You are on page 1of 21

SYARIAH ISLAMIAH

Haji & Umrah


Nursyifa Azman
4 Ummi Kalthum Syariah Islamiah

Haji

Syariah Islamiah

Sejarah Ibadah Haji. Sejarah Pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s Kaabah merupakan petunjuk bagi semua manusia.

Pentadbiran Kota Mekah zaman Jahiliah dan Islam.


1. Urusan pentadbiran Kota Mekah zaman Jahiliah dijaga oleh keturunan Bani Hashim yang diketuai oleh Abdul Mutalib,datuk Rasulullah S.A.W. Pentadbiran dibahagikan kepada beberapa bahagian :

memberi minum kepada jemaah Haji. memegang kunci kaabah. memberi makanan kepada Jamaah Haji.
2. Pada zaman pemerintahan Islam, Kaabah dijaga oleh Institusi khusus yang diketuai oleh Gabenor atau Amir. Sekarang, ia diletakkan di bawah pentadbiran haji dan wukuf kerajaan Arab Saudi. Kedudukan Kaabah sebagai Kiblat umat Islam. -Berfungsi sebagai tanda keagungan dan kekuasaan Allah. -Kaabah menjadi kiblat umat Islam selepas Baitul Maqdis. -Kaabah merupakan tempat kesatuan umat Islam.

Tarikh difardhukan Ibadah Haji 1) Ada pendapat yang mengatakan pada tahun kelima, keenam,kelapan dan kesembilan hijrah. 2) Menurut Doktor Wahbatuzzuhaili dan Doktor Yusuf Al - Qaradhawi, mereka mentarjihkan tarikh difardhukan haji pada tahun kesembilan hijrah. Pengertian Haji dan Umrah. 1) Pengertian Haji Bahasa : Mengunjungi tempat yang mulia. Syarak : mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu tertentu , berdasarkan syarat tertentu. 2) Pengertian Umrah Bahasa : ziarah Syarak : mengunjungi Baitullah Al- Haram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada bila-bila masa.

Syariah Islamiah

Hukum Ibadah Haji dan Umrah.


menunaikan Haji dan Umrah adalah fardhu ain. Kewajipan Haji dan Umrah hanya sekali sahaja seumur hidup. Feel Ammar yang merupakan perintah wajib dalam ayat pertama.

Perbezaan Haji dan Umrah. Antara perbezaan haji dan umrah ialah : Umrah 1. Tidak ditentukan masa 2. Tidak ada `wuquf Haji 1. Ditunaikan dalam bulan Haji sahaja. 2. Dalam rukun Haji ada `wuquf di Arafah

Keistimewaan dan kesan Ibadah Haji dan Umrah. Ekonomi Berpeluang berniaga barang- barang dagangan Berbincang dan mencari jalan meningkatkan taraf ekonomi, politik,teknologi dalam pelbagai bidang. Umat Islam Berkenalan dan mengenali bangsa yang lain Bemuzakarah dan berbincang menyelesaikan masalah umat Islam. Melahirkan persamaan dan penyatuan yang melambangkan kekuatan. Persamaan taraf, pangkat tanpa mengira darjat, keturunan dan warna kulit melalui pakaian Ihram yang sama berwarna putih. Perhimpunan tahunan bagi umat Islam. Individu

Syariah Islamiah

Manasik Haji
Syarat wajib Haji dan Umrah. 1. Islam : Tidak diwajibkan keatas orang-orang kafir atau orang-orang yang Murtad. Jika mereka mengerjakannya, ia tidak sah. 2. Baligh : tidak diwajibkan keatas kanak. Jika dia mengerjakannya, ia adalah sah tetapi tidak menggugurkan kewajipan Haji dan Umrah keatasnya. 3. Berakal : tidak diwajibkan ketas orang gila dan jika dia melakukannya, ia tidak sah. 4. Merdeka : tidak diwajibkan ketas hamba abdi, tetapi jika dia melakukannya, ia adalah sah. 5. Berkemampuan ( Al- Istito`ah): kemampuan mengerjakan haji dan umrah. Berkemampuan mengerjakan haji terbahagi kepada 2 iaitu: a. Berkemampuan dengan diri sendiri b. Berkemampuan dengan pertolongan orang lain. Syarat berkemampuan dengan diri sendiri adalah seperti berikut : 1. Syarat kemampuan untuk lelaki dan perempuan a. Mempunyai tambang pergi dan balik. b. Mempunyai bekalan atau perbalanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya. c. Mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik. d. Aman dalam perjalan pergi dan balik seperti tiada peperangan,rompakan dan penyakit yang berjangkit. e. Sihat tubuh badan. f. Berkesempatan untuk mengerjakan haji dan umrah. 2. Syarat tambahan untuk perempuan a. Mendapat keizinan suami atau wali b. Ditemani oleh suami atau mahramnya atau sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang dipercayai. Syariah Islamiah

Rukun Haji dan Umrah.


Rukun- rukun haji dan umrah ialah amalan-amalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang melaksanakan Haji dan Umrah. Sekiranya salah satu daripada rukun-rukun tersebut tidak dilakukan sama ada sengaja atau terlupa, Haji dan Umrah tersebut tidak sah. Rukun- rukun haji dan umrah menurut mazhab Shafi`e adalah seperti berikut: Rukun Umrah 1. Niat Ihram umrah 2. Tawaf 3. Sa`ie. 4. Bercukur atau bergunting. 5. Tertib pada kebanyakan rukun. Rukun Haji 1. Niat Ihram Haji 2. Wuquf di `Arafah 3. Tawaf 4. Sa`ie 5. Bercukur atau bergunting 6. Tertib pada kebanyakan rukun.

1- Niat Ihram Haji dan Umrah. Niat Ihram Haji : berniat menunaikan Haji atau Umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali.

Lafaz niat bagi Haji yang dilaksanakan secara berasingan dari Umrah ialah : Nawaitul hajja wa ahrahmtu bihi lillahi ta`ala Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala.

Lafaz niat bagi umrah yang dilaksanakan secara berasingan dari Haji ialah: Nawaitul `umrata wa ahramtu bihi lillahi ta`ala. Sahaja aku mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta`ala

Syariah Islamiah

Lafaz niat bagi Haji dan Umrah yang dilaksanakan secara bersama ialah: Nawaitul hajja wa ah ramtu bihi lillahi ta`ala Sahaja aku mengerjakan Haji dan Umrah dan aku berihram dengan keduanya kerana Allah Ta`ala.

Sebelum berniat, disunatkan melakukan beberapa perkara , antaranya : 1) 2) 3) 4) 5) 6) Mengerat kuku Mencabut atau menanggalkan bulu dan rambut. Mandi sunat Ihram. Memakai minyak rambut dan bau-bauan. Memakai pakaian Ihram yang berwarna putih. Sembahyang sunat Ihram.

Tujuan berihram ialah supaya seseorang itu menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah dengan mengenepikan segala kemewahan hidup yang dinikmati sebelum berihram. 2- Wukuf. Berada di `Arafah walaupun seketika. Bermula dari gelincir matahari pada hari kesembilan Zulhijah hingga terbit fajar hari kesepuluh Zulhijah. Sebaik-baiknya seseorang itu berada di `Arafah pada sebahagian hari kesembilan hingga sebahagian malam kesepuluh Zulhijah Ketika berada di `Arafah, seseorang itu disunatkan melakukan perkara- perkara berikut : 1) 2) 3) 4) 5) 6) Menyucikan diri daripada najis dan hadas. Sentiasa menghadap kea rah kiblat Memperbanyakkan bacaan al-Qur`an Memperbanyakkan solat sunat. Bertalbiah, Beristighfar,bertakbir dan berzikir. Berdoa, terutama ketika matahari hamper terbenam.

Hikmah wukuf di `Arafah. dapat mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia di padang Mahsyar ketika menunggu pengadilan daripada Allah pada hari Akhirat nanti. 3- Tawaf Tawaf ialah mengelilingi baitullah Al-haram sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan beribadah kepada Allah Ta`ala. *Tawafboleh dilakukan pada bila-bila masa setelah mengerjakan wukuf, sama ada sebelum atau selepas bercukur atau bergunting.

Syariah Islamiah

Hikmah Tawaf :1) Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah yang merupakan tempat yang paling mulia di atas muka bumi. 2) Menjadi lambang kesatuan umat Islam kerana ia dilakukan bersama dan dalam satu arah pusingan. 3) Menyamai perbuatan para malaikat yang mengelilingi `Arasy Allah, sambil bertasbih dan memuji Allah.

4- Sa`ie Sa`ie ialah berjalan berulang alik dari Safa dan Marwah sebanyak 7 kali. Hikmah Sa`ie. Sa`ie disyariatkan untuk mengingatkan kita tentang kisah Hajar bersama anaknya Ismail a.s. Malaikat kisah ini, kita dapat mengambil beberapa hikmah, antaranya: 1) 2) 3) 4) 5) Kesabaran Kegigihan Tidak berputus asa Pengorbanan Kasih ibu terhadap anaknya.

5- Bercukur atau bergunting. Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai merupakan salah satu daripada rukun Haji dan Umrah. Wukuf bercukur atau menggunting rambut ialah selepas meluntar di Jamratul `aqabah pada 10 Zulhijah atau selepas melakukan Tawaf Ifadhoah. Selepas bercukur atau menggunting rambut jemaah Haji bolehlah berTahallul. *Tahallul - bebas daripada pantang larang semasa dalam Ihram. Ia terbahagi kepada : 1) Tahallul awal : iaitu apabila selesai melakukan 2 daripada 3 perkara berikut = I. II. III. Syariah Islamiah Melontar di Jamratul `Aqabah Tawaf rukun dan Sa`ie jika belum dibuat. Bercukur atau bergunting.

Apabila selesai melakukan Tahallul awal ,jemaah Haji terlepaslah daripada pantang larang Ihram kecuali 3 perkara berikut : I. II. III. Berkahwin,mengahwinkan orang lain atau menerima wakil kahwin Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan (muqaddimatul jima) Bersetubuh

2) Tahallul Sani : iaitu apabila selesai melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, jemaah Haji harus melakukan segala pantang larang ihram. * Sunat-sunat bercukur atau bergunting. Antara sunat bercukur atau bergunting ialah : Mencukur habis rambut bagi orang lelaki. Bagi perempuan hanya dikehendaki supaya menggungting ekor rambut sahaja. Melalukan mata pencukur bagi orang yang tidak berambut. Memulakan cukuran dari bahagian kanan. Menghadap kearah kiblat. Dilakukan selepas melontar di Jamratul `Aqabah dan sebelum Tawaf Ifadhoah.

*Hikmah bercukur atau bergunting rambut. 1) Menghapuskan segala sifat tercela yang terdapat pada diri seseorang. 2) Menjadi symbol penyucian segala dosa zahir dan batin.

6- Tertib Semua rukun Umrah wajib dilakukan secara tertib. Wajib Haji dan Umrah. -amalan yang wajib dilakukan ketika melaksanakan kedua- dua ibadah tersebut. JIka salah satu daripada perkara-perkara tersebut ditinggalkan, Haji dan Umrah itu tetap SAH tetapi wajib diabyar dam. Orang yang meninggalkannya akan mendapat dosa jika dia meninggalkannya dengan sengaja. Wajib-wajib Haji dan Umrah ialah : Wajib Umrah 1. Niat Ihram di Miqat. 2. Meninggalkan perkara-perkara larangan dalam masa Ihram. Wajib Haji 1. Niat Ihram Haji di Miqat. 2. Bermalam (mabit) di Muzdalifah 3. Melontar di Jamratul `aqabah 4. Bermalam di (mabit) di Minaa 5. Melontar di ketiga- tiga Jamrah pada hari-hari tashrik 6. Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa Ihram.

Syariah Islamiah

1. Niat Ihram di Miqat.

ialah tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat Haji atau Umrah. Ia terbahagi
kepada:

: . ketentuan masa untuk seseorang berniat Ihram.


-bermula pada 1 syawal sehingga terbit Fajar pada 10 Zulhijah -

bagi umrah ialah pada bila-bila masa sepanjang tahun.

: .ketentuan tempat untuk seseorang berniat Ihram.


Hikmah Penetapan

-menjaga kemuliaan Baitullah Alharam. -memberi kemudahan kepada para Jemaah Haji yang dating dari pelbagai tempat dan arah. - mengajar umat Islam supaya berdisiplin dan membuat perancangan dalam semua tindakan mereka. 2. Bermalam di -

Berada di walaupun sekejap selepas separuh malam kesepuluh Zulhijah (Malam


hari raya haji) iaitu selepas waktu wukuf di `Arafah dan sebelum terbit Fajar. Sebaikbaiknya jemaah Haji hendaklah berada di sana sehingga waktu subuh.

Amalan2 sunat yang berkaitan dengan bermalam di Antara amalan2 sunat

ialah : ,jemaah Haji disunatkan supaya berjalan dengan tenang tanpa untuk melontar di Jamrah .

1.
Syariah Islamiah

Semasa menuju ke tergesa2.

2. 3. 4.

Memungut anak2 batu di

Bersolat Maghrib dan Isya dalam waktu Isya (jama Takhir) dengan satu azan dan dua Iqamat. Membanyakkan do`a terutamanya di

3. Melotar di Jamratul `Aqabah. -Selepas bermalam di

,jemaah Haji menuju ke Minaa untuk melontar di Jamratul `aqabah.

-Waktu melontar di Jamratul `Aqabah ialah selepas separuh malam kesepuluh Zulhijah dan berlanjutan masanya hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah. -Waktu yang afdal untuk melontar ialah pada waktu Dhuha hari kesepuluh Zulhijah. -Melontar Jamrah ialah dengan meggunakan 7 biji anak batu sebesar hujung jari keliling. -Orang yang hendak melontar dinuatkan supaya member ruang kpd orang2 tua dan kanak2. -Orang yang melontar juga disunatkan supaya berada dalam keadaan kabah di sebelah kirinya sementara Minaa di sebelah kanannya. 4. Bermalam (

)di Minaa.

-Jemaah Haji wajib bermalam di Minaa pada malam2 tashrik iaitu pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijah. -Syarat bermalam di Minaa ialah berada di situ lebih dari separuh malam. -walaubagaimanapun, bagi orang yang mempunyai urusan dan ingin meninggalkan minaa dengan segera, dia boleh bertolak dari Minaa pada 12 Zulhijah,selepas berada di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijah. -Cara ini dinamakan Nafar (lari) Awal. Tetapi orang yang melakukan Nafar Awal diwajibkan -memberi dam. -SYARAT2 NAFAR AWAL : 1. Meninggalkan Minaa selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah. 2. Menyempurnakan lontaran ketiga2 Jamrah pada hari 11 dan 12 Zulhijah. 3. Telah bermalam di Minaa selama 2 malam. 4. Berazam tidak kembali semula ke Minaa. -Bagi mereka yang meninggalkan mina pada hari 13 Zulhijah pula dinamakan Nafar Saani. 5. Melontar ketiga2 Jamrah. Pada hari tashrik diwajibkan melontar ketiga2 Jamrah iaitu Aljamratul Ula, AlJamratul Wustho dan Jamratul `aqabah. Waktu melontar adalah seperti berikut : o Hari 11 dan 12 Zulhijah memulai daripada gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya. o Hari 13 Zulhijah memulai daripada gelincir matahari hingga terbenam matahari. o Bagi orang yang tidak sempat melontar pada 11 dan 12 Zulhijah,hendaklah melontar pada hari 13 Zulhijah sebelum terbenam matahari. Syarat-Syarat Sah Melontar.

Syariah Islamiah

Melontar 7 kali pada tiap2 jamrah. Lontar tidak diniatkan untuk tujuan2 lain. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya. Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam jamrah dengan yakin. Elontar dengan tangan bagi yang mampu. Melontar dengan tertib. Dimuali dengan Aljamratul Ula, kemudian AlJamratul Wustho dan akhir sekali Jamratul `aqabah. Tidak melontar untuk orang lain, melainkan setelah dia selesai melontar ketiga2 jamrah untuk dirinya. Sunat2 melontar pada hari2 tashrik. Antara sunat-sunat melontar pada hari tashrik: Berada dalam keadaan menghadap ke arah kiblat. Bertakbir dan berdoa sebelum dan selepas setiap kali membuat lontaran. Berada lebih dari 5 hasta dari jamrah. Tertib antara ketiga-tiga ialah dimulakan dengan Aljamratul Ula, AlJamratul Wustho dan diakhiri dengan Jamratul `aqabah. 6. Meninggalkan perkara2 larangan semasa ihram. Semasa berihram, jemaah haji dilarang melakukan beberapa perkara sehinggalah dia bertahalluh. Sesiapa yang melakukan salah satu darinya, dia wajib embayar dam. Larangan2 tersebut adalah sepeti berikut : Hikmah2 larangan semasa ihram. Untuk membuang sifat sombong dan angkuh. Untuk melatih diri supaya bersabar. Untuk menimbulkan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Untuk membolehkan para jemaah haji menumpukan kepada ibadah dengan penuh ikhlas dan tawadhuq. Larangan semasa ihram. Lelaki sahaja. Lelaki dan perempuan 1. Menutup kepala 1. Memakai wangi-wangian atau sebahagian sama ada pada darinya seperti badan,pakaian,makanan,minu memakai man dan menyedutnya ke songkok,serban dan dalam hidung. sebagainya. 2. Mengerat atau membuang 2. Memakai pakaian kuku. yang bersarung 3. Memakai sarung tangan sama ada berjahit 4. Memakai minyak pada atau sebagainya rambut. seperti seluar,dan 5. Menanggal atau mencabut baju kemeja. rambut atau bulu pada anggota badan.

Perempuan sahaja. 1. Menutup muka walau sebahagian darinya. Syariah Islamiah

6. Memotong,menebang atau mencabut pokok atau tumbuh-tumbuhan di tanah haram. 7. Memburu atau membunuh binatang daratan yanghalal dimakan. 8. Melakukan akad nikah sama ada ijabnya atau Kabul untuk dirinya sendiri atau mewakili orang lain. 9. Melakukan pendahuluan seperti bercium,berkucupkucupan atau berpeluk yang boleh menaikkan syahwat. 10. Melakukan persetubuhan antara suami isteri.

CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH

Para ulama bersependapat bahawa cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga :
1. Haji Ifrad : mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan iaitu umrah dikerjakan bukan dalam bulan2 haji. 2. Haji Tamattuq: mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun yang sama.

3. Haji Qiran: mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak

DAM Dam ialah denda wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut : JENIS-JENIS DAM
Syariah Islamiah

Dam tartib dan taqdir


DAM TARTIB DAN takdir

Dam tartib dan ta'dil

Dam ta'khir dan ta'dil

Dam ta'khir dan taqdir

-Tartib bermaksud ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir pula bermaksud gantiannya telah ditetapkan oleh syara tanpa berlebih kurang. Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut : Melakukan haji secara tamathuk Melakukan haji secara qiran Tidak berwuquf di Arafah. Tidak melontar di jamrah Tidak bermalam di muzalifah Tidak berihram dimiqat Tidak melakukan tawaf wadu Melanggar nazar semasa mengerjakan haji.
-Bentuk dam tartib dan takdir ialah : 1. Menyembelih seekor kambing atau kibas, atau 1 per 7 bahagian daripada unta, lembu, atau kerbau. 2. Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu tiga hari semasa haji dan tujuh hari apabila dia kembali ke tempatnya. 3. Jika tidak mampu, dia hendaklah memberi makanan faqir miskin sebanyak sepuluh cupak makanan asasi.

DAM TARTIB DAN TADIL -Tadil bermaksud syara memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gantian berdasarkan nilaian tersebut. Dam ini dikenali jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut : Persetubuhan yang dilakukan sebelum tahalul awwal atau sebelum selesai menyempurnakan ibadah sama ada fardhu atau sunat. Damnya ialah : 1. Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat qorban 2. Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih seekor lembu. 3. Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih 7 ekor kambing

Syariah Islamiah

4. Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin ditanah haram yang sama nilainya dengan harga seekor unta. 5. Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang sama nilainya dengan seekor unta itu, Dia tertahan atau dikepung(ihsor) dalam perjalanan oleh musuh atau perkara-perkara lain yang menghalang dari memasuki mekah sedangkan dia sudah berihram. Dia hendaklah bertahalul dengan bercukur atau bergunting. Sebelum itu, dia hendaklah melaksanakan damnya, iaitu: 1. Menyembelih seekor kambing atau kibasnya. 2. Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan seekor kambing. 3. Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak menyamai nilai seekor kambing . DAM TAKHIR DAN TADIL -Takhir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan. Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut : 1. Berburu binatang buruan. 2. Menimbang, mengerat atau mencabut pokok dikawasan tanah haram mekah kecuali jika pokok tersebut mati kering. Dam yang dikenakan untuk kesalahan kesalah ini boleh dipilih salah satu daripada perkara-perkara berikut : i. Menyembelih binatang yang sebanding dengan binatang yang diburunya. Umpamanya rusa dikira sebanding dengan lembu dan kijang dikira sebanding dengan kambing. ii. Atau memberi makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan tersebut. iii. Atau memberi makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan tersebut. iv. Atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang menyamai nilainya binatang bandingan tersebut.

Syariah Islamiah

DAM TAKHIR DAN TAKHDIR - Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan slah satu daripada perkara-perkara berikut : 1. Menangal atau mencabut tiga helai rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan walaupun secara tidak sengaja. 2. Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram 3. Mengerat, menangal atau membinasakan kuku pada tiga batang jari. 4. Memakai wangi-wangian.

5. Memakaikan minyak di rambut, janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh dipipi dan dahi. 6. Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan. 7. Melakukan persetubuhan selepas selesai tahalul pertama sebelum selesai tahalul kedua. 8. Melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji. - Dam yang dikenakan untuk kesalahan-kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada perkara-perkara berikut : i. Menyembelih seekor kambing atau kibas ii. Atau bersedekah kepada enam orang faqir miskin sebanyak dua cupak untuk setiap seorang, iii. Atau berpuasa selama tiga hari.

HIKMAH DAM

MENZIARAHI MADINAH - Menziarahi Madinah munawarah tidak termasuk dalam rukun serta wajib haji dan umrah. Namun begitu, menziarahinya adalah antara sunat haji yang utama kerana didalamnya terdapat masjid Nabawi serta makam Rasullah s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Solat di dalam masjid Nabawi mempunyai banyak kelebihan antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh hadis riwayat albukhari Muslim.

Syariah Islamiah

-Antara tempat-tempat lain yang di galakkan supaya diziarahi oleh para jemaah haji di madinah ialah : 1. Masjid Quba : iaitu masjid pertama yang dibina di madinah. 2. Masjid qiblatain : iaitu masjid yang berlaku peristiwa peralihan kiblat dari Baitul Maqdis kepada Baitullah al-haram . 3. Baqie : Makam pertama sahabat termuka serta para syuhada badrun dan uhud. 4. Badrun : tempat berlakunya peperangan pertama dalam islam. Disitu terdapat makam sebagaimana syuhada badrun.

5. Bukit uhud : tempat berlakunya peperangan uhud. Disutu terdapat makam para syuhada uhud termasuk syed syuhada hamzah bin abdul muthalib.

HAJI MABRUR Haji mabrur bermaksud haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah s.w.t. antara tanda seseorang itu mempunyai haji mabrur ialah apabila dia menunaikan haji, keadaannya berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Haji mabrur mempunyai kelebihan yang amat bernilai sebagaimana yang disebutkan dalam hadis berikut :

Daripada Abu Hurairah R.A katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: tidak ada balasan bagi haji mabrur melainkan syurga, dan dua umrah menghapuskan dosa-dosa antara keduanya. Riwayat Ahmad muslim
CIRI-CIRI HAJI MABRUR 1. Tidak melakukan perbuatan maksiat dan perkara-perkara tercela semasa melakukan haji. 2. Melakukan haji dan umrah dengan penuh ikhlas tanpa sebarang perasaan riak dan sumngah. 3. Memastikan perbelanjaan yang digunakan untuk pengangkutan, makan minum pakaian dan tempat tinggal hanya yang berasal dari sumber yang halal. 4. Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna. 5. Menjaga adab-adab semasa mengerjakan haji dan umrah. Sesiapa yang melakukan haji dan umrah sebagaimana yang disebutkan, dia akan memperolehi haji mabrur.

PENGERTIAN NIYABAH DALAM HAJI Niyabah dalam haji bermaksud seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri, tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada semasa dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.
Syariah Islamiah

HUKUM NIYABAH DALAM HAJI Para ulama mazhab syafie mengharuskan niyabah dalam haji dalam dua keadaan :

1. Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu tua atau sakit berat yang tidak ada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada secara sukarela atau dengan bayaran upah asalkan ia bertetapan. 2. Untuk orang yang mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan dia berkemampuan. Para ulama mazhab Hanafi mengharuskan niyabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri. Menurut pendapat yang mutamad dalam mazhab maliki niyabah haji adalah makruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup.

DALIL NIYABAH DALAM HAJI

Drpd Ibnu Abbas drpd al-fadzil bahawa seseorang wanita dari qisngam berkata: wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya bapaku sangat tua. Adakah difardhukan haji keatasnya? Sabda nabi: kerjakanlah haji untuknya.
Rasulullah s.a.w menganggap kefardhukan haji yang tidak ditunaikan semasa hidup seperti hutang yang perlu dibayar oleh para warisnya :

Drpd Ibnu Abbas r.a bahawa seseorang wanita dari jahinah datang kepada nabi dan berkata: sesungguhnya ibubapaku telah bernazar untuk menunaikan haji, (tetapi dia tisak melakukannya) sehinggalah dia meninggal dunia. Bolehkah aku menunaikan haji untuknya? Sabda baginda: ya, lakukanlah haji untuknya, apa pandanganmu jika ibumu berhutang, adakah kamu melunaskannya?, tunaikanlah(hutang) Allah, (hutang) Allah lebih utama untuk ditunaikan.
HUKUM UTAMA NIYABAH HAJI Para ulama mutangddamun Mazhab hanafi tidak mengharuskan amalan mengubah haji dan amalan-amalan lain yg berkaitan dgn ibadah haji seperti azan, mengajar Al-quran dan sebagainya. Namun begitu, para ulama mutaakhirun mazhab hanafi serta para ulama mazhab mazhab lain termasuk mazhab syafie mengharuskannya berdasarkan hadis : Drpd Ibnu Abbas R.a berkata, sabda Rasulullah s.a.w : sesungguhnya perkara yang paling berhak kamu perolehi upah terhadapnya ialah kitab Allah.

Syariah Islamiah

SYARAT-SYARAT NIYABAH HAJI Syarat-syarat niyabah haji adalah seperti berikut : 1. Naib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna. 2. Naib haji hendaklah menyatakan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya.

3. Naib haji hendaklah melakukan ibadah haji untuk seseorang sahaja pada satu musim. 4. Naib haji mestilah berazam pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut. Jika ditentukan kepadanya sesuatu miqat, dia hendaklah berihram pada miqat yang ditentukan itu. 5. Naib haji mestilah seorang yang cukup keahlian untuk melakukan amalan-amalan haji dan umrah dengan sempurna sebagaimana dia mengerjakannya untuk dirinya sendiri. 6. Naib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup. 7. Jika naib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya, atau para pewarisnya mengizinkannya. 8. Segala perbelanjaan niyabah haji hendaklah mencukupi. Jika dia telah meninggal dunia, segala perbelanjaan diambil dari harta peningalannya. Jika hartanya tidak mencukupi pata pewarisnya disunatkan untuk melakukan haji tersebut.

HIKMAH NIYABAH DALAM IBADAT HAJI Terdapat banyak hikmah niyabah dalam haji, antaranya : 1. Memberi peluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri. 2. Memberi peluang terutamanya kepada para pewarisnya seseorang untuk berbakti kepadanya walaupun setelah dia meninggal dunia.

Syariah Islamiah

SEJARAH PENUBUHAN LEMBAGA TABUNG HAJI Pada bulan nov. 1962, perbadanan wang simpanan bakal-bakal haji telah wujud hasil penerimaan kertas jerja yang mulia professor diraja unggku aziz tahun 1959. Pada tahun 1969, hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal haji di pulau pinang, lahirlah lembaga undabg-undang tabung haji .

KEPERLUAN KEPADA PENGURUSAN HAL EHWAL HAJI DIMALAYSIA. Antara keperluan kepada pengurusan haji dimalaysia ialah : 1. Membantu umat islam menjana keagungan mereka secara halal dan sistematik. 2. Meringankan beban pengurusan haji. 3. Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji. 4. Menjamin keselamatan para jemaah haji. 5. Mengelakkan jemaah haji dari ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

PERANAN TABUNG HAJI Menyediakan perkhidmatan tabungan serta menjana keagungan para pendeposit secara halal . Mengurus dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji semasa menunaikan haji. Menyediakan passport dan visa haji Melaksanakan dam dan korban. Menjaga keselamatam para jemaah haji. Membuat urusan dengan pihak kerajaan arab Saudi. Mengurus dan mendaftar kelahiran serta kematian.

Syariah Islamiah

Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti buku panduan haji, dan sebagainya. Menyediakan pengangkutan. Menyediakan khidmat pakar rujuk dalam bidang haji dan umrah. Menyediakan penginapan dan makan minum semasa berada di tanah suci. Menyediakan khidmat kesihatan. Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji .

KELEBIHAN MENUNAIKAN HAJI MELALUI LEMBAGA TABUNG HAJI Antara kelebihan menunaikan haji melalui lembaga tabung haji ialah : Dapat melaksanakan haji menerusi pelan keagungan yang lebih terancang. Memperolehi perkhidmatan yang lebih mesra dan selesa Memperolehi layanan yang lebih mesra dan selesa. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselar yang berpengalaman.

Syariah Islamiah

You might also like