You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP KALI PERTAMA 2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran 1. 2. 3. 4. 5. 6.

: 15/2/2012 : 1.10 petang : Kantin :

Pn. Faudziah binti Hamzah (GPK Pentadbiran) Encik Ariff Anwar bin Mustahil (Pengerusi) Cik Nur Atiqah binti Zakariah (Setiausaha) Pn. Yuzana binti Md. Yunus Pn. Siti Hajar binti Ismail En. Bismi bin Ab. Rahim

1.0

Ucapan Pengerusi En. Ariff Anwar bin Mustahil 1.1 Encik Arif mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali pertama bagi tahun 2012 dan selamat datang kepada Cik Nur Atiqah sebagai ahli baru. Cik Nur Atiqah telah dilantik sebagai setiausaha panitia Kemahiran Hidup bagi tahun 2012. Tindakan : Makluman semua guru

1.2

2.0

Ucapan Wakil Pentadbir Pn. Faudziah binti Hamzah 2.1 2.2 2.3 2.4 Puan Faudziah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup. Diharap guru-guru Kemahiran Hidup dapat meningkatkan prestasi untuk tahun ini. Diharap juga guru-guru dapat melaksanakan tugas dengan baik bagi tahun ini. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah melaksanakan tugas dengan baik pada tahun lepas. Tindakan : Makluman semua guru

3.0

Rancangan Pengajaran Tahunan 3.1 Rancangan pengajaran tahunan dibuat berdasarkan Huraian Sukatan. Tindakan : Makluman semua guru

4.0

Borang Maklumat Diri 4.1 Encik Arif meminta guru-guru mengisi borang maklumat diri pada setiap tahun. Tindakan : Makluman semua guru

5.0

Aktiviti Panitia Kemahiran Hidup Tahun 2012 5.1 Encik Ariff memaklumkan aktiviti panitia Kemahiran Hidup pada tahun lepas tidak dapat dijalankan berikutan kekangan masa yang dihadapi guru-guru. Oleh itu, diharap aktiviti panitia pada tahun ini dapat dijalankan dengan baik. Encik Ariff juga memaklumkan aktiviti panitia Kemahiran Hidup tahun 2012 akan mengikut aktiviti panitia yang dijalankan pada tahun 2010. Antara aktiviti panitia Kemahiran Hidup tahun 2012 yang telah dirancang;JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV

5.2 5.3
BIL 1 2 3

AKTIVITI Mesyuarat Panitia Projek Khas Perkembangan Staff (Pengurusan Fail Panitia) Kemaskini bengkel dan stok Minggu Panitia

1 6 Okt

5.4 5.5 5.6

Pn. Yuzana memaklumkan bahawa pendidikan khas bersetuju untuk membeli enam bekas hidroponik En. Ariff memaklumkan bahawa tanaman batas dan hidroponik akan dibuat di tepi blok pendidikan khas. En. Bismi mencadangkan kawasan di tepi blok pendidikan khas dibersihkan. Tindakan : Makluman semua guru

6.0

Perkembangan Staff Pengurusan Fail Panitia 6.1 Terdapat tiga jenis fail panitia:6.1.1 Fail Panggilan Mesyuarat 6.1.2 Fail Minit Mesyuarat 6.1.3 Fail Pelbagai En. Bismi memberitahu sistem fail sebelum ini disimpan 5 tahun barulah dijilidkan. Pn. Faudziah memaklumkan nazir akan memantau fail awal bulan April. Tindakan : Makluman semua guru

6.2 6.3

7.0

Kemaskini Bengkel 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 En. Bismi mencadangkan bahawa rak-rak di bengkel dikemaskinikan jika ada peruntukan kewangan. En. Ariff juga mencadangkan supaya mengadakan gotong-royong di bengkel dan telah dipersetujui semua guru. Pn. Hajar memaklumkan kepada pengerusi bagaimana murid-murid pendidikan khas ingin masuk ke bengkel. En. Ariff memberi respon jika ada masa terluang, boleh masuk. En. Bismi akan berbincang dengan Pn. Arifah berkenaan jadual penggunaan bengkel. Pn. Hajar memaklumkan kepada pengerusi siapa yang memegang kunci bengkel. En. Ariff memberi respon bahawa kunci bengkel perlu diambil di pejabat. En. Ariff juga memaklumkan bahan dan peralatan bengkel dibeli mengikut kesesuaian bengkel seperti kamus bergambar dan foam. Tindakan : Makluman semua guru

8.0

Minggu Panitia Kemahiran Hidup Tahun 2012 8.1 Encik Ariff memaklumkan minggu panitia perlu mengikut jadual takwim sekolah iaitu pada 1 hingga 6 Oktober. Tindakan : Makluman semua guru

9.0

Agihan Membuat Soalan 9.1 9.2 Agihan soalan akan dibuat oleh En. Bismi dan En. Ariff. Bagi pendidikan khas, agihan bergantung pada guru mata pelajaran.

Tindakan : Makluman semua guru

10.0

Kewangan Panitia 10.1 10.2 Peruntukan PCG turun sebanyak 70%. (RM 1300) En. Bismi mencadangkan supaya membeli peralatan untuk membantu aktiviti sekolah. Antara peralatan yang dicadangkan:10.2.1 Drill 10.2.2 Alat pematri (3) 10.2.3 Timah 50 g (3) 10.2.4 Pemutar Skru Bulat/ Rata (10) 10.2.5 Fius Amp En. Bismi juga mengingatkan guru-guru supaya menulis catatan dalam buku keluar masuk dan buku stok jika ingin meminjam peralatan agar tidak berlaku kehilangan barang.

10.3

10.4 10.5

En. Ariff mencadangkan untuk membeli plastik prospek biru jika ada peruntukan (untuk kegunaan Kemahiran Hidup) Pn. Yuzana memaklumkan peralatan Kemahiran Hidup untuk pendidikan khas akan dibeli sendiri Tindakan : Makluman semua guru

11.0

Soalan Peperiksaan 11.1 11.2 11.3 Pn. Faudziah memaklumkan jabatan tidak akan menghantar soalan peperiksaan. Pn. Yuzana memaklumkan pendidikan khas akan membuat soalan peperiksaan sendiri. Wajaran soalan yang dipersetujui oleh semua guru adalah seperti berikut;- 70% objektif - 30% amali Tindakan : Makluman semua guru

Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

................................................. (Cik Nur Atiqah binti Zakariah) Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup, SK Batu Gajah, Melaka.

.............................................. (En. Ariff Anwar bin Mustahil Ketua Panitia Kemahiran Hidup SK Batu Gajah, Melaka

You might also like