You are on page 1of 32

Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan

Dr Ahmad Ali Bin Seman (Program Sejarah, Politik dan Strategi, UKM) aasw@ukm.my Warti bt Kimi (Jabatan Sains Sosial, IPG KPI) kimiwarti@yahoo.co.uk Saipo bin Ayub (Jabatan Sains Sosial, IPG KPI) saipoayub@rocketmail.com ABSTRAK: Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan multikultural adalah satu teori mengenai kepelbagaian budaya kaum yang beragam untuk dihargai dalam mewujudkan kebudayaan masing-masing di Malaysia. Konsep pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik di IPG KPI dan sejauhmanakah ianya dapat memupuk pemahaman terhadap kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia terutamanya kepada bakal guru yang dilatih di IPG - KPI. Selain itu, artikel ini juga akan membincangkan kepentingan dan kaitannya antara mata pelajaran Hubungan Etnik yang dilihat sudut perspektif Islam. Pendidikan Multikultural juga dapat dilihat amat bersesuaian diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik kerana ia mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi Nasional melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Hubungan Etnik dalam kalangan siswa IPGM. Kandungan Program atau aktiviti dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu berbeza dengan mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hasil daripada perbincangan menunjukkan pendidikan Multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik dari perspektif Islam sesuai dan dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran dalam kalangan pelajar di IPG KPI. Pemahaman ini penting kerana apabila mengajar kelak, siswa IPGM akan berhadapan dengan para murid dari pelbagai kaum. Melalui pendekatan pendidikan multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik mereka akan berjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran etnik dan semua murid daripada pelbagai kaum. Kata Kunci: Pendidikan multikultural, Kepelbagaian budaya, mata pelajaran Hubungan Etnik, perspektif Islam,

PENGENALAN 1

Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Pendidikan multikultural atau kepelbagaian budaya wajar diberi ruang dan peluang dalam mata pelajaran Hubungan Etnik untuk membantu meningkatkan lagi pemahaman kepelbagaian budaya dalam kalangan siswa IPGM. Perlu disedari bahawa unsur kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik di IPGM bagi memberi kefahaman kepada pelajar tentang kedudukan mereka dalam masyarakat, peranan dan sumbangan yang perlu dimainkan dan keutamaan memelihara serta mengukuhkan perpaduan sebagai asas kestabilan dan pengukuhan jati diri bangsa Malaysia. Oleh sebab itu, pentafsiran bahan-bahan sejarah hendaklah merangkumi perspektif tertentu yang dapat mengarah kepada perpaduan dan integrasi nasional, di mana setiap pelajar dapat menerima, memahami, mengiktiraf dan menghargai keberadaan, kebudayaan, keterlibatan dan sumbangan kaum-kaum lain dalam agenda pembangunan negara dan pembentukan bangsa Malaysia. Ini penting kerana para pelajar di IPGM merupakan calon guru dan golongan yang paling sesuai memupuk semangat patriotisme perpaduan dalam kalangan dengan generasi muda (Ahmad Ali Seman,

2011). Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, maka Islam bukan setakat sebuah agama, ia dapat menjadi panduan kepada para pendidik untuk mentafsir sebuah sistem masyarakat yang sesuai sepanjang zaman, sesuai dengan sifatnya sebagai agama wahyu yang disampaikan melalui para Rasulnya. Dalam isu pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dalam mata pelajaran Hubungan Etnik ini,

pemahaman tentang pendidikan multikultural boleh menggunakan prinsip-prinsip asas yang berkaitan dengan isu kepelbagaian budaya seperti yang telah termaktub dalam prinsip asas keadilan dan persefahaman yang dianjurkan agama Islam. Berasaskan teori multikultural (kepelbagaian budaya) terdapat tiga perspektif utama yang bersesuaian bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik untuk memupuk perpaduan dan pembentukan integrasi nasional. Pertama, multikultural (kepelbagaian budaya) melihat dari perspektif sejarah budaya yang dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang unsur kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita Malaysia. Menurut Hassan (1994) kefahaman yang hendak diwujudkan dalam diri pelajar ialah, mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3) mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk dalam diri pelajar. Menurut Fatimah Daud (1984) persefahaman budaya ialah kesediaan setiap kaum menerima, mengakui, memahami dan mengiktiraf unsur kebudayaan kaum lain. Selain daripada itu, melalui persefahaman seperti ini, proses asimilasi budaya dapat diterima dengan hati yang

terbuka dan tidak menimbulkan konflik. Kedua, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi. Dengan pemahaman ini tidak timbul prasangka, prejudis dan perasaan negatif terhadap kaum lain, setiap kaum

akan lebih bersedia untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain sebagai warganegara sebuah negara dan satu bangsa. Zakiah Hanum (1989) berpendapat setiap kaum hendaklah mengetahui kedudukan dan peranan mereka, menerima kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama bagi mengelakkan konflik perkauman dan yang paling penting sentiasa mengamalkan tolak ansur dalam hubungan antara kaum. Shamsul Amri (2007) sendiri menegaskan kepentingan setiap kaum untuk mengenali perbezaan dan mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia. Ketiga, pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) dari perspektif sejarah kebangsaan dengan matlamat menyatukan unsur kepelbagaian budaya yang ada berintegrasi membentuk identiti kebanggaan sebagai satu bangsa Malaysia. Melalui perspektif ini, asas-asas pembentukan negara bangsa melalui Falsafah Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan diberikan kefahaman secara menyeluruh. Melalui cara ini, siswa IPGM mengenal dan menghayati simbol-simbol dan lambang-lambang negara serta memahami proses integrasi budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Umpamanya siswa IPGM menjadi begitu sensitif dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan secara perundingan yang telah melibatkan ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu sehingga wujud dalam diri siswa semangat jati diri yang tinggi dan cintakan negara sehingga sanggup berkorban untuk memastikan negara tidak dijajah buat kali kedua. Pengalaman yang melibatkan unsur emosi, afektif dan kognitif inilah yang cuba diketengahkan dalam pendidikan multikultural (kepelbagaian budaya) melalui mata pelajaran Hubungan Etnik di IPGM. Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian budaya) dalam Mata pelajaran

Hubungan Etnik dari Perspektif Islam

Hubungan etnik merujuk kepada interaksi antara etnik-etnik yang berbeza atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama. Isu hubungan etnik di Malaysia telah menjadi isu yang sering kali mendapat perhatian dalam merancang dasar pembangunan negara sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Untuk mengeratkan hubungan etnik di Malaysia, kerajaan telah menggunakan pendidikan sebagai alat perpaduan bangsa. Perpaduan bangsa telah menjadi asas dalam perancangan pendidikan negara kita seperti yang terdapat dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam hal ini, pemupukan perpaduan ke arah integrasi nasional diharap dapat dicapai untuk mengelakkan polarisasi atau perpecahan dalam kalangan etnik di Malaysia. Oleh itu, pendidikan multikultural dalam mata pelajaran Hubungan Etnik boleh menjadi wadah yang dipercayai untuk mencapai matlamat tersebut (Ahmad Ali bin Seman, 2009). Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum. Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada : (1) memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal (perspektif universal), (2) mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik (perspektif etnik) dan (3) mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka (perspektif budaya).

Perlu disedari bahawa, kepelbagaian budaya di Malaysia adalah bersesuaian dengan prinsip Islam dalam isu etnisiti. Dalam hal ini Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Saling faham memahami, kenalmengenal, menghormati, bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT dan bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah al-Hujurat 49: 13 Dalam mata pelajaran Hubungan Etnik konsep-konsep yang boleh mewujudkan timbulnya semangat perkauman kesan daripada sentimen prejudis, rasisme, prasangka, etnosentrisme dan pelbagai konsep sosiologi telah diterangkan. Dalam hal ini, Islam juga menganjurkan agar menghormati peribadi orang lain dan melarang mencemuh, mengutuk atau memanggil dengan panggilan yang tidak disukai terhadap orang lain. Justeru, setiap orang perlu memelihara dan menghormati kehormatan peribadi dan kehormatan antara warga masyarakat tanpa mengira agama seperti yang ditekankan dalam Surah al-Hujurat yang bermaksud: 6

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggilmemanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Surah al-Hujurat 49: 11 Daripada maksud ayat tersebut dapat dibuat rumusan bahawa kewujudan pelbagai etnik, bangsa dan suku kaum adalah satu realiti yang memang perlu disedari yang diadakan oleh Allah swt, malah manusia telah diberi peringatan untuk tidak melakukan kejahatan. Kesimpulannya, dalam negara yang mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan kaum itu sangat-sangat dikehendaki untuk saling menghormati antara satu sama lain dan hak orang lain, pemahaman terhadap bangsa atau kelompok atau etnik lain sangat perlu agar dapat melahirkan suasana yang aman antara kelompok-kelompok atau bangsa-bangsa tersebut. Ghazali Basri (1991) menegaskan sikap asabiyyah itu diharuskan sehingga ia tidak membawa kepada fahaman kesukuan melampau atau faham kebangsaan sempit sehingga boleh membawa kepada persengketaan. Menurut Nazri Muslim et al (2011), sikap atau perasaan asabiah sering

disalahtafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat dan bekerjasama di atas landasan bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami sebagai semangat perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang sangat mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup

berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Di sini kemenangan yang penting, bukannya kebenaran. Mereka membela kaum sendiri walaupun perbuatan tersebut membawa ketidakadilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan menjadi masalah dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti kepada Islam dan disertai dengan kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam (Yusuf, 1996: 24). Menurut Fathi (1997: 121), asas kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara sehingga menghasilkan kepelbagaian manusia ini adalah satu keunikan dan

keistimewaan yang patut dihayati bagi merangsang serta menggalakkan berlakunya interaksi, kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya pengasingan atau konflik. Manusia secara keseluruhannya tanpa mengira batas tempat dan masa adalah sama di sisi Islam dalam konteks kemanusiaan dan harga diri lantaran di pandang satu di sisi Allah meskipun berbeza sifat fizikal dan budaya. Begitu juga perbezaan agama di kalangan manusia adalah berlaku dengan kehendak Allah yang memberi kebebasan kepada makhluknya untuk membuat pilihan sama ada untuk beriman atau tidak. Dalam pendidikan multikultural, konsep-konsep ini diterapkan melalui aktiviti yang terancang dan tidak jumud hanya di dalam kelas sahaja. Haydin et. al. (1997) berpendapat untuk menguruskan perubahan tingkahlaku pelajar ke arah matlamat yang diinginkan, faktor kepelbagaian kaedah menjadi indikator utama kejayaannya. Oleh itu melalui mata

pelajaran Hubungan Etnik, pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh membawa mereka lebih memahami maksud kepelbagaian budaya dan kaum. Sewajarnya mata pelajaran Hubungan Etnik ini diajar pada semester ke-2 yang mana ia mendekatkan diri mereka ke arah suasana kemerdekaan, aktiviti menyelongkar budaya etnik dengan

mengadakan temu bual dan kajian ke tempat-tempat terpilih akan menjadikan mata pelajaran Hubungan Etnik berbeza dengan mata pelajaran Sejarah. Inilah yang telah ditekankan oleh Banks (2001) yang menyatakan kepelbagaian budaya merupakan konsep atau idea berkaitan kepercayaan, pengakuan dan pengiktirafan terhadap keberagaman dan unsur kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud yang mempengaruhi gaya hidup, pengalaman sosial dan identiti peribadi sesuatu bangsa. Pendidikan kepelbagaian budaya bertujuan untuk: (1) membangunkan kefahaman tentang budaya kaum lain, (2) Membentuk sikap terhadap kebudayaan dan kepelbagaian bangsa dan (3) Merupakan proses mempelajari pengalaman baru tentang nilai-nilai dan budaya orang lain. Pendidikan multikultural melalui mengikut pandangan Banks bukan sahaja dapat menepati kehendak yang terpancar dalam Surah Hujarat tetapi juga dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan multicultural juga bersesuaian dengan konsep Islam dalam isu etnisiti, menurut Yusuf (1989: 4), Islam sentiasa menjalinkan perhubungan antara orang Islam dengan bukan Islam atas asas-asas yang kemas dan padu merangkumi sifat toleransi, keadilan, amal kebajikan dan belas kasihan yang belum pernah ditemui oleh sejarah kemanusiaan sebelum Islam. Maka, penganut Islam dituntut berbuat amal kebajikan dan melaksanakan keadilan kepada seluruh manusia biarpun orang itu terdiri daripada orang bukan Islam selama mereka tidak menentang Islam. Namun, yang menjadi kepada konflik antara manusia yang berlainan agama dan etnik apabila manusia itu dikalahkan oleh hawa nafsu, perasaan fanatik, fikiran yang sempit dan mementingkan diri sendiri. Nyatalah melalui mata pelajaran pendidikan multicultural dalam Hubungan Etnik, konflik antara kaum dapat diatasi. Malah dapat meningkatkan kefahaman terhadap kaum lain.

Nyatalah di sini bahawa istilah kepelbagaian budaya (multy cultural), seperti yang dinyatakan oleh Will Kymlieka (2002), merupakan fahaman atau idea berkaitan penghargaan dan keadilan setiap etnik minoriti berhubung hak-hak universal bagi diri dan komunitinya yang bersifat kesatuan untuk menonjolkan identiti budaya masyarakatnya. Stavenhagen (1986) juga menegaskan konsep multikultural adalah realiti sosial dalam kumpulan masyarakat yang heterogen iaitu perlu satu keyakinan, fahaman, sikap atau pertimbangan untuk menghargai kemajmukan etnik dan budaya dalam sesebuah negara untuk terus dipelihara perlu ditekankan dan dikembangkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik. Dalam hal ini, kenyataan Blum (2001) menyokong pendapat tersebut dengan menyatakan : Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman, penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka. Jadi jelas kepada kita kepelbagaian budaya merujuk akan dua kata tugas utama iaitu perbezaan dan penghargaan. Oleh sebab itu pendekatan kepelbagaian budaya bukan melihat kepada rasa kepunyaan tetapi lebih kepada pemahaman, kesedaran untuk menghargai apa juga realiti yang wujud dalam konteks masyarakat yang majmuk dan plural sifatnya bersesuaian dengan Islam, menurut Muhammad (1987: 273) yang merupakan seorang pakar perundangan Islam telah menggambarkan perhubungan masyarakat yang disusun oleh Islam antara orang Islam dan bukan Islam ditegakkan di atas dasar kebaikan, kemuliaan, keadilan, lemah-lembut, permesyuaratan, kepentingan bersama dan tolong-menolong serta mencegah dari keburukan yang boleh

menghancurkan masyarakat. Sifat-sifat ini dapat menjalinkan perpaduan di kalangan

10

pelbagai etnik tanpa mengira warna kulit dan tiadanya perbezaan. Menurut Blum (2001) tiga sub nilai dalam pendekatan kepelbagaian budaya yang perlu difahami iaitu: (1) menegaskan identiti budaya yang diterimanya; (2) memahami dan belajar kebudayaan etknik-etnik lain; serta (3) menilai dan menerima perbezaan budaya yang wujud tanpa rasa sangsi.

Dalam erti kata lain wujudnya kepelbagaian budaya tidak bermakna sesuatu kumpulan itu telah hilang identiti budayanya, sebaliknya kepelbagaian itu merupakan kebaikan positif untuk dihargai dan dikembangkan. Dalam multikulturalisme, terdapat dua perkataan yang perlu diberi perhatian iaitu perbezaan dan penghargaan yang selama ini sering

dibincangakan dalam perdebatan pendidikan multikulturalism. Kerana itu dalam pendekatan multikulturalisme, pemilikan memberi maksud memiliki atau dimiliki budaya tertentu, tetapi berlandaskan pada kesedaran untuk menghargai dan menghormati yang berasaskan semangat toleransi dan pakatan murni antara kaum terhadap rumusanrumusan berdasarkan realiti keperluan masyarakat yang sedia ada. Keanekaragaman budaya bukan faktor penentu pemecah-belah bangsa, melainkan diharapkan mampu menjadi rencah kehidupan bagi mengikat kaum-kaum yang ada di Malaysia. Nazaruddin Mohd Jali (2001) mengamati perubahan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih (cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi. Seterusnya, kepelbagaian budaya mengikut pendapat Aziz Deraman (1994) merujuk kepada satu bentuk penerimaan, mempertemukan persamaan, menghargai keunikan dan mewujudkan persefahaman bersama tentang budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia telah menerima dan menetapkan bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) adalah

11

tonggak bagi mewujudkan identiti nasional, oleh sebab itu, pengajaran Sejarah Budaya turut menekankan kefahaman pelajar tentang DKK yang berlandaskan tiga prinsip, iaitu : 1. 2. 3. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dapat diterima Nilai-nilai Islam yang membentuk DKK Dalam Perlembagaan Malaysia telah termaktub dengan jelas larangan membicarakan sebarang isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein Ali, 1990). Oleh sebab itulah, satu formula bagi mengelakkan hal ini berlaku ialah perlu didedahkan dengan pendidikan multikultural agar dapat pelajar memahami, menerima

kepelbagaian, menghargai keunikan, mengakui realiti hubungan dan dalam masa yang sama memupuk perpaduan dan membuang jauh prasangka perkauman. Bakal guru

hendaklah mengetahui dan memahami kepelbagaian budaya ketika menerapkan elemen perpaduan dalam pengajaran. Penjelasan dan aktiviti yang hendak dilaksanakan haruslah memberi pertimbangan kepada unsur aplikasi nilai kepelbagaian budaya dan perkaitannya dengan kehidupan realiti pelajar di tengah masyarakat. Anderson (1983) menegaskan unsur kepelbagaian budaya dalam pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menonjolkan konsep sejarah budaya, sejarah etnik dan

sejarah bangsa yang mempunyai kaitan dengan kehidupan masa kini kerana ketigatiganya memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat. Menanggapi persoalan ini, Ahmad Ali Seman (2009) sendiri menegaskan keupayaan membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada pendidikan di sekolah, institusi pendidikan perguruan dan pra sekolah secara amnya serta pelaksanaan kurikulum kepelbagaian budaya dalam sejarah secara khususnya. Oleh sebab

12

itu, kegagalan guru memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang. Pemikiran Dadang Supardan (2004) pula menyatakan perspektif pengajaran kepelbagaian budaya amat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran sejarah ( diperingkat IPG adalah mata pelajaran Hubungan Etnik) untuk membentuk Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Perkara ini disokong oleh Mansor Mohd Nor (2006) iaitu pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya sebenarnya mampu membentuk sosialisasi dalam kalangan pelajar ke arah integrasi nasional. Ramai tokoh akademik seperti Syed Hussein al-Attas (1982); Syed Hussein Ali (1990); dan Shamsul Amri Baharuddin. (2007) menegaskan peri pentingnya menerapkan pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya dan identiti kebangsaan dalam pengajaran di sekolah tetapi sehingga kini kurang dilaksanakan secara berkesan. Berasaskan pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian budaya dengan menggunakan kaedah yang lebih inovasi berorientasikan pelajar bagi menentukan keberkesanan ke arah pembentukan integrasi nasional, pengajaran kepelbagaian budaya dalam subjek tersebut dapat menjadi satu model alternatif pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam membentuk Integrasi Nasional dan melahirkan satu bangsa Malaysia melalui guru-guru yang dilatih oleh IPG. Isu dan masalah hubungan antara etnik ketara berlaku dalam kalangan negara membangun yang belum melepaskan diri daripada pengaruh tradisi dan adat resam berbanding negara-negara maju yang lebih terbuka, sebab itulah institusi pendidikan guru seharusnya berfungsi sebagai agen penyatuan melalui kurikulum yang berlandaskan nilainilai perpaduan. Jelaslah, perkembangan globalisasi telah mengubah persepsi pelajar tentang hubungan kaum, polarisasi boleh dikurangkan dan persefahaman dapat

13

diwujudkan melalui kebijaksanaan guru mengelola situasi belajar dan menyediakan aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai-nilai perpaduan. Menurut Ahmad Ali Seman (2009), etnik minoriti dalam sesebuah negara tidak boleh diketepikan dalam program pendidikan, oleh sebab itu kurikulum yang digunapakai seharusnya menggunakan elemen-elemen tempatan dan nasional menurut perspektif yang menyeluruh, supaya menjadi model yang dapat digunakan untuk membentuk keperibadian nasional. Usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum terus digerakkan secara konsisten, terutama setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei yang mengingatkan kita betapa hubungan antara kaum adalah tonggak utama kestabilan dan kemajuan Negara, tanpa sikap prejudis dan anti rasis. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran rakyat berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : (1) menerima dan menghargai identiti setiap kaum, (2) menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup), (3) menghargai keunikan budaya dan (5) mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama dan (6) bersekutu memajukan bangsa. Semua elemen ini adalah cerminan daripada pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dimuktamadkan ketika Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1980. Unsur kekuatan bagi Negara Malaysia ialah keutuhan hubungan antara kaum dengan satu kesedaran bahawa kepincangan hubungan atau kewujudan jurang yang melebar akan memberi implikasi yang besar kepada isu-isu perpaduan dan penyatuan bangsa. Manzo (2004), mengakui peranan pendidikan sejarah sebagai alat yang berupaya membentuk generasi menyayangi pemimpin-pemimpin

14

Negara, menghayati sejarah bangsa dan membentuk intergrasi kaum yang kukuh dan mantap. Dalam hal ini, bagi pelajar di IPGM sewajarnya bakal guru juga dilibatkan dengan aktiviti yang menyerupai upacara yang akan berlaku di sekolah agar mereka juga memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan

upacara tersebut sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah kelak. Khoo Kay Kim (1997) menyatakan, tradisi nilai budaya, kepercayaan dan peralatannya dapat menjadi intipati pengajaran untuk meningkatkan penerimaan, pengiktirafan dan penghormatan terhadap budaya antara etnik di Malaysia walau di mana sahaja murid berada. Berdasarkan kepada pengetahuan akan menjadi lebih mantap dan kukuh sekiranya amalan menjadi pengalaman yang dilakukan setiap hari. Menurut Awang Had Salleh (1980), Abdul Rahim Abdul Rashid, (1997) dan Banks (1994), institusi pendidikan merupakan platform yang amat bersesuaian untuk menjayakan matlamat perpaduan, kerana sekolah berupaya menjadi agen perwarisan nilai dan kebudayaan disebabkan unsur keberagaman murid dan kepelbagaian yang wujud. Pendapat ini memang wajar kerana institusi sekolah merupakan badan yang dekat dengan masyarakat dan permulaan bagi kanak-kanak dan remaja membina karakter dan memahami kepelbagaian. Omar Mohd Hashim (1992) menyokong hujah ini dengan mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan prasangka baik terhadap orang lain dan secara tidak langsung menggalakkan mereka menghormati perbezaan dan mencari persamaan, agar tidak timbul konflik dan pertelingkahan. Hal ini selaras dengan pandangan Anderson (1983) bahawa unsur kepelbagaian budaya perlu diberikan

15

perhatian menurut konteks budaya, etnik dan kebangsaan kerana pengaruh besarnya terhadap pembangunan negara dan pembentukan bangsa. Malahan Lomas (1990) berpendapat pembelajaran sejarah sosial akan mudah dihayati dan dipelajari jika latar belakang budaya, etnik dan nilai-nilai bangsa diperincikan ketika pengajaran Hubungan Etnik. Berasaskan pandangan-pandangan ini, pengajaran dan pembelajaran Hubungan Etnik tidak boleh lagi berfokus kepada sistem politik, sejarah negara, sejarah pembangunan negara semata-mata sebaliknya,

perbincangan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik perlu mengarah dan melihat aspek sosial kemasyarakatan kerana isu-isu yang berkaitan masyarakat adalah sesuai dengan konteks masyarakat Malaysia yang majmuk dan menjadikan bahan pelajaran Hubungan Etnik lebih dekat dengan pelajar. Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia. Pengajaran dan kaedah memang tidak dapat dipisahkan kerana jika bahan yang baik disediakan tetapi kaedah yang diterapkan tidak proaktif dan hambar, pengajaran tidak akan berlangsung dengan jayanya.

16

Pada masa kini, mata pelajaran Hubungan Etnik menghadapi pelbagai cabaran seiring dengan perubahan

yang diajar di IPGM persekitaran yang berlaku

melibatkan ledakan teknologi maklumat dan persepsi pelajar yang menganggap mata pelajaran Hubungan Etnik adalah sama seperti mata pelajaran pelajaran Sejarah yang bersifat statik, lapuk, stereotaip dan tidak menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum serta lebih bersifat malay centris. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat industri yang mementingkan keperluan tenaga kerja di bidang teknikal, mata pelajaran Hubungan Etnik seringkali diabaikan dan tidak diberikan perhatian malah dipandang mudah oleh pelajar. Inilah antara sebab kenapa pelajar bukan Melayu tidak berminat dengan mata pelajaran Hubungan Etnik kerana beranggapan bahawa mata pelajaran ini sama dengan tajuk-tajuk yang terpaksa mereka ulangi ketika berada di sekolah menengah dahulu. Rata-rata pelajar yang ditemu bual tidak gemar dengan mata pelajaran Sejarah, malah ada yang langsung tidak dapat mengingati fakta-fakta dalam Sejarah. Menyedari akan hakikat inilah, pendekatan pengajaran Hubungan Etnik perlu diberi nafas baru iaitu dengan menonjolkan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif Sejarah budaya, Sejarah etnik dan Sejarah kebangsaan diketengahkan, bagi menjadikan mata pelajaran Hubungan Etnik dan bahan pelajarannya lebih dekat dengan kehidupan pelajar pelbagai kaum, bukan hanya memberi tumpuan kepada kehidupan masyarakat Melayu dan perjuangan mereka sahaja, tetapi turut memberi tempat kepada kehidupan budaya, keistimewaan kaum-kaum lain dan pemikiran kaum-kaum lain di negara ini yang lebih membuka ruang ke arah elemen perpaduan dan membentuk persefahaman tentang situasi masyarakat majmuk di negara ini.

17

Senario pengajaran Sejarah di sekolah seolah-olah gagal untuk melengkapkan pelajar dengan unsur jati diri seperti matlamat Pendidikan Sejarah. Syed Hussein Ali (1990) telah lama menekankan kepentingan mewujudkan lambang-lambang identiti kebangsaan (negara) agar mudah dikenal dan sekaligus menyatupadukan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, selepas 53 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia, khasnya dalam kalangan pelajar yang masih gagal mengenal identiti kebangsaan dan simbol kebangsaan. Lee (2002) mengakui kurikulum Sejarah adalah saluran yang tepat untuk membicarakan tentang transformasi sosial masyarakat di Malaysia dan pembentukan identiti seragam. Keupayaan membina bangsa Malaysia yang bersatu padu dan saling bertolak ansur tidak dapat tidak berakar daripada pendidikan di sekolah secara amnya dan pelaksanaan kurikulum sejarah secara khususnya. Oleh sebab itu, kegagalan guru Sejarah memanfaatkan masa pengajaran untuk mewariskan nilai-nilai berkenaan akan memberi implikasi buruk dalam jangka masa panjang. Mimpi buruk ini seolah-olah diulang semula apabila pemerhatian dibuat di IPG KPI mendapati bahawa ramai pelajar merasa tertekan ketika pertama kali diperkenalkan dengan mata pelajaran Hubungan Etnik pada peringkat awal kerana tajuk dalam mata pelajaran tersebut yang mengarah ke arah zaman penjajahan British, zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik memaksa mereka untuk belajar semula sejarah, malahan mereka juga masih lagi tidak lupa dengan gaya pengajaran guru yang hanya menggunakan buku teks untuk mengajar sejarah, chalk and talk dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, pensyarah yang telah bersiap siaga menghadapi pelajar, telah menyediakan aktiviti yang boleh merangsang pemikiran dan minat pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan aktiviti

18

yang melibatkan program-program ke luar daripada bilik darjah seperti Program Laluan Etnik ke sebuah perkampungan Orang Asli di Hulu Tamu Hulu Yam Selangor. Program ini bukan sahaja telah menaikkan semangat dan motivasi pelajar pelajar malah telah berjaya mengubah persepsi pelajar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran pengajaran.

mata pelajaran Hubungan Etnik yang keluar daripada ruang lingkup

Ternyata Program Laluan Etnik yang mematangkan pelajar dengan realiti masyarakat dan budaya Orang Asli Temuan yang sebenar. Situasi yang tidak pernah dikecapi ketika berada di bangku sekolah dan ini benar-benar telah memberi kesedaran dan pemahaman yang tinggi kepada para pelajar tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. Keupayaan pelajar untuk menerima, memahami dan menghargai perbezaan yang wujud antara kaum dalam konteks budaya, dapat dilihat lebih baik dan berjaya membentuk persefahaman yang baik tentang cara hidup dan keberagaman yang wujud dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Menerima perbezaan bererti mengakui setiap kaum mempunyai keunikan dan keistimewaan. Sanusi Osman (1989) menganggap kerapuhan dalam membentuk persefahaman antara etnik boleh diatasi jika setiap daripada kaum tidak melihat perbezaan sebagai satu halangan dan berusaha memahami antara satu sama lain. Peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar ke arah memahami kepelbagaian dan keberagaman antara kaum melalui pengajaran kepelbagaian budaya membuktikan bahawa inovasi yang dilaksanakan melalui perspektif Sejarah Budaya yang menerapkan tentang warisan budaya masyarakat seperti cara hidup, adat resam dan kepercayaan serta keunikan dan keistimewaan setiap kaum telah membentuk kesedaran dan persefahaman yang baik dalam diri pelajar.

19

Pelajar-pelajar menunjukkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara hidup, adat resam dan budaya kaum lain berdasarkan pandangan, idea dan pemikiran yang diluahkan melalui tugasan dan aktiviti pembelajaran. Pelajar juga dapat bergaul dengan baik tanpa sebarang prasangka antara kaum. Hal ini dibuktikan berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan di mana pergaulan yang wujud antara kaum dalam melaksanakan aktiviti adalah memberangsangkan dan amat baik. Majoriti pelajar juga mengakui dapat bekerjasama dengan kaum-kaum lain, biarpun berlainan budaya malah terdapat kecenderungan dalam kalangan pelajar mengetahui dan ingin mendalami budaya kaum lain. Setidak-tidaknya pengetahuan dan kefahaman mereka tentang budaya kaum lain ini telah mengubah persepsi mereka dan membentuk sikap yang lebih positif terhadap unsur kepelbagaian budaya. Peningkatan positif dapat dilihat dari segi sikap dan pemikiran pelajar tentang aspek demografi etnik berkaitan asal usul dan latar belakang mereka, termasuklah

berkaitan cara hidup, amalan kepercayaan dan adat resam mereka. Budaya Malaysia yang merujuk kepada budaya etnik dapat diterima oleh pelajar kerana realiti yang dilihat oleh mereka setiap hari telah menghakis sebarang prasangka malah dapat berkongsi cita rasa dan menjunjung tinggi nilai-nilai muhibah yang diakui antara faktor utama keunikan budaya bangsa Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan, bahawa peranan dan sumbangan mata pelajaran boleh diperluaskan jika strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang digunakan menyokong kegiatan pembelajaran dan menepati ciri-ciri pengajaran yang dikehendaki oleh pelajar. Cara pensyarah mentafsir bahan, membuat ulasan dan mengaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku baik di dalam atau di luar negara tentang perpaduan juga dapat memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan sikap

20

tolak ansur antara kaum dalam pelbagai aspek, tambahan pula Malaysia memang terkenal sebagai salah sebuah negara yang mempunyai nilai perpaduan yang tinggi. Sesuai dengan saranan oleh Cheah Boon Kheng (2002) yang menyatakan bahawa semua kaum perlu diberikan peranan dan usaha mereka perlu diberikan pengiktirafan, barulah toleransi dapat wujud secara harmoni dan tanpa paksaan semuanya ini bermula di peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar dan generasi muda masa kini tidak mengambil endah dan tidak memberi perhatian terhadap ciri-ciri identiti kebangsaan, sedangkan dalam membentuk dan mewujudkan perpaduan, pengetahuan, pemahaman dan penghayatan terhadap nilai-nilai kebangsaan dan identiti sepunya ini amatlah penting seperti pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara, Falsafah Kebudayaan Kebangsaan, Perlembagaan Negara, logo dan jata Negara, lagu Negara ku, Jalur Gemilang dan pelbagai lagi simbol dan lambang yang lain. Malahan identiti sepunya ini tidak terhad kepada lambang-lambang negara tetapi juga lambang-lambang budaya yang telah diterima umum seperti pakaian setiap kaum, makanan setiap kaum, perayaan setiap kaum, kebudayaan kaum dan permainan setiap kaum. Semuanya ini perlu diterima, dihargai dan menjadi satu unsur keunikan bagi negara kita Malaysia. Jika ada usaha, kaum lain yang berminat mempelajari adat resam dan budaya kaum lain melalui kajian ilmiah, hal ini merupakan sumbangan besar yang perlu diiktiraf dan diperkembangkan. Sikap dan semangat untuk berintegrasi akan wujud jika seseorang telah mempunyai kefahaman dan nilai persefahaman tentang budaya kaum-kaum lain, sedia bertolak ansur dengan kaum-kaum lain yang turut memberi sumbangan dan usaha ke arah pembangunan negara serta memahami dan menghayati lambang-lambang identiti kebangsaan yang melibatkan lambang negara atau lambang kebudayaan.

21

Sanusi Osman (1985) mengakui hanya melalui pelajaran tentang etnik dan budaya, integrasi nasional dapat dibentuk dan dikembangkan. Dalam situasi masyarakat heterogen pada hari ini, isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum perlu diketengahkan secara bijaksana, agar pelajar mendapat kefahaman yang mendalam, melalui pemikiran sebenar yang telah dipupuk sejak sekolah, pelajar akan meningkat dewasa dan kembali kepada masyarakat dengan pemahaman sejarah yang sebenar. Hal ini akan mempengaruhi cara dan bentuk tindakannya pada masa akan datang. Mereka memahami sejarah dan bertindak dengan cara yang lebih rasional. Konflik antara kaum yang pernah dialami dan berlaku di negara kita dapat dijadikan satu pengajaran termasuk juga memberikan contoh-contoh pergolakan yang berlaku di luar negara, agar pelajar menghargai nikmat perpaduan dan sedia berkongsi dengan kaum lain satu identiti yang sama, sebagaimana saranan gagasan 1 Malaysia, menjadi satu bangsa yang harmoni dalam unsur kepelbagaian dan kemajmukan. Oleh kerana elemen perpaduan bersangkutan dengan perasaan, ekspresi, imaginasi, pengalaman empatik dan pengetahuan sedia ada, idea sejarah boleh dikembangkan juga melalui potensi bakat pelajar berasaskan keingintahuannya tentang tajuk pelajaran (Abdul Rahim Rashid, 1999) misalnya ketika membahaskan aspek kebudayaan antara etnik, pelajar perlu diberikan kebebasan untuk memperlihatkan kefahaman mereka melalui aktiviti emosi dan unsur-unsur imaginatif seperti mendeklamasikan sajak tentang budaya masyarakat, bercerita, berdialog, berdrama dan melagukannya dalam bentuk koir, boria atau syair. Pengajaran Hubungan Etnik akan menjadi lebih pelbagai dan ada gabungjalin dengan aspek bahasa serta unsur sastera.

22

Mansor Mohd Nor (1998) menyatakan bahawa kaum Cina tegar dengan prinsip yang dipegang oleh mereka berbanding kaum lain. Selain daripada itu terdapat perbezaan yang signifikan toleransi kaum bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berdasarkan etnik. Ini menunjukkan perubahan sikap ke arah kerjasama antara kaum diperlihatkan oleh pelajar-pelajar kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan dengan jelas kaedah yang digunakan dalam pengajaran terhadap kumpulan rawatan adalah berkesan. Sebenarnya kesediaan kaum lain untuk menerima dan mengiktiraf identiti kebangsaan seperti Lagu Kebangsaan, Falsafah Negara, Bunga Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain masih pada tahap yang belum memuaskan melainkan kaum Melayu. Hal ini demikian kerana pengaruh persekitaran dan realitinya masyarakat tidak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda tentang aspekaspek tersebut, malahan bahasa kebangsaan terus dipinggirkan dalam masyarakat perniagaan dan ekonomi, malahan perlakuan masyarakat sendiri tidak menggambarkan kefahaman mereka tentang ciri-ciri identiti kebangsaan tersebut.. Mohd Taib Osman (1969), mengamati perubahan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah disebabkan pertembungan dua masyarakat atau lebih (cultural contact), menerusi proses : (1) Adaptasi, (2) Diffusi dan (3) Asimilasi. Jadi persefahaman, toleransi dan identiti kebangsaan adalah acuan yang perlu ada sebelum nilai-nilai integrasi dapat diperkukuhkan. Sebab itulah dalam Perlembagaan Malaysia, telah termaktub dengan jelas larangan membicarakan sebarang isu sensitif berkaitan unsur kebudayaan setiap kaum kerana boleh mencetuskan ketegangan (Syed Hussein Ali, 1990). Hal ini demikian, kerana aspek persefahaman budaya adalah yang paling menyumbang ke arah proses integrasi itu sendiri.

23

Hasil temu bual yang dijalankan dengan pensyarah dan pelajar, mereka memberikan respons yang positif tentang interaksi yang berlaku dalam kelas Hubungan Etnik setelah menggunakan pengajaran berteraskan perspektif kepelbagaian budaya, malahan pelajar-pelajar menyatakan keseronokan mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikelolakan oleh pensyarah kerana menerapkan pelbagai kaedah yang menarik dan memudahkan mesej di dalam topik Mata Pelajaran Hubungan Etnik untuk difahami seperti apa yang telah dialami melalui Program Laluan Etnik. Rumusan dan cadangan Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik di IPG Pendidikan dan pembelajaran yang berteraskan kepelbagaian budaya ternyata bersesuaian dengan prinsip asas Islam, malah mempunyai tujuan yang murni untuk melahirkan generasi pelajar dan pewaris masa depan negara yang mempunyai pola fikir dan persepsi terbuka, iaitu : ... memahami, menerima dan berupaya menilai kebudayaan bangsa sendiri dan memahami, menerima dan menilai kebudayaan bangsa lain untuk mewujudkan pemikiran yang konstruktif dan membina dan melihat cara bangsa lain mengekpresikan pemikiran dan cara hidup berdasarkan budaya bangsa itu (Blum, 2001) Sebagai sebuah negara beragama rasmi Islam, unsur kepelbagaian budaya Malaysia telah diterima oleh semua, malah gabungan budaya beberapa kaum telah memperkayakan khazanah budaya bangsa melalui proses asimilasi dan adaptasi aspek-aspek tertentu budaya pelbagai bangsa yang menjadi anggota dalam sebuah negara. Dalam konteks Malaysia kepelbagaian budaya masyarakat Melayu (berserta nilai kedaerahannya) dengan budaya kaum India, China, Siam dan Orang Asli telah diterima sebagai budaya 24

kebangsaan dan membentuk sikap, cara pandang, amalan sosial dan kebijaksanaan kerajaan. Terdapat beberapa alasan, mengapa kita harus menerima kebenaran dan keharusan multikulturalisme. Dapat dianalogikan, jika di Malaysia dapat dikaji bagaimana sejarah kontribusi perjuangan kaum Melayu, Cina, dan India terhadap perjuangan bangsa khususnya zaman kolonial British mahupun Jepun. Para pendukung multikulturalisme (Barat) dalam menanggapi terhadap contoh pernyataan serupa itu, pada umumnya sangat setuju atas pelajaran seperti itu (Pendidikan Multikultural dalam

Hubungan Etnik) diajarkan di sekolah-sekolah (Saunders, 1982: 121-122). Secara keseluruhannya bangsa Malaysia yang plural memiliki banyak potensi untuk memupuk pendidikan multikulturalism. Saat ini multikulturalisme telah diangkat sebagai suatu keyakinan, ideologi, sikap, maupun kebijakan yang menghargai pluralisme etnik dan budayanya sebagai sesuatu yang berharga, berpotensi, yang harus dipelihara dan dikembangkan. Perlu diketahui bahawa dalam masyarakat majmuk (plural society), terdapat dua tradisi dalam sejarah pemikiran sosial. Multikulturalisme sebagai praktik sosial dan kebijakan pemerintah, dewasa ini telah diterima di banyak negara sebagai sesuatu yang penting. Pendidikan Multikultural menjadi semacam ideologi dalam pengembangan kebudayaan serta upaya menciptakan masyarakat yang sehat. Potensi multikulturalisme juga dapat dikatakan sebagai upaya memberikan kebebasan berekspresi dalam kehidupan demokrasi. Dworkin (2001: 68) dan Kymlicka (2002: 50-51) berpendapat, bahawa jika ditinjau dari aspek hak-hak asasi manusia maka multkulturalisme di samping melindungi hak-hak individu, mencakup hakhak kolektif ataupun budaya komuniti. Howard (2000: 315) dan Gould (1993: 69-70) berkeyakinan bahawa dalam multikulturalisme mencakup apa yang disebut demokrasi

25

sosial, iaitu suatu jenis liberalisme tersendiri yang menjadi individu dengan komuniti.

jurang antara hak-hak

Demokrasi sosial secara politik memberikan dan melindungi seluruh hak asasi manusia. Pandangan demikian ini agak berbeza dengan definisi yang sering dijadikan aras tentang demokrasi sosial sebagai suatu etos dan cara hidup yang dicirikan oleh penghapusan perbedaan-perbedaan status secara umum (Sartori, 1968: 113). Howard (2000: 316), lebih jauh menjelaskan bahwa dalam demokrasi sosial tidak mensyaratkan adanya penghapusan perbezaan ekonomi secara radikal. Sebab penghapusan itu menghalangi inisiatif yang diperlukan untuk kemajuan ekonomi pada tingkat kolektif dan individu, bahkan mampu mengakibatkan aras kehidupan masyarakat merosot secara umum, seperti yang terjadi pada masyarakat bekas komunis Eropah Timur. Demokrasi sosial dengan demikian bukan menghapuskan kapitalisme, melainkan memperbaiki kapitalisme radikal. Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, sosial, perundangan mahupun beragama. Hal ini jelas dalam pembangunan negara Malaysia, etnik Cina dan India diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri dan bebas mengamalkan ajaran agama mereka. Hal itu mengingatkan keperluan kita untuk membimbing bakal guru kita agar mereka agar bertanggung-jawab dalam suatu dunia yang memiliki saling bergantung antara kaum. Dengan demikian pula mereka dapat mengenali peranan sekolah untuk mengembangkan sikap dan menilai penting bagi suatu masyarakat demokratik, khususnya dalam menilai perbezaan budaya dan menyatakan cermin pluralisme para

26

siswa, masyarakat, maupun para guru mereka. Ini bersesuaian dengan konsep persamaan dalam Islam pula perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang berbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama Dengan demikian pendidikan multikultural dapat diertikan sebagai suatu proses komprehensif pembaharuan di sekolah dan dasar pendidikan untuk semua siswa IPGM menerusi mata Pelajaran Hubungan Etnik yang bersesuaian dengan prinsip Islam. Ia merupakan cabaran iaitu penolakan rasisme dan bentuk diskriminasi lain di sekolah dan masyarakat dan penerimaan serta menegaskan pluralisme (etnik, rasial, linguistik, keagamaan, ekonomi, dan gender, di antara orang yang lain) adalah keistimewaan dalam kaum di Malaysia yang perlu difahami oleh semua siswa IPGM, komuniti mereka, dan gambaran para guru kelak. Pendidikan multikultural menembus kurikulum dan strategi pembelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah, seperti halnya interaksi antara para guru, siswa, dan anggota masyarakat lain dan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebab dengan menggunakan pengajaran danpembelajran pendidikan

multikultural yang kritis itu sebagai dasar pemikiran pendidikan sejarah di peringkat institusi tinggi di Malaysia agar dapat memusatkan pada pengetahuan, refleksi, dan tindakan sebagai asas untuk perubahan sosial, maka pendidikan multikultural mempromosikan prinsip keadilan yang demokratik bersesuaian dengan prinsip keadilan dalam Islam. Firmannya;

27

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Surah al-Maaidah 5: 8 Pembentukan integrasi nasional melalui platform pendidikan menjadi misi penting negara kerana penerapan dan penghayatan nilai-nilai kebersamaan, kesatuan dan perpaduan perlu dipupuk sejak kanak-kanak di bangku sekolah lagi, agar sebati, kekal dalam minda dan menjadi budaya kehidupan mereka apabila dewasa kelak. Pendapat ini disuarakan oleh Omar Mohd Hashim. (1992) dalam bukunya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh sebab itu, usaha konkrit perlu dilakukan untuk menjayakan hasrat ini. Bagi menggalas tanggungjawab besar ini, tidak dapat tidak peranan pensyarah dan guru sebagai perantara kurikulum dan penterjemah dasar kerajaan menjadi begitu crucial kerana pensyarah dan guru menjadi pegawai barisan hadapan bagi menjayakan hasrat murni untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar (Jemaah Nazir Persekutuan, 1997). Usaha konkrit yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah dan guru ialah memilih model dan pendekatan yang strategik bagi membolehkan pelajar menghayati elemen perpaduan kaum dan perspektif integrasi agar merasai semangat kekitaan dan kesatuan, tanpa prejudis atau perkauman. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik menjadi faktor penentu

28

keberkesanan matlamat integrasi nasional sesuai dengan amalan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Rujukan Ahmad Ali bin Seman, (2011) Penerapan Nilai-nilai Etnik pelbagai Budaya dalam Pengajaran Sejarah, dalam Pendidikan & Hubungan Etnik, Bangi: Penerbit UKM. Ahmad Ali bin Seman, (2009). Pendekatan kepelbagaian budaya dan sejarah etnik ke arah pemupukan integrasi nasional dalam Transformasi pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pekan Baru: Cendikia Insani Abd. Rahim Abd. Rashid. (1997). Penerapan Patriotisme dan Wawasan Dalam Kurikulum Pendidikan Sejarah. Kursus Penataran Sejarah KBSM Untuk Guru Sumber Sejarah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Air Keroh, Melaka. 10 14 Mac. Adler, P.S (1982) Beyond Cultural Identity: Reflection on Cultural and Multicultural Man dalam L, Samovar & R Porter, ed., Intercultural Comunication: A Reader. Ed -3 , Belmont: Wadsworth. Anderson, Benedict (1983) Imagined Communities: Reflections on the Origin and Spread of Nationalism, London: The Thetford Press Ltd. Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Kearah Perpaduan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Aziz Deraman, 1994. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Banks, J.A. (1994) An Introduction to multicultural education, Boston: Allyn and Bacon. Berry, J.W, Ed. (1999) Psikologi Lintas Budaya Riset dan Aplikasi, Alih Bahasa: Edi Suhardono, Jakarta: PT Gramedia. Blum, A. Lawrence, (2001) Antirasisme, Multikulturalisme, dan Komunitas Antar Ras, Tiga Nilai yang Bersifat Mendidk Bagi Sebuah Masyarakat Multikultural, dalam Larry May, dan Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura, Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara Wacana.

29

Cheah Boon Kheng, 2002. Malaysia: The making of a nation. Singapore: Institute of Southern Asian Studies Dworkin, Ronald (2001) Menganggap Serius Masalah Hak, dalam Larry May, dan Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura, Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara Wacana. Dadang Supardan. 2004. Pembelajaran kesedaran Sejarah berteraskan pendekatan multicultural dari perspektif sejarah lokal, etnik dan nasional dalam integrasi bangsa. Disertasi yang tidak diterbitkan. Bandung: UPI Fathi Osman. (1997). Concepts of the Quran: A topical reading. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. Fatimah Daud. 1984. Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia Profile 13(2): 117-29 Fletcher, H,B. (1989). History: The School and The University. Teaching History, 23 (3) , 25 29. Garvey, B & Krug, M 1987. Models of History Teaching in The Secondary School. Oxford University Press Ghazali Basri (ed). (1991) An Integrated Education System In a Multi-Faith and MultiCultural Country. Kuala Lumpur: ABIM Gould, Carol C. (1993) Demokrasi Ditinjau Kembali, Penerjemah Samodra Wibawa, Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya. Hasan, S.H., (1994) Sejarah Sebagai Alat Pendidikan, Modul: Jakarta: Universitas Terbuka. Howard, Rhoda E. (2000) HAM: Penjelajahan Dalih Relativisme Budaya, Penerjemah: Nugraha Kartjasungkana, Yogyakarta: Graviti Haydin. T, Arthur. J & Hunt. M. (1997). Learning to teach history in the secondary school. London: Routledge Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Islam Hadhari: Satu penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Khoo Kay Kim, 1997. Faktor-ffaktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Berita Minggu, 26 Mac 2009 Kymlicka, Will (1999) Misunderstanding Nationalism dalam Theorizing Nationalism, diedit oleh R. Beiner, Albany: State University of New York.

30

Kymlicka, Will (2002) Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini Eddin, Jakarta: LP3ES. Lomas, T (1990). Teaching and Assesing Historical Understanding. London: Historical Association. Manzo, K.K, 2004. Countries torn over baring warts in history text. Education week, 24 (11): 8-11 Mickhael, (1994) Multicultural Education in Elementary and Secondary Schools, ERIC Digest Number 67. Muhammad Abu Zahrah. 1987. Penyusunan masyarakat dalam Islam. Trans. Osman Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Nazri Muslim et al. (2011) Hubungan Etnik Di Malaysia Dari Perspektif Islam, Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 128 Nazaruddin Mohd Jali, 2001. Pengajian Malaysia: kenegaraan dan kewarganegaraan. Kuala Lumpur: Prearson-Prentice Hall Omar Mohd Hashim. 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah. Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sanusi Osman, 1989. Kajian tentang sikap terhadap integrasi nasional. Bangi: UKM Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul hubungan etnik. Kuala Lumpur: Maskh Sdn. Bhd Sartori, Giovani (1968) Democracy dalam David L. Sills, editor, International Encyclopedia of Social Sciences, vol.4, New York: Macmillan and Free Press. Saunders, M. (1982) Multicultural Teaching: Aguide for the classroom, London: McGraw-Hill Company. Stavenhagen, R.(1986) Problems and Prospects of Multiethnic States, Tokyo: United Nations University Press. Syed Hussein Alatas (1982), Modernisation and Social Changein Southeast Asian. Sydney : Angus & Robertson Syed Hussein Ali, 1990. A note a malay society and cultural. Universiti Malaya: Jabatan Pengajian Melayu Toffler, Alvin (1992) Pergeseran Kekuasaan: Pengetahuan, Kekayaan, dan Kekerasan Di Penghujung Abad ke 21 (Bagian Kedua), Alih Bahasa: Hermawan Sulistyo dkk. Jakarta: PT Pantja Simapti.

31

Yusuf al-Qaradawi. (1996). Membangun ummah: Suatu kenyataan bukan khayalan. Trans. Ahmad Nuryadi Asmawi. Batu Caves: Thinker's Library. ______. (1989). Kedudukan non-Muslim dalam negara Islam. Trans. Mat Saad Abd. Rahman. Shah Alam: Penerbitan Hizbi. Wan Mohd Zahid Noordin. 1988. Pendidikan ke arah Wawasan 2020. Laporan kajian. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Zakiah Hanum, 1989. Maka merdekalah negara kita. Kuala Lumpur: Pustaka Idaman Zakaria Abdul Wahab. 2000. Di sebalik tabir Sekolah Wawasan. Dewan Masyarakat: Dewan Bahasa dan Pustaka.

32

You might also like