You are on page 1of 13

SEMPADAN PRASEJARAH SABAH DALAM KONTEKS KEBUDAYAAN AWAL UTARA KEPULAUAN BORNEO1

BASZLEY BEE B. BASRAH BEE ABSTRAK Bidang arkeologi menunjukkan bahawa pembuktian kewujudan sempadan dan wilayah bukanlah hanya bergantung kepada suatu garisan geo-politik yang diillustrasikan, disebut atau disahkan dalam sebarang bentuk dokumen, tetapi juga berdasarkan tahap kebudayaan yang membentuk wilayah habitat manusia purba yang berkait rapat dengan masa dan reruang. Tahap kebudayaan ini harus diinterpretasikan dalam mencerahkan keabstrakan konsep sempadan purba. Justeru itu, makalah ini cuba membuktikan perihalan sedemikian dalam penjelasan terhadap sempadan prasejarah Sabah dalam konteks kebudayaan awal di wilayah utara Kepulauan Borneo. ABSTRACT Archaeology has shown that evidence on the existence of border and territory do not only depend on an illustrated geo-political lines, referred to or endorsed in any form of documents, but also in the cultural phases, created from an ancient human habitat territories within the contexts of time and spatial. The cultural phases must be interpreted in order to enlight the concept of immateriality of ancient boundaries. Therefore, this paper attempts to prove boundaries concept during the prehistoric Sabah in the context of early cultures on northern Borneo Archipelago. PENGENALAN Penelitian sempadan menerusi konteks bidang arkeologi adalah perihal bagaimana penentuan garis batas; kawasan berdasarkan bukti tinggalan budaya dan persekitaran fizikal sebagai menyokong sebarang tuntutan; dan, pengesahan terhadap hak kedaulatan kawasan sama ada dari aspek politik, sosial dan ekonomi.2 Penggunaan bukti arkeologi dalam menentukan atau menuntut sesebuah kawasan telah lama digunakan oleh kaum peribumi di Canada, Amerika Syarikat, Mexico dan Australia. Begitu juga negara moden yang berusaha menyatakan kewujudannya seperti Israel dan Palestin yang berterusan menuntut kawasan atau mengesahkan garis politik kedaulatannya.3 Halangan utama dalam menggunakan pendekatan
1

Telah diterbitkan - Baszley Bee B. Basrah Bee. 2011. Sempadan Prasejarah Sabah dalam Konteks Kebudayaan Awal Utara Kepulauan Borneo. BUMANTARA. 1 (2). hlm. 1-15. Baszley Bee B. Basrah Bee (et. al.), Asas Kajian Persempadan Negeri Sabah, Kota Kinabalu: Penerbit UMS, 2009, hlm. 53. Sebagaimana yang diutarakan oleh Wilk dan Pyburn:- Archaeology is now deeply involved in a wide range of local, national and international political issues, from environmental preservation, to land claims, to the world antiquities trade. Lihat Richard R. Wilk & K. Anne Pyburn, Archaeological Ethic, Encyclopedia of Applied Ethics, Academic Press: San Diego, 1, 1998, hlm. 202.

arkeologi ialah ketiadaan suatu entiti politik yang jelas, iaitu empayar atau kerajaan. Perkara ini menyebabkan usaha pembuktian bukanlah bergantung kepada suatu garisan geo-politik yang diillustrasikan, disebut atau disahkan dalam sebarang bentuk dokumen, tetapi juga berdasarkan wilayah habitat manusia purba yang perlu diinterpretasikan. Bidang arkeologi sejak awal kemunculannya dianggap sebagai aktiviti atau minat terhadap antikuiti. Pada peringkat awal, bidang ini ditakrifkan sebagai ilmu yang mengkaji masa lampau berdasarkan tinggalan budaya (material culture)4. Takrifan ini kemudiannya berkembang kepada kajian yang menyeluruh meliputi juga tinggalan persekitaran semulajadi fizikal yang mempunyai hubungan rapat dengan perilaku manusia dalam proses pembentukaan kebudayaan atau tamadun. Diperluaskan pula kepada takrif bahawa arkeologi bukan sekadar kajian ke atas apa juga bentuk tinggalan tetapi juga falsafah kehidupan yang diamalkan oleh manusia. Perkembangannya khususnya Pasca Arkeologi Baru telah membuka ruang kajian bidang ini dengan lebih luas yakni aspek politik dan ekonomi purba. Buktinya, bidang ini telah pun digunakan untuk tujuan pembuktian perihal kewujudan sesebuah kuasa politik masa lampau5. Fakta antikuiti sejak awal peradaban manusia telah dieksploitasi oleh pihak pemerintah moden dalam mengangkat dan mengukuhkan kuasa politik yang sedia ada pada sesuatu zaman, sebagaimana yang dilakukan oleh China ke atas perairan Laut China Selatan, Vietnam di Semenanjung Indocina dan Thailand ke atas wilayah Kamboja. Secara langsung bukti masa lampau adalah sebahagian daripada alat untuk mendukung perluasan garisan pengaruh politik sesebuah empayar atau kerajaan. Lantaran itu, arkeologi bukan lagi sekadar ilmu yang menyediakan maklumat dan interpretasi tentang masa lampau, dengan penumpuan kepada tinggalan budaya tetapi juga bagaimana manusia memahami persekitaran serta tanggungjawab terhadap dirinya6 dan masyarakatnya. Namun untuk melihat bagaimana arkeologi dapat memberikan fakta dan interpretasi mengenai perkara ini, pemahaman mengenai perilaku manusia yang telah mencipta tinggalan budaya tersebut perlu diperolehi.7 Untuk itu, aspek sosial, politik dan ekonomi adalah cakupan yang dtekankan oleh kajian arkeologi terkini. 8 Hal ini telah membawa kepada kemunculan pelbagai sub-disiplin arkeologi. Kepelbagaian sub-disiplin melahirkan pengkhususan persoalan yang mengaitkan arkeologi dan ketiga-tiga aspek tersebut. Dalam konteks kajian sempadan; arkeologi prasejarah, arkeologi protosejarah, arkeologi sejarah, etnoarkeologi dan arkeologi maritim adalah sub-disiplin arkeologi yang relevan. Sempadan wilayah tidak dapat lari daripada isu pembinaan identiti. Ini kerana sempadan wilayah bersifat dinamik mengikut perubahan tamadun dan kebudayaan yang berketerusan.9 Hal ini menyebabkan kumpulan manusia yang terperangkap di dalamnya
4

5 6

Archaeology is the study of the past through the systematic recovery and analysis of material culture. Lihat, Paul Bahn, The Penguin Archaeology Guide, London: Penguin, 2001, hlm.27. Nik Hassan Shuhaimi mentaktrifkan arkeologi sebagai satu disiplin yang teratur dan melalui pendekatan dan metode yang ada padanya maka pengetahuan tentang zaman lampau manusia dapat dituntut kembali dan diinterpretasi daripada tinggalan budayanya. Lihat, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Arkeologi di Malaysia: Antara Matlamat dan Realiti, Jurnal Arkeologi Malaysia, 3,1995, hlm. 3. Glyn Daniel, A Short History of Archaeology, London: Thames & Hudson, 1981, hlm. 14. Martha Joukowsky, A Complete Manual of Field Archaeology, New York: Prentice Hall Press, 1980, hlm. 1. Lihat, Nicholas David & Carol Kramer, Ethnoarchaeology in Action, Cambridge: Cambridge University Press, 2001, hlm.1-2. Lihat, Philip L. Kohl, Nationalisme and Archaeology: On the Constructions of Nations and the Reconstructions of the Remote Past, Annual Review Anthropology, 27, 1998, hlm. 224. Lihat, Joel S. Migdal (ed), Boundaries and Belonging: States and Societies in the Struggle to Shape Identities and Local Practices, Cambridge: Cambridge University Press, 2004, hlm. 4-5.

saling berubah-ubah identiti nasionalnya, terbahagi atau terusir.10 Dalam konteks zaman prasejarah, identiti mereka adalah dirujuk kepada identiti periodesasi iaitu Zaman Paleolitik (200,000-3,500 SM), Zaman Neolitik (3,500-500 SM), Zaman Gangsa atau Dongson (500 SM-500 M) dan Zaman Proto (1-14 M). Ditambah dengan tradisi Megalitik yang merentasi zaman prasejarah hingga awal protosejarah. Bagi menerangkan bentuk wilayah purba Sabah, beberapa tapak prasejarah yang utama menjadi rujukan. Tapak-tapak tersebut secara khusus merupakan bukti pengesahan pendudukan manusia di Sabah seawal 200,000 tahun lampau. Seperkara yang menarik mengenai tapak prasejarah tersebut ialah letakannya adalah dalam lingkungan 150 km dari garisan pinggiran pantai yang bermula dari Pulau Balambangan hingga ke Semporna di bahagian tenggara Sabah. Nyatanya, lokasi tapak ini sebahagian besar terletak di bahagian pinggiran zon sempadan moden Sabah dengan Filipina. Hanya tapak tradisi Megalitik di Kampung Bekuku, Kampung Long Pasia, Daerah Penampang dan Daerah Tambunan yang terletak di bahagian tengah dan selatan Pedalaman Sabah. Tapak Megalitik pula berada di pinggiran sempadan moden Sabah dengan Kalimantan Timur. Bukti arkeologi yang telah ditemui dari kesemua tapak ini adalah jelas dan ditarikhkan secara pentarikhan Karbon 14, kronometrik optically simulated luminscene (OSL) dan Thermoluminescene (TL). Justeru itu, penggunaan fakta yang dihasilkan daripada interpretasi bukti tersebut telah melalui kajian arkeologi yang sistematik. Namun suatu yang harus difahami ialah Sabah tidak memiliki tahap kebudayaan Zaman Mesolitik atau Hoabinh sebagai tanah besar Asia Tenggara. TAHAP KEBUDAYAAN AWAL SABAH Seawal Zaman Pleistosen sekitar 200,000 tahun lampau manusia purba telah mula menduduki pinggiran tasik purba dan gua kawasan Pedalaman di kawasan utara dan timur Sabah. Perubahan geologi Pulau Borneo telah menyebabkan beberapa tapak penempatan prasejarah ini ditinggalkan kerana tidak sesuai lagi dihuni. Penghuninya berpindah ke kawasan berhampiran dengan sumber dietri baru dan wujudnya hubungan maritim awal, iaitu pinggiran Laut Sulu. Berakhirnya Zaman Glasier sekitar 12,000 tahun lampau telah menyebabkan kenaikan aras laut11 sebanyak 40 m yang menenggelamkan Pelantar Sunda setelah berakhirnya Zaman Glasier Akhir sekitar 12,000 tahun lalu.12 Fenomena alam ini telah menyebabkan manusia dan haiwan terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih tinggi atau terpisah. Bagi mereka yang tinggal di kawasan Pedalaman pula, hubungan kebudayaan terputus kerana jambatan semulajadi, iaitu Pentas Sunda telah tenggelam. Pada masa yang sama pergerakan manusia prasejarah antara tanah besar Asia Tenggara ke Borneo dan
10

11

12

Lihat kertas kerja David Newman bertajuk Boundaries, Territory and Post-Modernism: Towards Dhared or Separate Space ? (T.P.). Kertas Kerja ini adalah gabungan dari kertas kerja Newman yang bertajuk Challenging the Nation State: Perspectives on Citizenship and Identity, IBRU Conference, July 1998, Durham; dan, David Newman, 2009. Categories, Borders and Boundaries, Progress in Human Geography, 33, April 1, 2009, hlm. 174-189. Sathiamurthy dan Voris berpendapat bahawa; the sea level began to rise from -116 m below present-day level (BPL) during the terminal phase of the LGM, 21 thousand years before present (ka BP) to its maximum, +5m above present-day mean sea level (MSL), during the mid-Holocene (4.2 ka BP). Dipetik dari, Edlic Sathiamurthy & Harold K. Voris, Maps of Holocene Sea Level Transgression and Submerged Lakes on the Sunda Self, The Natural Journal of Chulalongkorn University, 2, 2006, hlm. 1. Charles Pelejero, (et. al), The Flooding of Sundaland During the Last Deglaciation: Imprint in Hemipelagic Sediments from the Southern China Sea, Earth and Planetary Science Letters, 171, 1996, hlm. 668.

Filipina terbantut buat seketika. Menggunakan fakta ini, sarjana arkeologi berpendapat Borneo dan Sabah13 khususnya, tiada mengalami Zaman Mesolitik atau Hoabinh.14 Kewujudan lompang masa panjang antara masa pendudukan manusia di tapak Madai dan Tingkayu menyokong pandangan sedemikian. Perkara ini jelas tampak dengan kemunculan zaman Neolitik menggantikan Zaman Paleoitik Akhir.15
Peta 1: Tapak Arkeologi Zaman Prasejarah Sabah

Kemunculan Zaman Neolitik dengan ciri active seafaring telah membuka lembaran baru pergerakan manusia prasejarah di pulau ini.16 Arus kemasukan manusia dari kawasan yang telah lama berkembangnya kebudayaan ini, iaitu selatan tanah besar China
13

14

15

16

Negeri Sarawak juga tidak ditemui bukti arkeologi yang dapat menunjukkan kewujudan zaman Hoabinh. Lihat, Baszley Bee B. Basrah Bee, Sejarah Penyelidikan Arkeologi di Sarawak, Tesis SarjanaMuda, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hlm. 71. Tom Harrisson & Barbara Harrison, The Prehistory of Sabah, Sabah Society Journal, 4, 1969-1970, hlm. 14. Peter Bellwood, Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago, Hawaii: University of Hawaii Press (Revised Edition), 1997, hlm. 181. Terdapat sarjana yang berpendangan pengetahuan tentang pelayaran telah wujud sejak 46,000 tahun lalu berdasarkan proses kolonisasi masyarakat Paleolitik Akhir dari Pelantar Sunda ke Pelantar Sahul. Sebagaimana kenyataan OConnell, Allen dan Hawkes yang menyebut; Most prehistorians take seafaring defined here as deliberate, place-to-place, open-ocean voyaging-to be a relatively recent phenomenon, dating no earlier than the terminal Pleistocene, roughly 10,000 years ago (10kya BP). Others regards this assessment as too conservative, drawing attention instead to evidence of an earlier origin associated with the initial human colonization of Sahul (Pleistocene Australia-New Guinea), beginning about 45-56 kya BP. Lihat, J.F. OConnell, J. Allen & K. Hawkes, Pleistocene Sahul and the Origin of Seafaring, (T.P.), March 2008.

menyumbang kepada bentuk kebudayaan yang maju. Pandangan ini dibuktikan dengan penemuan artifak di tapak arkeologi Bukit Tengkorak yang wujud sekitar 1620-910 SM. Pergerakan manusia dari rumpun Austronesia berlaku antara 4000 hingga 2000 SM dari pulau Formosa melalui Kepulauan Filipina kemudian ke kawasan pantai timur Sabah sebelum turun ke Kepulauan Maluku dan sekitar pulau-pulau di Laut Halmahera seterusnya pulau di rantau Pasifik melalui Pulau New Guinea. Bukti akan teori ini telah ditemui di tapaktapak arkeologi di laluan migrasi mereka khususnya di Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Halmahera. Jelas sekali, Sabah telah menjadi transit kepada suatu peristiwa sejarah manusia yang utama di rantau tenggara Asia-Pasifik. Kebudayaan yang wujud memperlihatkan bentuk pengaruh luar yang kemudiannya membentuk identiti tersendiri berdasarkan unsur tempatan beberapa ribu tahun kemudian. Perkara inilah yang dijadikan asas untuk melihat bentuk sempadan dan wilayah prasejarah negeri ini. ZAMAN PALEOLITIK AKHIR (200,000 3,500 SM) Tapak tertua Zaman Paleolitik di Sabah ialah Mansuli dan Gua Samang Buat di Lahad Datu.17 Tapak Mansuli merupakan tapak bengkel alat batu berusia 200,000 tahun lalu berdasarkan pentarikhan OSL. Manakala, tapak Gua Samang Buat berdasarkan pentarikhan OSL berusia 46,000 tahun lalu. Bukti dalam bentuk alat batu, sisa makanan dan keranda kayu menunjukkan tapak ini telah diduduki oleh masyarakat prasejarah sejak 46,000 tahun.18 Usianya adalah jauh lebih tua daripada tapak West Mouth di kompleks Gua Niah yang hanya berusia 39,600 +1000 tahun lalu.19 Penemuan ini menjadikan wilayah prasejarah Sabah telah terbentuk jauh lebih awal berbanding dengan kawasan lain di Kepulauan Borneo. Tapak terbuka di tasik purba Tingkayu di Kunak pula telah diduduki manusia prasejarah sekitar antara 28,000 hingga 18,000 tahun tahun lalu seusia dengan kewujudan tasik purba tersebut. Keluasannya mencecah 100 km persegi pada masa kemuncak kewujudan tasik ini. Pada masa yang sama, formasi Baturong membentuk pulau batu kapor. Batu lindungan di bahagian dasar tebing selatannya ketika di bawah permukaan tasik. Pada tapak ini telah ditemui pelbagai artifak seperti alat batu yang bersumberkan kuari rijang. Alat batu ini adalah berlainan daripada penemuan di tapak Paleolitik Akhir di Malaysia. Apabila tasik purba ini menjadi kering sekitar 18,000 tahun lalu, tapak terbuka Tingkayu ditinggalkan. Manusia prasejarah kemudiannya berpindah ke kawasan yang terlindung di sekitar tapak batu lindungan yang terdapat di kawasan formasi batu kapor Baturong.20 Penemuan tapak Hagop Bilo pula menunjukkan kehadiran pendudukan manusia sekitar 17,900 hingga 10,000 tahun SS.21 Mereka mengamalkan dietri berasaskan protein haiwan kecil22 dan siput air sungai atau tasik. Selepas 12,000 tahun lalu, tapak ini pula
17

18

19

20 21 22

Berdasarkan ekskavasi arkeologi sejak tahun 2003 oleh Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia. Stephen Chia, Penempatan Awal di Sabah Sebelum 1400M, Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke25, Arkib Negara Malaysia, 10 November 2011, hlm. 4-5. Lihat, Baszley Bee B. Basrah Bee, Tengkorak Deep Skull: Kajian Awal Manusia Prasejarah di Borneo, MANU, 6, 2001, hlm. 65-74. Peter Bellwood, op.cit., hlm. 177-178. Pentarikhan C14 oleh Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium Sabah. The animal faunas include pig, sambhur deer, mouse dee, porcupine, monkey, rat, snake, tortoise, monitor lizard, birds, and other small unidentified species. Peter Bellwood, op.cit., hlm. 179.

ditinggalkan. Faktor kesukaran mendapatkan sumber makanan dilihat menjadi penyebab mengapa mereka juga berpindah ke kawasan lain. Jarak tapak ini dari garis pantai ketika itu ialah antara 100 hingga 150 km.23 Di sebelah utara Sabah pula, Pulau Balambangan menjadi tapak penempatan manusia prasejarah sebelum 16,000 tahun SS. Bukti geologi menunjukkan bahawa Pulau Balambangan adalah sebahagian daripada tanah besar Sabah sebelum 9,000 tahun SS. Penemuan arkeologi mendapat masyarakat yang mendiami pulau ini ketika itu telah mahir memburu haiwan bersaiz besar.24 Menjelang 10,000 tahun lalu, gua di formasi batu kapor Madai pula mula diduduki oleh manusia purba. Dua buah gua utama yang diduduki dengan aktif ialah Agop Atas dan Agop Sarapad sekitar antara 10,000 hingga 7,000 tahun lalu. Berdasarkan deposit budaya tapak Agop Sarapad, dietri mereka tidak lagi bergantung kepada haiwan kecil dan siput air tawar. Penemuan cengkerang siput paya bakau menunjukkan kawasan sumber dietri semakin meluas ke kawasan berhampiran dengan pinggir pantai. Begitu juga dengan penemuan serpihan tulang haiwan yalng lebih besar seperti Orang Utan, badak sumbu, tambadao25 dan harimau. Gua di formasi Madai kemudiannya ditinggalkan sekitar 7,000 tahun lalu dan selama 4,000 tahun ianya tidak berpenghuni.26 ZAMAN NEOLITIK (3,500 500 SM) Berdasarkan penemuan tembikar dan batu berepih, tapak Gua Agop Atas diduduki semula ketika zaman Neolitik sekitar 2000 hingga 500 SM. Disokong pula dengan pentarikhan Karbon 14 dan TL yang diberikan ke atas tembikar tanah yang ditemui. Tapak ini diduduki semula menjelang abad pertama Masehi ketika zaman Logam. Bagi tapak batu lindungan di Bukit Tengkorak yang lokasinya kira-kira 60 km dari Gua Agop Atas pula, tapak ini dianggarkan berusia sekitar antara 1000 hingga abad pertama Masehi. Ia adalah berasaskan kepada penemuan tembikar merah berhias dan tak berhias, di samping pelbagai perkakasan alat batu dan tulang yang maju. Suatu yang menarik akan tapak ini ialah penemuan serpihan alat batu obsidian. Kajian menunjukkan alat batu yang ditemui mempunyai berasal dari dua sumber. Salah satunya adalah dari tapak Talasea di utara Pulau New Britainia di kepulauan Melanesia, 8,000 km jauhnya. 27 Talasea merupakan lokasi sumber batu obsidian yang digunakan secara meluas oleh masyarakat Lapita28 di rantau Oceania Dekat.29
23 24

25 26

27

28

29

Ibid.,, hlm. 177-180. Lihat, Zuraina Majid (et al.), Some Interesting Late Pleistocene-Early Holocene Finds from Excavation in Balambangan Island, Sabah, Malaysia, Sabah Society Journal, 15,1998, hlm 29-40. Spesies seladang liar tempatan. Peter Bellwood, op.cit., hlm. 180-181. Peter V. Lape, Political Dynamics and Religious Change in the Late Pre-Colonial Banda Islands, Eastern Indonesia, World Archaeology, 32, 2000, hlm. 142. S. Chia, Prehistoric Trade and Culture Contact Between Bukit Tengkorak and Other Sites in Southeast Asia and the Pacific Region. 2nd SEASRAP Workshop. SEASRIP Council and Toyota Foundation, Jakarta, 25-26th March 2004. Lapita an oceanic culture complex defined by distictive dentate-stamped pottery (i.e. stamped with a toothed implement). Appearing forst in sialnd Melannesia C. 3,500 bp and distributed as far east as Fiji and Samoa. Mosat Lapita sites occur on offshore islands or strandlines and assemblages also include shell artifacts, stone adzes and obsidian from Talasea and Lou The distinctive pottery stlye and obsidian suggest long-distance trade some reseachers propose rapid sperad into the Pacific from island Southeast Asia. Lihat Paul Bahn, The Penguin Archaeology Guide, hlm 255. Peter Bellwood, op.cit, hlm. 224. Oceania dekat meliputi Kepulauan Australasia dan Melanesia.

Peta 2: Tapak Zaman Neolitik di semenanjung Semporna

Stephen Chia, 2008

Apa yang jelas menurut pandangan Bellwood ialah penemuan arkeologi daripada kedua-dua fasa30 pendudukan manusia di Bukit Tengkorak menunjukkan mereka adalah masyarakat yang bergantung kepada dietri marin,31 pelaut dan pedagang.32 Tambahan lagi tiada bukti arkeologi yang dapat mengaitkan mereka dengan kegiatan pertanian sebagaimana masyarakat Agop Atas. Persoalan yang mengatakan mereka adalah sebagai sebahagian daripada kumpulan masyarakat Austronesia yang bermigrasi ke rantau Pasifik mungkin dapat diterima kerana wujudnya jaringan hubungan antarapulau yang berterusan melalui pelayaran dan perdagangan berdasarkan adaptasi maritim33 dan perkongsian sejarah maritim serta etnomaritim. Penemuan tembikar berhias tahap terakhir yang menyamai tembikar dari tapak di pedalaman Kalumpang, Sulawesi adalah antara bukti awal bahawa hubungan yang berketerusan berlaku. Berbeda pula dengan manusia di Agop Atas yang dikatakan masyarakat petani dan bukan sebahagian daripada jaringan tersebut.34

30

31

32

33 34

Fasa pertama ialah 1000 SM hingga 500 SM dan fasa kedua bermula 300 SM hingga abad pertama Masehi. Lihat, Peter Bellwood, Archaeological Investigations at Bukit Tengkorak and Segarong, Southeastern Sabah, Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association, 9, 1989, hlm. 153-155. Both phases at Bukit Tengkorak are rich in fish bones and these, plus the obsidian, pottery stoves (used ethnographically by sea nomads in the Sabah-Sulu region), and shell ornament manufacture indicate that the Bukit Tengkorak people were adapt seafarers and perhaps traders. Lihat, Peter Bellwood, op.cit. hlm. 227. Ibid., hlm. 155. Ibid., hlm. 227.

ZAMAN LOGAM (500 SM ABAD KE-7 M) Penemuan terawal bukti penggunaan logam dalam masyarakat prasejarah di Sabah telah ditemui di tapak Agop Atas seawal sekitar tahun 250 M.35 Kehadiran Zaman Dongson di Sabah dibuktikan dengan penemuan gendang gangsa di bukit Timbang Dayang, Pulau Banggi menunjukkan negeri ini menerima pengaruh luar dari Indocina seawal abad ke 5 Masehi.36 Kemasukan artifak gangsa seperti gong gangsa berterusan apabila wujudnya perdagangan maritim yang aktif di utara Sabah menjelang abad ke-10 M.37 TRADISI MEGALITIK Tiada jangkamasa yang tepat bilakah tradisi Megalitik bermula di Sabah.38 Sehingga kini, kajian hanya menganggarkan tradisi ini mula wujud di Sabah seiring dengan perkembangan tradisi ini di rantau Asia Tenggara,39 iaitu pada zaman Neolitik Akhir yang berterusan ke zaman Logam40 antara 3000 hingga 500 tahun SM.41 Berdasarkan kepada penemuan sebanyak 34 buah tapak Megalitik di Sabah42 membuktikan bahawa tradisi terus diamalkan secara aktif hingga menjelang kedatangan British di pada abad ke-18 M.43 Selepas abad tersebut, tiada lagi tradisi mendirikan menhir atau batu tegak44 atau petroglif45 dilakukan tetapi sebahagian amalan dalam tradisi ini terus diamalkan hingga ke hari ini meskipun jarang berlaku. 46 Penemuan guar effigi haiwan buaya dan naga di Kampung Long Pasia adalah antara
35 36

37

38 39

40

41

42 43 44

45

46

Lihat, Ibid., hlm. 301-302. Terdapat juga beberapa penemuan gendang gangsa yang lain di Kota Belud dan Tempasuk, tetapi analisis logam mendapat ianya adalah moden tiada kaitan dengan Zaman Dongson di Asia Tenggara. Lihat, John Bastin, Brass Kettle Drums in Sabah, Bulletin of the School of Oriental & African Studies, 34, 1971, hlm. 680-688. Lihat, Baszley Bee B. Basrah Bee (et al.), Laporan Tinjauan dan Penilaian Tapak Skulls Wreck, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah, 15-20 Jun 2004 dan Baszley Bee B. Basrah Bee (et al.), Laporan Akhir Penyelidikan Arkeologi Bawah Air di Perairan Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Sabah, 30 Julai-21 Ogos 2004. Lihat, Tom Harrisson, Megalithic Evidence in East Malaysia, JMBRAS, 1,1973, hlm. 133. Kemunculan kebudayaan in di Asia Tenggara bermula dalam Period Prasejarah lagi, namun jangka waktu yang tepat masih satu jangkaan. Para ahli arkeologi dan etnografi Asia Tenggara mempunyai pendapat tersendiri tentang kebudayaan ini berdasarkan kajian yang mereka lakukan di tapak yang berbeza. Baszley Bee B. Basrah Bee, op.cit., hlm. 215. Jangkamasa yang tepat tidaklah dapat diketahui secara muktamad, yang nyata berdasarkan penemuan-penemuan awal dianggarkan kebudayaan ini wujud di Sarawak dan Borneo umumnya sejak period Logam Awal lagi. Ibid., hlm. 217. Lihat, Peter R. Phelan, Traditional Stone and Wood Monuments of Sabah, Kota Kinabalu: Yayasan Sabah, 1997, hlm. 3; A. Jalil Osman & Othman Yatim, Sejarah Kebudayaan Megalitik (Batu Hidup) di Malaysia: Satu Pengenalan, Jurnal Arkeologi Malaysia, 2, 1989, hlm. 70 dan Baszley Bee B. Basrah Bee, Bibliographical Survey on the Megalithic in Malaysia (1895-2000), Jurnal Arkeologi Malaysia, 13, 2000, hlm. 32. Baszley Bee B. Basrah Bee, op.cit., hlm. 36-38. Lihat, Peter R. Phelan, op.cit. Jenis Megalitik yang mendominasi tradisi Megalitik di Sabah, lihat Baszley Bee Basrah Bee, op.cit., hlm. 36-38. Tapak Megalitik yang ditemui bongkah batu besar berukir ialah di Bukit Lumayu, Ulu Tomani dalam Daerah Nabawan-Pensiangan berhampiran dengan lingkungan pusat wilayah Tradisi Megalitik Borneo, iaitu dataran tinggi Apo Kayan, Lihat, Tom Harrison, Newly Discovered Prehistory Rock Carvings Ulu Tomani, Sabah, JMBRAS, 46, 1973, hlm. 141-143 dan Baszley Bee Basrah Bee, op.cit., hlm. 221-265. Begitu juga di Kampung Lang Pasia, lihat Lene Topp, The Lundayeh of Long Pasia and Long Mio: Their History & Legends, Kota Kinabalu: WWF, 2006, hlm. 33 & 55. Lihat, Peter R. Phelan, Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah, Kota Kinabalu: Natural History Publication, 2001, hlm. 23-71.

penemuan terunik yang di Sabah. Namun tinggalan sedemikian juga ditemui di kawasan Lawas dan pedalaman Kalimantan Timur.47 SEMPADAN WILAYAH PRASEJARAH Menentukan wilayah prasejarah adalah seperti menetapkan sebuah kawasan yang yang tiada diketahui luas dan sempadannya. Garis sempadan hanya dapat ditandai dengan ciri persekitaran semulajadi yang dipilih oleh manusia berdasarkan bentuk kehidupan mereka. Bentuk kehidupan mereka iaitu memburu dan memungut, pertanian, pelayaran dan nomad laut adalah amalan yang membentuk ciri pada tahap kebudayaan prasejarah. Tahap kebudayaan ini menjadi penentu kepada keupayaan manusia prasejarah untuk bergerak dan menguasai sesebuah lingkungan kawasan habitat bagi keperluan dietri mereka. Lingkungan ini kemudiannya membentuk zon habitat. Zon habitat kemudiannya membentuk wilayah perantauan manusia. Wilayah ini hanya dapat dibuktikan dengan penemuan tapak dan artifak. Interpretasi ke atas dua tinggalan ini akan membantu dalam menentukan keluasan wilayah tersebut secara relatif. Keluasan ini tidak dapat diukur dengan ukuran mutlak. Tetapi boleh dilakukan diukur berdasarkan taburan persamaan ciri sesebuah tapak dan kebudayaan dengan tapak yang lain maka saiz wilayah boleh digambarkan. Merujuk kepada empat tahap kebudayaan prasejarah wilayah utara Kepulauan Borneo, pembentukan wilayah prasejarah adalah tidak nyata dengan hanya diillustrasikan berdasarkan tahap kebudayaan. Pada Zaman Paleolitik Akhir dan Zaman Neolitik, wilayah dan sempadan prasejarahnya dikaitkan dengan taburan tapak dan ciri bukti arkeologi, iaitu merujuk kepada artifaknya. Persamaan dalam penghasilan artifak dapat dikaitkan dengan kewujudan atau lingkungan sebuah wilayah atau bermasyarakat. Perkara ini merujuk kepada bagaimana cara manusia telah mengenal peningkatan sistem teknologi alat batu dan kawasan sumber, pemilihan tempat petempatan, lingkungan hidup berkelompok, status individu dan sistem pengebumian.48 Tapak arkeologi Tingkayu, Gua Hagop Bilo, Gua Agop Atas, Gua Agop Sarapad, Gua Samag Buat, Bukit Tengkorak, Melanta Tutup, Bukit Kamiri dan gua yang dinamakan sebagai PB1 dan PB2 di Pulau Balambangan merupakan pusat wilayah prasejarah yang mewakili zamannya. Lingkungan wilayah ini berkait rapat dengan kebudayaan prasejarah di Kepulauan Asia Tenggara khususnya di Kepulauan Nusantara Timur. Malah menjangkaui hingga ke rantau Australasia dan Melanesia. Apakah ini merupakan wilayah budaya umum atau khusus bagi Sabah. Jawapan kepada persoalan ini bergantung bagaimana ianya dimanafaatkan bagi kepentingan wilayah politik Malaysia. Perkara yang sama telah yang dilakukan oleh China dan Vietnam. Penetapan titik pangkal dan garis sempadan prasejarah nyata tidak dapat dilakukan walaupun satu bentuk wilayah dikatakan wujud. Ini kerana wilayah tersebut bukan hanya mewakili lingkungan wilayah fizikal berdasarkan budaya tetapi harus mengambilkira juga masa atau ruang waktu. Jika diambil kira pandangan yang mengatakan bahawa kepulauan Borneo tiada Zaman Hoabinh, wilayah prasejarah ketika itu jelas tampak tidak selari dengan perkembangan zaman prasejarah di tanah besar Asia Tenggara. Manakala pada Zaman
47 48

Lene Topp, op.cit, hlm. 11. Lihat, Mohd Supian Sabtu, Tanah Melayu dari Sudut Arkeologi: Antara Petempatan dan Persempadanan, Kumpulan Kertas Kajian Bengkel Pengesahan Fakta Sejarah: Persempadanan Negeri-negeri di Tanah Melayu, Arkib Negera Malaysia: Kuala Lumpur, 2004, hlm. 30-31.

Neolitik, wilayah prasejarah utara Kepulauan Borneo bertambah kompleks kerana lingkungan budayanya berkaitrapat dengan wilayah prasejarah di kepulauan Filipina, Sulawesi-Maluku, Austronesia dan Melanesia. Namun demikian bagi kawasan-kawasan kecil, lingkungan dan sempadan dapat dikenalpasti akan pemiliknya. Lingkungan habitat yang ditandai dengan sistem pengebumian49 adalah asas yang kuat untuk mengesahkan sesebuah kawasan itu dimiliki. Pemilikan sesebuah kawasan membawa kepada batasan lingkungan habitatnya meskipun hanya merujuk kepada gua sahaja. Kewujudan wilayah prasejarah pada tahap perkembangan tradisi Megalitik pula berkait rapat dengan pembentukan masyarakat yang kompleks.50 Sejauhmanakah kompleksnya sesebuah masyarakat bukanlah diukur dengan kewujudan suatu bentuk entiti politi malah tidak berkait dengan asas kemunculan primary states dan secondary states di Sabah. Hal ini kerana pengamal tradisi ini di Sabah adalah dari kalangan etnik Dusun dan Murut yang tidak mempunyai sebarang bentuk kerajaan tradisi di Sabah berbanding dengan etnik Melayu-Brunei,51 Iranun,52 Bajau dan Suluk.53 Justeru itu, masyarakat yang menjadi pengamal tradisi Megalitik di Sabah mempunyai sistem organisasi tradisional dengan mempunyai kawasan tersendiri yang dibatasi oleh suatu bentuk sempadan. Kawasan tersebut berkait rapat dengan akitiviti pertanian dan pemburuan. Bukti penggunaan tanda sempadan yang dikaitkan dengan batasan pemilikan ialah tinggalan menhir dan tanda kayu berukir yang dikenali sebagai sininggazanak yang ditemui Daerah Penampang.54 Lantaran itu, pada tempoh tradisi Megalitik diamalkan di Sabah iaitu ketika pada zaman Logam hingga zaman Proto, garis sempadan telah pun wujud bagi mengesahkan pemisahan antara wilayah prasejarah ketika itu. Perkara ini telah menjadi asas kepada kumpulan etnik peribumi awal di Pedalaman Sabah untuk membentuk wilayah pengaruh masing-masing sehingga kemunculan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang menuntut wilayah utara Borneo sebagai sebahagian daripada wilayah politik mereka menjelang abad ke-16 M. KONKLUSI Kajian arkeologi bersandarkan tapak, tinggalan budaya dan persekitaran fizikal hanya dapat mengenalpasti kewujudan sesuatu bentuk wilayah prasejarah dalam konteks tahap
49 50

51

52

53

54

Ibid., hlm. 33 Lihat, Ron Adams, Preliminary Report of Research in West Sumba, Simon Fraser University-Balai Arkeologi Denpasar-Pusat Penelitian Arkeologi Nasional, January 2004 (T.P.). Lihat, Nicholas Tarling, Britain, the Brookes and Brunei, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971. Lihat, Datu Bandira Datu Alang, Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992 dan James Farncis Warren, Iranun and Balangingi: Globalization, Maritim Raiding and the Birth of Ethnicity, Singapore: Singapore University Press, 2002. Lihat, Nicholas Tarling, Sulu and Sabah: A Study of British Policy Towards the Philippines and North Borneo from the Late Eighteenth Century, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1978 dan James Francis Warren, The Sulu Zone 1768-1898, Singapore: Singapore University Press, 1981. Seperkara yang menarik ialah kajian Phelan mendapati menhir yang terdapat di daerah Tambunan tiada hubung kait dengan penandaan sesebuah kawasan. Penemuan ini berbeza pula yang terdapat di daerah Penampang. Lihat, Peter R. Phelan, op.cit., hlm. 15-16 dan 105-134.

10

kebudayaan dan ruang masa. Dengan ertikata lain, letakan tapak, jenis dan taburan artifak seperti alat batu dan tembikar tanah akan dapat memberi gambaran keluasan wilayah kebudayaan yang diamalkan. Manakala persamaan dan perbedaan kebudayaan pula akan menentukan suatu bentuk garisan pemisah, luas atau lingkungan wilayah yang sama, sama ada kawasan habitat manusia prasejarah akan menjadi asas kepada penempatan awal adalah bergantung kepada kesesuaian penempatan tersebut. Disebabkan tapak prasejarah lebih terdiri kepada gua batu kapur ia tidaklah boleh dikatakan menjadi asas kepada tapak kerajaankerajaan awal di Sabah. Ini kerana tapak petempatan terkemudiannya ini lebih tertumpu di kawasan muara sungai dan pinggir pantai. Berbeda pula sebagai kawasan dietri atau mencari sumber rezeki seperti sarang burung yang berterusan biarpun telah menjangkau ribuan tahun sebagaimana yang berlaku di gua-gua batu kapur Madai. Lantaran itu, wilayah dan sempadan prasejarah Sabah hanya wujud dalam konteks wilayah kebudayaan awal tanpa melibatkan sebarang entiti politi melainkan asas sosial dan ekonomi yang menentukan saiz dan bentuk wilayah tersebut. BIBLIOGRAFI A. Jalil Osman & Othman Yatim. 1989. Sejarah Kebudayaan Megalitik (Batu Hidup) di Malaysia: Satu Pengenalan. Jurnal Arkeologi Malaysia. 2. Adams, Ron. 2004. Preliminary Report of Research in West Sumba. Simon Fraser University-Balai Arkeologi Denpasar-Pusat Penelitian Arkeologi Nasional. January. (T.P). Bahn, Paul. 2001. The Penguin Archaeology Guide. London: Penguin. Bastin, John. 1971. Brass Kettle Drums in Sabah. Bulletin of the School of Oriental & African Studies. 34. Baszley Bee B. Basrah Bee (et al.). 2004. Laporan Akhir Penyelidikan Arkeologi Bawah Air di Perairan Tanjung Simpang Mengayau Kudat, Sabah. 30 Julai-21 Ogos. Baszley Bee B. Basrah Bee (et al.). 2004. Laporan Tinjauan dan Penilaian Tapak Skulls Wreck, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah, 15-20 Jun. Baszley Bee B. Basrah Bee (et. al.). 2009. Asas Kajian Persempadan Negeri Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit UMS. Baszley Bee B. Basrah Bee. 1993. Sejarah Penyelidikan Arkeologi di Sarawak. Tesis SarjanaMuda. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Baszley Bee B. Basrah Bee. 2000. Bibliographical Survey on the Megalithic in Malaysia (1895-2000). Jurnal Arkeologi Malaysia. 13. Baszley Bee B. Basrah Bee. 2001. Tengkorak Deep Skull: Kajian Awal Manusia Prasejarah di Borneo. MANU. 6. Bellwood, Peter. 1989. Archaeological Investigations at Bukit Tengkorak and Segarong, Southeastern Sabah. Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association. 9. Bellwood, Peter. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Hawaii: University of Hawaii Press (Revised Edition). Chia, S. 2004. Prehistoric Trade and Culture Contact Between Bukit Tengkorak and Other Sites in Southeast Asia and the Pacific Region. 2nd SEASRAP Workshop. SEASRIP Council and Toyota Foundation, Jakarta, 25-26th March. Chia, S. 2008. Prehistoric Sites and Research in Semporna, Sabah, Malaysia. BSEAA. 2. Chia, Stephen. 2011. Penempatan Awal di Sabah Sebelum 1400M. Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-25, Arkib Negara Malaysia. 10 November. Daniel, Glyn. 1981. A Short History of Archaeology. London: Thames & Hudson.

11

Datu Bandira Datu Alang. 1992. Iranun: Sejarah dan Adat Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. David, Nicholas & Kramer, Carol. 2001. Ethnoarchaeology in Action. Cambridge: Cambridge University Press. Harrison, Tom. 1973. Newly Discovered Prehistory Rock Carvings Ulu Tomani, Sabah, JMBRAS. 46. Harrisson, Tom & Harrison, Barbara. 1969-1970. The Prehistory of Sabah. Sabah Society Journal. 4. Harrisson, Tom. 1973. Megalithic Evidence in East Malaysia. JMBRAS. 1. Joukowsky, Martha. 1980. A Complete Manual of Field Archaeology. New York: Prentice Hall Press. Kohl, Philip L. 1998. Nationalisme and Archaeology: On the Constructions of Nations and the Reconstructions of the Remote Past. Annu. Rev. Anthropol. 27. Lape, Peter V. 2000. Political Dynamics and Religious Change in the Late Pre-Colonial Banda Islands, Eastern Indonesia. World Archaeology. 32. . Migdal, Joel S. (ed). 2004. Boundaries and Belonging: States and Societies in the Struggle to Shape Identities and Local Practices. Cambridge: Cambridge University Press. Mohd Supian Sabtu. 2004. Tanah Melayu dari Sudut Arkeologi: Antara Petempatan dan Persempadanan. Kumpulan Kertas Kajian Bengkel Pengesahan Fakta Sejarah: Persempadanan Negeri-negeri di Tanah Melayu. Arkib Negera Malaysia: Kuala Lumpur. Newman, David. (T.T.). Boundaries, Territory and Post-Modernism: Towards Dhared or Separate Space ? (T.P.) Newman, David. 1998. Challenging the Nation State: Perspectives on Citizenship and Identity. IBRU Conference, Durham. July. Newman, David. 2009. Categories, Borders and Boundaries. Progress in Human Geography April 1. 33. 174-189. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 1995. Arkeologi di Malaysia: Antara Matlamat dan Realiti. Jurnal Arkeologi Malaysia. 3. OConnell, J.F., Allen, J. & Hawkes, K. 2008. Pleistocene Sahul and the Origin of Seafaring (T.P.). March. Pelejero, Charles (et. al). 1996. The Flooding of Sundaland During the Last Deglaciation: Imprint in Hemipelagic Sediments from the Southern China Sea. Earth and Planetary Science Letters. 171. Phelan, Peter R. 1997. Traditional Stone and Wood Monuments of Sabah. Kota Kinabalu: Yayasan Sabah. Phelan, Peter R. 2001. Head-Hunting and the Magang Ceremony in Sabah. Kota Kinabalu: Natural History Publication. Sathiamurthy, Edlic & Voris, Harold K. 2006. Maps of Holocene Sea Level Transgression and Submerged Lakes on the Sunda Self. The Natural Journal of Chulalongkorn University. 2. 2006. Tarling, Nicholas. 1971. Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Tarling, Nicholas. 1978. Sulu and Sabah: A Study of British Policy Towards the Philippines and North Borneo from the Late Eighteenth Century. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Topp, Lene. 2006. The Lundayeh of Long Pasia and Long Mio: Their History & Legends. Kota Kinabalu: WWF. Warren, James Farncis 2002. Iranun and Balangingi: Globalization, Maritim Raiding and the Birth of Ethnicity. Singapore: Singapore University Press. 12

Warren, James Francis. 1981. The Sulu Zone 1768-1898. Singapore: Singapore University Press. Wilk, Richard R. & Pyburn, K. Anne. 1998. Archaeological Ethic. Encyclopedia of Applied Ethics. Academic Press: San Diego. 1. Zuraina Majid (et al.). 1998. Some Interesting Late Pleistocene-Early Holocene Finds from Excavation in Balambangan Island, Sabah, Malaysia. Sabah Society Journal. 15.1998.

13

You might also like