemput. A. melenyek C. mengupas B. meramas D. remuk-renyuk 3. Walaupun sebilangan penonton tidak bersetuju dengan keputusan juri, namun keputusan itu telah A. mutakhir C. muktamad B. muktabar D. mustajab 4. Keratan akhbar tentang banjir besar yang melanda beberapa kawasan di negeri Pahang itu ada Hafizi. A. dengan C. kepada B. pada D. oleh 5. itu telah menyumbangkan sebahagian hartanya kepada rumah anakanak yatim. A. Budiman C. Dermawan B. Pengemis D. Usahawan

Soalan 6 hingga 7 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A,B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditanda dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 6. Bangunan bersejarah yang sudah uzur di negara ini mestilah dipulihara supaya dapat bertahan lama. A B C

Tiada kesalahan. D 7. Layang-layang itu tersangkut di dahan pokok kelapa. Tiada kesalahan A B C D

Soalan 8 hingga 10 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8. I II III

Air di dalam kolam itu berkocak kerana dibaling dengan batu. Hatinya berkocak apabila mendapat tahu tentang berita sedih itu. Berkocak matanya kerana terlalu mengantuk.

IV Poket seluarnya berkocak kerana wang sakunya hilang di situ. A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja 9. I Sikap sombongnya itu membuatkan dia dipandang tempang oleh orang kampung. II Akibat kemalangan jalan raya, kakinya menjadi tempang.

III Perbicaraan kes itu akan tempang sekiranya tiada saksi yang memberi keterangan. IV Kaki kerusi itu tempang kerana dirosakkan oleh sekumpulan budak nakal. A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja 10. I Ali sungguh kebal apabila mengaji al-Quran meskipun sudah belajar berulang-ulang. II Kulit seladang itu agak kebal kerana gagal ditembusi oleh peluru senapang patah ayah. III Kertas soalan peperiksaan PMR itu akan disimpan di bilik kebal.

IV Lelaki itu mendakwa dirinya menjadi kebal apabila memakai tangkal sakti. A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja

Soalan 11 hingga 12

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 11. Pakaian terpakai yang disumbangkan kepada mangsa bencana itu adalah di atas sumbangan rakyat Malaysia. A. sumbangan rakyat Malaysia B. adalah sumbangan rakyat Malaysia C. adalah atas sumbangan rakyat Malaysia D. adalah di atas sumbangan rakyat Malaysia

12. Murid yang bermasalah itu sentiasa di dalam pemerhatian pihak sekolah. A. sentiasa dalam pemerhatian pihak sekolah B. sentiasa di dalam perhatian pihak sekolah C. sentiasa dalam perhatian pihak sekolah D. sentiasa di dalam pemerhatian pihak sekolah

Soalan 13 hingga 15 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan berikut. 13. Meskipun telah bergelar orang ternama, beliau tidak pernah sombong dengan orang di sekelilingnya. Situasi ini sesuai dengan peribahasa A. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. B. baik mengikut resmi padi daripada mengikut resmi lalang. C. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. D. benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengahtengah

14. Peribahasa di atas bermaksud A. apabila pemimpin berselisih faham, rakyat yang sengsara. B. seseorang yang berbuat salah, semuanya akan terlibat. C. ada orang yang suka membuat kacau sehingga menyebabkan masyarakat huruhara. D. apabila ada dua orang yang bergaduh, maka akan muncul pihak ketiga yang mengambil kesempatan. 15. Peribahasa yang berikut boleh dikaitkan dengan sikap orang yang melakukan kerja tidak berfaedah, kecuali

A. Mengadu domba. B. Mencangkul angin. Soalan 16 hingga 20

C. Menggoyang kaki. D. Batu loncatan

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sudahlah tu, usah dilayan perangai Si Kamil tu. Kau bukannya tak tahu perangainya. Suka buat kecoh! kata Hafizi perlahan. Semasa Hafizi dan Raja berjalan ke kelas, Kamil sudah pun menunggu mereka berdua di muka pintu. Sebaik sahaja Hafizi masuk, Kamil terus menolak Hafizi sehingga jatuh. Kawan-kawan Kamil ketawa riangapabila melihat Hafizi tersungkur ke lantai. Raja segera mengangkat Hafizi. Ingin sahaja ditumbuknya muka Kamil tetapi dihalang oleh Hafizi. Kalau dia kaki samseng kita jangan terikut-ikut perangai seperti dia, Raja! Hafizi mengingatkan dengan geram bercampur marah. Dia malu diperlakukan sedemikian rupa. Jangan tunjuk baiklah, Si Tempang. Kamil terus menghina Hafizi. Tapi dia tidak busuk hati seperti kau, Kamil! sampuk Mei Ling. Kau jangan masuk campur Mei Ling, kau tu perempuan, bentak Kamil. Kenapa? Kau ingat aku takut? Nan ti aku beritahu Cikgu Ridzuan, kau tahulah nanti, ugut Mei Ling. Kamil dan kawan-kawan terus duduk di tempat masing-masing apabila melihat Cikgu Lee menuju ke arah mereka.

16. Maksud rangkai kata suka buat kecoh dalam petikan di atas ialah A. keras kepala. C. suka memberontak. B. gemar mengacau. D. perasaan tidak tenteram. 17. Mengapakah Kamil dan kawan-kawannya mula duduk ditempat masing-masing? A. mereka bersalah. B. mereka menghina Hafizi. C. mereka melihat cikgu Ridzuan. D. mereka melihat kedatangan Cikgu Lee.

18. Perwatakan Hafizi dalam petikan di atas ialah A. penyabar. B. prihatin. C. penyayang. D. bertanggungjawab.

19. Dalam petikan cerpen di atas menggambarkan persoalan yang berikut, kecuali A. ketabahan. B. keberanian. C. kenakalan pelajar. D. semangat patriotisme.

20. Apakah kesudahan cerpen Tempang ? A. Kamil insaf danmemohon maaf daripada Hafizi. B. Raja menyuruh Kamil meminta maaf. C. Kamil lemas di dalam kolam mandi D. Hafizi menolong Kamil.

Bahagian B Bahagian B (i) - Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang rungutan pengguna terhadap mutu perkhidmatan pengangkutan
Kadar baru ringkasan anda hendaklah seperti bas dan 80 patah perkataan. awam. panjangnya bagi kelas pengangkutan awam tidak melebihiteksi telah dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2009. Semua pihak mengetahui bahawa anda sendiri tanpa berpunca daripada kenaikan Anda digalakkan supaya menggunakan ayat kenaikan tambang ini mengubah maksud asal harga minyak global. kenaikan kadar baru ini diterima oleh para pengguna dengan pelbagai perasaan. Persoalan utama disini ialah cara-cara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan kadar tambang tersebut. Kenaikan tambang pengangkutan awam ini juga dikaitkan dengan kos penyelenggaraan kenderaan yang semakin meningkat. Para pengguna berharap agar keadaan fizikal kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik. Namun yang berlaku, terdapat kenderaan yang mendatangkan masalah semasa di pertengahan jalan seperti bas yang rosak di tengah jalan. Oleh yang demikian, tambang baru ini seharusnya membawa manfaat kepada pengguna. Para pengguna sudah pastinya juga menginginkan soal ketepatan masa dititikberatkan. Kebanyakan pengguna bas, sistem transit aliran ringan mahupun komuter sering merungut mengenai ketepatan masayang telah berlaku sejak sekian lama. Masalah sistem pendingin hawa yang tidak berfungsi dengan baik atau tidak mampu menampung jumlah penumpang yang banyak perlu diperbaik. Pengguna memerlukan keadaan kenderaan yang selesa dan berfungsi dengan baik. Menyentuh mengenai bas ekspress, para pemandu haruslah mempunyai nilai moral yang tinggi dan mesra pengguna. Para pemandu yang memandu secara melulu hanya membahayakan pengguna. Cogan kata hargailah nyawa insane yang tersayang dan jangan biarkan orang yang tersayang menanti dalam tangisan perlu djiadikan pedoman. Mutu perkhidmatan teksi juga masih terus menjadi rungutan pengguna. Terdapat segelintir pemandu teksi yang mengenakan tambang sesuka hati mereka sahaja. pemandu-pemandu teksi di Bandar khasnya tidak mahu menggunakan meter kononnya perjalanan penumpang yang terlalu dekat dan meter yang telah rosak. Tambang yang dikenakan oleh mereka ini lebih berbentuk untuk mengaut keuntungan. Di samping itu, ada pemandu yang enggan melalui kawasan-kawasan tertentu pada waktu puncak dan sesak. Masalah tersenut sebenarnya tiada kaitan dengan kenaikan tambang. Para pengguna juga melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap segelintir pemandu yang berketerampilan kurang menyenangkan. Ada sesetengah pemandu berambut panjang, rambut yang diikat tocang, bertindik, dan merokok di dalam teksi. Para pemandu perlu lebih beretika dan professional semasa menjalankan tugas. Pengguna sentiasa mengharapkan agar kenaikan tambang pengangkutan awam standing dengan kualiti yang ditawarkan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Menigkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam, Buletin Pengguna, September 2009)

petikan.

Bahagian B (ii) - Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud waktu puncak dalam petikan


[ 2 markah ] 2. Apakah punca kenaikan kadar tambang pengangkutan awam? semasa menjalankan tugas? Berikan pendapat anda. [ 4 markah ] [4 markah] 3. Mengapakah para pemandu pengangkutan awam perlu lebih beretika dan profesional

Bahagian C [ 10 markah ] Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Sukar Membawa Tuah karya M.Z. Erlysha yang telah anda kaji dalam Tingkatan 1. Nilai kerjasama dipaparkan dalam novel. Bardasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga contoh peristiwa yang menggambarkan nilai kerjasama tersebut

Disediakan oleh: ..
NORZILA BT MAMAT

Disemak oleh: ..
EN. SAHARUDDIN B. ABDULLAH

Disahkan oleh: ...


PN.ASLAMIHAH BT ZAKARIA

Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya

GKMP Bahasa SMK Sijangkang Jaya

You might also like