You are on page 1of 5

TUGASAN HARIAN MENULIS TUGASAN HARIAN Laporan Tugasan Harian perlu dibuat dalam bentuk karangan yang ditulis

sendiri oleh pelajar. Panjang laporan anda mestilah tidak kurang daripada 250 patah perkataan. Laporan perlu ditulis di atas kertas A4. Ingat ye....pelajar dilarang melukis garisan di atas kertas A4 tersebut. Untuk laporan Tugasan Harian, pelajar tidak perlu sertakan gambar (bukti) ataupun lampiran. Pelajar juga perlu gunakan kedua-dua belah muka surat kertas A4. Bilangan Laporan Pelajar semua mestilah menyiapkan sekurang-kurangnya 8 laporan. Tidak seperti laporan Kerja Amal, pelajar bebas untuk menyentuh mana-mana nilai yang terdapat di dalam sukatan pelajaran. Ingat ye, calon hanya perlu menyentuh satu nilai sahaja bagi setiap laporan. Penyediaan laporan Bagi setiap laporan, pelajar semua perlulah menulis butiran-butiran seperti di bawah: Nama penuh : Nombor kad pengenalan : Angka giliran : Tajuk : Untuk memastikan markah yang baik pula, pelajar perlulah mengambil kira perkara-perkara di bawah: kekemasan mematuhi ketepatan masa kebersihan laporan kekemasan tulisan kekemasan penyusunan kesemua Tugasan Harian Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan) Adalah sangat penting untuk pelajar menyatakan kesan positif laporan terhadap diri calon. Calon perlu menggunakan perkataan-perkataan di bawah: Kesedaran/sedar Insaf Iktibar Perubahan sikap

Panduan Menulis Kata Kesan

Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar) Contoh: Setelah selesai membaca laporan mengenai aktiviti rakan-rakan saya menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang. Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya insaf bahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak. Iktibar ( pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal) Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa. Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti) Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang kehilangan anggota keluarga. CONTOH TUGASAN HARIAN

Pelajar semua jangan terkejut atau pun tertekan dengan hasil tugasan harian pelajar-pelajar cikgu. Cikgu tidak mahu menyekat kreativiti pelajar-pelajar cikgu. Apa yang penting kegembiraan dan kepuasan mereka. Tidak salah kalau pelajar semua sekadar menghasilkan tugasan harian tanpa hiasan seperti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar cikgu.

MENULIS LAPORAN KERJA AMAL Ingat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris. Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal A: Tajuk Aktiviti Contoh:

Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang Gotong royong membersihkan bilik darjah Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang

Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurangkurangnya 2 matlamat C: Objektif Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut D: Tarikh dan masa Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan E: Peserta Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut. Contoh

Guru rakan ibu/bapa/ahli keluarga yang lain pengurus pusat perlindungan penyelia rumah kebajikan

F: Peranan anda Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut G: Kesan Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di bawah.

sedar/kesedaran insaf iktibar perubahan sikap

BAHAGIAN B

Cadangan kerja amal Bidang Perkembangan Diri (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja) Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan

Nilai kerajinan:

Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan

Nilai kasih sayang


Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal

Nilai bertanggungjawab/berdikari

Membersihkan bilik sendiri Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri

Nilai kepercayaan kepada Tuhan

Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikira sebagai kerja amal)

Bidang Kekeluargaan (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja) Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan

Kasih sayang terhadap keluarga


beri adik/ahli keluarga yang uzu makan mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga
4

pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian rawat ahli keluarga yang sakit bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga

Tanggungjawab terhadap keluarga


bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal) bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll) bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah

Bidang Alam Sekitar (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti) Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo, rumah ibadat dll.

Apa sahaja kerja amal membersihkan


menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah) membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi) menanam pokok

You might also like