You are on page 1of 54

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

TAJUK 1

KEMAHIRAN MEMBACA

SINOPSIS Tajuk 1 dalam modul ini membantu anda memahami kemahiran membaca membaca, yang merangkumi dalam definisi dan konsep membaca, kesediaan membaca, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran masalah membaca, dan kaedah-kaedah menanganinya. HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3. 4. Menjelaskan beberapa definisi dan konsep membaca Menghuraikan definisi dan konsep kesediaan membaca Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dan menghalang kesediaan membaca Membincangkan aspek-aspek kemahiran kesediaan membaca

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEMAHIRAN MEMBACA

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA

KESEDIAAN MEMBACA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MEMBACA 1

MASALAH DALAM MEMBACA

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.0 1.1

KEMAHIRAN MEMBACA Definisi dan Konsep Membaca Definisi Membaca Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa. Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambanglambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid. Konsep Membaca Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca 2

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran, dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca mengikut bahasanya sendiri. Mengikut fahaman sekarang, membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

1.2 1.2.1

Kesediaan Membaca Definisi dan Konsep Kesediaan Membaca Definisi Kesediaan Membaca

Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya. Konsep Kesediaan Membaca

Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan.

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Piaget

(1966),

mengaitkan

kesediaan

belajar kognitif

dengan

peringkat iaitu

pembelajaran

mengikut

perkembangan

kanak-kanak,

peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi, dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

1.2.2

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca Kematangan

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Pengalaman

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.

Persekitaran

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama. Keadaan Fizikal

Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

Keadaan

rumah

tangga

dan

cara

asuhan

akan

mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kecerdasan

Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Pengamatan

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyibunyi huruf. Penguasaan Bahasa

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

1.2.3

Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca Kematangan Mental

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Gangguan

kepada

mental

akan

mengakibatkan

masalah

kepada

kebolehan membaca kanak-kanak.

1.2.4

Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan pada aktiviti bacaan, kesediaan membaca mereka merangkumi, o Kebolehan fizikal Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. o Kebolehan emosi Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan mendengarnya. o Kebolehan mental Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu.

1.3

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca

1.3.1 Kognitif Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat

mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. 7

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

1.3.2 Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa,

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosioekonomi, corak interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran. Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah : a. Pemilihan bahan b. Jenis soalan yang ditanya c. Jenis maklum balas yang diberi d. Suasana pembelajaran e. Dorongan f. Pengukuhan yang digunakan. Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran membaca. 1.3.3 Budaya Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca, dan sebagainya. 9

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Pihak

sekolah

yang

menitikberatkan

budaya

membaca

dapat

mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid. 1.3.4 Sosioekonomi Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa.

Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka. Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca, dan seumpamanya. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. 1.4 1.4.1 Masalah dalam Membaca Tidak Kenal Huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. 1.4.2 Meninggalkan Huruf 10

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

1.4.3

Meninggalkan Perkataan Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal.

1.4.4 i)

Tidak Memahami Apa yang dibaca

Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya. ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok. iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca. vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca. vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

1.4.5

Teragak-agak

11

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya. 1.4.6 Salah Sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang berikut: a) b) c) e) f) g) h) i) j) k) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak, menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata, mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya, Suara terlalu perlahan terlalu dan tidak jelas atau bahan blurring, bacaan, kedudukan mata dekat dengan

cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan tidak boleh membaca langsung. 12

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. 1.4.7 Lemah Daya Ingatan Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras. Simptom: a. b. c. d. e. f. g. 1.4.8 Semakin lemah daya ingatan/ lupa Gagal mengenal pasti objek Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati Hilang kemampuan jasmani Tidak mengendahkan kebersihan diri Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Menambah Perkataan Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan seumpamanya.

1.4.9

Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

13

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.4.10 Mengeja Semasa Membaca a. b. c. d. Teragak-agak semasa membaca Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah atau betul. Kemajuan pembacaan yang lemah

Bincangkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah membaca dalam kalangan murid-murid pemulihan. Berikan cadangan anda untuk aktiviti pengayaan dan pengukuhan kepada murid-murid pemulihan yang sudah boleh membaca.

1.5 1.5.1

Kaedah Membaca Kaedah Bunyi/Fonik Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan.

Contohnya huruf a disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf

14

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

dan suku kata

yang lain. Sebagai contoh, ba +

ta terus disebut

sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ beh ] + [ a ] = [ ba ] [ teh ] + [ a ] = [ ta ] [ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ] Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anakanak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat perkataan ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii ( bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai). Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit aaa... panasnya! Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyibunyi a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini

15

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k. Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf a).

1.5.2

Kaedah Abjad Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Muridmurid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali hurufhuruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf a - z

1. 2. 3. 4. 5.

Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + ju Membina rangkai kata baju biru Membina ayat mudah Ini baju biru Abu baju

16

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataanperkataan baharu yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini

memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca. Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku.

1.5.3

Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah Pandang dan Sebut.

17

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa diguna seharian yang abang, kawan, dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan berulang-ulang. beberapa perkataan dahulu dan membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik,

menyebutnya

Kebiasaannya

perkataan

tersebut

disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru

digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan. 18

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.5.4

Kaedah Suku Kata Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau membatangkan menyebut terus. Contohnya; ba bi bu be bo ban bin bun ben bon (untuk 2 huruf) (untuk 3 huruf) ejaan. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu

bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) 1.5.5 Kaedah Pelbagai Deria/VAKT Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud; V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinestetik ( pergerakan ) T - taktil ( sentuhan) Kaedah ini berpegang pada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti yang berikut: Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. 19

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan seumpamanya. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. lihat huruf (V) dengar guru sebut huruf (A) menyebut huruf (A) dengar huruf yang disebut (A) rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan tokoh yang lain. 1.5.5.1 Kaedah Fernald Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu: 20

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

i. ii. iii. iv.

Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi, Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti yang berikut: Peringkat 1: Guru menulis perkataan bersaiz besar menggunakan krayon di atas kertas. Pelajar menyurih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan (V) . Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2: Pelajar tidak perlu menyurih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan. 21

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Peringkat 3: Pelajar belajar perkataan baharu dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku. Peringkat 4: Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baharu berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak atau bahagian-bahagian sudah dipelajari. Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca. Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman perkataan yang

bahasa murid dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu: i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. iii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan, dan hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

22

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.5.5.2 Kaedah Gillingham Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an dan difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanakkanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama (minimum). Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf-huruf. Enam kesatuan asas itu adalah: i. V-A (Visual-Auditory), iaitu perkataan yang ditulis dan dua tahun

huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual), iaitu bunyi-bunyi huruf dan

perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory-Kinesthetic), iaitu bunyi-bunyi huruf dan

perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis. 23

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

iv.

K-A (Kinesthetic-Auditory), iaitu tangan murid dibantu

untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual-Kinesthetic), iaitu huruf cetak dan

perkataan dikaitkan bertutur dan menulis. vi. K-V

dengan pergerakan otot semasa

(Kinesthetic-Visual),

iaitu

pergerakan

otot

semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf. Langkah-langkah pengajaran; Langkah 1: Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru. Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya . Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

Langkah 2: Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan Langkah 3: 24

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.

Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf- huruf menjadi perkataan. Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan murid-muridnya, mengenal pasti punca masalah, dan berusaha membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

1.5.6

Kaedah Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri:

1.

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana murid berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan.

25

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

2.

Kaedah

atau

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada murid, menarik, dan menyeronokkan. 3. Oleh itu, guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid anda. 4. Yang berikut ialah kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada guru, iaitu guru yang melakukannya: Syarahan Penerangan Penjelasan Huraian Demonstrasi Bercerita Pembacaan Memberi nota 5. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan murid, iaitu murid yang melakukannya ialah: Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan, penjelasan, huraian Perbincangan Inkuiri penemuan Bacaan Sumbang saran Demostrasi oleh murid Kerja amali Eksperimen Projek Kuiz Penyelesaian masalah Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan 26

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

6. 1.5.7

Main peranan Lakonan Simulasi Membuat nota sendiri Lawatan Pengajaran berprogram Pembelajaran berbantukan computer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri) Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Kaedah Lain yang Sesuai 1.5.7.1 Kaedah Gabungan BunyiKata Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron. Kaedah ini memerlukan guru mengajar murid langkah demi langkah, bermula dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu, membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensori). Contoh;

i. ii. iii.

Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf. iv. v. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid huruf-huruf. 27 menulis

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

vi.

Murid

membaca

apa

yang

telah

ditulisnya,

iaitu

membunyikan huruf. (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu. Setelah murid biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih tubi yang berikut; i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama, bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. 1.5.7.2 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah campuran, iaitu campuran kaedahkaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah, dan bahanbahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, analitik, dan sintetik-analitik. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan kaedah 28

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. Kemudian, jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Oleh itu, kerap kali kaedah ini menjadi kaedah cacamarba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar eklektik tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku katanya, dan tatabahasanya pada suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu pada pihak yang lain. Maksudnya, kita harus mencipta Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dan seharusnya sistematik. 1.5.7.3 Kaedah Pandang dan Sebut Kaedah ini mengunakan pendekatan yang memperkenalkan seluruh perkataan kepada murid-murid. Pemeringkatannya adalah seperti yang berikut: Diperkenalkan perkataan yang disertakan dengan gambarnya sekali. Contoh: atau buk u

buku

29

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Mula-mula, murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada perkataan. Biasanya murid-murid menunjuk perkataan buku dengan jarinya dari b-u-k-u sambil berkata buku. Murid-murid diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudahmudah. Contoh:

Ini buku. Buku Abu. Buku merah.

Murid-murid

dilatih

membaca

ayat-ayat

pendek

dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh mereka. Di samping itu, dimasukkan perkataan baharu. Contoh:
Ini buku. Ini buku Abu. Buku ini merah. Buku Abu merah. Abu ada buku merah. mmmerah.

2.0

KEMAHIRAN KEFAHAMAN 30

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

2.1

Definisi Kefahaman Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain, menginterpretasi idea, kesan, dan akibat. Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri sendiri atau untuk orang lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan. Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi memudahkan seseorang membuat telahan, taakulan, dan kesimpulan. Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian sebagai kebolehan membuat penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna bahan yang dibaca. Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan. Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara yang berikut: i. keupayaan membuat perkaitan, 31 kepada

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

ii. iii. iv. v. 2.2

mengetahui perkaitan atau perhubungan, pemindahan pembelajaran, membuat telahan atau inferensss serta menilai dan menghayati

Tahap Kefahaman Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca. Oleh sebab membaca merupakan proses penguasaan bahasa dan bahasa pula sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa kefahaman. Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujian-ujian seperti menjawab soalan aneka pilihan, mengisi tempat kosong, betul-salah, suaikan, dan sebagainya. Kefahaman seseorang murid akan terserlah berdasarkan hasil keputusan ujian tersebut. Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap seperti yang berikut: 2.2.1 Memahami Maksud Perkataan dan Ayat Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman literal. Seperti mana yang telah dibincangkan, bacaan dan kefahaman melibatkan proses kognitif. Proses kognitif yang paling rendah ialah mengingat kembali. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan. Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai daya ingatan yang lemah, latihan ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan mestilah diberi penekanan. 32

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Bahan bacaan yang disediakan untuk memahami maksud perkataan dan ayat hendaklah bermula dengan jumlah bilangan perkataan yang kecil pada satu-satu masa. Soalan-soalan yang diajukan juga haruslah disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan kepada soalansoalan itu boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan. Contoh teks bacaan:

Ini buku. Ini buku Abu. Buku Abu biru. Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong: i. ii. iii. iv. v. Ini ______________. Ini buku __________. Buku Abu _________. Ini ______ Abu. Buku _______ biru.

2.2.2 Membuat Urutan Idea Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman inferens. Tahap ini memerlukan murid menginterpretasi, membuat perkaitan atau perhubungan, menaakul, dan membuat telahan.

33

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari bahan yang dibaca. Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan murid-murid dengan latihan-latihan kefahaman inferens ini secara lisan sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan. Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat menginterpretasi maklumat yang dibaca.

34

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Contoh teks bacaan:

Ini Abu. Abu ada adik. Abu ada kakak. Ali adik Abu. Ani kakak Abu. Siti adik Ali. Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong: i. Adik beradik Abu ada _______ orang. ii. _______ kakak Ali. iii. Ani ada ______ orang adik. 2.2.3 Hubungan Sebab dan Akibat Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kritis. Tahap kefahaman yang agak tinggi ini memerlukan murid membuat

35

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

hubungan sebab dan akibat serta mampu membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah. Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan secara lisan dahulu. Murid-murid memerlukan bantuan dalam menentukan perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. Muridmurid juga perlu dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan meramal kemungkinan serta membuat penghakiman berasaskan hubungan sebab dan akibat. Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses kognitif ini. Namun, guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca. 2.2.4 Membuat Tafsiran/Andaian Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman kreatif. Tahap kefahaman kreatif merupakan tahap kefahaman tertinggi. Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman ini dengan tahap kefahaman kritis. Jika dilihat dan dikaji dengan teliti tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahaptahap sebelumnya. Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga membuat hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan berasaskan pemikiran bercapah, dan membuat andaian serta tafsiran sehingga mampu membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut. 36

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya dengan menunjukkan emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, terharu, dan sebagainya. Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif sehingga mereka berjaya menghasilkan bentuk-bentuk penulisan yang boleh dinikmati oleh orang lain pula. Kesimpulannya, seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif ini seharusnya telah dapat; i. ii. bertindak balas dengan menunjukkan emosinya. menggunakan butir-butir yang diperoleh dari pembacaannya

untuk menghasilkan daya kreatifnya.

3.0

PENTAKSIRAN

DAN

PENILAIAN

DALAM

KEMAHIRAN

LISAN,

MEMBACA, DAN KEFAHAMAN 3.1 Kepentingan Mentaksir dan Menilai Kemahiran Lisan, Membaca dan Kefahaman. Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang. Antara perkara yang

37

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksiran . Pentaksiran Walau biasanya melibatkan dalam dalam bilik pengukuran. darjah, Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. bagaimanapun, nombor pengukuran dirujuk dalam biasanya diperoleh. definisi melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang Penggunaan pengukuran

pengukuran oleh Stevens (1951). Mengikut Stevens, pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. Selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada lisan, bacaan atau kefahaman sudah tentu guru ingin mengetahui keberkesanan pengajarannya dan menilai sama ada murid-murid telah atau belum menguasai kemahiran-kemahiran yang telah diajar. Penilaian membantu guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri dan muridnya. Ujian dan penilaian membantu guru untuk memperbaik pengajarannya, memilih strategi-strategi baharu yang sesuai untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran demi mengatasi kelemahan-kelemahan murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar. 3.2 Jenis Penilaian Dua jenis penilaian yang sering digunakan oleh guru ialah penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan murid dalam pembelajaran. 38

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam setiap pengajaran oleh guru dan direkodkan supaya kelemahan dan kekuatan murid dalam sesuatu unit atau kemahiran dapat dilihat dengan jelas dan dapat dibaiki. Kategori dan Jenis Pentaksiran.

Istilah Ujian Standard atau Formal

Maksud Ujian yang telah disiap bina Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai oleh pelajar dan guru untuk perbandingan prestasi Dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan Dijalankan secara individu atau kumpulan. Lisan atau kumpulan. Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu Dibina oleh guru Tidak mempunyai arahan atau prosedur Dijalankan dalam kumpulan semasa pengajaran dan pembelajaran Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal Tiada arahan tertentu Dijalankan secara individu dalam pengajaran dan pembelajaran Tiada arahan tertentu Soalan dibina oleh guru UPSR, PMR, SPM,STPM Ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang

Ujian Formal

Tidak

Ujian Kumpulan

Ujian Individu

Ujian Berdasarkan Kurikulum Ujian Formatif

digunakan di sekolah Untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar. Ujian ini dijalankan dengan kerap Ujian yang merumuskan pencapaian murid setelah satu unit

Ujian Sumatif

39

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

pengajaran dijalankan Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti murid-murid yang berisiko menghadapi masalah pembelajaran. Ujian Diagnostik Ditadbirkan kepada semua murid termasuk murid normal (jika

Ujian Saringan

perlu). Dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid Selepas ujian diagnostik dijalankan, jenis, dan ciri masalah yang

Ujian Speed

dihadapi pelajar dapat diketahui. Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad. Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan Tidak formal Kekuatan murid menguasai sesuatu kemahiran. Kekuatan ingatan tentang sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian yang menggunakan masa yang agak lama untuk dihabiskan. Biasanya item agak sukar sedikit. Contohnya, menulis karangan, laporan

Ujian Power

3.3

Instrumen Pentaksiran dan Penilaian Seorang guru pemulihan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam pelaksanaan program pemulihan boleh didapati daripada pelbagai sumber.

40

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Sumber tersebut termasuklah : 1. Rekod dan laporan berkaitan.


o o o o

Latar belakang keluarga Rekod kesihatan Prestasi akademik terdahulu Minat murid Analisis ralat Kualiti kerja Ujian rujukan norma Ujian rujukan criteria Intervensi tidak formal Kuiz Probe menyiasat Analisis tugasan

2. Sampel kerja
o o

3. Pengujian
o o o o o o

4. Pentaksiran portfolio 5. Pemerhatian 6. Senarai semak 7. Skala pengkadaran 8. Temu bual

3.4

Pelaksanaan Penilaian Rekod dan Laporan

Seseorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh

pentaksiran semasa dia berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai

41

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

digunakan oleh guru pemulihan khas untuk mendapat satu gambaran yang menyeluruh berkaitan murid tersebut. Sampel Kerja

Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel

kerja yang dihasilkan murid dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat

analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari. Ujian

Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan

mentadbir ujian-ujian kepada murid.

Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut tujuan

guru : Ujian Rujukan Kriteria : tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid. Ujian Rujukan Norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian yang sama. Kuiz :

Ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada

murid tersebut memahami apa yang diajar. 42

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Probe/Penyelidikan:

Kalau seseorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh

menjalankan sesuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan, guru sebenarnya telah menjalankan probe atau penyelidikan. Pemerhatian :

Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para

profesional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid.

Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa

cara untuk merekodkan hasil pemerhatian. Temu Bual :

Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemu

bual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid. Ujian Rujukan Kriteria

URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untuk

menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu.

Biasanya kemahiran yang diuji biasanya hanya tertumpu pada satu

aspek sahaja

Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar

kepada murid dalam masa yang tertentu.

43

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Tujuannya adalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai

kemahiran tersebut.

Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan menetapkan

kriteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh, 70 peratus hingga 80 peratus. Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV

Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji

sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam tempoh berkenaan.

Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah

diajar untuk menguji murid.

Dalam borang catatan, guru menulis apabila didedahkan kepada

10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan

Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV

dan murid membaca perkataan.

Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan

tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah dikuasai.

Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang baharu.

Analisis Tugasan

44

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak

dapat menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang diberikan.

Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian

daripada kemahiran kecil tersebut.

Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya,

kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenal pasti apakah kemahiran kecil yang terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut.

Analisis Ralat

Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk

tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.

Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran

yang masih belum dikuasainya.

Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam

kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

3.5

Tindakan susulan Hasil penilaian/ujian-ujian yang telah dilaksanakan hendaklah dianalisis oleh guru. Analisis tersebut akan menjadi penentu sama ada murid-murid menghadapi masalah yang perlu dibantu dengan segera atau menjadi 45

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

panduan kepada guru untuk mengubah suai tindakannya agar sesuatu yang dilaksanakan memberi kesan positif kepada perkembangan muridmurid.

Bina alatan ujian yang sesuai mengikut aras kognitif murid untuk mentaksir dan menilai kebolehan membaca dalam kalangan muridmurid pemulihan.

4.0

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB) 4.1 Kepentingan Bahan

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBB bolehlah dirumuskan seperti yang berikut: a) b) c) d) BBB menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dalam kalangan pelajar e) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

46

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

g)

Boleh memberi pengalaman baharu dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBB seperti yang berikut: a) b) Memberi rangsangan dan minat murid-muird. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid. c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. d) Menyediakan pengalaman baharu yang tidak diperoleh dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepat perkembangan perbendaharaan kata. f) Ini mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. Sebagai rumusannya, BBB adalah sangat penting kerana dapat: a) b) Menjimatkan masa Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti murid-murid 47

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

c)

Menyeronokkan murid-murid.

4.2

Jenis-jenis Bahan

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama, iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu murid-murid dan guru itu sendiri. 4.2.1 Bahan Maujud Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta 48

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis, dan perkakas sains. Bahan maujud terbahagi kepada 3 jenis, iaitu realia asli, realia awet, dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua, iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup. Contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan baubauan murid-murid. 4.2.2 Pelbagai Media Bahan cetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya

49

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulispenulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di manamana. Selain itu, bahan ini kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat juga sukar disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman. Isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar dan mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

4.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

50

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Bahan

teknologi

maklumat

merupakan

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada muridmurid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini, guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisianperisian yang percuma disediakan oleh kerajaan. Kandungan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini jika digunakan dengan betul. Oleh itu, guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini. Selain itu, murid-murid mudah untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya, penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walau bagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

51

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

4.3

Ciri-ciri Bahan 4.3.1 Kesesuaian

a. b.

Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid.

c. d. e. f.

Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid.

sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama ada elektrik, plug, dapat digelapkan, dan sebagainya.

52

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

g.

selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidak mendatangkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

4.3.2 Pelbagai Kegunaan a. Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam pengajaran dan pembelajaran. b. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBB. c. Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, Bahasa Melayu dengan Matematik.

53

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

d.

Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi mengkukuhkan ilmu mereka.

4.3.3 Mudah Alih a. Senang dibawa, difahami, dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. b. c. Menyenangkan guru untuk menyimpan. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah.

Sediakan satu contoh Rancangan Pembelajaran Harian untuk mengajar membaca bagi murid-murid pemulihan. Bina Bahan Bantu Belajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan. Senaraikan kekuatan dan kelemahan Bahan Bantu Belajar yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

54

You might also like