You are on page 1of 2

Jurnal Minggu 3 Praktikum Fasa 1 2011 Jurnal Minggu 3 Masalah Setelah 2 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Sains, saya dapati dan berpendapat bahawa segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal. Sebagai seorang pendidik atau guru, saya merasakan bahawa guru seharusnya menggunakan corak kepimpinan atau pengendalian yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai untuk mengendalikan kelas dan mewujudkan interaksi yang berkesan dengan murid-murid menyebabkan taknik ini mempengaruhi pemupukan minat murid terhadap proses pengajaran. Analisis masalah Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar.

Menurut Mok Soon Sang : Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. Cadangan Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak

kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan muridmuridnya: Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003) Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. Tempoh penyelesaian 10 April 2011 14 April 2011 Tindakan susulan Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Catatan Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.

You might also like