You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Tingkatan Tarikh

: 5 ICT 2 : 22 Disember 2012

Tempat : Makmal Komputer Masa : 11.00 am hingga 12.10 pm (80Minit)

Topik

: 4.3.3 PRODUKSI MULTIMEDIA


4.3.3.1 FASA-FASA MULTIMEDIA

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat : 1. Menyenaraikan enam fasa yang terdapat dalam produksi multimedia mengikut urutan. 2. Mengaplikasikan fasa pertama dan fasa kedua iaitu fasa analisis dan fasa rekabentuk dalam produksi multimedia.

BAHAN BANTU MENGAJAR : 1. Sekeping gambar seorang penyanyi sebagai bahan induksi. 2. Ms Powerpoint sebagai penerangan tentang fasa analisis. 3. E-bahan atau modul. 4. Lembaran bercetak

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar telah pun mempunyai pengetahuan tentang : 1. Elemen-elemen multimedia iaitu teks, audio, grafik, video dan animasi. 2. Dua bentuk medium pengeluaran iaitu cd-rom dan web-based serta mengetahui kelebihan dan kekurangan kedua-dua medium tersebut. 3. Prinsip-prinsip reka bentuk multimedia.

PELAKSANAAN PENGAJARAN Isi kandungan 1) Set Induksi - Sekeping gambar penyanyi Pengetahuan/Kemahiran yang perlu dikuasai Pelajar dapat mengaitkan set induksi dengan topik yang akan diajar.

2) Subtopik i) Mengaplikasikan fasa pertama iaitu fasa analisis dalam produksi multimedia. 1) Pelajar perlu mengaplikasikan fasa pertama dalam produksi multimedia iaitu analisis dengan menulis penyataan masalah bagi projek multimedia yang akan dibangunkan.

ii) Mengaplikasikan fasa kedua iaitu fasa rekabentuk dalam produksi multimedia.

1) Pelajar perlu mengaplikasikan fasa kedua dalam produksi multimedia iaitu rekabentuk dengan menulis penyataan masalah bagi projek multimedia yang akan dibangunkan.

Sebelum produksi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Pengenalan: Set Induksi 1. Guru memaparkan gambar seorang penyanyi kepada pelajar. 2. Pelajar melihat gambar tersebut. 3. Guru bertanya kepada pelajar apa yang mereka lihat. 4. Pelajar menjawab soalan guru secara sukarela. 5. Guru mengaitkan jawapan pelajar tentang tajuk P&P berdasarkan gambar yang dipaparkan.

5 minit BBM : i. Gambar ii. Slide Power Point

Perkembangan Pengajaran: 1. Guru menerangkan objektif P&P pada hari tersebut iaitu apa yang pelajar perlu faham pada hari tersebut. 2. Guru menerangkan tentang fasa analisis dan fasa rekabentuk dengan menggunakan set induksi. 3. Guru menyoal pelajar apa yang mereka lihat pada MS Powerpoint yang ditayangkan. 4. Pelajar memberi respons kepada pertanyaan guru tentang topik yang dipelajari

20 minit BBM : i. Slide Power Point. ii. Modul iii. Contoh CD interaktif digital.

Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan (4 orang setiap kumpulan). 2. Pelajar diberikan lembaran bercetak yang mengandungi satu situasi. 3. Pelajar diminta untuk menganalisis dan mencari jalan penyelesaian berdasarkan situasi masing-masing dan menulis jalan penyelesaian ke dalam ruangan yang disediakan pada kertas yang diedarkan. 4. Guru memantau dan membimbing pelajar ketika aktiviti dijalankan. 5. Guru meminta pelajar merekabentuk papan cerita yang ingin dibangunkan berdasarkan analisis yang telah dibuat. 6. Sepanjang proses mereka bentuk, pelajar dikehendaki mengaplikasikan prinsip reka bentuk yang telah dipelajari. 7. Pelajar membuat papan cerita (story board) sebelum membangunkan projek multimedia yang dikehendaki. 8. Guru membimbing pelajar sepanjang aktiviti dijalankan.

45 minit BBM : i. Modul

Nilai Murni: -Bekerjasama -Yakin bersuara KBKK : - Melihat - Menganalisis

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penutup: 1. Guru memilih 2 pelajar supaya merumuskan semua hasil pembelajaran yang diingini dan memberikan sedikit komen mengenai fasa analisis dan fasa rekabentuk.

Catatan 7 minit

Tugasan: 1. Secara berkumpulan, pelajar hendaklah mereka bentuk sebuah papan cerita berkenaan laman web perlancongan di Malaysia.

3 minit

Refleksi Kendiri:

Catatan/Tugas-tugas lain: Masa Aktiviti

Pengesahan

You might also like