You are on page 1of 1

Nama Pemohon I & No Akaun Tabung Haji Nama Pemohon II & No Akaun Tabung Haji Alamat Tel: _____________________________________

Tarikh : Bahagian Operasi Domestik Lembaga Tabung Haji, Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat TH 201, Jalan Tun Razak, 50732 Kuala Lumpur. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan/Puan, RAYUAN BAGI MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN 143x HIJRAH Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Kami dengan ini, pemegang akaun Tabung Haji seperti di atas ingin memohon agar kami suami isteri dipertimbangkan bagi menunaikan haji pada tahun 143x Hijrah (Tahun Masihi 20xx) atas sebab-sebab seperti berikut:1) Kami diberikan pelepasan oleh majikan untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Kebiasaannya, tugasan kerjaya membataskan peluang kami bercuti panjang; 2) Masalah penjagaan anak-anak dapat dielakkan sekiranya kami menunaikan haji pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang akan datang, kami mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap keluarga. Antaranya, anak kami akan mula bersekolah dan kami menghadapi kesulitan untuk mencari penjaganya sekiranya kami menunaikan haji; 3) Keadaan kewangan dan kesihatan mengizinkan kami untuk mengerjakan haji pada tahun ini, InsyaAllah. Pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai. Besarlah harapan kami sekiranya impian kami menunaikan ibadah haji pada tahun ini tercapai, dengan izin Allah. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang Benar,

(ABU HAZMY) No. IC: Tel. No.:

You might also like