You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUNKU, JALAN SIBU, TAMAN TUNKU, 98000, MIRI, SARAWAK. No.Tel:085472371 No.Fax:085472402 E-mel:smktamantunku@yahoo.

com MAKLUMAT ASAS SEKOLAH TAHUN 2011 NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH NO PTJ GRED SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH JENIS BANTUAN BAHASA PENGANTAR SESI ALAMAT SURAT POSKOD NOMBOR TELEFON NOMBOR FAX E-MEL JARAK KE PPG MIRI BILANGAN KELAS BILANGAN KELAS BEROERASI : : : : : : : : : : : : : : : : B MENENGAH RENDAH DAN ATAS KERAJAAN BAHASA MELAYU PAGI SAHAJA SMK TAMAN TUNKU, JALAN SIBU, TAMAN TUNKU, MIRI 98000 6085472371 6085472402 smktamantunku@yahoo.com 14KM 36 BUAH KELAS 32 BUAH KELAS SMK TAMAN TUNKU YEA4108 60L301

SEJARAH LOKASI PENDAFTARAN LOKASI SEMASA LUAS KAWASAN SEKOLAH TARIKH MULA PEMBINAAN TARIKH SIAP PEMBINAAN TARIKH MULA BEROPERASI : : : : : : BANDAR BANDARAYA 12.05 EKAR / 5.06 HEKTAR JULAI 2001 4 SEPTEMBER 2003 5 JANUARI 2004

NILAI KONTRAK TERMASUK HARGA TANAH SENARAI BANGUNAN : : RM 20,100,000.00 BLOK PENTADBIRAN BLOK A BLOK B KANTIN SURAU PONDOK PENGAWAL Sejarah SMK Taman Tunku SMK Taman Tunku satu lagi sekolah yang tercatat dalam senarai warga Jabatan Pelajaran Gabungan Miri sebagai sekolah yang dibina di bawah Project Design and Build. Kewujudannya memang ditunggu-tunggu, memandangkan masalah kebanjiran murid peringkat sekolah menengah di kawasan Taman Tunku dan juga sebagai hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu sesi. Lokasinya sangat strategik dan kondusif, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.Kedudukannya 3km dari Lapangan Terbang Miri dan 12 km dari Bandaraya Peranginan Miri. Saiz keseluruhan SMK Taman Tunku ialah 12.5 hektar iaitu termasuk bangunan sekolah, padang bola sepak, kawasan letak kereta dan lanskap serta gelanggang permainan. Pembinaan SMK Taman Tunku bermula Julai 2001 dan telah siap sepenuhnya pada 4 September 2003. Nilai kontrak SMK Taman Tunku adalah RM 20,100.00.00 termasuk harga tanah. Mengandungi 1 Blok Pentadbiran ( Pejabat Am, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Kaunseling, Bilik Perkembangan Staf ) , 6 Makmal Sains, 4 Bengkel ( Kejuruteraan, KHB ), 36 Bilik Kelas, 10 Bilik Khas ( Pusat Sumber, Bilik Matapelajaran, Bilik Pengawas, Bilik Rawatan, Bilik Komputer ) dan 1 surau. Untuk menampung keperluan sekolah, beberapa bilik kelas telah diubahsuai sebagai bilik khas matapelajaran. SMK Taman Tunku beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2004 dengan tenaga pengajar seramai 33 orang dan 675 orang murid yang rata-ratanya datang dari SMK Riam kecuali Tingkatan 1 dan Peralihan. Mempunyai 1 kelas Peralihan, 5 kelas tingkatan satu, 4 kelas tingkatan dua, 4 kelas tingkatan tiga dan 4 kelas tingkatan empat. Tahun 2011, merupakan tahun ke lapan SMK Taman Tunku bergerak bersama matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SMK Taman Tunku selari dengan semangat Making A Difference. SMK

Taman Tunku telah mengorak langkah bersama dengan sekolah lain membentuk satu demensi.

PHILOSOPHY / FALSAFAH Each individual is powerful. The empowered individual can empower the school to achieve the heights of excellence. Setiap insan adalah perkasa. Keperkasaan insan itu mampu memperkasakan sekolah ke arah kegemilangan. OBJECTIVE / MATLAMAT To ensure that SMK Taman Tunku fullfils the purposes enshrined in the National Philosophy of Education Untuk menentukan SMK Taman Tunku sentiasa memenuhi hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. VISION / VISI To be a leader in producing quality students and positive change agents. Menjadi pencetus dalam menghasilkan insan yang berkualiti dan agen perubahan yang positif. MISSION / MISI To identify, to promote and to maximize the full potential of staff and students in all aspects: physical, social, intellectual and spiritual so that they can make a positive difference to their environment. Untuk mengenalpasti, mempertingkatkan dan mengembangkan tahap potensi staf dan pelajar dalam semua aspek: fizikal, sosial, intelek dan rohani agar dapat mewujudkan perubahan yang positif dalam persekitaran mereka. MOTTO To Make A Difference Pemangkin perubahan.

Lagu Sekolah

Pemangkin Perubahan Di sini Bermula segalanya Impianku yang terlaksana Memajukan bangsa dan negara Menjadi insan yang berguna Dikaulah pemangkin perubahan Membina semangat kegigihan Sehati sejiwa memupuk perpaduan Ke arah kecemerlangan Majulah SMK Taman Tunku Mendukung ikrar dipadu Lahirkan genarasi berilmu Majulah dan terus maju Dikaulah pemangkin perubahan Tempat mencipta kejayaan Sekolahku yang tercinta dan berwawasan Jasamu dalam ingatan

Pengertian Logo : Pengertian Simbol

1. Separuh Bulatan /Keteguhan semangat perpaduan yang wujud tanpa Matahari Bersinarmengira bangsa, agama dan kebudayaan kerana sinaran ilmu yang mampu menghindarkan kegelapan dan kejahilan 2. Bintang Terbit Pelajar yang cemerlang berlandaskan ilmu, nilai-nilai murni dan inspirasi daripada wahana pendidikan dalam era sains dan teknologi 3. Orang dengan buku Warga Pendidik dan Pelajar yang menimba ilmu sepanjang hayat 4. Buku yang terbuka Landasan ilmu untuk menuju kejayaan 5. Topi Ijazah Hala tuju warga sekolah untuk mencapai kejayaan hakiki 6. Pemangkin Perubahan Matlamat warga sekolah untuk membawa perubahan ke arah peningkatan diri, masyarakat dan negara

Pengertian Warna Logo :

Warna

Pengertian

1. Kuning Faith & Hope Kebahagiaan dan penghargaan yang dirasai oleh semua warga sekolah

2. Biru

Peace & Harmony

Keharmonian dan kedamaian yang dikecapi bersama tanpa mengenal bangsa, agama dan kebudayaan

3. Hitam

Determination Keteguhan semangat sekolah dalam mencari ilmu pengetahuan

4. Jingga

Success

Kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang diimpikan oleh semua warga sekolah

5. Putih

Purity

Keluhuran dan kesucian hati warga sekolah berlandaskan kepada pegangan agama dan nilainilai murni

1. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 1.1 Nama dan alamat sekolah 1.2 Lokasi sekolah 1.3 Pelan sekolah 1.4 Gred sekolah 1.5 Jenis sekolah 1.6 Logo, Visi dan Misi 1.7 Bilangan pelajar 1.8 Bilangan guru dan kakitangan sokongan 1.9 Sejarah sekolah 1.10 Takwim sekolah

2. ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH 2.1 Melaporkan maklumat 2.2 Struktur organisasi induk sekolah 2.3 Struktur organisasi mengikut bidang (Guru Pelatih) 2.4 Peranan, tugas dan tanggungjawab bagi setiap komponen 2.5 Budaya sekolah (amalan murni seperti bacaan doa) 2.6 Hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN

3. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH Pelajar diminta meninjau kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah dan merekodkan maklumat tersebut di Lampiran A.

4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4.1 Matlamat 4.1.1 Memberi pendedahan awal kepada Guru Pelatih terhadap suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah 4.1.2 Menghayati suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah oleh Guru Pelatih 4.1.3 Membina keyakinan diri sebagai seorang bakal guru terlatih 4.1.4 Menghubungkan antara amalan sebenar dalam bilik darjah dengan teori

pengajaran dan pembelajaran 4.2 Tugas 4.2.1 Merekod sekurang-kurangnya satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran merangkumi elemen berikut: Tajuk Objektif pengajaran Kaedah mengajar Penggunaan alat Bantu Pengurusan kelas Pengurusan masa pengajaran Kaedah penilaian Penutup

4.2.2 Menyediakan catatan pembelajaran elemen berikut: Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid Teknik pembelajaran Hasilan pembelajaran 4.2.3 Menjalankan sekurang-kurangnya satu waktu pengajaran mata pelajaran Guru Pendamping. Pelajar perlu menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai.

5. AKTIVITI KO-KURIKULUM 5.1 Menyediakan carta organisasi ko-kurikulum sekolah 5.2 Melengkapkan borang aktiviti ko-kurikulum sekolah 5.3 Memerhati dan merekod satu aktiviti ko-kurikulum

6. REFLEKSI KENDIRI Membuat refleksi daripada penglibatan dan pengalaman dalam Program ROS selama dua minggu terhadap aspek berikut: 6.1 Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan 6.2 Aspek-aspek yang boleh diperbaiki 6.3 Aspek-aspek yang menarik perhatian

You might also like