You are on page 1of 14

KATA TUGAS DAN RESPON YANG DIHARAPKAN

DISUSUN OLEH ZULKURNAIN BIN ABDUL RAHMAN

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh kata tugas:


Takrifkan / Definisikan Memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna suatu perkataan khusus, istilah atau terminologi. Nyatakan Memberikan jawapan yang spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut.

Senaraikan Memberikan beberapa fakta, ciri, konsep, prinsip, teori dan sebagainya secara spesifik tanpa memberi hubungan, perkaitan atau penerangan lanjutan bagi setiap satunya

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh kata tugas:


Namakan Memberikan kata panggilan yang spesifik terhadap suatu perkara

Labelkan Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah, graf, carta, ilustrasi dan sebagainya
Kenalpastikan Memberikan petunjuk atau makluman terhadap suatu benda atau pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas

Sambungan .

Contoh kata tugas: Huraikan Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar, terperinci secara teratur.

Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu sebab

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh Kata Tugas:


Tukarkan bentuk Mempersembahkan maklumat kepada suatu bentuk lain yang lazim Ringkaskan Memberi penerangan yang lebih padat daripada pernyataan asalnya dengan mengekalkan kandungan utama pernyataan itu

1. Suatu kata kerja yang berfungsi untuk mengarah dan memandu calon memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item

Contoh kata tugas:


Anggarkan Memberikan suatu sukatan yang dianggap sesuai dengan keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-ciri suatu pengetahuan tertentu

KATA TUGAS

2.

Membayangkan kerencaman tugasan

2. Membayangkan kerencaman tugasan


Contoh kata tugas:

Lukiskan Memberikan persembahan berbentuk grafik bagi memperincikan suatu benda atau perkara
Lakarkan Memberikan persembahan berbentuk grafik secara kasar tanpa memerlukan perincian atau mengikut skala

2. Membayangkan kerencaman tugasan Contoh kata tugas:


Berapakah Memberikan suatu kuantiti secara terus atau kiraan mudah dan tidak melibatkan prosedur hitungan tertentu Hitungkan Memberikan suatu kuantiti yang diperolehi melalui prosedur hitungan tertentu seperti menggunakan rumus

KATA TUGAS
3. Suatu kata tugas tidak unik bagi sesuatu objektif pentaksiran

3. Suatu kata tugas tidak unik bagi sesuatu objektif pentaksiran Contoh penggunaan Kata Tugas

Lakarkan simbol bagi DAN


Tugasan ini mentaksir pengetahuan tentang konvensi (simbol) Lakarkan satu litar yang menunjukkan gabungan get-get logik yang mungkin terdapat di dalam kotak hitam itu Tugasan ini mentaksir kebolehan mensintesis

KATA TUGAS
4. Terdapat Kata Tugas yang memerlukan sokongan beberapa perkataan lain atau frasa untuk menjelaskan tugasan.

4. Terdapat Kata Tugas yang memerlukan sokongan beberapa perkataan lain atau frasa untuk menjelaskan tugasan.

Contoh penggunaan kata tugas


Jelaskan bagaimana anda boleh mengubahsuai sistem pengairan di atas supaya penggunaan tenaga dapat dijimatkan di samping mengekalkan keupayaan pengairan ladang itu.

You might also like