You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL BIL.

1/2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 18 Januari 2013 (Jumaat) 7.40 hingga 8.30 pagi Bilik Seni Visual Pn. Hanifah binti Juraimi En. Farid Azmani bin Abdul Rahman Pn. Rafizah binti Othman En. Zulkifli bin Mohd Amin Pn. Zurina binti Mohamed Mokhtar Pn. Norhadijah binti Daud (Bersebab)

Tidak Hadir

1.0

Ucapan Pengerusi En. Farid selaku Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual mengalu-alukan kehadiran semua guru panitia serta mengucapkan ribuan terima kasih atas kerja sama dan komitmen yang diberikan. Ucapan GKMP Kemanusiaan Pn. Hanifah mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh semua guru. Beliau berharap agar tahun 2013 ini semua guru akan lebih komited dalam menjalankan tugas. Pn. Hanifah juga meminta panitia merancang serta melaksanakan lebih banyak program bagi meningkatkan pencapaian pelajar terutamanya dalam peperiksaan SPM. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu Tiada pengesahan minit mesyuarat yang lalu Hal-hal Yang Dibincangkan Hari Ini 4.1 Perancangan Strategik 2013 Pn. Hanifah mengingatkan panitia agar menyediakan lebih banyak program bagi pelajar tingkatan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Tindakan : Guru SPM 4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) En. Farid menjelaskan bahawa Rancangan Pelajaran Tahunan terkini akan diedarkan. Beliau meminta agar semua guru menampal ringkasan RPT tersebut di dalam buku rekod mengajar. Tindakan : Semua guru matapelajaran Senarai Guru Penggubal Soalan En. Farid menetapkan senarai guru penggubal soalan bagi ujian dan peperiksaan mengikut tingkatan. (Sila rujuk lampiran) Tindakan : Semua guru matapelajaran

2.0

3.0

4.0

4.3

4.4

Anggaran Pembelian 4.4.1 En. Farid membentangkan segala perbelanjaan panitia bagi tahun 2012. Tindakan : Makluman 4.4.2 Beliau turut memaklumkan bahawa bajet panitia sehingga 31/12/2012 masih berbaki sebanyak RM977.17. Oleh itu, beliau meminta agar guruguru menyenaraikan bahan-bahan yang ingin dibeli. Tindakan : Semua guru matapelajaran

4.5

Profil Panitia dan Jadual Waktu En. Farid meminta agar semua guru mengisi borang maklumat diri serta menyerahkan satu salinan jadual waktu untuk tujuan simpanan fail panitia. Tindakan : Semua guru matapelajaran

4.6

PBS 4.6.1

4.6.2

En. Farid mengingatkan semua guru PBS agar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas dan mentaksir pelajar berdasarkan Dokumen Standard Prestasi (DSP). Guru-guru PBS juga diingatkan agar melengkapkan segala fail yang berkaitan serta menyimpan setiap evidens pelajar sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tindakan : Semua guru PBS

5.0

Hal-hal lain 5.1 Anugerah Pelajar Cemerlang 5.1.1 Pn. Hanifah mencadangkan agar pelajar cemerlang SPM bagi mata pelajaran PSV diberi penganugerahan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para pelajar. Tindakan : Makluman 5.1.2 Beliau turut meminta panitia mewujudkan tabungan bagi mendapatkan dana seperti melalui jualan kertas lukisan dan lain-lain. Wang PCG juga boleh digunakan bagi tujuan penganugerahan tersebut. Tindakan : Ketua Panitia

Disediakan oleh: Pn. Zurina binti Mohamed Mokhtar (Pencatat Minit Mesyuarat Panitia PSV Bil 1/2013)

You might also like