You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA ICTL KALI PERTAMA 2012

TARIKH MASA TEMPAT : 3 JAN 2012 : 8.35 PAGI 9.45 PAGI. : MAKMAL KOMPUTER 3. :

KEHADIRAN 1. 2. 3. 4.

PN. NOOR AZIZAH BINTI AHMAD MURAD EN. FAIZAL BIN ABDUL RAHIM. EN. AHMAD SYAWAN BIN OMAR EN. MOHAMAD HANIZAM BIN ABDUL GHANI.

BERSEBAB : 1. EN. MOHAMAD NURULFITRI BIN ALIAS. AGENDA 1. 2. 3. 4. 5. :

Ucapan Pengerusi. Meluluskan Minit Mesyuarat Lalu. Perkara Berbangkit. Penyediaan Fail Rekod Mengajar. Format Penulisan Rancangan Pelajaran Mingguan dan Rancangan Mengajar Harian. 6. Analisis Peperiksaan. 7. Perencangan Peningkatan Kurikulum / Perancangan Strategik Jangka Pendek 2009. 8. Bajet Panitia 2009. 9. Pecerapan P&P Contoh Borang Pencerapan. 10. Bilangan Latihan. 11. Penyemakan Buku Latihan Contoh Borang Semakan. 12. Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan / Penilaian. 13. Dasar Kurikulum Sekolah. 14. PIPP dan Program Mata Pelajaran Mengikut Bidang. 15. Kelas Bimbingan. 16. Kelas Tambahan. 17. Hal-Hal Lain.

1.0

Ucapan Pengerusi. Pengerusi mengucapkan kata aluan dan salam serta ucapan terima kasih di atas kehadiran guru ke Mesyuarat Panitia kali Pertama 2009. Memaklumkan ketidakhadiran En. Nurulfitri ke mesyuarat. Pelantikkan En. Mohd Hanizam sebagai Setiausaha sementara mengantikan En. Nurulfitri. Tindakan : Makluman.

2.0

Meluluskan Minit Mesyuarat Lalu. Minit mesyuarat lalu diluluaskan oleh ahli panitia dengan terdapat Tindakan : Makluman.

3.0

Perkara Berbangkit. Tiada masalah berbangkit. Tindakan : Makluman

4.0

Penyediaan Fail Rekod Mengajar. Format mengikut lampiran yang telah dikeluarkan oleh Pn. Chew mengikut contoh yang diberikan dalam Mesyuarat Pertama Guru Tahun 2012. Tindakan : Semua Guru.

5.0

Format Penulisan Rancangan Pelajaran Mingguan dan Rancangan Mengajar Harian. Terdapat permasalahan dalam Rancangan Pelajaran Mingguan Dan Harian (RPM&H). (RUJUK LAMPIRAN) RPM&H perlu dibuat mengikut lampiran yang telah diberikan dalam Mesyuarat Pertama Guru Tahun 2012. Sukatan Pelajaran telah dibincangkan antara guru ICTL dan telah dipersetujui di mana terdapat sukatan yang ditambah dalam menarik minat pelajar terhadap pelajaran ICTL. Rancangan Pelajaran Tahunan Oleh guru penyelaras tingkatan mata pelajaran ICTL : 1. Tingkatan 1 : EN. MOHAMAD HANIZAM BIN ABDUL GHANI. 2. Tingkatan 2 : EN. AHMAD SYAWAN BIN OMAR 3. Tingkatan 3 : EN. FAIZAL BIN ABDUL RAHIM.

Tindakan : Semua Guru. 6.0 Analisis Peperiksaan. Peperiksaan hanya dijalankan untuk pertengahan dan akhir tahun sahaja atas persetujuan Pn. Pengetua. markah 100% berasaskan projek. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang tidak menghantar projek dengan amaran pertama dari guru mata pelajaran, diikuti amaran kedua oleh guru displin dan ketiga oleh Pn. Pengetua. Bagi penilaian 1 dan penilaian 2, terdapat latihan secara online melalui email yang akan dikendalikan oleh guru ICTL kepada pelajar sebagai kuiz dan ujian bulanan untuk menilai tahap pemahaman pelajar. Pemarkahan dimasukkan dalam NKRA (SAPS) melalui internet sahaja. Tindakan : Semua Guru. 7.0 Perancangan Peningkatan Kurikulum / Perancangan Strategik Jangka Pendek 2009. Mata pelajaran ICTL tidak terlibat kerana tiada peperiksaan PMR, SPM & STPM. 8.0 Bajet Panitia 2009. Tiada peruntukan PCG untuk mata pelajaran ICTL. Oleh itu, segala barang berkaitan P&P dan alatan pelajar akan diminta pelajar membayar harga alatan tersebut. Fail & disket akan diberi kepada pelajar dan pelajar perlu membayar dengan harga yang akan ditetapkan kemudian. Fail hanya kepada pelajar tingkatan 1 sahaja. Tindakan : K. Panitia & Pn. Noor Azizah. 9.0 Pecerapan P&P Contoh Borang Pencerapan. Dilakukan 2 kali setahun. Jadual akan dikeluarkan oleh Pn. Chew Pencerapan akan dilakukan samada oleh Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Tahun 2011 pencerapan dilakukan sekali sahaja. Tindakan : K. Panitia & Pn. Noor Azizah.

10.0

Bilangan Latihan. Pelajar perlu menyediakan 1 buah buku : buku untuk latihan dan nota sekali dalam 1 buku ini. Latihan adalah secara online. Selain itu, pelajar tingkatan 1 juga akan disediakan dengan fail untuk diletakkan bahan latihan dan projek. Pelajar dikehendaki membuat catatan index seperti dibawah dalam buku ICTL tersebut.

Bilangan.

Tajuk.

Tarikh

Tandatangan guru

Catatan.

Tindakan : Semua Guru. 11.0 Penyemakan Buku. Borang akan dikeluarkan oleh Pn. Chew. Terdapat 2 kali semakan setahun dengan pada semakan pertama diambil kesemua buku pelajar dalam kelas. Pada semakan kedua hanya 10 buku daripada semua pelajar sahaja akan diambil. Borang akan disediakan dan akan diserahkan kepada guru oleh Ketua Panitia. Tindakan : K. Panitia. 12.0 Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan / Penilaian. Tidak berkaitan. Tindakan : Makluman. 13.0 Dasar Kurikulum Sekolah. Mengikut lampiran yang telah disediakan oleh guru-guru kanan. Tindakan : Makluman. 14.0 PIPP dan Program Mata Pelajaran Mengikut Bidang. Program belum dirancang dan akan dibincangkan antara guru-guru ICTL. Antara program yang pasti ialah Minggu Teknik & Vokasional. Setiap program yang dirancangkan akan mengandungi Program Peningkatan Akademik. Tindakan : Semua Guru.

15.0

Kelas Bimbingan. ICTL tidak terlibat kerana tidak termasuk dalam peperiksaan PMR, SPM & STPM. Tindakan : Makluman.

16.0

Kelas Tambahan. Kelas tambahan akan dijalankan jika sukatan pelajaran tidak dapat diselesaikan tetapi keutamaan diadakan hanya kepada pelajar tingkatan 2 sahaja agar tidak terganggu semasa di tingkatan 3 dan pelajar dapat memberi tumpuan kepada mata pelajaran peperiksaan PMR sahaja. Borang dan buku kelas tambahan perlulah diisikan oleh guru berkenaan. Tindakan : Semua Guru.

17.0

Hal-Hal Lain.

a. Inventori tiada kerana tiada peruntukan PCG. b. Penguruan makmal secara langsung melibarkan pengurusan bestari. c. Penggunaan makmal diutamakan kepada mata pelajaran ICTL. Makmal juga dibuka untuk penggunan mata pelajaran yang tiada bilik-bilik khas sahaja. Buku penggunaan makmal akan disediakan oleh En. Faizal. d. Fail Panitia akan disemak oleh En. Faizal. Terdapat 22 fail melibatkan Panitia. e. Setiap kali keluar berkursus guru perlulah membuat kursus dalaman. Selain itu, perlu membuat report, minit curai dan dokumentasikan segala hasil kursus. Format laporan boleh diperolehi daripada PK1 dan diambil oleh Ketua Panitia. f. Setiap kali bengkel / mesyuarat kehadiran dicatatkan ikut bidang HEM, Koku @ Kurikulum. Minit curai perlu dilengkapkan bersama buku laporan. g. Setiap guru perlu menyerahkan jadual waktu persendirian kepada Ketua Panitia untuk disimpan dalam fail Panitia. h. Guru perlu memastikan terdapat tugasan kepada pelajar setiap kali cuti sekolah. i. Markah peperiksaan telah dipersetujui untuk kumpulan pelajar iaitu : EMAS 75 100 PERAK 60 74 Tindakan : Semua Guru. GANGSA 0 - 59

18.0

Penutup. Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat. Semua guru diingatkan Mesyuarat Panitia 4 Kali Setahun Termasuk Minggu Teknik & Vokasional.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.45 pagi. Disediakan oleh:

_____________________________ En Mohamad Hanizam Abdul Ghani Setiausaha Sementara Panitia ICTL

Disemak oleh : ____________________________ En Faizal Abdul Rahim Ketua Panitia ICTL Disahkan oleh : _______________________________ Pn. Latifah Bt. Hj Mahfud Pengetua SMK Aminuddin Baki _______________________________ Pn. Noor Azizah bt. Ahmad Murad Ketua Bidang Teknik & Vokasional

You might also like