You are on page 1of 3

FORUM REMAJA 2020 (Sharif Shaary)

Sinopsis
Salmah, Chandran, dan Chong tertidur setelah penat berbincang lalu bermimpi didatangi Makhluk dari planet Utopia. Mereka berbincang dengan makhluk ini tentang masa depan generasi muda kini yang semakin runtuh akhlak sebagai prasyarat membangunkan negara Malaysia yg mempunyai potensi untuk menjadi model dunia. Perbincangan menjadi semakin serius. Mereka berdebat dengan makhluk Utopia dan terasa dihina. Makhluk Utopia meninggalkan mereka. Mereka bersepakat untuk memulakan gerakan mengatasi masalah kemerosotan moral generasi muda dengan penuh semangat. Salmah, Chandran, dan Chong menggemgam erat tanda bersetuju.

Tema
Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Remaja merupakan pemimpin masa depan yang bakal merealisasikan Wawasan 2020. Justeru, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan wawasan tersebut. Salmah, Chong dan Chandran yang mewakili golongan remaja mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pemimpin masa hadapan dan memainkan peranan penting merealisasikan Wawasan 2020.

Persoalan
1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. -Remaja masa kini merupakan bakal pemimpin yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan 2. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan & moral dalam kehidupan. -Mengamalkan ajaran agama & moral dengan sepenuhnya mampu mengelakkan remaja terpengaruh dengan perkara tidak baik 3. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. Salmah, Chong dan Chandran memiliki semangat patriotik yang tinggi terhadap negara ketika berhujah dengan Makhluk Utopia 4. Persoalan memiliki jati diri, disiplin & ketahanan diri -Remaja perlu memiliki jati diri yang unggul,disiplin & ketahanan diri yg tinggi kerana inilah yang menjamin ketahanan bangsa & negara 5. Persoalan perpaduan kaum - Negara yg terdiri drpd pelbagai kaum perlu bersatu mempertahan & memajukan negara 6. Keberanian - Rakyat yg sayang akan negara & mahu membina bangsa yg sempurna mesti berani mengubah & berubah. Mereka mesti berani berhadapan dengan kritikan, ujian & cabaran, berani bertindak & menyusun strategi utk mengubah perkara negatif dalam masyarakat. 7. Keseimbangan manusia dari pelbagai aspek -Rakyat yg seimbang mempunyai jati diri yg kental, ilmu yg tinggi, beragama, berfikiran rasional, berahklak mulia & mempunyai nilai-nilai murni yg utuh.

Teknik Plot
1. Teknik dialog - Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong serta MUI & MUII 2. Teknik suspens -Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari. 3. Teknik Pemerian -Ketiga-tiga pelajar seperti baru tersedar daripada suatu pengalaman yang aneh. Untuk beberapa ketika mereka memandang sesama sendiri dengan penuh tanda tanya.

Watak dan Perwatakan


Salmah Mahasiswa ; 22 tahun ; wajah tipikal seorang gadis Melayu & berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat & tidak mudah terpengaruh - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan. Patriotik - Salmah bangga hidup di negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan hidup dalam suasana muhibah Prihatin - Salmah bimbang apabila mengenangkan orang muda yang mempunyai agama tetapi tidak menjalani kehidupan beragama sepenuhnya Memiliki nilai keagamaan yang tinggi - Salmah menegaskan bahawa seseorang yang memiliki kepandaian tidak bermakna tanpa ilmu agama dalam diri Chandran Mahasiswa ; 22 tahun ; wajah tipikal seorang pemuda India & fasih berbahasa Melayu Bijak berhujah, kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda. Patriotik - Chandran tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia sebaliknya menegaskan bahawa negara yang didiaminya terkawal dan membanggakan Tidak mudah mengalah - Chandran menyatakan bahawa Makhluk Utopia mengemukakan pendapat yang salah kerana mereka bukan berada dalam impian lagi tetapi sudah merealisasikannya Berfikiran terbuka - Mempercayai bahawa apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia tidak ada yang tidak baik dan dia bersetuju dengan pendapat mereka Chong Mahasiswa ; 22 tahun ; wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu, bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa. Patriotik - Chong bangga kerana negaranya mampu dijadikan sebuah negara model Tidak mudah mengalah - Chong mematahkan setiap hujah Makhluk Utopia kerana tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan Sinis kadang-kadang bernada sinis & suka memperli MUI & MUII ketika berhujah Makhluk Utopia I dan II (MUI & MUII) Makhluk asing dari planet Utopia Watak mereka muncul dalam mimpi Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.

Latar
Latar masa waktu petang pada tahun 2020 -Salmah, Chong dan Chandran tertidur dan bermimpi berdebat dengan Makhluk Utopia . Latar tempat Kampus universiti -Tempat Salmah, Chong dan Chandran belajar dan berhujah dengan Makhluk Utopia Latar masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia I dan II.

3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan setiap hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia. 4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - Salmah, Chong dan Chandran bangga tinggal di Malaysia dalam keadaan maju dan semangat muhibah

Gaya Bahasa
tidak Kata ganda - bangunan-bangunan Sinkope - tak ada satu pun yang baik Peribahasa - bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Personifikasi Kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya Pergulangan Tidak menghormati orang tua, tidak menghormati guru, menghormati sesame manusia dan tidak menghormati diri sendiri.

Nilai
1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. 2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. 4. Nilai kebijaksanaan - Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia 5. Nilai kerjasama Daripada hujah-hujah yg diutarakan oleh mereka bertiga jelas mereka ialah kaum yg berkongsi pengalaman & pengetahuan utk mempertahankan pendirian mereka semasa berdepan dgn org luar. Mereka bersatu pendapat mempertahankan negara daripada anggapan negatif.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan Negara -Salmah, Chong dan Chandran begitu menyayangi tanah air mereka setiap kali berhujah dengan makhluk Utopia 2. Kita perlu mengukuhkan nilai keagamaan dalam diri -Salmah mengajak supaya kawan-kawannya mengamalkan aspek keagamaan sepenuhnya dalam kehidupan mereka 3. Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan kaum -Salmah, Chong dan Chandran berkawan baik dan mengamalkan semangat muhibah dalam kalangan mereka 4. Kita hendaklah memiliki jati diri yang kukuh - Salmah, Chong dan Chandran bersetuju supaya mereka memiliki jati diri yang kukuh sebagai persediaan sebelum menjadi pemimpin pada masa hadapan 5. Kita hendaklah menunjukkan semangat kerjasama & bersatu padu ketika berhadapan dgn orang luar -Tiga orang remaja berbeza kaum bekerjasama menceritakan kehebatan Negara mereka dan membidas MUI & MUII yang mengkritik generasi muda. 6. Kita mestilah dapat menerima kritikan & jangan mudah beremosional -Chong agak emosional apabila MUI & MUII mengkritik negaranya.

You might also like