You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Mutakhir ini, sikap paranoid terhadap ancaman pengganas memang


mempengaruhi iklim politik antarabangsa. Selain Amerika Syarikat yang
memperkenalkan Akta Anti-Keganasan 2001 dan Akta Patriot USA 2001 yang
memberikan kebenaran kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menahan
tanpa bicara sesiapa sahaja yang disyaki pengganas. Akta tersebut digubal selepas
peristiwa 11 September 2001 iaitu pengeboman World Trade Centre (WTC) di
New York. Selain dari Amerika Syarikat, negara lain juga mengenakan kawalan,
peraturan dan tindakan yang cukup ketat untuk mengawal aktiviti pengganas ini1.
Hal ini adalah bertentangan dengan peruntukan yang terkandung dalam Deklarasi
Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) seperti Perkara 5, Perkara 6, Perkara 10
dan banyak lagi.

1
Mohd Shukri Mohd Ariff. ( Ogos 2007). Dewan Masyarakat, 37.
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

DUHAM ialah deklarasi yang telah diterima semasa Perhimpunan Agung


Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948 di Palais de Chaillot, Paris.
Deklarasi tersebut wujud ekoran pengalaman masyarakat antarabangsa semasa
Perang Dunia Kedua berlaku. Ia telah digubal berdasarkan dokumen seperti
English Magna Carta of 1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration
of the Rights of Man and Citizens of 1789. Deklarasi ini mengandungi 30 Perkara
yang perlu dijadikan garis panduan dalam perjanjian antarabangsa, hak asasi
sejagat dan undang-undang2.

Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan peruntukan-peruntukan


DUHAM yang telah dicabul dan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh
masyarakat antarabangsa bagi menghentikan pencabulan tersebut.

2.0 Sejarah

Umum mengetahui bahawa, kem tahanan Teluk Guantanamo menyalahi


peruntukan-peruntukan DUHAM, di mana kem tahanan itu menempatkan
penjenayah perang yang disyaki pengganas. Mereka ditahan tanpa diberi hak
untuk membela diri, dipenjara tanpa perbicaraan, diseksa dengan seksaan yang
tidak berperikemanusiaan dan tiada had tempoh penahanan.

Kem tahanan Teluk Guantanamo didirikan pada tahun 2002, yang


menempatkan tahanan yang dianggap sebagai pengganas. Sehingga kini terdapat
seramai 500 tahanan, termasuk mereka yang dituduh terlibat dalam al-Qaeda dan
tahanan perang Iraq pada tahun 20033.

2
Wikepedia, the free encyclopedia. Universal Declaration of Human Rights. 14 Ogos 2008.
http://en.wikipedia.org/wiki/UDHR

3
Wikepedia, the free encyclopedia. Guantanamo Bay detention camp. 14 Ogos 2008.
http://en.wikipedia.org/wiki/Guantanamo_Bay_detainment_camp

2
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Teluk Guantanamo terletak di perairan Cuba. Ia merupakan salah satu


Pangkalan Angkatan Laut Amerika Syarikat yang mempunyai 9,500 petugas. Ia
terkenal dengan penjaranya yang mempunyai pengawalan yang ketat. Di tempat
tersebut disembunyikan sekitar 500 orang tahanan yang dituduh oleh Amerika
Syarikat sebagai pengganas dan pengikut al-Qaeda. Secara asasnya, kem tersebut
mengandungi tiga bahagian iaitu Camp Delta, Camp Iguana dan Camp X-ray
(kini telah ditutup)4.

Amerika Syarikat secara rasminya menyewa Pangkalan Guantanamo ini


daripada pemerintah Cuba. Namun, bekas pemerintah Cuba (bersara pada 18
Februari 2008) iaitu Fidel Alejandro Castro Rúz tidak mengakui perjanjian
tersebut. Walaubagaimanapun beliau tidak berdaya mengusir sekutu Amerika
Syarikat tersebut kerana Amerika Syarikat berdalih bahawa perjanjian itu adalah
sah dan mengikut undang-undang antarabangsa5.

3.0 Peruntukan-Peruntukan DUHAM Yang Telah Dicabul

3.1 Perkara 2

“Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang
termaktub dalam perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua perbezaan
seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik atau
lain-lain fahaman, asal usul bangsa keturunan atau sosial harta benda,
kelahiran atau apa-apa taraf lain.

Seterusnya tiada sebarang perbezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf


politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau
wilayah datangnya seseorang itu, sama ada ianya merdeka, tanpa

4
Wikepedia, the free encyclopedia. Guantanamo Bay detention camp. 14 Ogos 2008.
http://en.wikipedia.org/wiki/Guantanamo_Bay_detainment_camp
5
Wikepedia, the free encyclopedia. Guantanamo Bay detention camp. 14 Ogos 2008.
http://en.wikipedia.org/wiki/Guantanamo_Bay_detainment_camp

3
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan


lainnya”.

Setiap manusia mempunyai kebebasan mengamalkan agama


masing-masing tanpa mengira di mana mereka berada seperti yang
dinyatakan melalui perkara 2 dalam DUHAM. Namun hal yang sebaliknya
telah berlaku di kem tahanan Guantanamo, di mana tahanan tidak
dibenarkan beribadat. Seorang pengawai penyiasat perempuan yang
dilantik untuk menyiasat tahanan telah menggunakan tarikan seksual
untuk mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki. Namun apabila
tidak mendapat maklumat yang mereka kehendaki, beliau telah
menghentikan bekalan air di kem tersebut. Ini menyebabkan tahanan tidak
dapat menyucikan diri dan seterusnya tidak dapat menunaikan ibadat
kepada Yang Esa6.

3.2 Perkara 3

“Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan


diri”.

Semasa berada di kem tahanan Guantanamo, tahanan diperlakukan


seperti binatang tanpa ada sebarang perasaan belas kasihan dan tidak
mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya seperti
tahanan di tahan tanpa tiada tempoh penahanan yang sah. Ini bermakna
mangsa ditahan mengikut tempoh selama mana yang pihak kem tahanan
Guantanamo mahukan.

6
Viveca Novak. (2005, February 21). Impure Tactics: New reports of detainee abuse at Gitmo
suggest
interrogators used female sexuality as a weapon. Time, 28.

4
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Pada awal Mac 2004, lima warganegara British telah dibebaskan


daripada kem tahanan Guantanamo selepas di tahan selama dua tahun
setengah. Mereka dihantar ke England, namun apabila tiba di sana, hanya
seorang daripada mereka yang dibebaskan dan empat yang lain telah di
tahan untuk di soal siasat selama sehari. Mereka dibebaskan dalam
keadaan yang tidak sepatutnya. Persoaalan yang timbul adalah kenapa
mereka di tahan tanpa sebab yang munasabah? Ini menunjukkan Amerika
Syarikat telah melanggar peraturan yang mana mangsa perlu diberitahu
terlebih dahulu sebab penahanan. Tahanan tersebut sepatutnya dibebaskan
dengan segera tanpa dipanjangkan tempoh penahanannya. Namun,
Amerika Syarikat sewenang-wenangnya menahan mangsa tanpa sebab
yang munasabah. Hal ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Apa
yang dapat dipastikan bahawa warganegara British itu tidak bersalah 7.
Jelaslah bahawa kem tahanan Guantanamo ini menyekat kebebasan
tahanan dengan menahan mangsa tanpa tiada tempoh masa yang tetap.

3.3 Perkara 5

“Tiada seorang pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman
yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan”.

Kebanyakan tahanan yang dimasukkan ke dalam kem tahanan


Guantanamo telah melalui beberapa siri penyeksaan dan layanan yang
memalukan. Disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang dikenakan,
maka terdapat sebilangan daripada tahanan yang cuba untuk membunuh
diri. Ada juga segelintir daripada mereka yang melancarkan mogok lapar.
Walaupun hal ini dinafikan oleh Pusat tahanan Teluk Guantanamo iaitu

7
Michael Ratner & Ellen Ray. (2004). Guantanamo: What the World should know. Carlton North, Victoria,
Australia: Scribe Publications Pty Ltd. Halaman 14.

5
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Paul Butler, Principal Deputy Assistant Secretary of Defense for Special


Operations and Low Intensity Conflict. Menurut beliau, setiap tahanan di
kem tersebut mendapat makanan tiga kali sehari, mempunyai tempat
perlindungan dan pakaian yang sepatutnya, diberi peluang untuk beribadat
dan mengirim surat kepada sesiapa yang dikehendaki selagi tidak
bertentangan dengan undang-undang kem tahanan Guantanamo8. Mogok
lapar yang diadakan oleh tahanan adalah bukti kepada ketidakadilan dan
pencabulan nilai kemanusiaan di dalam pentadbiran Amerika Syarikat
berhubung kempen “perang melawan keganasan”.

Menurut Allen Keller yang merupakan wakil Physicians for


Human Rights turut memberitahu bagaimana seorang bekas tahanan di
Guantanamo menyatakan dia telah dipukul, dibogel, ditakut-takutkan
dengan anjing, diarah berdiri menghadap dinding dan dikenakan kejutan
elektrik. Keller juga menceritakan bahawa tahanan turut mengalami
penganiayaan seks termasuk kejadian di mana seorang wanita dalam
keadaan bogel telah memasuki bilik kurungannya lalu mencurahkan darah
kepada tahanan serta telah dipaksa membongkok dan diliwat
menggunakan kayu penyapu.9

Selain itu, tukul digunakan untuk menyeksa banduan. Mereka juga


menjolok batang kayu bergerigi ke dalam dubur dan diikuti muncung
senapang apabila banduan tidak menjawab soalan yang ditanya
mengakibatkan banduan mengalami banyak pendarahan. Dengungan
ledakan muzik kumpulan popular Boney M juga dijadikan bahan memerit
dan menyeksakan otak dan gegendang telinga tahanan10. Kesan yang
dialami oleh tahanan ialah hilang pendengaran dan hilang akal. Sebagai

8
Michael Ratner & Ellen Ray. (2004). Guantanamo: What the World should know. Carlton North, Victoria,
Australia: Scribe Publications Pty Ltd. Halaman 137.
9
Pertubuhan hak asasi kecam kekejaman tentera AS. (2008, Julai 26). Utusan Malaysia, 17.
10
Perang yang hentam pendirian kerajaan mengenai sidang jenayah perang yang hentam Amerika. 19Ogos
2008. http://www.agendadaily.com/cms/content.jps?id=com.tms.cms.article.Article_999d5a9e-cabec5bb-
171b2460-f0a4e479

6
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

contoh, pada tahun 1970, mereka telah memaksa banduan dari Republik
Ireland untuk berdiri sepanjang hari di tepi dinding, enam atau lapan jam
secara berterusan. Mereka menyeksa banduan tanpa ada perasaan timbang
rasa, penyeksaan ini juga adalah sangat kejam dan tidak
berperikemanusiaan11. Jika mereka ingin melaksanakan hukuman, mereka
perlu mengikuti prosedur yang betul dimana mereka perlu hadir ke
mahkamah dan mendapatkan waran yang membenarkan mereka untuk
melaksanakan hukuman12.

3.4 Perkara 7

“Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa


apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-
undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata
daripada sebarang perbezaan yang melanggar perisytiharaan ini dan
daripada sebarang hasutan terhadap perbezaan sedemikian”.

Tahanan di Kem Guantanamo tidak mempunyai hak untuk


membuktikan bahawa mereka tidak bersalah mahupun terlibat dalam
sebarang aktiviti berbentuk keganasan. Selain itu, mereka tidak diberi hak

11
Michael Ratner and Ellen Ray. (2004).Guantanamo: What the World Should Know. Carlton North,
Victoria, Australia: Scribe Publications, Melbourne.Halaman 33.
12
Michael Ratner and Ellen Ray. (2004).Guantanamo: What the World Should Know. Carlton North,
Victoria, Australia: Scribe Publications, Melbourne.Halaman 34.

7
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

untuk memohon habeas corpus. Setiap tahanan sudah tentu ingin


mendapatkan perlindungan untuk diri mereka apabila di tahan.

Habeas corpus merupakan perintah mahkamah supaya seseorang


dilepaskan daripada tahanan yang tidak mengikut undang-undang13.
Parlimen meluluskan Akta Habeas Corpus ini untuk menghalang pihak
kem bertindak melebihi batasan undang-undang.

Salah seorang tahanan yang berada di kem tahanan Guantanamo,


iaitu David Hicks tidak dapat memohon harbeas corpus di mahkamah
kerana tidak mempunyai wang untuk mengupah peguam. Beliau di tahan
kerana di syaki sepuluh orang yang paling berbahaya di dunia. Ini adalah
kerana pihak Amerika Syarikat mendapat maklumat bahawa beliau
mengugut untuk membunuh orang Amerika. Tetapi, maklumat itu belum
di sahkan kesahihannya. Beliau telah memohon pertolongan daripada
firma guaman di Amerika Syarikat, tetapi tidak mendapat bantuan kerana
mereka memberitahu, mereka tidak mempunyai pekerja yang cukup dan
terlalu sibuk untuk menguruskan hal tersebut14. Dalam hal ini, beliau tidak
diwakili oleh mana-mana peguam kerana tidak mempunyai wang dan
dianggap sebagai orang yang berbahaya.

3.5 Perkara 9

“Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan atau pembuangan negeri


secara sewenang-wenangnya”.

13
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suriani Basir. (2008). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas
1. Shah Alam, Selangor: Longman. Halaman 146.
14
Michael Ratner and Ellen Ray. (2004).Guantanamo: What the World Should Know. Carlton North,
Victoria, Australia: Scribe Publications, Melbourne.Halaman xii.

8
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Seperti yang termaktub dalam undang-undang, ditegaskan bahawa


setiap manusia layak untuk mendapat pengadilan sebelum seseorang itu
dimasukkan ke dalam penjara. Ini adalah perkara yang telah termaktub
dalam DUHAM dan persidangan antarabangsa mengenai hak awam dan
politik. Hal ini adalah bertentangan dengan apa yang telah dilakukan oleh
kem tahanan Guantanamo di mana dalam hal ini, presiden Amerika
Syarikat sewenang-wenangnya menangkap dan seterusnya menahan
mangsa di penjara. Dalam tempoh penahanan, mangsa tidak boleh
mempunyai sebarang hubungan dengan peguam atau sesiapa sahaja.
Tahanan juga tidak boleh mengetahui sebab mereka ditahan15.

Antara yang dipercayai telah dianiaya adalah Sami Al Hajj. Sami


Al Hajj adalah seorang warganegara Sudan yang bekerja sebagai
wartawan di stesen TV al Jazeera. Sami telah ditahan di Pakistan pada 15
Disember 2001. Segala pasport, visa perjalanan dan kad wartawannya
dirampas. Pada 7 Januari 2002, beliau telah diserahkan kepada Amerika
Syarikat dan akhirnya dibawa ke kem tahanan Guantanamo. Sami Al Hajj
telah ditangkap tanpa mengetahui kesalahannya16. Berdasarkan perkara ini,
jelaslah bahawa penangkapan yang dilakukan oleh tentera Amerika
Syarikat ini telah menyalahi peruntukan Deklarasi Universal Hak Asasi
Manusia (DUHAM). Ini menunjukan kem tahanan Guantanamo adalah
simbol keganasan negara Amerika Syarikat yang tidak menghormati
demokrasi dan hak asasi manusia. Kebanyakan penghuni kem tahanan
Guantanamo yang di tangkap dan diseksa adalah mangsa tangkapan
rambang oleh tentera Amerika Syarikat tanpa apa-apa bukti yang sah dan
kukuh.

15
Michael Ratner & Ellen Ray. (2004). Guantanamo: What the World should know. Carlton North, Victoria,
Australia: Scribe Publications Pty Ltd. Halaman 6.
16
US nafikan hak tahanan Guantanamo. 16 Ogos 2008.
http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=764:us-nafikan-hak-
tahanan-guantanamo&catid=48:analisis&Itemid=30

9
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

3.6 Perkara 10

“Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada


pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama,
dalam penepatan hak-hak tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah
terhadapnya”.

Kem tahanan Guantanamo ini telah melanggari perkara 10 dalam


DUHAM, sebagai contoh seorang tahanan berumur lingkungan 20-an
yang bernama Osman telah ditahan dan dilabel sebagai pejuang musuh
dalam perang antarabangsa Amerika menentang keganasan, tahanan dari
Kazakhstan itu tidak mengetahui keputusan kerajaan Amerika Syarikat
berhubung kedudukannya untuk tempoh beberapa bulan lagi dan tanpa
sebab yang munasabah tahanan itu ditempatkan dalam bilik kecil di kem
Delta, kem tahanan Guantanamo sejak lebih empat tahun lalu tanpa apa-
apa perbicaraan. Menurut kerajaan Amerika Syarikat, beliau adalah
seorang yang disyaki menjadi anggota Islamic Movement of Uzbekistan
(IMU) yang dilatih menggunakan senjata automatik Kalashnikov dan
ditangkap semasa cuba menyeludup mata wang 600,000 USD sehingga
berlakunya pertempuran yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan
pada bahagian kaki dan belakang badannya17. Jelaslah hal ini melanggari
perkara 10 dalam DUHAM yang tidak memberi tahanan peluang untuk
membela dan membebaskan diri.

Dalam contoh ini, penahanan yang dilakukan terhadap mangsa


bukan sahaja dinafikan hak manusia secara psikologi, sosiologi tetapi amat
sedih kerana dinafikan juga hak undang-undang yang adil. Oleh itu, kem
tahanan Guantanamo ini memang jelas menyalahi peruntukan-peruntukan
deklarasi universal serta bersifat mengancam dan melanggari hak asasi
manusia.

17
Tiada sekelumit demokrasi di sini. (2005, Oktober 15). Berita Harian, 25.

10
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

4.0 Langkah-Langkah Untuk Mengatasi

Berdasarkan penerangan yang telah dinyatakan sebelum ini, kewujudan kem


tahanan Teluk Guantanamo didapati telah banyak mencabul peruntukan-
peruntukan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM). Hal yang
demikian pelbagai langkah perlu dilakukan oleh masyarakat antarabangsa bagi
menghentikan perkara tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah
membicarakan tahanan sebelum dipenjarakan, menghentikan seksaan yang
melampau terhadap banduan dan menghentikan penghinaan terhadap agama.
Pihak media massa juga memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan
kisah sebenar di sebalik “tirai besi” Guantanamo dan seterusnya menutup kem
tersebut.

11
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Sebagaimana yang termaktub di dalam DUHAM (perkara 10), seseorang


yang ditangkap perlu dihadapkan ke muka pengadilan terlebih dahulu sebelum
dipenjarakan. Langkah ini adalah wajar dilaksanankan oleh pihak kem tahanan
Guantanamo supaya tahanan mendapat pengadilan yang sewajarnya. Jika benar-
benar didapati bersalah, maka hukumlah mereka mengikut peruntukan undang-
undang yang telah ditetapkan. Bukan memberi hukuman mengikut kehendak
sendiri tanpa menghiraukan sifat-sifat perikemanusiaan.

Selain itu, kem tahanan Guantanamo perlulah menghentikan seksaan yang


melampau terhadap banduan dimana tindakan Amerika Syarikat melayan tahanan
perang dengan menggari tangan mereka, tidak membenarkan tahanan melakukan
ibadat seperti sembahyang dan membaca al-Quran, tinggal di bilik yang tidak
mempunyai dinding dan sebagainya adalah di luar sifat kemanusiaan. Lebih
dahsyat lagi apabila Amerika Syarikat tidak mengiktiraf tahanan-tahanan tersebut
sebagai tawanan perang yang sepatutnya mendapat layanan kemanusiaan
sepertimana yang telah ditetapkan dalam Konvensyen Ganeva18. Ini adalah tidak
adil kepada tahanan, walaupun mereka seorang tahanan tetapi mereka juga
mempunyai hak sebagai seorang manusia. Oleh itu, pihak Amerika Syarikat
perlulah adil dalam memberi hukuman kepada tahanan bukannya menyeksa
tahanan sesuka hati mengikut kehendak sendiri. Negara telah menggubal undang-
undang. Jadi sebagai seorang warganegara, mereka perlulah mematuhi undang-
undang yang sedia ada.

Menghentikan penghinaan terhadap agama lain juga adalah salah satu


langkah bagi menghentikan pencabulan peruntukan DUHAM oleh kem tahanan
Guantanamo. Majalah Newsweek pernah melaporkan bahawa al-Quran, kitab suci
Allah itu dipijak dan diflushkan ke dalam tandas di pusat tahanan tersebut.
Perkara ini adalah tidak wajar dilaksananakan. Hal ini juga akan menyebabkan
timbulnya perasaan dendam terhadap agama lain kerana dunia mempunyai

18
Cyberlink Tranung Kite. Memorandum membantah pencabulan hak asasi oleh Amerika di Kem X-Ray
Teluk Guantanamo, mengutuk sokongan Amerika ke atas keganasan Israel di Palestin dan penempatan
tentera Amerika di Filipina. 12 Ogos 2008. http://www.tranungkite.net/lama/b02/pas98.htm

12
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

masyarakat yang berbilang bangsa dan mengamalkan pelbagai agama. Jadi


sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang multi etnik, maka seseorang
itu perlulah menghormati agama lain.

Pihak media massa adalah agen yang terpenting dalam menghentikan


penyeksaan yang melampau terhadap tahanan di kem tahanan Guantanamo
dengan memperkatakan isu penutupan kem tahanan Guantanamo. Ini kerana
pihak media massa mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat.
Melalui media massa, masyarakat dunia akan mengetahui tentang kekejaman
yang telah dilakukan di kem tahanan Guantanamo dan secara tidak langsung,
masyarakat dapat menilai sendiri keadaan di kem tersebut. Seterusnya, pihak
media massa juga dapat menarik perhatian masyarakat dunia supaya berganding
bahu membanteras masalah tersebut. Peranan yang dimainkan oleh pihak media
massa beserta dengan kerjasama yang diberikan oleh masyarakat dunia akan
membuka mata pihak Amerika Syarikat terhadap apa yang telah mereka lakukan
pada tahanan. Dengan ini, besarlah harapan masyarakat untuk melihat penyeksaan
terhadap tahanan di kem Guantanamo dihentikan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai pengaruh yang


besar dalam menangani perkara ini. Contohnya, melalui Perhimpunan Agung,
setiap negara anggota haruslah sepakat dan memberi sokongan terhadap isu
pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat.
Setiap resolusi Perhimpunan Agung adalah amat bernilai kerana ia mewakili suara
192 anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Justeru itu, dalam
mencari kedamaian dan kestabilan antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) haruslah bergerak secara efektif. Bukan sahaja dalam memberi
laporan tepat terhadap sebarang jalan penyelesaian tetapi juga daripada aspek
prosedur dalam melaksanakannya demi kestabilan dunia. Melalui kerjasama yang
diberikan oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
terhadap isu pencabulan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM),
maka perkara ini boleh dihentikan.

13
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlulah menggubal satu


undang-undang Antarabangsa khusus terhadap perlanggaran hak asasi manusia.
Bagi negara yang melanggari undang-undang dan prinsip yang telah digubal ini,
maka negara tersebut akan dikenakan tindakan yang segera dan sewajarnya.
Proses penggubalan undang-undang antarabangsa, perlulah disertai oleh semua
wakil negara anggota yang menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
bagi mendapatkan suara majoriti terhadap penggubalan undang-undang ini, demi
keadilan semua negara. Dengan terlaksananya penggubalan undang-undang
tersebut, segala penyeksaan seperti dalam laporan Physicians for Human Rights
(PHR), dimana laporan tersebut menggambarkan tentang penyeksaan terhadap
tahanan di kem Guantanamo boleh dihentikan. Ini adalah supaya nyawa-nyawa
yang tidak bersalah dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa kekejaman
Amerika Syarikat19.

Langkah yang terakhir bagi menghentikan atau mengatasi perkara ini


adalah dengan menutup kem tahanan Guantanamo. Perdana Menteri Britain, Tony
Blair membuat kenyataan memohon agar kem tahanan Guantanamo ini ditutup.
Begitu juga dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi yang mengeluarkan kenyataan tegas pada 20 Februari 2006 memohon
supaya kem tahanan Guantanamo ditutup berikutan kem tahanan Guantanamo ini
cukup terkenal dengan kekejaman terhadap para penghuninya dan dikatakan
sebagai tempat penyeksaan tahanan. Terdapat juga desakan daripada pelbagai
badan hak asasi manusia termasuk Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB)
memohon supaya kem tahanan Guantanamo ditutup. Selain itu, ada juga pihak
yang menghantar memorandum membantah pencabulan hak asasi manusia oleh
Amerika Syarikat di kem tahanan Guantanamo yang mendesak supaya Amerika
Syarikat menghentikan tindakan keganasan yang dilakukan di kem tersebut dan

19
Maizan Mahmud (2005, Febuari). PBB masih releven dalam memelihara keamanan dan keadilan dunia.
Dewan Masyarakat, 28-29.

14
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

membebaskan semua tahanan perang dan melayan mereka seperti seorang


manusia sepatutnya menerima layanan.

5.0 Penutup

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa kem tahanan


Guantanamo menyalahi peruntukan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia
(DUHAM). Hal yang demikian, masyarakat antarabangsa perlulah mengambil
langkah segera dan sewajarnya bagi memastikan semua langkah menanganinya
dapat direalisasikan dan diaplikasikan secara keseluruhannya dengan
mewujudkan kerjasama antara masyarakat antarabangsa dan pihak-pihak yang
terbabit.

Nasib tahanan-tahanan di kem Guantanamo bagaikan telur dihujung


tanduk. Kesilapan kecil mungkin menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam
senarai sesi penyiasatan yang mungkin akan membawa ajal. Oleh itu, Amerika
Syarikat patut memberikan perhatian terhadap masalah ini dan mengambil
tindakan yang paling wajar dan berkesan untuk memastikan semua manusia
mendapat layanan kemanusian yang sepatutnya.

Keamanan dan kestabilan dunia hanya akan wujud sekiranya kuasa besar
dunia bersikap adil kepada seluruh manusia bukannya melindungi sekutu mereka

15
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

walaupun melakukan keganasan, memerangi musuh mereka walaupun tidak


mempunyai bukti untuk disabitkan dengan segala tuduhan yang direka sendiri
oleh Amerika Syarikat. Keselamatan juga hanya akan wujud apabila setiap negara
menghormati hak negara lain bukannya sebuah negara mahu haknya dihormati
tetapi hak negara lain dicabuli. Jika semua ini berjaya diwujudkan, keamanan,
kestabilan dan keselamatan antarabangsa akan terjelma.

BIBLIOGRAFI

Cyberlink Tranung Kite. Memorandum membantah pencabulan hak asasi oleh Amerika
di Kem X-Ray Teluk Guantanamo, mengutuk sokongan Amerika ke atas
keganasan Israel di Palestin dan penempatan tentera Amerika di Filipina.
12 Ogos 2008. http://www.tranungkite.net/lama/b02/pas98.htm

Goay Teck Chong, Wong Yew Hong dan Suriani Basir. (2008). Teks Pra-U STPM
Pengajian Am Kertas 1. Shah Alam, Selangor: Longman.

Maizan Mahmud (2005, Febuari). PBB masih releven dalam memelihara keamanan dan
keadilan dunia. Dewan Masyarakat.

Michael Ratner & Ellen Ray. (2004). Guantanamo: What the World should know. Carlton
North, Victoria, Australia: Scribe Publications Pty Ltd.

Mohd Shukri Mohd Ariff. ( Ogos 2007). Dewan Masyarakat.

Pertubuhan hak asasi kecam kekejaman tentera AS. (2008, Julai 26). Utusan Malaysia.

Perang yang hentam pendirian kerajaan mengenai sidang jenayah perang yang hentam
Amerika. 19 Ogos 2008.
http://www.agendadaily.com/cms/content.jps?id=com.tms.cms.article.Article_999
d5a9e-cabec5bb-171b2460-f0a4e479

Tiada sekelumit demokrasi di sini. (2005, Oktober 15). Berita Harian.

16
HAK ASASI DAN MASYARAKAT LNK 2013

US nafikan hak tahanan Guantanamo. 16 Ogos 2008.


http://www.mykhilafah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=7
64:us-nafikan-hak-tahanan-guantanamo&catid=48:analisis&Itemid=30

Viveca Novak. (2005, February 21). Impure Tactics: New reports of detainee abuse at
Gitmo suggest interrogators used female sexuality as a weapon. Time, 28.

Wikepedia, the free encyclopedia. Guantanamo Bay detention camp. 14 Ogos 2008.
http://en.wikipedia.org/wiki/Guantanamo_Bay_detainment_camp

Wikepedia, the free encyclopedia. Universal Declaration of Human Rights. 14 Ogos


2008.http://en.wikipedia.org/wiki/UDHR

17

You might also like