You are on page 1of 34

940710-09-5025

FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SHEIKH AHMAD, PERLIS

SINOPSIS
Prasarana pengangkutan merupakan salah satu pemacu utama negara maju.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar yang dijalankan di kawasan kajian.Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.Kajian ini juga dijalankan untuk menkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan misalnya faktor ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Perlis dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya sebagai satu-satunya sekolah kluster kecemerlangan di kawasan Arau.Soal selidik digunakan bagi mengenalpasti faktor pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar.Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan purata.Keputusan analisis menunjukkan bahawa ekonomi merupakan penyumbang utama kepada jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar disamping faktor alam sekitar dan lalu lintas.

940710-09-5025

KANDUNGAN Halaman

SINOPSIS KANDUNGAN SENARAI PETA SENARAI RAJAH SENARAI FOTO PENGHARGAAN 1.0 2.0 3.0 PENGENALAN OBJEKTIF KAJIAN LOKASI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Perlis Arau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad 4.0 KAEDAH KAJIAN 4.1 4.2 PERSAMPELAN PENGUMPULAN DATA 4.2.1 4.2.2 4.3 5.0 Data Primer Data Sekunder

TEKNIK PENGANALISAAN DATA

DAPATAN KAJIAN 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2 Jantina Umur Bangsa

ANALISIS JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR UNTUK KE SEKOLAH


2

940710-09-5025 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 5.2.6 5.3 Pejalan Kaki Basikal Motosikal Kereta Bas Lain-lain

ANALISIS FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR UNTUK DATANG KE SEKOLAH 5.3.1 5.3.2 5.3.3 Faktor Ekonomi Faktor Alam Sekitar Faktor Lalu Lintas

6.0

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

RUJUKAN LAMPIRAN

940710-09-5025 SENARAI PETA No Peta Halaman

1 2

Peta Negeri Perlis Peta Kawasan Sekolah

SENARAI RAJAH

No Rajah

Halaman

1 2 3 4

Jantina Umur Bangsa Graf Analisis Jenis Pengangkutan

SENARAI FOTO

No Foto

1 2 3 4 5

940710-09-5025

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberikan kekuatan untuk menyiapkan tugasan kali ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Halimah bt Khalid selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai. Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta iaitu Encik Noh bin Adam dan Puan Wan Hasnah bt Ismail kerana banyak membantu dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat adik beradik saya Nor Asyikin bt Noh dan Nor Azlina bt Noh, terima kasih kerana memberikan semangat. Penghargaan ini juga buat rakan-rakan yang disayangi, Muhd Firdaus bin Nordin, Nor Syafiqah bt Abd Aziz, Hani Sofea Marissa bt Haslizan, Abdul Wafi bin Rosli, Muhd Nur Farez bin Romli, Wan Rasfan Norshiham bin Wan Rostan, Nur Hafizah bt Hasan dan rakanrakan seperjuangan di Tingkatan Enam Zaba, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai. Sekian, terima kasih kepada semua.

940710-09-5025 1.0 PENGENALAN

Manusia melakukan banyak aktiviti dan antara aktiviti yang paling penting terutama kepada remaja ialah aktiviti pembelajaran.Pergerakan yang dilakukan oleh pelajar dari rumah atau asrama ke sekolah atau institusi pendidikan dikenali sebagai trip sekolah (Lapin 1964 & Bureau of Transportation Statistics 2006) atau trip pendidikan (Ortzar & Willumsen 2001).Trip sekolah merupakan salah satu trip yang berasaskan rumah selain daripada trip kerja, dan trip membeli-belah (Riza Atiq 1994; Ortzar & Willumsen 2001). Trip pendidikan dan trip kerja juga dikenali sebagai trip wajib manakala trip lain dikenali sebagai trip pilihan. Data daripada kajian di Santiago (Ortzar & Willumsen 2001) mendapati 6tatisti trip (87.18%) yang dilakukan pada waktu puncak pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi) ialah trip kerja dan trip pendidikan. Permintaan pengangkutan untuk trip sekolah merupakan keperluan penting untuk memudahkan proses ulang alik pelajar ke sekolah. Peringkat umur yang berlainan memerlukan jenis pengangkutan yang berlainan. Misalnya, peringkat umur persekolahan akan memerlukan perkhidmatan bas sekolah mengikut masa-masa tertentu (Ibrahim 1988). Bagi memenuhi keperluan trip sekolah, pelajar menggunakan pelbagai jenis pengangkutan daripada berjalan kaki sehingga kepada penggunaan kenderaan sama ada pengangkutan awam atau pengangkutan persendirian. Pengangkutan berupaya mewujudkan pengerakan, membolehkan bidang pendidikan diperluaskan kepada pelajar tanpa mengalami halangan, dan memberi kesempurnaan terhadap trip sekolah.Kemajuan dalam pengangkutan membolehkan semakin ramai pelajar membuat lebih banyak trip ke tempat yang lebih jauh. Corak trip sekolah di Malaysia terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang bermula pada pukul 6.00 hingga 7.30 pagi dan pulang dari sekolah bermula jam 1.10 tengah hari, manakala sesi petang pula bermula pada jam 11 pagi hingga 1.10 tengah hari dan trip pulang dari sekolah bermula pada pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005, bilangan pelajar yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah seramai 5.3 juta orang.Jumlah ini adalah 20.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 2005.Pertambahan bilangan pelajar ini bermakna berlaku pertambahan bilangan trip yang dilakukan oleh pelajar. Apabila jumlah angka ini terus meningkat maka bilangan trip sekolah juga akan meningkat. Oleh itu kajian harus dilakukan untuk meneliti penggunaan mod pengangkutan untuk trip sekolah kerana trip sekolah (pendidikan) adalah penting.
6

940710-09-5025 2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun : i. ii. Mengenal pasti jenis kenderaan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari. Menyelidik faktor para pelajar menggunakan kenderaan tersebut.

940710-09-5025 3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan pendidikan yang terdapat di Arau iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad ini terletak diantara jalan Kangar-Kodiang, lebih kurang dua puluh minit perjalanan ke kawasan Pusat Bandar Kangar dan lebih kurang sepuluh minit ke kawasan pekan Kodiang.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad ini telah dipilih berdasarkan definisi trip sekolah yang telah dikenal pasti.

3.1

NEGERI PERLIS

Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negara jiran iaitu Thailand.Manakala di sebelah selatan Perlis pula, Perlis berjiran dengan Negeri Kedah. Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 793.99km persegi dengan jumlah penduduk seramai 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan bandar Di Raja yang terletak 14 km dari bandar Kangar. Di dalam negeri Perlis, terdapat 103 buah sekolah termasuk 74 buah sekolah rendah dan 29 buah sekolah menengah. Bilangan keseluruhan para guru yang mengajar di seluruh negeri ini ialah berjumlah 4 693 orang guru.Bilangan guru lelaki yang mengajar di sekolah menengah ialah 833 orang dan di sekolah rendah pula ialah seramai 757 orang.Bagi guru perempuan pula yang mengajar di sekolah menengah ialah seramai 1 393 orang manakala bilangan guru perempuan yang mengajar di sekolah rendah ialah 1 720 orang.

940710-09-5025

Peta 1 : Peta Negeri Perlis Sumber : Laman Web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis

940710-09-5025

3.2

ARAU

Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis.Kawasan ini dijadikan Bandar Di Raja kerana di sini terdapat Istana Di Raja Arau dan Makam Diraja negeri Perlis.Arau terletak kira-kira 14 kilometer dari tenggara Kangar.Istana Arau yang berbumbung merah terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis di mana dapat menampung 7,000 orang jemaah di dalamnya. Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Menurut sejarah, nama arau berasal daripada nama seorang pemimpin pada masa dahulu iaitu Tok Arau. Tok Arau telah membuka Arau pada Abad ke-19. Mengikut fakta sejarah, nama sebenar Tok Arau ialah Mohd Yunus b. Mohd Arshad berasal dari Chenak, Thailand. Beliau kemudiannya menjadi penghulu Arau dan selepas itu dilantik sebagai Perdana Menteri Perlis yang pertama dan terakhir. Beliau bergelar Datuk Paduka Belat Di Raja Seri Perdana Menteri .Kubur beliau terletak di Kampung Kebun iaitu salah satu kampong yang terdapat di kawaasan Arau. Kawasan Arau adalah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi.Antara pusat pengajian yang terletak di kawasan Arau ini ialah UiTM Arau, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) yang terletak di Pauh Putra.Selain itu, terdapat sekurang kurangnya 6 buah sekolah menengah di kawasan Arau ini. Antara sekolah menengah berikut ialah SMK Dato Sheikh Ahmad, SMK Arau, SM Vokasional Arau, SMK Agama Arau, Al Madrasah Al Alawiyah Ad Dinniah, dan SMK Tengku Budriah. Sekolah yang menjadi kawasan kajian ialah sebuah sekolah bertaraf Sekolah Kluster Kecemerlangan di kawasan Arau ini iaitu SMK Dato Sheikh Ahmad di mana penggunaan pengangkutan para pelajar ini menjadi sasaran kajian ini dilakukan.

10

940710-09-5025 3.3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SHEIKH AHMAD

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis.Sebelumnya ditumpangkan di Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958.Dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, sebagai Sekolah Menengah Melayu Arau. Pada 3 November 1966, diberi nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad dengan menerima hanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau. Mulai 1968 menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis dan berakhir pada 1977.Pada 1 Julai 1970 Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad dicantumkan dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972 Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian Tingkatan 6 Rendah Sains. Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad dijadikansebagai salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan minimum 3A1B ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Maklumat peringkat SPM. Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi

11

940710-09-5025

Peta 2: Peta Kawasan Sekolah Sumber :http://maps.google.com.my

12

940710-09-5025 4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudak. Kaedah persampelan digunakan kerasa proses untuk mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini menggunakan instrument borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden (Marson et.al 1998).

4.1

PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probaliti iaitu teknik persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh penyelidik.Seramai 45 responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini iaitu terdiri daripada pelajar sekolah ini.Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), dimana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan.Pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Dato Sheikh Ahmad. Hal ini kerana, mereka antara yang paling dekat dengan kawasan kajian dan berupaya menjadi pemboleh ubah manipulasi untuk mendapatkan hasil kajian ini. Selain itu, responden haruslah berumur 18 tahun dan keatas kerana pada usia tersebut, mereka mampu membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

4.2

PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik, temubual dan pemerhatian.Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor dan masalah terhadap pengangkutan yang digunakan oleh pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis.

13

940710-09-5025 4.2.1 DATA PRIMER Kaedah soal selidik dan temubual bersemuka telah dijalankan bersama dengan pelajarpelajar.Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan kajian iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis. a) BORANG SOAL SELIDIK Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan boring soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abd Rahim et.al 1999).Kaedah ini adalah kaedah paling popular yang digunakan para penyelidik untuk mendapatkan data primer.Borang soal selidik haruslah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan.Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran.Bahasa yang digunakan perlulah bahasa yang mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden.Hal ini supaya responden dapat memahami soalan semasa menjawab soalan dan tidak mengelirukan responden. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka.Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengekodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis.Bagi soal selidik terbuka pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan pelbagai bentuk jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai. b) Pemerhatian Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternative yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temubual.Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian.Kaedah ini membolehkan penyelidik lebih memahami situasi sebenar yang hendak digambarkan responden.

14

940710-09-5025 4.2.2 DATA SEKUNDER Data sekunder diperoleh daripada Perpustakaan Negeri dan Pejabat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah, keratin akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web Majlis Perbandaran Kangar dan Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad.

4.3

TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan.Analisis data dilakukan apabila memperoleh data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden.Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada bentuk angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual. Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam mengenal pasti jenis pengangkutan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau Perlis. Peringkat keempat dalam borang soal selidik ini dianalisa berdasarkan nilai yang diberi dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert, dimana angka 5 mewakili sangat memuaskan/sangat setuju, angka 4 mewakili memuaskan/setuju, angka 3 mewakili tidak pasti, angka 2 mewakili tidak memuaskan/tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak memuaskan/sangat tidak setuju.

15

940710-09-5025 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden.Data yang telah diisi telah diproses bagi mendapatkan statistic seperti nilai peratusan, taburan kekerapan dan purata.

5.1

DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 45 responden yang terdiri daripada para pelajar telah disoal selidik.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, bangsa, dan agama dipersembahkan dalam bentuk rajah.

16

940710-09-5025 5.1.1 JANTINA

JANTINA

Perempuan Lelaki

Rajah 1 Jantina Responden Sumber : Kajian lapangan

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 45 orang responden, seramai 25 orang (46 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 20 orang (44 peratus) adalah responden perempuan. Tidak dapat perbezaan jurang yang besar antara pemilihan responden lelaki dan perempuan.Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada tajuk 5.2.Kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis penggunaan pengangkutan pelajar ke sekolah, oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.

17

940710-09-5025 5.1.2 Umur

UMUR

16 tahun 17 tahun 18 tahun 19 tahun

Rajah 2 Umur Responden Sumber : Kajian lapangan Berdasarkan hasil kajian, daripada 45 orang responden yang disoal selidik dan ditemubual, seramai lapan orang (18 peratus) adalah terdiri daripada responden yang berumur 16 tahun, manakala responden yang berumur 17 tahun merupakan mod bagi kajian ini iaitu seramai 15 orang (33 peratus). Bagi responden yang berumur 18 tahun dan 19 tahun, masing-masing terdiri daripada sembilan orang (20 peratus) dan 13 orang (29 peratus) seperti dalam rajah 1. Umur para responden diukur melalui tarikh lahir masing-masing. Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang dapat memberikan pandangan berbeza-beza mengenai masalah pengangkutan mereka ke sekolah.

18

940710-09-5025 5.1.3 Bangsa

BANGSA

Melayu Cina India Lain-lain

Rajah 3 Bangsa Responden Sumber : Kajian lapangan Berdasarkan hasil yang diperoleh daripada kajian ini, seramai 20 orang responden (44 peratus) yang terdiri daripada bangsa melayu telah dipilih dan disoal selidik bagi membantu kajian ini. Manakala, bagi responden yang berbangsa cina dan india mencatatkan jumlah yang hampir sama iaitu seramai sepuluh orang (22 peratus) dan sembilan orang (20) peratus). Selebihnya adalah responden yang terdiri daripada lain-lain bangsa seperti siam dan iban iaitu seramai enam orang (14 peratus) sahaja. Rasional pemilihan responden berdasarkan bangsa ini adalah untuk mempraktikkan dasar negara iaitu dasar 1Malaysia dan berdasarkan taraf hidup keluarga responden.

19

940710-09-5025

5.2

ANALISIS JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR KE SEKOLAH

Bagi memenuhi objektif kajian yang pertama, penyelidik telah mengkaji dan mengenalpasti jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar untuk ke sekolah setiap hari. Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan dan pemerhatian yang dilakukan, beberapa jenis pengangkutan ke sekolah telah dikenalpasti.

5.2.1 Pejalan kaki Berpandukan hasil dapatan kajian, sejumlah lima orang responden yang menjadi pejalan kaki untuk berulang-alik ke sekolah. Jarak antara rumah untuk ke sekolah bagi setiap responden adalah seramai dua orang responden yang tinggal berhampiran dengan sekolah dimana jaraknya dalam lingkungan kosong hingga empat kilometer sahaja, manakala baki selebihnya adalah seramai tiga orang yang tinggal di asrama sekolah kena jarak rumah mereka yang melebihi daripada 15 kilometer.

5.2.2 Basikal Berdasarkan kajian juga, terdapat seramai tiga orang responden yang membonceng basikal untuk ke sekolah.Ketiga-tiga responden tersebut daripada bangsa cina yang tinggal di kawasan perumahan yang berhampiran dengan sekolah.Jarak untuk ke sekolah bagi ketigatiga responden tersebut adalah kurang daripada empat kilometer.

5.2.3 Motosikal Motosikal merupakan salah satu cara pengangkutan yang sering digunakan oleh para pelajar sekolah ini. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sejumlah 20 orang responden yang menunggang motosikal untuk datang ke sekolah setiap hari. Bagi faktor jarak rumah ke sekolah, seramai lima orang responden yang tinggal berhampiran sekolah dimana kurang daripada empat kilometer, manakala seramai sepuluh orang responden yang tinggal di
20

940710-09-5025 kawasan dalam linkungan lima hingga sembilan kilometer dari sekolah. Selain itu, seramai tiga orang responden yang datang ke sekolah dengan menunggang motosikal yang tinggal agak jauh dari sekolah iaitu jarak dalam linkungan sepuluh hingga 14 kilometer. Baki selebihnya seramai dua orang yang tinggal melebihi 15 kilometer dan menunggang motosikal ke sekolah.

5.2.4 Kereta Kereta juga merupakan salah satu alternatif para pelajar untuk ke sekolah bagi pelajar yang mempunyai lesen kenderaan kelas D. Seramai sepuluh orang responden yang memandu kereta untuk datang ke sekolah setiap hari berdasarkan kajian lapangan dan soal selidik yang telah dijalankan. Bagi responden yang menggunakan kereta untuk ke sekolah, seramai lima orang responden yang tinggal melebihi 15 kilometer jarak rumah ke sekolah. Selebihnya tinggal dalam jarak linkungan sepuluh hingga 14 kilometer dan lima hingga sembilan kilometer dimana bilangannya seramai empat orang dan seorang.

5.2.5 Bas Bas merupakan prasarana (pengangkutan awam) yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat dan telah menjadi salah satu pilihan para pelajar untuk datang ke sekolah.Sejumlah enam orang responden yang telah dikenalpasti menaiki pengangkutan bas untuk datang ke sekolah.Daripada jumlah tersebut, seramai 5 orang pelajar yang tinggal dalam jarak melebihi 15 kilometer untuk ke sekolah.Selebihnya tinggal dalam lingkungan jarak sepuluh hingga 14 kilometer dari sekolah.

5.2.6 Lain-lain Berdasarkan kajian ini juga, seorang pelajar telah dikenalpasti menggunakan pengangkutan teksi untuk datang ke sekolah setiap hari. Jarak sekolah dari rumah pelajar tesebut adalah dalam lingkungan lima hingga sembilan kilometer.

21

940710-09-5025 5.2.7 GRAF ANALISIS

12

10 Pejalan kaki Basikal 6 Motosikal Kereta 4 Bas Lain-lain 2

0 0km - 4km 5km - 9km 10km - 14km melebihi 15km

Rajah 4 Graf Analisis Jenis Pengangkutan dan Jarak Rumah untuk ke sekolah Sumber : Kajian lapangan

Berdasarkan rajah 4 diatas, seramai 45 orang responden telah disoal selidik dan menjadi subjek pemerhatian dalam kajian ini. Rajah ini dipersembahkan bagi memudahkan pemahaman penyelidik terhadap jenis pengangkutan responden dan jarak rumah untuk ke sekolah bagi setiap responden.

22

940710-09-5025 5.3 ANALISIS FAKTOR PEMILIHAN PENGANGKUTAN PARA PELAJAR UNTUK DATANG KE SEKOLAH Pemilihan pengangkutan yang digunakan para pelajar untuk datang ke sekolah pasti akan didorong oleh beberapa faktor utama misalnya faktor ekonomi, alam sekitar, lalu lintas dan faktor-faktor lain. 5.3.1 Faktor Ekonomi Pemilihan pengangkutan oleh para pelajar boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada positif mahupun negatif. Terdapat tiga faktor yang sering dibincangkan iaitu faktor dari segi ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas. Oleh itu, analisis ini akan membincangkan persepsi para pelajar mengenai faktor pemilihan pengangkutan mereka untuk datang ke sekolah setiap hari. Pelbagai persepsi para pelajar terhadap faktor pemilihan pengangkutan mereka.Masingmasing memberikan pandangan yang berbeza mengenai faktor pemilihan dan masalah yang dihadapi untuk datang ke sekolah.Jadual menunjukkan peratusan, min sisihan piawaian mengenai pandangan mereka terhadap faktor pemilihan. Harga kenderaan masa kini yang kompetitif iaitu mampu beli merupakan salah satu subfaktor daripada faktor ekonomi. Sebanyak 11 peratus bersamaan lima orang responden sangat setuju dengan penyataan ini manakala seramai empat orang responden iaitu sembilan peratus sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Selain itu, sebanyak 45 peratus iaitu 20 orang bersetuju bahawa harga kenderaan masa kini adalah kompetitif. Sepuluh daripada jumlah responden iaitu 22 peratus menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini dan selebihnya sebanyak 13 peratus iaitu 6 orang menjawab tidak pasti. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.27.Nilai ini menunjukkan mod bagi penyataan ini adalah bagi skala likert bernombor empat iaitu setuju. Taraf hidup keluarga yang semakin meningkat juga merupakan faktor pemilihan pengangkutan bagi para pelajar.Sebanyak 24 peratus iaitu seramai 11 orang responden menyatakan sangat setuju dengan penyataan ini manakala seramai 28 orang (62 peratus) menjawab setuju bagi penyataan ini.Selain itu, masih terdapat tujuh peratus iaitu tiga orang responden yang kurang pasti dengan penyataan ini. Baki selebihnya yang menanda tidak setuju dan sangat tidak setuju adalah seramai dua orang dan seorang yang masing-masing memperoleh lima dan dua peratus sahaja. Sebanyak 4.02 nilai yang menunjukkan min bagi penyataan ini.Mod bagi kenyataan ini adalah skala yang bernombor empat iaitu
23

940710-09-5025 setuju.Menurut Azahan Awang et al (2006), kualiti hidup sukar untuk ditafsirkan kerana kualiti hidup adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap individu mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Justeru itu, taraf hidup yang ditafsirkan oleh responden adalah mengikut keselesaan mereka. Subfaktor seterusnya ialah harga minyak yang murah. Skala likert yang diedarkan menunjukkan ketidakseimbangan iaitu ramai yang memilih tidak setuju iaitu seramai 30 orang responden bersamaan 67 peratus berbanding hanya seorang yang menjawab setuju merangkumi dua peratus. Sebanyak 24 peratus iaitu 11 orang responden menanda ruangan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Baki daripada responden ini menanda tidak pasti iaitu seramai tiga orang ( tujuh peratus) dan tiada seorang pun menanda sangat setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 1.87 manakala mod bagi penyataan ini ialah skala likert bernombor dua iaitu tidak setuju. Penyataan berikutnya ialah kos tambang bas yang murah. Seramai lima orang responden ( 11 peratus) menjawab sangat setuju dan seramai 11 orang (24 peratus ) pula menanda ruangan setuju dengan penyataan ini. Selain itu, ruangan tidak pasti mencatatkan nilai sebanyak 40 peratus bersamaan 18 orang responden. Selebihnya, seramai sembilan orang iaitu 20 peratus menjawab tidak setuju dan dua orang ( lima peratus) daripada 45 orang responden menanda sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.18 sahaja dan skala bernombor tiga (tidak pasti) menjadi mod untuk penyataan ini. Kenyataan terakhir bagi faktor ekonomi ialah dorongan daripada kempen galakan menggunakan pengangkutan awam oleh kerajaan. Seramai tiga orang (tujuh peratus) sangat setuju dengan penyataan ini dan lima orang responden (11 peratus) turut bersetuju dengan penyataan ini. Bagi ruangan tidak pasti, seramai 25 orang (56 peratus) kurang pasti dengan penyataan ini. Manakala bagi ruangan tidak setuju, sebanyak sembilan peratus ( empat orang) menanda ruangan ini berbanding lapan orang responden (17 peratus) sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.80 sahaja.Mod bagi penyataan ini pula ialah tidak pasti (skala bernombor tiga).

24

940710-09-5025 5.3.2 Faktor Alam Sekitar Alam sekitar merupakan salah satu punca para pelajar memilih jenis pengangkutan untuk datang ke sekolah.Alam sekitar juga berkait rapat dengan fenomena fizikal.Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002). Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997).Berdasarkan kajian ini, para responden memberi persepsi mengenai pemilihan pengangkutan yang dipengaruhi oleh faktor alam sekitar. Subfaktor yang pertama ialah sering berlaku hujan pada waktu pagi. Seramai tujuh orang responden (16 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini disamping sebanyak 71 peratus (32 orang) menyatakan setuju dengan penyataan ini. Manakala bagi ruangan tidak setuju dan sangat tidak setuju, jumlah yang dicatatkan adalah seramai empat orang dan seorang yang merangkumi sembilan dan dua peratus.Terdapat juga seorang responden (dua peratus) yang menanda tidak pasti bagi penyataan ini.Dalam penyataan ini, sebanyak 3.89 nilai yang dicatatkan bagi min dan skala likert bernombor empat menjadi mod untuk kenyataan ini. Seterusnya, suhu cuaca persekitaran yang terlalu tinggi dan panas merupakan salah satu faktor di bawah alam sekitar.Seramai 12 orang (27 peratus) sangat bersetuju dan 13 orang (29 peratus) lagi menjawab setuju dengan penyataan ini. Tiga orang responden (enam peratus) menanda kurang pasti. Selebihnya, seramai sepuluh orang (22 peratus) dan tujuh orang (16 peratus) menandakan ruangan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Nilai min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.29 dan taburan kekerapan bagi penyataan ini juga adalah skala likert bernombor empat. Bagi penyataan cuaca masa kini yang tidak menentu, seramai 15 orang responden (34 peratus) menjawab sangat setuju manakala seramai 10 orang responden (22 peratus) menjawab setuju dengan penyataan ini. Enam orang responden merangkumi 13 peratus menanda ruangan tidak pasti akan kenyataan ini. Selain itu, sepuluh orang (22 peratus) tidak bersetuju dengan penyataan ini disamping bakinya seramai empat orang (sembilan peratus) sangat tidak bersetuju terhadap penyataan ini. Min bagi kenyataan ini adalah sebanyak 3.49 dan skala likert bernombor lima menjadi taburan kekerapan untuk penyataan ini.

25

940710-09-5025 Penyataan keempat adalah kualiti udara persekitaran yang kurang bersih dan kotor.seramai tujuh orang (16peratus) responden daripada 45 responden menjawab sangat setuju terhadap penyataan ini disamping 14 orang (31 peratus) responden menjawab setuju untuk penyataan ini. Sebanyak 22 peratus iaitu sepuluh orang tidak pasti dengan penyataan ini. Lapan orang (18 peratus) dan enam orang (13 peratus) menanda tidak setuju dan sangat tidak setuju terhadap penyataan ini.Taburan kekerapan bagi penyataan ini ialah skala likert bernombor empat dan min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.18. Penyataan terakhir bagi faktor alam sekitar ialah dengan menggunakan pengangkutan yang dipilih, para pelajar tidak mudah terdedah kepada bunyi bising yang berpunca daripada kenderaan lain. Bagi penyataan ini, jumlah responden yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju adalah sama iaitu seramai 15 orang (33 peratus). Untuk penyataan ini, seramai tiga orang responden (tujuh peratus) menjawab sangat setuju dan lima orang responden (11 peratus) menjawab setuju. Selain itu, sebanyak 16 peratus (tujuh orang responden) menanda ruangan tidak pasti. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.24 manakala taburan kekerapan pula ialah skala likert bernombor empat dan lima.

26

940710-09-5025 5.3.3 Faktor Lalu Lintas Lalu lintas merupakan salah satu faktor penting yang mendorong para pelajar untuk memilih pengangkutan mereka untuk datang ke sekolah.Bagi para pelajar, mereka tidak mahu faktor lalu lintas menjadi punca kepada mereka untuk datang lewat ke sekolah.Justeru itu, faktor lalu lintas menjadi faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan para pelajar. Kesesakan lalu lintas yang terlalu lama pada waktu pagi merupakan penyataan pertama yang menjadi subfaktor lalu lintas. Seramai 13 orang yang merangkumi 29 peratus merasa sangat bersetuju dan seramai 10 orang iaitu 22 peratus hanya bersetuju dengan penyataan ini. Manakala seramai 16 orang responden (36 peratus) menanda tidak setuju dan empat orang responden (sembilan peratus) menanda sangat tidak setuju.Hanya terdapat dua orang responden yang mewakili empat peratus yang tidak pasti dengan penyataan ini.Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.27 manakala taburan kekerapan pula adalah skor bernombor dua. Subfaktor seterusnya ialah pengangkutan yang dipilih bertujuan untuk memudahkan urusan melintas jalan ketika hendak ke sekolah. Sebanyak 44 peratus iaitu 20 orang responden bersetuju dengan penyataan ini berbanding hanya 15 orang iaitu 34 peratus yang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Selain itu, seramai lima orang responden yang mewakili 11 peratus yang sangat bersetuju berbanding dua orang responden yang sangat tidak setuju dengan penyataan ini. Disamping itu, terdapat tiga orang responden (tujuh peratus) yang tidak pasti sama ada pengangkutan yang digunakannya memudahkan urusan melintas jalan. Taburan kekerapan dan min bagi penyataan ini adalah skala likert bernombor 4 dan nilai sebanyak 3.24. Seterusnya, pelajar tidak akan mudah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Seramai tiga orang responden (tujuh peratus) sangat bersetuju dan sebanyak 34 peratus (15 orang) bersetuju dengan penyataan ini. Manakala sembilan orang dan tujuh orang responden yang mewakili 20 dan 16 peratus menanda tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi ruangan tidak pasti, seramai 11 orang responden (24 peratus) telah menjawab jawapan ini untuk penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.96 dan taburan kekerapannya adalah skor bernombor empat.

27

940710-09-5025 Selain itu, terdapat pengawal keselamatan yang mengawal lalu lintas setiap hari untuk para pelajar melintas jalan. Hanya seorang responden (dua peratus) sahaja yang sangat bersetuju dengan penyataan ini manakala lima orang responden (11 peratus) yang hanya bersetuju dengan penyataan. Sebanyak 25 orang responden (56 peratus) tidak bersetuju disamping 11 yang lain sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Baki daripada jumlah responden iaitu tiga orang (7 peratus) tidak pasti sama ada terdapat pengawal keselamat ataupun tidak. Taburan kekerapan bagi penyataan ini adalah skala bernombor 2 dan minnya adalah sebanyak 2.11 sahaja. Penyataan terakhir bagi faktor lalu lintas ialah jejantas disediakan bagi mengelakkan kemalangan daripada kesesakan lalu lintas. Sebanyak 33 peratus (15 orang) sangat bersetuju dan seramai 13 orang (29 peratus) hanya bersetuju dengan penyataan ini. Manakala sepuluh orang iaitu 22 peratus tidak bersetuju dan empat orang yang merangkumi sembilan peratus sangat tidak bersetuju terhadap penyataan ini.Baki selebihnya seramai tiga orang iaitu tujuh peratus tidak pasti dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.56 manakala taburan kekerapannya adalah skor bernombor lima.

28

940710-09-5025 6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor pemilihan pengangkutan oleh para responden iaitu para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad yang terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan juga, beberapa rumusan telah diperoleh daripada dapatan kajian yang telah dianalisis.Rumusan yang dibuat boleh menjadi batu loncatan bagi pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur disamping menggalakkan penggunaan prasarana pengangkutan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan analisis yang dibuat dalam dapatan kajian, didapati taburan kekerapan yang ditanda oleh para responden adalah bersetuju bahawa faktor ekonomi mempengaruhi pemilihan pengangkutan dalam kalangan pelajar iaitu sebanyak 29 peratus. Masih terdapat juga responden yang tidak pasti bahawa ekonomi dapat mempengaruhi pemilihan pengangkutan iaitu sebanyak 24 peratus dan sama nilai dengan responden yang mengatakan tidak setuju terhadap penyataan ini. Sebanyak 11 peratus daripada jumlah responden mengatakan sangat setuju manakala bakinya sebanyak 16 peratus sangat tidak setuju dengan penyataan ini.Kesimpulannya, para responden bersetuju bahawa faktor ekonomi sangat memainkan peranan dalam pemilihan pengangkutan bagi para pelajar. Selain itu, faktor alam sekitar turut menjadi punca kepada pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar.Jumlah taburan kekerapan yang menjadi pilihan para responden adalah bersetuju iaitu sebanyak 39 peratus. Secara umumnya, nilai peratusan responden yang menanda sangat setuju dan tidak setuju hampir sama iaitu sebanyak 20 peratus dan 21 peratus manakala 15 peratus daripada jumlah responden menjawab sangat tidak setuju. Daripada hasil dapatan tersebut, jelaslah bahawa para responden bersetuju yang alam sekitar boleh mempengaruhi pemilihan pengangkutan untuk ke sekolah. Bagi faktor lalu lintas, kebanyakan responden memilih untuk menjawab tidak setuju iaitu sebanyak 33 peratus.Nilai bagi responden yang bersetuju pula berkurang sebanyak 5 peratus dan jumlah peratus bagi responden yang sangat setuju adalah sebanyak 16 peratus.Nilai bagi tidak pasti dan sangat tidak setuju hanya dibezakan dengan dua peratus iaitu sebanyak 10 peratus bagi yang tidak pasti.Kesimpulannya, ramai yang memilih untuk menanda tidak setuju dengan penyataan ini.

29

940710-09-5025 RUJUKAN

Marson, J. 1998. Quantitative Methods. In: Taylor, J.Steven and Bogdan, R ed. Quantitative Research Methods: A Guide Book And Resousrce. London: John Wiley & Sons, inc.85-88 Abd Rahim Md Noor, Azlan Abdullah, Katiman Rostam, Mastura Mahmud, Ekhwan Toriman, Mohd Fuad Md Jali, Mokhtar Jaafar, Nor Azian Ali, Shahruddin Ahmad & Sharifah Mastura Syed Abdullah. 1999. Teknik-Teknik Dalam Geografi. Bangi : Pusat Pengajian Jarak Jauh. Bailey, K.D. 1984. Methods of Social Research. New York: The Free Press. Lapin, H.S. 1964.Structuring The Journey to Work. University of Pennsylvania Press: Philadelphia Ortzar, J.de.D & Willumsen, L.G. 2001.Modelling Transport.John Willey & Sons. New York Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat. 1994. Model Pengangkutan Bandar: Pendekatan Secara Teori dan Amali. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Laman Web Google. 2013. http://maps.google.com[ 13 Mac 2012] Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Perlis. 2013. Peta Negeri Perlis http://www.perlis.gov.my [15 Mac 2013]

30

940710-09-5025 LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK JENIS PENGANGKUTAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SHEIKH AHMAD, ARAU PERLIS.
Semua maklumat yang dikumpulkan hanya untuk tujuan akademik sahaja. Ucapan terima kasih di atas kerjasama anda terlebih dahulu

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN Arahan : Bagi setiap item, sila tandakan [x] pada ruangan yang diberikan Jantina : lelaki perempuan

Umur :

16 tahun 18 tahun

17 tahun 19 tahun

Bangsa :

Melayu

Cina

India

Lain-lain : Nyatakan .

Agama :

Islam Kristian

Buddha

Hindu

Lain-lain : Nyatakan .

31

940710-09-5025 BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM 1. Adakah anda mengetahui maksud prasarana pengangkutan di Malaysia? Ya 2. Tidak

Dari manakah anda mengetahui mengenai prasarana pengangkutan di Malaysia? Televisyen Radio Internet Iklan Kempen Perundangan Brosur NGO Kerajaan

Lain-lain : Nyatakan

BAHAGIAN C : JENIS PENGANGKUTAN 1. Apakah jenis pengangkutan anda ke sekolah? Pejalan kaki Kereta Basikal Bas Motosikal Lain-lain

Nyatakan : .. 2. Berapakah jarak rumah anda ke sekolah? 0 4 kilometer 10 14 kilometer 5 9 kilometer 15 kilometer keatas

BAHAGIAN D : FAKTOR PEMILIHAN PENGANGKUTAN KE SEKOLAH Berdasarkan ukuran dibawah, berikan skor anda mengenai faktor pemilihan pengangkutan anda ke sekolah dengan menandakan [ /] dalam ruangan yang disediakan Perkara Skor Sangat setuju 5 Setuju 4 Tidak pasti 3 Tidak setuju 2 Sangat tidak setuju 1

32

940710-09-5025 Bil Ekonomi 1 2 3 4 5 Harga kenderaan masa kini yang kompetitif Taraf hidup keluarga yang semakin meningkat Harga minyak yang murah Kos tambang bas yang rendah Dorongan daripada kempen galakan menggunakan pengangkutan awam Alam sekitar 6 7 8 9 10 Sering berlaku hujan pada waktu pagi Suhu persekitaran yang terlalu tinggi dan panas Cuaca masa kini yang tidak menentu Kualiti udara yang kotor Tidak mudah terdedah kepada bunyi bising daripada kenderaan lain Lalu lintas 11 Kesesakan lalu lintas yang terlalu lama pada waktu pagi 12 Untuk memudahkan urusan melintas jalan ketika hendak ke sekolah 13 Tidak mudah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas 14 Terdapat pengawal keselamatan yang mengawal lalu lintas setiap pagi bagi pelajar 15 Jejantas disediakan bagi mengelakkan kemalangan daripada kesesakan lalu lintas Perkara 5 4 3 2 1

33

940710-09-5025 BAHAGIAN E : PANDANGAN UMUM Tuliskan jawapan diruang yang disediakan 1. Pada pendapat anda sebagai pelajar sekolah, apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar yang menggunakan pengangkutan ke sekolah. 2. Berdasarkan pandangan anda, berikan satu cadangan yang harus diambil oleh pihak sekolah bagi mengatasi masalah yang dihadapi pelajar yang menggunakan pengangkutan ke sekolah. 3. Sekiranya anda mempunyai cadangan tambahan.

SOAL SELIDIK TAMAT -TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN ANDA-

34

You might also like