You are on page 1of 39

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

‫نحمده ونصلى على رسوله الكريم‬

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU

DALAM KONTEKS WACANA SUNNI

- SATU PENGAMATAN AWAL

OLEH:

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)

Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana
yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri,
Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada
mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam
Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan
akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan
Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak
manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka
sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan
‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin
seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan
kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada
tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita
mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.
Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada
panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan
teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini mengenali Nabi kita
sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat
rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-
Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan
penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam
Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di
dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan
yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk,
maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10).
Juga dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari
zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10).
Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya,
bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya
juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”.
(ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk
yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah
daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith
yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai
Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith
yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.”
(ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku telahpun menjadi nabi
walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud:
“Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang
bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”, (ibid. 11);
dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh”
(ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur
Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau
yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid.
11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang
dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).
Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran
Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna:
“Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal,
maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam
kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada - uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-
Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya
sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan
itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu
Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari
peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min
yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian
mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang
munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada
malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada
syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-
tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula
segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan
angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula,
hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air,
keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada
bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13).
Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan
sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan
Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap
tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu
cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah
sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.
Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid.
15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam
bentuk burung merak

Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”

Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar


fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan
kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan
al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa
Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun
1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh
teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam.
Kata beliau:

“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia
akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-
Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-
yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam
hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan
dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh
Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin
kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh
merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih
perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik
daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan
ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar
radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu
‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan
daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam
itu akan padi” (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi
fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan
ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana
malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya
Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan
barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin,
ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur,
Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan
mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya
(hal. 4)

Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada
nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan
‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya
dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala
ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah,
dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa
Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut,
berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian
berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-
salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun;
kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada
kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada
dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam
Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua
telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua
pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi
orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-
bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat
anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya
yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang
tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan
yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi ( ‫) كنت كنزا مخفيا فأحببت أن أعرف فخلقت الخلق لعرف‬

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan
daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. ‫أول ما خلق ال تعالى نورى وفى رواية روحى‬

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu
riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah
subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia
menyebut pula haditrh qudsi: ‫خلقت الشياء لجلك وخلقتك لجلى‬

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan
akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah
suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan
Muslimin sebelah sini.
Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il
Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang
dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk
yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar,
sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain
al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam
daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi
tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi
Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi,
yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat
tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia
mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir
dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad,
berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha’, sujud seumpama mim, duduk seperti
rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala
bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti
rupa dal.

Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh
Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan
oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa
matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur
Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya
adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-
Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya,
sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya
sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.
Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab
“Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal. 2-3
(Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian bagi
Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-
Muhammadi”) yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh
Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh
ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya:
“Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan
menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu
Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga
sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah,
kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau
Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku
mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada
empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-
qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama
seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba
hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’
maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada
Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang
taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya
dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke
dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka…

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …, umat
Nabi ‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila Qalam
hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam
Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka
pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang
bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula
daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada
yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap
cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy
sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya,
dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal
para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam
alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab
mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam
sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu
diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta
pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya;
maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada
Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah
daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi
‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam
Qur’an dan Sunnah.

Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al Quran
5:15).

Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah
“rasulullah s.a.w.”.

"‫ل نُور" هُوَ ال ّنبِيّ صَلّى الّ عََليْهِ وَسَلّمَ " َو ِكتَاب" قُرْآن " ُمبِين" َبيّن ظَاهِر‬
ّ ‫َقدْ جَا َءكُ ْم مِنْ ا‬
Dalam “Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini:

" ‫حمّد عََليْهِ السّلَم ; عَنْ الزّجّاج‬


َ ُ‫ م‬: ‫ل‬
َ ‫ َوقِي‬, ‫ الِْسْلَم‬: ‫ل‬
َ ‫ضيَاء ; قِي‬
ِ ْ‫ل نُور " أَي‬
ّ ‫ َقدْ جَا َءكُ ْم مِنْ ا‬.

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan
dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.

Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur
dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya
dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

, ّ‫حق‬
َ ْ‫ل بِهِ ال‬
ّ ‫ اّلذِي َأنَارَ ا‬, َ‫حمّد صَلّى الّ عََليْهِ وَسَلّم‬
َ ُ‫ َي ْعنِي بِالنّو ِر م‬, ‫ل نُور‬
ّ ‫لْنْجِيل مِنْ ا‬
ِ ‫َقدْ جَا َءكُ ْم يَا أَهْل التّوْرَاة وَا‬
‫ق بِهِ الشّرْك‬ َ َ‫ َومَح‬, ‫ظهَ َر بِهِ الِْسْلَم‬ ْ َ‫وَأ‬

Dalam “Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:

‫ح ّمدًا بِا ْلهُدَى َودِين‬


َ ُ‫سلَ رَسُوله م‬َ ْ‫ن نَ ْفسِهِ ا ْلكَرِيمَةِ َأنّهُ َقدْ أَر‬
ْ َ‫خبِرًا ع‬
ْ ُ‫ن " يَقُول َتعَالَى م‬
ٌ ‫ب ُمبِي‬
ٌ ‫لّ نُورٌ َو ِكتَا‬
ِ ‫َقدْ جَا َءكُ ْم مِنْ ا‬
‫جمِيع أَهْل الَْرْض‬ َ ‫الْحَقّ ِإلَى‬

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi
khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya
Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu’ara’

َ‫جدِين‬
ِ ‫ك فِي السّا‬
َ ‫َوتَقَّل َب‬

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud


. ‫حتّى َأخْرَجَ ُه َن ِبيّا‬
َ ‫ آدَم َونُوح وَِإبْرَاهِيم‬, ‫لبَاء‬ ْ ‫ي فِي أَصْلَب ا‬ ْ ‫ َأ‬: ‫عبّاس‬
َ ‫ َوقَالَ ِابْن‬. َ‫صلّين‬
َ ُ‫ فِي ا ْلم‬: ‫ل مُجَاهِد َو َقتَادَة‬
َ ‫قَا‬
‫عبّاس َأيْضًا‬ َ ‫جدًا ; َوقَالَهُ ِابْن‬
ِ ‫ يَرَاك قَا ِئمًا وَرَا ِكعًا وَسَا‬: ‫عكْ ِرمَة‬ِ َ‫َوقَال‬

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud)
iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-
bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda
sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn
‘Abbas juga berpendapat demikian.

Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan:

َ‫جدِين‬
ِ ‫ك فِي السّا‬
َ ‫َوتَقَّل َب‬

‫ل فِي الصّلَة يَرَاك‬ َ ‫جدِينَ " قَا‬ ِ ‫ل َقتَادَة " اّلذِي يَرَاك حِين تَقُوم َوتَ َقلّبك فِي السّا‬ َ ‫جدِينَ " قَا‬
ِ ‫َوقَوْله َتعَالَى " َوتَقَلّبك فِي السّا‬
ّ‫ل مُجَاهِد كَانَ َرسُول الّ صَلّى ال‬ َ ‫حسَن ا ْلبَصْ ِريّ َوقَا‬ َ ْ‫عكْ ِرمَة وَعَطَاء الْخُرَاسَا ِنيّ وَال‬ِ ‫جمْع وَ َهذَا قَوْل‬
َ ْ‫َوحْدك َويَرَاك فِي ال‬
‫حدِيث " سَوّوا صُفُوفكُ ْم فَِإنّي َأرَاكُ ْم مِنْ وَرَاء‬ َ ْ‫ح فِي ال‬ ّ َ‫شهَد ِل َهذَا مَا ص‬ ْ َ‫سلّ َم يَرَى مِنْ خَلْفه َكمَا يَرَى مِنْ َأمَامه َوي‬
َ َ‫عََليْهِ و‬
‫ليَة َي ْعنِي تَقَلّبه مِنْ صُلْب َنبِيّ إِلَى‬ ْ ‫ل فِي َهذِهِ ا‬ َ ‫عبّاس َأنّ ُه قَا‬ َ ‫ظ ْهرِي " وَ َروَى ا ْلبَزّار وَابْن َأبِي حَاتِم مِنْ طَرِي َقيْنِ عَنْ ِابْن‬ َ
‫حتّى َأخْرَجَ ُه َن ِبيّا‬
َ ّ‫ صُلْب َنبِي‬.

Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud. Kata
Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di
kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan
dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata
Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang Baginda sebagaimana ia boleh
melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana
yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di
belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn
“Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam
sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan
keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.

Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan ayat
5:15, kenyataannya ialah seperti berikut:
(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: “Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab
yang nyata”)-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi
yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat ini,
juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada kebenaran) pada
pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa
sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada
al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada
al-Alusi, kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada
syak bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam
(iaitu Nabi Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi
ibaratnya, maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Tidaklah Kami mengutus engkau wahai
Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir Ruh
al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut:

Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya
adalah dengan mengambil kira Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan
rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat)
daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula
sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah
taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Maha pemberi dan
aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).

Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang ayat yang
bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang nyata” (15.15), jilid
III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur (yang agung), nur dari segala nur, dan
nabi yang terpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh
Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Dan pada
sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu
adalah (kedua-duanya merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan
penyambung yang digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-
Jubba’I (ulama Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab
itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi
Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima pendapat ini
dari segi ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak
boleh menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi
isayaratnya)…” (ibid. III. 369).
Dalam kitab yang sama, (Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang
bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai
rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya: “Hakikat keadaan
Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt wujud (“lil-jami’”)
itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah penengah –wasitah- bagi limpahan rahm
at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”) atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”) dari awalnya,
dan itu ialah kerana nur Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang
paling awal; maka dalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala
ialah nur nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala
adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah – Allah
menyucikan asrar mereka - ada terdapat huraian berkenaan dengan hal yang demikian itu
yang leb ih lagi daripada ini.”

Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya


“Miftah al-sa’adah”. Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada langsung
dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia,
dan tidak ada asas bagi kerajaan, dan manusia akan berkedudukan seperti haiwan dan
binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang setengahnya berseteru dengan yang
lainnya.

Maka setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah, dan tiap-
tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah dengan sebab
terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian tentangnya. Maka alam ini adalah
seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu tidak akan
ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah dan
pengajiannya) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan binasa,
maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan nubuwwah
(iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”. juz 9, hal. 100).

Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan mereka
yang sujud” (al-Shu’ara 217-219), selain daripada maksud bahawa nabi beregerak di
kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan lainnya, pengarang “Ruh al-
Ma’ani” (jilid X.hal.135) menerangkan bahawa: “dan daripada ibn Jubair bahawa maksud
mereka itu ialah para anbia ‘a.s.s., dan makna “melihat gerak-geri engkau sebagaimana
gerak-geri mereka yang selain daripada engkau dari kalangan para anbia ‘a.s. dalam
mereka menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka, sebagaimana yang kamu
lihat”, dan tafsir tentang “mereka yang sujud” itu para anbia, diriwayatkan oleh satu
jemaah, antara mereka ialah Tabarani, al-Bazzar, dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga ,
melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya- menafsirkan “gerak-geri engkau di
kalangan mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya Baginda (sebagai Nur
Muhammad-UEM) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-
salatu wassalam- …’(ibid.X.135)

Dalam Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam Abul-Hasan ‘Ali bin
Ahmad al-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang bermaksud Telah datang
kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata, katanya nur ya’ni Nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam dan Kitab yang nyata ya’ni Qur’an …(Jilid II hal.196.

Demikian juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah Labid
li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau ulama Nusan
tara, dari Bentan yang terkenal dalam abad ke-19) - di tepinya Tafsir al-Wajiz karangan
al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan:

Ayat yang bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul iaitu
Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (dan Kitab yang nyata) iaitu Qur’an…

Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud: dan pergerakan
kamu di kalangan mereka yang sujud, yaitu Ia melihat gerak-geri kamu dalam
sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan sujud serta duduk bersama-sama mereka yang
semb ahyang bila engkau menjadi imam dalam berjemaah dengan mereka, dan dikatakan
dan Ia melihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi para mu’minin dan mu’minat,
semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada ‘Abdullah dan Aminah; maka semua
nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
lelaki dan perempuan, tidak termasuk syirik ke dalamdiri mereka kesyirikan selama mana
Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi) dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila
berpindah (nur itu) daripadanya kepada orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang
itu menyembah yang selain daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim) tidak
menyembah berhala melainkan selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapun
sebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain dari Allah…
(ibid.II.119).
Hadith berkenaan dengan Nur:

Tentang hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah:

Dalam Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala
Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah):

(827 – ‫أول ما خلق الُ نو ُر نبِيكِ يا جابر – الحديث‬

‫ أخبرني عن أول شيء‬،‫ بأبي أنت وأمي‬،‫ يا رسول ال‬:‫رواه عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد ال بلفظ قال قلت‬
‫ فجعل ذلك النور يدور بالقُدرة‬،‫ إن ال تعالى خلق قبل الشياء نور نبيك من نوره‬،‫ يا جابر‬:‫ قال‬.‫خلقه ال قبل الشياء‬
‫ ولم يكن في ذلك الوقت لوح ول قلم ول جنة ول نار ول ملك ول سماء ول أرض ول شمس ول قمر‬،‫حيث شاء ال‬
‫ ومن الثاني‬،‫ فخلق من الجزء الول القلم‬:‫ فلما أراد ال أن يخلق الخلق قسم ذلك النور أربعة أجزاء‬،‫ي ول إنسي‬ٌ ّ‫جن‬
ِ ‫ول‬
‫ ومن الثاني‬،‫حمَلَة العرش‬َ ‫ فخلق من الجزء الول‬،‫ ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء‬،‫ ومن الثالث العرش‬،‫اللوح‬
‫ ومن الثاني‬،‫ فخلق من الول السماوات‬:‫ ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء‬،‫ ومن الثالث باقي الملئكة‬،‫الكرسي‬
‫ ومن الثاني‬،‫ فخلق من الول نور أبصار المؤمنين‬،‫ ثم قسم الرابع أربعة أجزاء‬،‫ ومن الثالث الجنة والنار‬،‫الرضين‬
‫ كذا في‬.‫ الحديث‬.‫ ومن الثالث نور إنسهم وهو التوحيد ل إله إل ال محمد رسول ال‬،‫نور قلوبهم وهى المعرفة بال‬
.‫(المواهب‬

Hadith yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai
Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd
Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bonda hamba
menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan
Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah jadikan
sebelum segala sesuatu nur Nabi engkau daripada NurNya, kemudian Ia jadikan nur itu
berkisar dengan kudrat cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh
(Lauh Mahfuz), tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari,
bulan, jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki menjadikan sekelian makhluk ia
membahagikan Nur itu kepada empat bahagian, daripada juzu’ pertama ia jadikan al-
Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia
jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat
bahagi, maka daripada juzu’ yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy,
daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat
yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang keempat itu kepada empat
bahagi yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang
ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat
bahagian: yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang
kedua cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikanNya
nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad
Rasulullah’, demikian hadith dalam “al-Mawahib” (iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah
karangan ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu).

Dan seterusnya:

‫ الصح‬:‫ واختُلِف هل القلم أول المخلوقات بعد النور المحمدي أم ل؟ فقال الحافظ أبو يعلى الهمداني‬:‫وقال فيها أيضا‬
‫ قدر ال مقادير الخلق‬:‫ لِما ثبت في الصحيح عن ابن عمر قال قال رسول ال صلى ال عليه وسلم‬،‫أن العرش قبل القلم‬
‫ فهذا صريح في أن التقدير وقع بعد خلق‬،‫ وكان عرشه على الماء‬،‫قبل أن يخلق السماوات والرض بخمسين ألف سنة‬
،‫> عبادة بن الصامت مرفوعا "أول ما خلق ال القلم‬311 ‫ فحديث<صفحة‬،‫ والتقدير وقع عند أول خلق القلم‬،‫العرش‬
.‫ فقال رب وما أكتب؟ قال أكتب مقادير كل شيء" رواه أحمد والترمذي وصححه‬،‫فقال له أكتب‬

.‫ إن الماء خلق قبل العرش‬:‫وروى أحمد والترمذي وصححه أيضا من حديث أبي رزين العقيلي مرفوعا‬

‫ فيجمع بينه وبين ما قبله بأن أولية القلم بالنسبة‬،‫وروى السدي بأسانيد متعددة إن ال لم يخلق شيئا مما خلق قبل الماء‬
‫إلى ما عدا النور النبوي المحمدي والماء والعرش انتهى‬

Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah Qalam


makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz Abu Ya’la al-
Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat yang sabit
dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya: Sabda Rasulullah s.a.w: Allah menentukan
takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh
ribu tahun, ‘Arashnya atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas
daripada penciptaan ‘Arash; takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith
‘Ubadah bin al-samit, marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia
berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? FirmanNya,
“Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).

Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin
al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”.

Dan al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak
menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan antara ini
dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan dengan yang selain
daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis.
Dan yang menyebut kejadian yang pertama itu “al-Qalam” ialah:

824– .‫أول ما خلق ال القلم‬

‫ قال رب وما أكتب؟ قال أكتب‬،‫رواه أحمد والترمذي وصححه عن عبادة بن الصامت مرفوعا بزيادة فقال له أكتب‬
‫مقادير كل شيء‬،

‫ وفي رواية إن ال خلق العرش فاستوى‬،‫قال ابن حجر في الفتاوى الحديثية قد ورد أي هذا الحديث بل صح من طرق‬
‫ فقال يا رب بم أجري؟ قال بما أنا خالق وكائن في خلقي من قطر أو نبات أو‬،‫ ثم خلق القلم فأمره أن يجري بإذنه‬،‫عليه‬
‫ ورجاله ثقات إل الضحاك بن مزاحم فوثقه ابن‬،‫ فجرى القلم بما هو كائن إلى يوم القيامة‬،‫نفس أو أثر أو رزق أو أجل‬
‫ إن أول شيء‬:‫ وجاء عن ابن عباس رضي ال عنهما موقوفا عليه‬،‫ وضعفه جماعة‬،‫حبان وقال لم يسمع من ابن عباس‬
‫ فأمره أن يكتب كل شيء ورجاله ثقات‬،‫خلقه ال القلم‬،

‫ ثم قال له اكتب ما يكون أو‬،‫ وهي الدواة‬،‫ ثم خلق النون‬،‫وفي رواية لبن عساكر مرفوعة إن أول شيء خلقه ال القلم‬
‫ما هو كائن – الحديث‬

‫وروى ابن جرير أنه صلى ال عليه وسلم قال {ن )في الصل )نون( مكان )ن(( والقلم وما يسطرون} قال لوح من‬
‫ يجري بما هو كائن إلى يوم القيامة انتهى‬،‫ وقلم من نور‬،‫نور‬

824. Perkawa terawal dijadikan Allah ialah Qalam.

Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih, dari ‘Ubadah bin al-samit, marfu’,
dengan tambahan, Ia berfirman: “Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang hamba (akan)
tulis?” FirmanNya: “Tulislah takdir segala sesuatu”.

Kata ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah”: “Datang riwayat, iaitu hadith ini, bahkan
ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat” Allah menjadikan ‘Arasy kemudian
Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam, kemudian Ia memerintah supaya
menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya: tentang
apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam makhlukKu, terdiri daripada titik hujan,
tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau ajal; maka Qalampun menulis tentang apa yang ada
sampai ke Hari Kiamat. Rijalnya atau periwayatnya adalah mereka yang dipercayai
(rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya
boleh dipercayai, katanya ia tidak mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk
menganggapnya dhaif; dan datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai
keduanya-maukuf atasnya: Perkara awal yang dijadikanNya Qalam, kemudian Ia
menyuruhynya menulis; para periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu thiqat).
Dan dalam riwayat ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa perkarea awal yang dijadikan Allah ialah
Qalam, kemudian “Nun”, bekas dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa yang akan
ada dan yang ada.

Dan diriwayatkan oleh ibn Jarir bahawa Baginda s.a.w. bersabda:

Nun, Demi Qalam dan apa yang mereka tulis katanya: Lauh daripada nur, Qalam
daripada nur, yang menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat. Seterusnya dalam
teks yang sama ada riwayat seperti berikut:

‫ ثم قال له‬،‫ ثم خلق النون وهي الدواة‬،‫وفى النجم روى الحكيم الترمذي عن أبي هريرة أن أول شيء خلق ال القلم‬
‫ قال أكتب ما كان وما هو كائن إلى يوم القيامة وذلك قوله تعالى {ن والقلم وما يسطرون} ثم‬،‫ قال وما أكتب‬،‫أكتب‬
،ُ‫ فقال وعزتي وجللي لكْمَِلّنكَ فيمَن أحببت‬،‫ ثم خلق ال العقل‬،‫ختم على فم القلم فلم ينطق ول ينطق إلى يوم القيامة‬
‫ القلم جسم نوراني‬:‫ وقال اللقاني )في الصل )اللقاني(( في شرح جوهرته‬،‫> فيمن أبغضت‬309 ‫صّنكَ<صفحة‬ َ ُ‫ولنْق‬
‫ وفي بعض الثار أول‬،‫ وتمسك عن الجزم بتعيين حقيقته‬،‫ وأمره ِب َكتْبِ ما كان وما يكون إلى يوم القيامة‬،‫خلقه ال‬
‫ وفي‬،‫ وهو القصب ثم خلق منه القلم‬،‫ وفي بعضها إن ال خلق اليراع‬،‫ وأمره أن يكتب كل شيء‬،‫شيء خلقه ال القلم‬
.‫رواية أول شيء كتبه القلم أنا التواب أتوب على من تاب انتهى‬

Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa


“Perkara awal yang dijadikan Allah ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat,
kemudian firmanNya; Tulislah, katanya: Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya:
Tulislah apa yang ada, dan yang akan ada sampai ke Hari Kiamat. Itulah firmannya: Nun.
Demi Qalam dan apa yang mereka tulis. Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu
ia tidak berkata-kata, tidak berkata-kata sampai Kiamat. Kemudian Allah jadikan akal,
Kemudian firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan
engkau dalam kalangan yang aku kasihi. Dan aku akan kurangkan engkau dalam
kalangan mereka yang aku murkai.

Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam adalah jisim nurani (daripada nur),
yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan
ada sampai Kiamat; ia tidak menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah
athar, perkara terawal yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis
tiap-tiap sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau
Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam. Dalam satu riwayat
perkara awal yang ditulisman oleh Qalam ialah ‘Aku Maha penerima taubat, Aku
menerima taubat mereka yang bertaubat’. Habis.

(al-‘Ajluni, dalam “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas…”,


http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1)

Dalam Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam Muhammad
bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab al-manaqib’, no.194 di bawah
hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat kenyataan:

194-ّ‫أول ما خلق ال‬

- .‫ذكر المير في مبحث الوجود من حواشيه على جوهرة اللقاني أنها متواترة‬

(3) ‫( العرش في بعضها‬2) ‫( النور المحمدي وفي بعضها‬1) ّ‫)قلت( ورد في بعض الحاديث أن أول ما خلق ال‬
‫( اللوح المحفوظ وجاء بأسانيد‬5) ّ‫( القلم وفي غيره أول ما خلق ال‬4) ّ‫البراع أي القصب وصح حديث أول ما خلق ال‬
‫( العقل إل أن‬8) ‫( أن أول مخلوق الروح وفي بعضها‬7) ‫( أن الماء لم يخلق قبله شيء وفي بعض الخبار‬6) ‫متعددة‬
‫*حديث العقل فيه كلم لئمة الحديث بعضهم يقول هو موضوع وبعضهم ضعيف فقط‬

‫وأجيب عن التعارض الواقع فيها بأن أولية النور المحمدي حقيقية وغيره إضافية نسبية وأن كل واحد خلق قبل ما هو‬
‫من جنسه فالعرش‬

Al-Amir dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah al-
Laqqani”, bahawa hadith tentang itu mutawatir. Pengarang itu menyatakan bahawa ia
berkata);

Datang riwayat dalam setengah hadith tentang perkara awal yang dijadikan itu (1) Nur
Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3) “al-yara” iaitu
qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang dijadikan Allah Qalam, dalam
yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4) Qalam, dalam yang lain pula awal
dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan datang dalam berbilang sanad bahawa ia
(6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu sebelum daripadanya; dalam setengah riwayat (al-
akhbar) ia (7) awal makhluk ialah ruh, dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith
tentang akal di dalamnya ada kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan
maudhu’, setengahnya menyatakan daif sahaja.
Katanya: boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur
Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara
nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya) dijadikan sebelum daripada yang terdiri
daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang kasar, akal sebelum
daripada jisim-jisim yang halus (latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan
(nabatiah), demikianlah. Allah Maha Mengetahui. (Dari “Nazm al-Mutanathir min al-
hadith al-Mutawatir”, dari kitab al-iman sampai kepada kitab al-manaqib, -491 dalam

http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7 )

Dalam “Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid), karangan


Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923 Hijrah), dalam
jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan:

Ketahuilah wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifat
dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan – mudah-mudahan Allah memberi
taufik kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang Lurus bahawa
sesungguhnya bila berlakulah (lit. bergantunglah) Iradat Allah taala untuk mengadakan
makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan hakikat Muhammadiyyah
daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat Ahadiyah(Nya), kemudian Ia menjadikan
alam-alam, semua sekali, alam tingginya dan alam rendahnya dalam rupa bentuk
hukumNya sebagaimana yang telah terdahulu ada dalam IradatNya dan IlmuNya yang
terdahulu (dari Azali lagi), kemudian Ia mem beritahu tentang kenabiannya dan berita
baiknya dengan kerasulannya ini, walhal Adam masih belum ada, sebagaimana yang
dinyatakannya bahada Adam adalah antara ruh dan jasad.

Kemudian terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian arwah,


maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka bagi mereka itu
ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, jenis tinggi, mengatasi
segala jenis makhluk, ia Bapa Teragung bagi sekelian yang maujud dan manusia
(sekelian).

Maka bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak salla’Llahu
‘alaihi wa sallam (untuk) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh dengan jasadnya,
berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka zahirlah Muhammad salla’llahu
‘alaihi wa sallam dengan keseluruhan jasad dan ruhnya walaupun terkemudian jasadnya
(zahir) anda mengetahui tentang nilainya, (iaitu) ia adalah khizanah atau perbendahraan
rahasia dan pusat berlakunya perintah; maka tidak lulus perintah melainkan daripadanya;
tidak berpindah kebaikan melainkan daripadanya…Dikeluarkan riwayat hadith oleh
Imam Muslim dalam kitab ‘Sahih’nya dari hadith ‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w.
bahawa Baginda bersabda: ‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian
makhluk sebelum Ia menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan
‘ArasyNya di atas air

…Dan dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah sebagai
khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur dalam tanahnya
(sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi serta al-Hakim. Kata
al-Hakim isnadnya sahih.

Seterusnya kata beliau: Dari Maisarah al-Dabbi katanya, bahawa katanya: ‘Aku berkata,
wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba menjadi nabi? jawabnya s.a.w. bersabda: ‘Waktu
Adam masih antara ruh dan jasad.’ Ini lafaz riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam ‘;
Tarikh’nya serta Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah”, al-Hakim menyatakan ia sahih.

Selepas menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani memberi
huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya:

Maka boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal Adam
masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah tentangt wajibnya
kenabian bagi Baginda dan sabitnya, kemudian zahirnya pula ke alam nyata.
Sesungguhnya penulisan (al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang wajib; firman Allah
ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit. dituliskan) puasa ‘ dan ‘Allah mewajibkan
(lit. Allah menulis) bahawa Aku akan benar-benar mengatasi’. Dan dalam hadith dari Abu
Hurairah (dinyatakan) bahawa mereka (iaitu para Sahabat) bertanya bilakah diwajibkan
kenabian bagi tuan hamba? Baginda menjawab: ‘(Waktu) Adam masih antara roh dan
jasad’. Riwayat Tirmidhi, katanya hadith hasan sahih.

Kemudian Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn Sahalal-Qattan’ dari Sahal ibn
Salih al-Hamadhani katanya: Aku bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali
bagaimana nabi Muhammad menjadi nabi yang mendahului para anbia walhal Baginda
terakhir dibangkitkan. Kata beliau: ‘Sesungguhnya Allah ta’ala –bila Ia mengambil dari
anak Adam dari zuriat mereka dari belakang merekadan menjadikan mereka menjadi
saksi atas diri mereka, ‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’ adalah nabi Muhammad orang yang
pertama yang mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu Baginda menjadi terdahulu dari sekelian
anbia walhal ia terakhir dibangkitkan (dalam sejarah dunia). Kalau anda berkata:
‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti ada orang yang disifatkan itu, walhal
sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas sampai umur empat puluh tahun, maka
bagaimanakah disifatkan beliau itu sebelum wujudnya dan sebelum ia diutus sebagai
rasul? Maka boleh diberikan jawapan bahawa al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh wa al-
taswiyah’ berkenaan dengan hal ini dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku nabi terawal dari
segi penciptaan dan terakhir dari segi dbangkitkan (dalam sejarah), bahawa maksud
‘penciptaan’ (al-khalq) di sini ialah takdir atau penetapan bukannya mengadakan (‘’al-
taqdir duna al-ijad’); maka Baginda itu sebelum bondanya melahirkannya tidak wujud
sebagai makhluk, tetapi (wujud) dalam bentuk matlamat-matlamat dan aspek-aspek
kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’) yang mendahului dalam takdir yang
mengikutinya dalam wujud.Inilah makna kata-kata mereka (yang bijaksana):’Awal
fikiran ialah akhir amalan, dan akhir amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-fikrah akhir
al-‘amal wa akhir al-‘amal awwal al-fikrah’).

Kemudian dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan
dengan jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’) awal tentang
bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang lengkap
sempurna (‘dar kamilah’); itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau ketetapannya. Itulah yang
ada kemudiannya yang zahir sebagai hasil daripada amalannya. Maka bangunan yang
lengkap sempurna itu yang terawal dalam ‘takdir’nya, dan itulah yang terakhir dari segi
wujudnya. Demikianlah-kiasnya- hadith ‘Aku nabi’ itu isyarat kepada apa yang
dinyatakan, iaitru nabi dalam ‘takdir’ Ilahi sebelum sempurna penciptaan Adam a.s.,
kerana tidaklah diciptakan Adam melainkan untuk dikeluarkan daripada zuriatnya
Mujhammad s.a.w.

Kemudian beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan
dengan mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud dalam
minda jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di luar daripada
minda dalam zat-zat (al-a’yan’) dan wujud zihin adalah sebab bagi wujud yang zahir di
luar zihin yang boleh dipandang dengan mata, dan itu mesti mendahului. Demikianlah-
hendaklah anda ketahui- bahawa Allah menentukan takdir, kemudian Ia mengadakan
mengikut persepakatan dengan takdir…(Dalam ‘al-Mawahib al-Laduniyyah’juz hal.7).

Selepas daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya Nur
Muhammad s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan daripadanya.(Al-
Mawahib al-laduniyyah, juz I hal 7 dst)
Tentang kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan dengan
Nur Muhammad s.a.w. sebagai punca penciptaan segala, itu nampaknya tidak menjadi
masalah, memandangkan antaranya al-Bukhari mengambil daripadanya 120 riwayat dan
Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light of the Full Moon”, dalam
http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html)

Dalam hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-
Mustatrafah li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah al-Musharrafah, karangan Maulana al-
Imam al-Sayyid Muhammad Ja’far al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-
Qahiran, tanpa tarikh) pada halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq bin
Humam bin Nafi’ al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil daripada
Musannaf ibn Abi Shaibah, disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab. Dan Jami’ ‘Abd
al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab yang terkenal jami’ yang besar
dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya dikeluarkan oleh Syaikhan (Bukhari dan
Muslim) dan empat imam hadith Dengan itu beliau menerima ‘Abd al-Razzaq dengan
baik sebagai muhaddith.

Seterusnya, dalam kitab Al-Shifa karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah, terdapat


kenyataan dari Ibn ‘Abbas rd. bahawa Nabi s.a.w. adalah ruhnya itu berada di sisi Allah
sebelum Ia menjadikan Adam a.s. selama dua ribu tahun, bertasbih nur itu sebagai
malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s. Bila Adam dijadikan maka nur itu
diletakkan pada sulbinya. Sabda nabi s.a.w. Kemudian Allah turunkan aku ke bumi dalam
sulbi Adam, kemudian dijadikan aku dalam sulbi Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak
berhenti-henti Allah memindahkan aku dari sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan
rahim-rahim para wanita yang suci, sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku,
yang mereka itu tidak terkena kekejian sedikitpun. Yang menjadi saksi tentang sahihnya
kisah dan khabar ini ialah sya’ir al-‘Abbas yang masyhur yang memuji Nabi s.a.w. (Kitab
al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I, hal.83).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: “dan mengetahui tentang gerak-geri
engkau dalam kalangan mereka yang sujud”, kata ibn ‘Abbas rd maknanya “dari seorang
nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di zaman
engkau dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa, I.halaman 15-16).

Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah adalah cahaya langit dan bumi,
kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan bagi
nurnya, ialah Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam. Maka mithalan bagi nurnya ialah
Nur Muhammad s.a.w. Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi para anbia seperti ceruk
cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu (al-misbah) adalah kalbunya, kaca
(al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama bintang kerana apa yang ada padanya
terdiri daripada iman dan hikmah kebijaksanaan, yang dinyalakan daripada pokok yang
diberkati, iaitu daripada Nur Ibrahim ‘alaihis-salam; diumpamakan sebagai pokok yang
diberkati; hampir-hampir minyaknya menyala iaitu hampir-hampir nubuwwah nabi
Muhammad itu …nyata kepada manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama
minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18).

Berhubungan dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366:

Daripada yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi s.a.w. dan
apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu yang ajib-ajib,
bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya memandang ke langit, dan ada
yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu Baginda dilahirkan; (juga) apa yang dilihat
oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As tentang bintang turun dan kemunculan nur sewaktu
kelahiran Baginda sehingga sehingga tidak terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-
Shafa Umm ‘Abd al-rahman bin ‘Auf: Bila keluar Rasulullah s.a.w….Baginda Rasulullah
s.a.w. …ia mendengar suara ‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan cerah nyata bagiku
antara Timur dan barat sehingga aku melihat istana-istana Rum” (ibid).

Dalam kitab al-Madkhal oleh ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan
Nur Muhammad ini. Antaranya terdapat riwayat, iaitu: Dinukilkan oleh al-Imam ‘Abd al-
Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab ‘al-dalalat ‘ baginya, yang lafaznya
ialah: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan makhluk yang paling dicintai olehNya yang
lebih lagi daripada umat ini; dan tidak ada yang lebih mulia lagi daripada nabinya
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi selepas daripadanya, kemudian
siddiqin, kemudian para aulia yang terpilih. Dan (berkaitan dengan) demikian itu
sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam sebelum
daripada dijadikan Adam selama dua ribu tahun, dijadikanNya dalam bentuk tiang di
hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada Allah dan mentakdiskanNya; kemudian Ia
menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-salam, daripada Nur Muhammad s.a.w. dan
dijadikanNya nur para nabi ‘alaihimus-salatu wassalam daripada Nur Adam ‘alaihis-
salam, habis. (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.28).

Seterusnya dalam al-Madkhal.II.29 terdapat riwayat:


Al-Faqih al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’
kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat, iaitu bila
Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke bumi dan membawa
dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan kegemilangannya dan
nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan nur Muhammad itu
bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di belakang Adam melihat
nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian Adam memohon supaya nur itu
diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya, maka Allah menjadikan Adam boleh
melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha illa’llah’ Muhammadun Rasulu’Llah dan
sembahyang (dengan melihat kepada jari telunjuknya)…kemudian nur itu diletakkan di
dahi Adam kelihatan seperti matahari dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa
penuhnya (al-Madkhal ibn al-Hajj.II.30)

Dalam kitab yang sama disebut bagaimana perkara yang mula-mula dijadikan Allah ialah
Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya.

Berhubungan dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab Hujjatu’Llah
‘alal-‘Alamin fi Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Katanya:

Maka tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’) dan kelebihan (‘fadhilah’) kepada


seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia) melainkan dikurniakan
kepada Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang sepertinya. Maka Adam ‘alaihis-
salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia dijadikan Allah dengan TanganNya, maka Allah
kurniakan pula kepada nabi Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam pembukaan
dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan melapangkan dadanya bagi
DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah kebijaksanaan, dan ini akhlak
nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya) dan kepada nabi
Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud kejadian Adam adalah
penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita Muhammad s.a.w. adalah
maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya, dan maksud mendahului
wasilah. Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s., kata Fakhr al-razi dalam tafsirnya
ialah: para malaikat itu diperintah sujud kepada Adam kerana ada Nur Muhammad s.a.w.
pada dahinya. (hal.15 ).

Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan nur
Baginda s.a.w. Antaranya ialah:
(Diriwayatkan kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla), Harun
bin ‘Abbas al-hashimi meriwayatkan kepada kami, Jundul bin Waliq meriwayatkan
kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa Baginda bersabda: Allah
mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa, berimanlah engkau kepada
Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan Baginda dari kalangan umatmu
supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak menjadikan
Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan Adam, kalaulah tidak kerana
Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan Neraka, Aku jadikan ‘Arash atas air,
kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya ‘la ilaha illa’llah Muhammadun
Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih (kata al-Hakim) yang tidak
dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim). (al-Mustadrak al-Hakim II.614-615).

Dari Maysarah al-Fakhr, katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah,
bilakah tuan hamba menjadi nabi? Jawabnya: walhal Adam masih antara roh dan jasad.
(al-Mustadrak.II.608-609). Sahih riwayatnya.

Dari Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada Baginda bila Baginda
menjadi nabi. Jawabnya (Sewaktu) Adam masih antara roh dan j asad. Hadith sahih. (al-
Mustadrak.II.609.)

Dari Irbad bin Sariah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya
aku di sisi Allah pada awal Kitab khatam sekelian anbiya, walhal Adam terbujur dalam
jasadnya, aku akan memberitahu kepada kamu takwilan tentang itu, (aku) adalah do’a
bapaku Ibrahim, berita gembira saudaraku ‘Isa kepada umatnya, dan aku pemandangan
bondaku, yang ia lihat keluar daripadanya nur yang menjadikan terang baginya istana-
istana di Syam. Sahih. (al-Mustadrak.II.600).

Berkenaan dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari beberapa
Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada Baginda: Beritaku kepada kami
berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab: Aku doa bapaku Ibrahim, berita
gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang aku akan diutus), dsan bondaku melihat sewaktu
aku dilahirkan keluar daripadanya nur yang menerangi baginya Busra, dan Busra adalah
di negeri Syam.Al-hakim menyatakan Khalid ibn Ma’dan dari kalangan tabi’in yang
sebaik-baiknya yang bersahabat dengan Mu’adh bin Jabal.sahih pada al-Hakim.(al-
Mustadrak.II.600).
Dalam kitab Jam’ al-Wasa’il fi Sharh al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan Mulla ‘Ali bin
Sultan Muhammad al-Qari rh (men. 1014 H.) ada terdapat beberapa huraian, antaranya:

Tentang kenyataan dalam Shama’il Tirmidhi bahawa orang yang melihat nabi tanpa
mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat hebat, maka Mulla ‘Ali al-Qari menghuraikan
aspek kehebatan Baginda itu katanya: kerana ada pada Baginda sifat jalal dan atasnya ada
kehebatan dari sisi Tuhan dan limpahan kurnia dari alam samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi
al-haibah al-ilahiyyah wal-fuyud al-samawiyyah). (Jam’ al-wasa’il. hal. 28). Dan dalam
kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il bahawa Baginda itu lebih cantik daripada
bulan –ahsan minal-qamar- beliau memberikan huraian katanya: tentang nurnya zahir
dalam ufuk-ufuk (alam zahir) dan alam anfus (diri manusia) dengan tambahan sifat-sifat
kesempurnaan dalam bentuk rupa lahir dan ma’nawi, bahkan pada hakikatnya tiap-tiap
nur dijadikan daripada nurnya (ma’a ziyadah al-kamalat al-suwariyyah wal-
ma’nawiyyah, bal fil-haqiqah kullu nurin khuliqa min nurih); dan dikatakan dalam
hubungan dengan ayat bermaksud:’Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan misalan
bagi nurnya-iaitu nur Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.- yang sejati, pada zatnya,
tidak terpisah daripadanya sesaatpun malam dan siang, walhal nur bagi bulan muktasab,
dipinjam (daripada cahaya matahari) sekali berkurang dan sekali terselindung. (jam’ al-
Wassa’il Sharah al-Shama’il.hal.47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi rh tentang Baginda itu lebih cantik daripada bulan
sebagaimana yang ternyata dalam kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan: itulah
wajah Baginda pada sisi tiap-tiap orang; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan lainnya dari
Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’); dalam riwayat Abu Nu’aim dari
Abu Bakr adalah wajah Baginda itu seumpama pagar atau kandungan bulan (‘daratul-
qamar’) dan bagi riwayat Darimi dari al-Rabi’ binti al-Mu’awwidh katanya: Aku
melihatnya aku mel,ihat matahari sedang naik memancar. Dalam riwayat ibn al-Mubarak
dan ibn al-jauzi dari ibn ‘Abbas bahawa Baginda tidak ada bayang (‘lam yakun lahu
zill’), dan Baginda tidak berdiri dalam matahari melainkan cahaya Baginda mengatasi
cahaya matahari, sebagaimana yang ada dalam Baijuri. (Sharah al-Muhaddith al-Shaikh
al-Munawi pada Shama’il Tirmidhi,I. halaman 47).

Dalam huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud: seperti
cahaya keluar antara celah-celah gigi Baginda, katanya: tidak perlu kepada kata ‘seperti’
(‘ka’) tambahan, seperti yang dilakukan oleh pensyarah (‘Shama’il’), bagaimana
demikian, kerana itu (yang keluar di celah-celah gigi Baginda) adalah nur hissi (atau
cahaya lahiriah, bukan maknawi, abstrak), dan kata beliau kalau tidak hissi maka
bagaimana digunakan ru’iya-dilihat. Ertinya ia bukan ma’nawi. (ibid.I.55-56).
Dalam hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke
Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari iaitu: menjadi cerah
tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang hissi-atau cahaya lahiriah yang
dipandang dengan mata—atau juga cahaya ma’nawi kerana dengan masuknya Baginda
maka ada cahaya hidayah yang am dan terangkat kerananya berbagai jenis kegelapan,
dengan isyarah bahasa menunjukkan teramat sangat (al-mubalaghah), yang tiap-tiap
sesuatu dari alam ini mengambil cahaya dari Madinah pada hari itu. Ataupun pencerahan
itu ialah kiasan bagi kesukaan yang amat sangat bagi para penduduk kota itu – serta
dengan tidak mempedulikan (dalam suasana itu) kepada mereka yang berseteru (dengan
Baginda dan Islam). Beliau juga menyebut pendapat al-Tibbi yang memandang itu adalah
cahaya secara hissi. (Mulla ‘Ali al-Qari, Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi, II.209).

Dalam syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-Shama’il
Tirmidhi katanya: Yang asah ialah maksudnya tiap-tiap juzuk daripada juzuk-juzuk kota
Madinah itu menjadi cerah dengan cahaya secara hakikatnya (bukan kiasan lagi) bukan
tajrid (bukan secara abstrak lagi), bagaimana tidak, walhal Baginda itu zat dirinya pada
keseluruhannya adalah cahaya (‘wa qad kanat dhatuhu kullaha nuran) maka Allah taala
telah berfirman: Telah datang kepada kamu dari Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka
Baginda adalah cahaya yang menjadikan cerah bagi sekelian alam, dan Baginda adalah
lampu yang cerah mengeluarkan cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il Tirmidhi,
di tepi syharah Mulla ‘Ali al-Qari, II.55).

Dalam al-Mawahib al-Laduniyyah – Hashiyah Shama’il al-Tirmidhi karangan Shaikh


Ibrahim al-Bajuri (men. 1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang mencerahkan.
Dalam hubungan dengan potongan yang bermaksud: iaitu orang yang melihat Baginda
secara badihah (belum mengenalinya) akan merasa hebat dengannya-iaitu melihat
Baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat tinggi dan hal dirinya yang
teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada padanya sifat jalal atau kehebatan
dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah) dan apa yang ada padanya dari kehebatan
dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi minal-haibah al-ilahiyyah).

Kemudian beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim: Perbezaan antara kehebatan dan
takabur (pada seseorang insan) ialah: kehebatan itu adalah kesan daripada beberapa kesan
yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana merasa kehebatan Allah (bi ‘azamati
al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa Ketinggian HebatNya (wa ijlaliHi); maka
bila hati seseorang penuh dengan yang demikian bertempatlah padanya nur, turunlah
atasnya rasa ketenangan dan kebeningan (al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya
selendang kehebatan; maka (dengan yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya
nur, kalau ia diam, maka ada atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila
ia berkata-kata

Ia menarik hati manusia dan pandangan mereka. Adapun sikap takabur itu adalah kesan
daripada sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu, daripada kejahilan, kezaliman, dan
ujub atau heran kepada diri sendiri. Maka bila kalbu dipenuhi dengan yang demikian,
terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan turunlah ke atasnya kegelapan
zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara manusia dengan bongkak, mu’amalahnya
dengan mereka secara takabur, tidak memulakan memberi salam (kepada orang lain)…
(dalam al-mawahib al-laduniyyah –hashiyah al-Shaikh Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il
al-Muhammadiyyah lit-Tirmidhi-hal.16).

Dalam kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-shama’il
yang bermaksud: Adalah Baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam bercahaya-cahaya
wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama –lalatul-badr-iaitu
malam kesempurnaannya, kerana Nabi s.a.w. menghapuskan kegelapan kufur
sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan sesungguhnya datang riuwayat
(juga) misalan Baginda seumpama matahari dengan memandang kepada matahari itu
lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan cahayanya, dan pencerahan dengan
cahayanya itu ada juga datang misalan Baginda seumpama kedua-duanya (matahari dan
juga bulan) dengan memandang kepada keadaan Nabi s.a.w. menghimpunkan dalam
dirinya tiap-tiap segi kesempurnaan, dan misal umpama itu adalah sekadar untuk
mendekatkaqn kepada faham, kalau tidak tidak ada apa-apa yang menyamai Baginda
dalam gambaran sifat-sifatnya.

Dalam teks yang sama (hal. 24) dalam hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa ia
melihat Rasulullah s.a.w. pada malam bulan penuh purnama ---aku melihat kepada
Baginda dan kepada bulan padaku Baginda lebih cantik daripada bulan.(ahsan minal-
qamar), kata al-Baijuri:

Yang demikian itu adalah pada tiap-tiap orang yang melihat Baginda s.a.w. Hanyasanya
Baginda itu lebih cantik kerana nurnya mengatasi nur bulan (li’anna dau’ahu yaghlibu
‘ala dau’I al-qamar), bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa ‘ala dauy’i al-shamsi);
bahkan dalam satu riwayat ibn Mubarak dan ibn al-Jauzi Baginda itu tidak ada bayang,
dan bila Baginda berdiri dalam sinaran cahaya matahari maka cahayanya mengatasi
cahaya matahari, dan bila ia berdiri dalam cahaya lampu maka cahayanya mengatasi
cahaya lampu itu. (ghalaba dau’uhu ‘ala dau’i al-siraj).
Dan berkenaan dengan cahaya yang keluar di celah-celah gigi Nabi s.a.w. al-Baijuri
menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya itu
merujuk kepada melihat. (ibid. hal. 27).

Dan dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah cerah dengan cahaya dengan
kedatangan nabi s.a.w. beliau memahaminya cahaya yang hissi selain daripada yang
ma’nawinya. (ibid. hal.196).

Dalam hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan
dengan Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang mengenanya dan
yang tidak mengenannya ialah seperti berikut:

‫ي قَال‬ّ ِ‫لّ بْنِ الدّيَْلم‬


ِ ‫ع ْبدِ ا‬
َ ْ‫سيْبَا ِنيّ عَن‬
ّ ‫عمْرٍو ال‬
َ ‫حيَى بْنِ َأبِي‬
ْ َ‫ن ي‬
ْ َ‫عيّاشٍ ع‬
َ ُ‫ل بْن‬
ُ ‫س َمعِي‬
ْ ِ‫حدّ َثنَا إ‬
َ َ‫حسَنُ بْنُ عَ َرفَة‬
َ ْ‫ح ّدثَنَا ال‬
َ
ُ‫عمْرٍو يَقُول‬ َ َ‫لّ بْن‬ِ ‫ع ْبدَ ا‬
َ ُ‫س ِمعْت‬
َ

ٍ‫عزّ وَجَلّ خَلَقَ خَلْقَ ُه فِي ظُ ْلمَة‬


َ َّ‫س ِمعْتُ َرسُولَ الِّ صَلّى الُّ عََليْهِ َوسَلّ َم َيقُولُ إِنّ ال‬
َ

ِّ‫ل فَِلذَِلكَ َأقُولُ جَفّ الْقََلمُ عَلَى عِ ْلمِ ال‬


ّ َ‫طأَهُ ض‬
َ ْ‫ن ذَِلكَ النّورِ ا ْهتَدَى َومَنْ َأخ‬
ْ ِ‫َفأَلْقَى عََل ْيهِ ْم مِنْ نُو ِر ِه َفمَنْ َأصَابَ ُه م‬

ٌ‫حسَن‬
َ ٌ‫حدِيث‬
َ ‫قَالَ َأبُو عِيسَى َهذَا‬

Diriwayatkan kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash meriwayatkan
kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin al-Dailami,
katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata: Aku mendengar Rasulullah
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa jalla menjadikan
sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia melemparkan ke atas mereka daripada
NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada Nur itu dia mendapat hidayat dan sesiapa
yang tidak terkena Nur itu atasnya ia tersesat.Dengan itu maka aku berkata: Qalam sudah
kering atas Ilmu Allah.Kata Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith hasan. (http://www.hadith.al-
islam.com/Display/Display-asp?Doc=2&ID=41787&SearchText)

Hadith ini ialah berkenaan dengan takdir Ilahi tentang taraf-taraf makhluk mendapat
cahaya-nur- dari Tuhan dalam kehidupannya dan agamanya. Dengan ini maka boleh
difahamkan bahawa hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat cahayanya, dan Nabi
s.a.w. adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat bahagian cahaya itu, dan ia
melebihi orang lain dengan sifatnya sebagai cahaya- termasuklah melebihi walaupun
malaikat yang terjadi daripada cahaya. Maka Nabi s.a.w. adalah makhluk pertama yang
mendapat cahaya itu melebihi para malaikat dan lainnya.

Dalam kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah karangan


Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh beliau
beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad. Antaranya ialah seperti berikut:

Maksud yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…): Ketahuilah


bahawa bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makhlukNya maka Ia
menzahirkan Hakikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Qudrat dan IradatNya-
UEM) kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam semuanya, alam tingginya
dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan kenabian Baginda walhal Adam belum
ada lagi, melainkan sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda salla’llahu ‘alaihi wa
sallam-(ia adalah) antara roh dan jasad (yakni belum ada lagi), kemudian terpancarlah
daripada Baginda (yaitu nurnya itu-UEM) para arwah , maka ia adalah dari jenis yang
tinggi mengatasi semua jenis, dan ia adalah bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian
yang wujud (al-ab al-akbar li-jami’ al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan
Nama yang Batin pada haknya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam (bagi berpindah) kepada
wujud jasadnya dan pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada
Nama yang Zahir, maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan
keseluruhan (dirinya dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka (makna
yang sedemikian itu boleh terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim, bahawasanya
Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir sekelian makhluk
(maqadir al-khalq) sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun
(melambangkan masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh ditentukan oleh manusia-
UEM) dan ‘ArashNya berada di atas air. Dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub
(demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam
hubungan dengan hakikat yang sedemikian itulah ada riwayat-UEM) dari al-‘Irbad bin
Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya
aku di Sisi Allah adalah khatam sekelian para nabi walhal Adam masih terbujur dalam
jasadnya, terbujur jasaadnya, belum tertiup roh padanya. Dan (ada riwayat hadith) dari
Maisarah al-Dabbi katanya: Aku bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, bilakah
tuanhamba menjadi nabi? Jawabnya: Sewaktu Adam masih antara roh dan jasad. (hal. 9)

Dalam Sahih Muslim dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah azza wa jalla memaktubkan takdir sekelian makhluk sebelum
dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun dan ‘ArashNya berada di atas air,
dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub dalam Ibu Kitab ialah bahawa Nabi
Muhammad adalah khatam sekelian anbia. (ibid. hal.9).
Dan dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam: sabdanya:
Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah khatam anbiya’ walhal Adam terbujur dalam
jasadnya iaitu terbujur sebelum ditiupkan roh padanya. (ibid. hal. 9-10).

Hadith-hadith yang menunjukkan kedudukan hakiki dan kelebihan nabi salla’Llahu


‘alaihi wa sallam juga dibicarakan oleh al-Imam Suyuti (men. 911 Hijrah) dalam kitabnya
al-Hawi lil-Fatawi, (Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, 1421/2000) dalam jilid 2 hal.136
dan seterusnya. Beliau menulis antaranya:

Hadith dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab, Anas, Jabir, ibn ‘Abbas, ibn ‘Umar, Abi
Darda’, Abu Hurairan dan lainnya (meriwayatkan) bahawa nabi salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam memberitahu yang Baginda itu tertulis (namanya) atas ‘Arash dan tiap-tiap langit,
dan tiap-tiap pintu Syurga, atas daun-daun Syurga: ‘la ilaha illa’Llah Muhammadun
Rasulullah’ Dan tidak termaktub yang demikian itu dalam alam malakut melainkan atas
daripada nama-nama anbia lainnya [dan itu tidak lain] melainkan untuk para malaikat
menyaksikannya dan [untuk mereka mengetahui] hal keadaan Baginda diutus kepada
mereka[ juga selain daripada diutus kepada manusia].

Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan riwayat daripada Ka’b al-Ahbar bahawa Adammemberi
wasiat kepada anaknya Syith katanya: Tiap-tiap kali kamu berzikir menyebut nama Allah
maka sebutkan juga dengannya nama Muhammad; sesungguhnya aku melihat nama
Baginda itu termaktub atas tiang ‘Arash walhal aku di antara ruh dan jasad, kemudian
aku mengerling lihat lalu aku dapati tidak ada mana-mana tempat di langit melainkan
tertulis padanya nama Muhammad. Dan aku tidak melihat dalam Syurga sebuah istana
dan bilik melainkan tertulis padanya nama Muhammad, dan aku melihat namanya tertulis
atas leher bidadari… (hal 136-137 al-Hawi).

Imam al-Suyuti seterusnya menyatakan seperti berikut:

Dan al-Subki menyatakan dalam kitab karangannya bahawa Baginda salla’Llahu ‘alaihi
wa sallam diutus kepada sekelian anbia –Adam dan nabi-nabi kemudiannya, bahawa
Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi bagi mereka dan Rasul atas mereka
semuanya, dan boleh diambil dalil tentang yang demikian itu daripada hadith nabi
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ‘Aku sudah nabi walhal Adam [masih] antara ruh dan jasad’
dan hadithnya ‘Aku dibangkitkan kepada umat manusia seluruhnya’ (bu’ithtu ilan-nas
kaffatan’). Katanya [yakni kata al-Subki]: Dan kerana ini Allah mengambil janji atas
semua nabi-nabi untuk nabi Muhammad, seperti dalam firman Allah: [bermaksud] ‘Dan
Allah mengambil perjanjian …adakah kamu berikrar dan mengambil sebagai perjanjian
denganKu, mereka berkata kami berikrar, firmanNya Saksikanlah, Aku bersama kamu
sebagai saksi’ [Ali ‘Imran.81][Kata Imam al-Suyuti]: Dikeluarkan hadith oleh ibn Abi
Hatim dari al-Suddi tentang ayat itu, katanya: Tidak dibangkit seseorang nabi mulai dari
Adam melainkan Allah mengambil janjinya supaya ia benar-benar beriman dengan
Muhammad .Dan ibn ‘Asakir mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas, katanya: Terus-
menerus Allah mengutamakan dan mendahulukan nabiu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi
wa sallam sampai kepada Adam dan nabi-nabi selepas daripadanya …(ibid.II.137)

Dan al-Hakim mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas katanya: Allah mewahyukan kepada
‘Isa: Berimanlah engkau den gan Muhammad dan suruhlah sesiapa yang bertemu dengan
Baginda itu dari umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad
Aku tidak jadikan Adam, Syurga, dan Neraka.

Kata al-Subki: Kita tahu melalui khabar [hadith] yang sahih hasilnya kesempurnaan –
sebelum Adam dijadikan lagi- bagi nabi kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
dari sisi Tuhannya, dan Tuhan telah kurniakan kmepada Baginda itu nubuwwah dari
waktu itu lagi [waktu Adam pun belum ada], kemudian Allah mengambil dari para nabi
ikut janji untuk beriman dengan Muhammad, untuk memberitahu kepada mereka bahawa
bagfinda itu terdahulu dean terkedepan daripada mereka, dan Baginda itu nabi dan rasul
bagi mereka, dan pada makna mengambil janji itu ada makna istikhlaf [yakni para nabi
lain itu bertindak atas nama Muhammad], kerana itu masuklah di dalamnya [dalam kata-
kata tentangnya] lam al-qasam dalam ‘latu’minunna bihi’ dan ‘wa latansurunnahu’
[maknanya kamu benar-benar beriman dengannya dan kamu benar-benar menolongnya
bila sampai masanya]. (ibid.II.137)

Kemudian Imam al-Suyuti seterusnya menyebut tentang kelebihan nabi s.a.w. diambil
janji untuknya, bagaimana nabi-nabi lain menjadi makmum sembahyang di belakangnya
pada malam Isra’ Mi’raj, kemudian bagaimana nabi ada dua wazir di langit Jibril dan
Mika’il, dan di bumi dua, iaitu Abu Bakar dan ‘Umar, berdasarkan hadith yang
dikeluarkan oleh ibn al-Mundhir, ibn Abi Hatim, al-tabarani, ibn Marduyah, dan Abu
Nu’aim dalam ‘al-Dala’il’.

Pada tahap ini penulis ingin menukilkan catatan Dr GF Haddad dalam artikelnya “The
Light of Muhammad” dalam http://www.abc.se/~m9783/nurn_e.html dan dalam
artikelnya “The First Thing that Allah created was my nur” dalam
http://www.abc.sel/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html;

Antara para ulama yang disebut oleh beliau yang membicarakan soal Nur Muhammad
ialah:

Qadi ‘Iyad yang terkenal dengan kitab al-Shifanya,

Imam al-Suyuti dalam Tafsir Jalalainnya

Firuzabadi dalam Tanwir al-Miqbasnya atau tafsir ibn ‘Abbasnya

Imam Fakhru’d-Din al-Razi, mujaddid abad ke 6 Hijrah, dengan Tafsir al-Kabirnya

Qadi al-Baidawi dengan Tafsir al-Baidawinya

Al-Baghwi dengan Ma’alim al-Tanzilnya

Pengarang tafsir Abi Su’ud dengan huraiannya

Al-Tabari dengan Tafsir at-tabarinya

Pengarang Tafsir al-Khazin dengan huraiannya

Al-Nasafi dengan Tafsir al-Madariknya

Al-Sawi dengan syarahnya atas al-jalalain

Al-Alusi dengan Ruh al-ma’aninya

Ismail Haqqi dengan syarahnya atas Tafsir Ruh al-Ma’ani

Al-Qari dengan Sharah al-Shifanya

Suyuti dengan al-Riyad al-Aniqanya

Ibn Kathir dengan Tafsirnya

Qadi ‘Iyad dengan al-Shifanya

Al-Nisaburi dengan tafsirnya Ghara’ib al-Qur’an


Al-Zarqani dengan Sharah al-mawahib al-laduniyyahnya

Ibn Hajar dengan al-Isabahnya

Tirmidhi dengan Sunannya

Baihaqi dengan Daala’il al-Nubuwwahnya

Ibn Hajar Haitami dengan D ala’il al-Nubuwwahnya

Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad dengan kitab hadith mereka masing-masing yang
memberi gambaran tentang nabi s.a.w.

Al-Hakim dengan al-Mustadraknya

Ibn Kathir dengan Tafsirnya dan Maulid Rasul Allahnya

Ibn Ishaq dengan Sirahnya

Dhahabio dengan Mizan al-I’tidalnya

Al-Tabari dengan al-Riyad al-Nadiranya

Al-Shahrastani dengan al-Milal wan-Nihalnya

‘Abd al-Haq al-Dihlawi dengan Madarij al-Nubuwwahnya (dalam Bahasa Parsi)

‘Abd al-Hayy al-Lucknowi dengan al-Athar al-marfu’ fi al-akhbar al-maudu’anya

‘Abd al-Razzaq dengan Musnadnya

‘Abidin (Ahmad al-Shami) men.1320 H. dengan komentarnya atas syair ibn Hajar al-
Haitami al-Ni’;matul-Kubra ‘alal-‘Alamin

Al-‘Ajluni (Isma’il bin Muhammad, men.1162) dengan Kashf al-Khafa’nya

Bakri (Sayyoid Abu al-hasan Ahmad ibn ‘Abd Allah men.abad ke3 H) dengan al-Anwar
fi Maulid al-Nabi Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallamnya

Diyarbakri (Husain bin Muhammad, meninggal 966 H.) yang memulakan kitabnya
Tarikh al-Khamis fi Ahwal Anfasi Nafisa dengan kata-kata Segala puji-pujian tertentu
bagi Allah yang menjadikan cahaya nabiNya sebelum daripada segala sesuatu…”

Fasi (Muhammad ibn Ahmad men.1052 H.) dengan kitabnya Matali’ al-Masarrat
Shaikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani men.561 H. dengan kitabnya Sirr al-Asrar fi Ma Yuhtahu
ilaihi al-Abrar (hal.12-14 edisi Lahore) yang menyatakan: Ia memberi dalil bahawa
Baginda adalah punca bagi segala sesuatu yang maujud, dan Allah Maha Mengetahui.

Haqqi (Ismail, men.1137) menukil hadith itu dalam tafsirnya Ruh al-Bayan

Ibn Hajar al-Haitami (men.974 H) dengan Fatawa Hadithiyyahnya

Syaikh Ismail al-Dihlawi (men.1246 H) dengan risalahnya Yek Rauzah di mana beliau
menyatakan: Sebagaimana yang diisyaratkan oleh riwayat: perkara yang awal dijadikan
Allah adalah nurku.

Sulaiman al-Jamal (men.1204 H) yang menukil hadith tentang nur Muhammad awal-
awal dijadikan Allah, dalam syarahnya ke atas al-Busiri berjudul al-Futuhat al-
Ahmadiyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah.

‘Abd al-Qadir al-Jili dengan Namus al-A’zam wa al.-Qamus al-Aqdam fi Ma’rifat Qadar
al-Bani sallka’lahu ‘alaihi wa sallam menyebut hadith nur Muhammad.

Kharputi (‘Umar bin Ahmad, men.1299) dalam syarahnya terhadap al-Busiri


menyebutnya.

Maliki al-Hasani (Muhammad ibn ‘Alawi) menyebutnya dalam syarahnya terhadap kitab
al-Qari Hasyiyah Al-Maurid al-Rawi fi Maulid al-Nabi. Pada halaman 40 beliau
menyatakan “Sanad Jabir adalah sahih tanpa pertikaian, tetapi ulama berbeza pendapat
tentang teksnya kerana khususiahnya, Baihaqi juga meriwayatkan hadith itu dengan
beberapa kelainan.”

Ini antara teks-teks yang disebut oleh beliau dalam tulisannya.

Kesimpulan:

Daripada pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para


mufassirin dan muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada
beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan. Bahkan
nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang dijadikan oleh Tuhan, sebagai
kekasihNya. Ia juga punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam
bawah atau alam rendahnya, alam yang boleh dipandang dengan mata atau alam yang
tidak boleh dipandang dengan mata. Ia makhluk yang terawal dicipta dan yang
terkemudian sekali dibangkit dengan jasad dan rohnya dalam sejarah alam ini. Namun
kewujudannya sebagai nabi dan rasul diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam
seluruh sejarah umat manusia, antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith
berkenaan dengan Isra’ dan Mi’raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam Tafsirnya
berkenaan dengan ayat awal Surah bani Isra’il.

Nampaknya tidak timbul keperluan untuk sesiapa terlintas pada mindanya dan terfikir
bahawa ulama tafsir, hadith, sirah, syama’il dan lainnya yang berbicara berkenaan dengan
nabi meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit dalam sejarah
berlaku “peminjaman” idea ini dalam ulama kita, kecuali ada penyelidikan kemudian
yang mengikuti kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu kita. Nampaknya ia timbul
daripada sumber Ahlis-Sunnah sendiri. Ini jelas sampai para nabi dan rasul membuat
perjanjian dengan Tuhan untuk beriman kepadanya dan membantunya bila ia zahir dalam
sejarah perjuangannya. Riwayat tentangnya berada dalam generasi-generasi anbia dalam
sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang berotoritas dalam ilmunya. Dalam umat ini.

Kalau terlintas diminda bahawa ini adalah tidak munasabah pada akal, maka banyak
perkara yang boleh dikatakan tidak munasabah pada akal yang berfikir secara ‘biasa’,
misalnya teori quantum tentang dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak “pejal’
bahkan ia samaada bersifat sebagai gelombang atau zarrah yang tidak menentu sifatnya,
samaada gelombang atau zarrah. Yang kelihatan pejal, keras pada pandangan mata, pada
neraca teori quantum adalah tidak demikian. Kalau mengikut fikiran secara ‘biasa”
e=mc2 adalah tidak munasabah; tetapi pada ahlinya ia bukan sahaja ‘munasabah’ tetapi
ada kebenarannya yang sangat nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar ke
dalam rahim, kemudian selepas sembilan bulan lebih kurang ia menjadi manusia kecil
yang bergerak, hidup, demikian seterusnya, kemudian berkata-kata dalam beberapa
bulan. Orang boleh berkata sekarang: itu memang demikian. Ya, memang demikian yang
berlaku dalam sunnah Tuhan. Demikian pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan
dalam hubungan dengan kejadian alam daripada nur Nabi kita s.a.w.

Kalau terlintas pada minda tentang hal yang demikian berlawanan dengan kejadian
manusia, dan nabi juga, daripada tanah, maka perspektifnya ialah: pada hakikatnya tanah
itupun asalnya daripada ‘nur’, yang kemudian dimanifestasikan dalam bentuk tanah dan
lainnya. Tetapi asalnya daripada zat-sebelum-benda yang satu itu, nur itu, sebagaimana
yang dihuraikan oleh kosmologi ulama Sunni kita. Allah memberi rahmat kepada mereka.
Dengan itu ‘nur’ nabi itu bukan sahaja maknawi, secara bahasa misalan, tetapi memang
hakikatnya ia nur, yang melintasi sekelian nur, sehingga ia makhluk yang berupa nur
yang daripadanya dijadikan nur-nur yang lain dan zat-zat yang lain.

Kalau sekarang mereka berbicara tentang alam dari segi elektron, proton, neutron,
‘quarks’, ‘photon’ dan apa lagi, maka pada kita, sekalian daripada itu semua, dasar
segalanya adalah asalnya ‘nur’ nabi kita. Yang lain-lain itu, bila benar pada pengamatan
ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh diterima.

Kalau terlintas untuk minda sesiapa membuat tanggapan bahawa ini pantheisma, ini juga
tidak timbul, sebab pantheism adalah falsafah Barat yang baharu timbul dalam abad ke
IX yang memaksudkan serba-Tuhan, semuanya juzuk-juzuk daripada Tuhan, walhal ini
bukan demikian. Yang diajarkan ialah bahawa Tuhan menjadikan nur Baginda sebagai
makhluk terawal, yang menjadi punca segalanya kemudian Baginda muncul dengan
jasadnya dan rohnya bila tiba gilirannya di akhir zaman.

Inilah antara yang terlintas pada penulis yang kurang pengetahuan ini untuk menukilkan
riwayat-riwayat dari punca-punca para ulama yang muktabar dalam umat ini untuk
kefahaman dan pegangan bersama. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan
barakah dariNya.

Amin ya Rabbal-‘alamin.

Wallahu’a’lam.

===============================

*Penulis amat berterima kasih kepada Encik Aman Hj Hasan dan Encik ‘Abd al-‘Aziz Hj
Hasan dari Pustaka Aman Press –jazaka’llahu khairan kathiran untuk mereka berdua –
atas kebenaran menggunakan bahan-bahan yang ada dalam Aman Press untuk
menjayakan penulisan ini.

Home page for TRADITIONAL ISLAM:

www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com

You might also like