You are on page 1of 12

Pengenalan :

PRAKTIKAL 6: PENJANAAN DAN PENGHANTARAN ARUS ELEKTRIK

Hasil Pembelajaran: Untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus yang dijana.

Alatan dan bahan:

Mentol, Ammeter a.c.,Voltmeter a.c.,Penyepit teras-C, dawai kuprum, galvanometer, magnet. Wayar kuprum yang dibalut dengan PVC, besi lembut teras-C, penjana kuasa a.c., suis.

Aktiviti 1:

Menyiasat arus yang dijana.

Prosedur:

1.

Dawai kuprum sebanyak 10-20 lilitan dililitkan di dua jari. Hujung bebasnya disambungkan kepada galvanometer yang peka. .

2.

Perkara tersebut telah disiasat dengan terperinci: (a) (b) (c) (d) (e) Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gelung? Kutub utara magnet digerakkan keluar dari gelung? Kutub utara digerakkan dengan cepat ke dalam gelung? Gelung digerakkan kearah magnet? Magnet di biarkan kekal di tengah tengah gelung?

3. 4.

Langkah-langkah (a) hingga (e) diulangi menggunakan kutub selatan magnet. 40 lilitan gelung kuprum kemudiannya dilingkarkan sekitar dua jari. Hujung bebas disambungkankepada galvanometer yang peka. Langkah-langkah (a) hingga (e) diulangimenggunakan kutub utara magnet.

5.

Buat magnet yang lebih kuat dengan menggunakan dua atau tiga magnet yang

dilekatkan bersama-sama dengan kesemua kutub utara berada pada penghujung yang sama. Langkah2 (a) hingga (e) diulangi dengan magnet-magnet yang lebih kuat.

AKTIVITI 2: Membina sebuah transformer injak naik dan transformer injak turun

Pernyataan masalah : Bagaimanakah transformer digunakan dalam penghantaran elektrik.

Tujuan: Mendemonstrasi penggunaan transformer dalam penghantaran elektrik.

PROSEDUR: 1. Wayar kuprum berbalut PVC digulungkan kepada besi lembut teras-C sehingga 10 lilitan dan disambungkan kepada penjana kuasa a.c. dan suis. Gelung ini dijadikan sebagai gelung primer. 2. Wayar kuprum berbalut PVC digulungkan kepada besi lembut teras-C sehingga 25 lilitan dan disambungkan kepada mentol. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengira arus dan beza keupayaan pada gelung primer.

Rajah : Ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengira arus dan beza keupayaan pada gelung primer.

3. Ammeter dan voltmeter disambungkan semula bagi mengukur arus dan beza keupayaan pada gelung sekunder seperti pada rajah di bawah

Rajah : Ammeter dan voltmeter disambungkan untuk mengira arus dan beza keupayaan pada gelung primer.

4. Di dalam transformer di atas, bilangan lilitan pada gelung sekunder adalah lebih besar. Nama transformer itu ditentukan dengan merujuk kepada bilangan lilitan pada gelung sekunder. Suis dipasangkan dan pengukuran direkodkan.

5. Transformer disambungkan semula dengan menyonsangkan kedua-dua gelung primer dan gelung sekunder. Bilangan lilitan pada gelung sekunder kurang daripada lilitan pada gelung primer. Nama transformer itu ditentukan dengan merujuk kepada bilangan lilitan pada gelung sekunder. Suis dipasangkan dan pengukuran direkodkan.

KEPUTUSAN : Aktiviti 1 Jadual 1: Bilangan lilitan pada solenoid : 20 lilitan Bilangan magnet : 1 buah bar magnet Bil. i. ii. iii. Tindakan Kutub utara magnet digerakkan ke gegelung. Kutub utara magnet dikeluarkan dari gegelung. Kutub utara digerakkan ke gegelung dengan sangat cepat iv. v. Gegelung digerakkan ke atas magnet (magnet pegun). Magnet dibiarkan pegun di tengah gegelung. -0.1 0.0 Arus, ( I / m A) -0.1 0.1 -0.2

Jadual 2:

Bilangan lilitan pada solenoid : 20 lilitan Bilangan magnet : 1 buah bar magnet

Bil. i. ii. iii.

Tindakan Kutub selatan magnet digerakkan ke gegelung. Kutub selatan magnet dikeluarkan dari gegelung. Kutub selatan digerakkan ke gegelung dengan sangat cepat

Arus, ( I / m A) 0.1 -0.1 0.2

iv. v.

Gegelung digerakkan ke atas magnet (magnet pegun). Magnet dibiarkan pegun di tengah gegelung.

0.2 0.0

Jadual 3:

Bilangan lilitan pada solenoid : 40 lilitan Bilangan magnet : 1 buah bar magnet

Bil. i. ii.

Tindakan Kutub utara magnet digerakkan ke gegelung. Kutub utara magnet dikeluarkan dari gegelung.

Arus, ( I / m A) -0.0 0.2

iii.

Kutub utara digerakkan ke gegelung dengan sangat cepat

-0.5

iv. v.

Gegelung digerakkan ke atas magnet (magnet pegun). Magnet dibiarkan pegun di tengah gegelung.

0.2 0.0

Jadual 4:

Bilangan lilitan pada solenoid : 20 lilitan Bilangan magnet : 2 buah bar magnet

Bil. i. ii. iii.

Tindakan Kutub utara magnet digerakkan ke gegelung. Kutub utara magnet dikeluarkan dari gegelung. Kutub utara digerakkan ke gegelung dengan sangat cepat

Arus, ( I / m A) -0.6 0.2 -3.2

iv. v.

Gegelung digerakkan ke atas magnet (magnet pegun). Magnet dibiarkan pegun di tengah gegelung.

-0.0 0.0

Jadual 5 :

Bilangan lilitan pada solenoid : 20 lilitan Bilangan magnet : 2 buah bar magnet

Bil. i. ii. iii.

Tindakan Kutub selatan magnet digerakkan ke gegelung. Kutub selatan magnet dikeluarkan dari gegelung. Kutub selatan digerakkan ke gegelung dengan sangat cepat

Arus, ( I / m A) 0.3 -0.5 4.0

iv. v.

Gegelung digerakkan ke atas magnet (magnet pegun). Magnet dibiarkan pegun di tengah gegelung.

0.8 0.0

Aktiviti 2: Transformer yang mempunyai bilangan lilitan yang lebih banyak pada gelung sekunder berbanding gelung primer ialah transformer injak naik. Jadual : Bacaan pengukuran bagi transformer injak naik.
Gelung Bilangan lilitan Arus, ( ) Beza keupayaan, ( ) Pemerhatian

Primer Sekunder

10 25

-2.9 -2.9

4.0 0

Nyalaan mentol terang

Transformer yang mempunyi bilangan lilitan yang kurang pada gelung sekunder berbanding gelung primer ialah transformer injak turun. Jadual : Bacaan pengukuran bagi transformer injak turun.
Gelung Bilangan lilitan Arus, ( ) Beza keupayaan, ( ) Pemerhatian

Primer Sekunder

25 10

- 4.5 -4.5

4.0 0

Nyalaan mentol malap

PERBINCANGAN:

AKTIVITI 1 1. Apakah yang terjadi apabila magnet digerakkan ke dalam gegelung? Jelaskan. (2 markah) Apabila magnet digerakkan ke dalam gegelung, multi ammeter menunjukkan bacaan nilai negatif yang bermaksud pengaliran arus disongsangkan. Arus itu adalah arus teraruh yang terhasil daripada gerakan relatif antara bar magnet dan solenoid. Semasa kutub utara magnet dimasukkan ke dalam solenoid, hujung gegelung teraruh menjadi kutub utara (gegelung menjadi elektromagnet) dan mewujudkan daya tolakan antara solenoid dan magnet. Kerja dilakukan bagi menentang daya tolakan ini. Kerja yang dilakukan ditukarkan kepada tenaga elektrik yang menghasilkan arus teraruh mengikut hukum keabadian tenaga.

2. Apakah yang terjadi apabila magnet dibiarkan pegun di dalam gegelung? Jelaskan. (2 markah) Apabila magnet dibiarkan pegun di dalam gegelung, multi ammeter menunjukkan nilai kosong yang bermaksud tiada arus teraruh yang terhasil. Hal ini kerana tiada gerakan relatif antara bar magnet dan solenoid untuk menghasilkan perubahan rangkaian fluks magnet dengan solenoid.

3. Apakah yang terjadi apabila magnet digerakkan dengan sangat cepat di dalam gegelung? Jelaskan. (2 markah) Apabila magnet digerakkan dengan sangat cepat di dalam gegelung, multi ammeter menunjukkan bacaan nilai yang lebih tinggi daripada bacaan semasa magnet digerakkan perlahan ke dalam gegelung. Gerakan relatif antara magnet dan solenoid yang sangat cepat telah meningkatkan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dengan solenoid. Oleh kerana magnitud d.g.e teraruh adalah berkadar terus dengan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dan solenoid maka, peningkatan kelajuan gerakan relatif telah menghasilkan arus teraruh yang lebih kuat.

4. Apakah yang terjadi apabila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gegelung? Jelaskan. (2 markah) Apabila magnet lebih kuat digerakkan ke dalam gegelung, multi ammeter menunjukkan bacaan nilai yang lebih tinggi daripada bacaan semasa satu bar magnet digunakan. Medan magnet yang lebih kuat telah meningkatkan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dengan solenoid. Oleh kerana magnitud d.g.e teraruh adalah berkadar terus dengan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dan solenoid maka, medan magnet yang lebih kuat telah menghasilkan arus teraruh yang lebih kuat.

5. Apakah yang terjadi apabila magnet digerakkan ke dalam gegelung yang mempunyai lebih banyak gulungan? Jelaskan. (2 markah) Apabila magnet digerakkan ke dalam gegelung yang mempunyai lebih banyak gulungan, multi ammeter menunjukkan bacaan nilai yang lebih tinggi daripada bacaan semasa menggunakan gegelung yang mempunyai sedikit gulungan. Gegelung yang mempunyai lebih banyak gulungan telah meningkatkan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dengan solenoid. Oleh kerana magnitud d.g.e teraruh adalah berkadar terus dengan kadar perubahan rangkaian fluks magnet dan solenoid maka, gegelung yang mempunyai lebih banyak gulungan telah menghasilkan arus teraruh yang lebih kuat.

6. Apakah yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan magnitud bagi arus teraruh? ( 1 markah). Magnitud arus teraruh boleh ditingkatkan dengan cara berikut: i. ii. iii. Menggunakan magnet yang lebih kuat. Meningkatkan kelajuan gerakan relatif antara solenoid dan magnet. Menambahkan bilangan gulungan pada gegelung wayar (solenoid).

AKTIVITI 2

1) Untuk transformer injak naik, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arus sekunder? Arus primer, lebih daripada 5A.

2) Bagaimana anda mengukur kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak naik dan apakah nilainya. Bagi transformer injak naik, kuasa input boleh dikira dengan VpIp. Jadi, nilai kuasa input ialah 3.9x6=23.4 W. Kemudian, bagi kuasa output pula dikira dengan VsIs. Maka, nilai kuasa output adalah 1.2x0.04 =0.048 W. 3) Kira nisbah kuasa output kepada kuasa input. Apakah nama nisbah ini?

= = = 0.048 W / 23.4 W = 2 / 975 Nisbah ini dinamakan produktiviti.

4) Dalam penghantaran elektrik, kehilangan kuasa dalam setiap kabel dikira dengan menggunakan formula, kuasa hilang dalam setiap kabel = I2R, di mana I adalah arus dan R adalah rintangan kabel. Bagaimana kehilangan kuasa boleh dikurangkan? Kehilangan kuasa dalam setiap kabel boleh dikurangkan dengan menjana kuasa elektrik di stesen jana kuasa pada voltan yang sangat tinggi untuk pengaliran elektrik dalam setiap kabel. Voltan penghantaran yang tinggi bermakna hanya arus yang kecil sahaja melalui kabel penghantaran.Apabila arus yang digunakan untuk penghantaran adalah kecil, maka, kehilangan kuasa disebabkan oleh

kesan pemanasan kabel dikurangkan, dan membolehkan lebih banyak kuasa elektrik boleh dipindahkan kepada pengguna.

5) Terangkan

peranan

transformer

injak

naik

di

dalam

membantu

mengurangkan kehilangan kuasa semasa penghantaran elektrik Transformer injak naik dalam sistem penghantaran kuasa elektrik merupakan penukaran kuasa daripada generator atau bekalan kuasa kepada voltan yang sangat tinggi. Sebagai contohnya, voltan bagi bekalan kuasa sebanyak 69kV akan diinjak naik sehingga 765kV. Disebabkan penghantaran elektrik akan melalui kabel/line yang panjang, maka banyak kehilangan kuasa yang disebabkan oleh rintangan dalam kabel/line akan dikurangkan kerana arus diturunkan kerana kehilngan kuasa pada kabel / line adalah berkadar langsung dengan I2R.

6) Untuk transformer injak turun, arus yang manakah yang anda jangka lebih besar arus primer atau arus sekunder? Arus sekunder

7) Apakah nilai-nilai kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak turun? Bagi transformer injak turun, kuasa input boleh dikira dengan Pp= VpIp. Jadi, nilai kuasa input ialah 4.5x6= 27 W. Kemudian, bagi kuasa output pula dikira dengan Ps= VsIs. Maka, nilai kuasa output adalah 0.6x0.2 =0.12 W. 8) Terangkan peranan transformer injak turun di dalam penghantaran elektrik. Transformer injak turun akan mengurangkan voltan daripada tenaga elektrik daripada bekalan kuasa dalam penghantaran elektrik sebelum diterima oleh pengguna yang kebiasaannya pada 115 V sehingga 600 V. Ia mempunyai voltan output yang lebih kecil daripada voltan input. Pengurangan voltan elektrik akan menjadikan tenaga elektrik sesuai untuk digunakan oleh bangunan, rumah dan industri.

KESIMPULAN: 1. Penggunaan magnet yang lebih kuat, pertambahan kelajuan gerakan relatif antara solenoid dan magnet dan penambahan bilangan gulungan pada gegelung wayar (solenoid) telah meningkatkan magnitud arus teraruh.

2. Transformer injak naik bertindak meningkatkan beza keupayaan bagi bekalan arus terus. Transformer injak turun bertindak menurunkan beza keupayaan bagi bekalan arus terus.

LANGKAH BERJAGA-JAGA: AKTIVITI 1 1. Pastikan bilangan gelung yang digunakan pada setiap penyiasatan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Pastikan galvanometer berfungsi dengan baik sebelum digunakan. 3. Arah pesongan galvanometer haruslah diperhatikan dan direkodkan dengan baik bagi setiap pecahan aktiviti agar dapatan yang tepat dan jitu diperoleh. AKTIVITI 2 1) Pastikan setiap instrumen berfungsi dengan baik agar tiada ralat dalam bacaan nilai. 2) Pastikan sambungan pada setiap instrumen adalah betul dan mengikut prosedur agar nilai voltan dan arus dapat dicatat dengan tepat. 3) Berhati-hati ketika mengendalikan aktiviti ini kerana ia melibatkan

penggunaan sumber elektrik yang boleh menyebabkan renjatan. 4) Pastikan setiap dapatan/bacaan direkodkan dengan tepat.

You might also like