You are on page 1of 1

Contoh Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan)

KERJA AMAL 2 (Contoh Laporan kerja Amal) Bidang 2: Kekeluargaan Tajuk: Membantu ibu bapa menjaga adik MATLAMAT 1. Membantu meringankan beban tugas keluarga. 2. Menjaga adik dengan penuh tanggungjawab. 3. Memberi adik makanan atau minuman yang berkualiti. OBJEKTIF 1. Mengamalkan nilai kasih sayang dalam pembentukan sahsiah anak yang baik. 2. Menjelaskan perasaan seseorang anak berdasarkan pengalaman yang nyata. 3. Menyatakan peranan seorang anak yang bertanggungjawab. 4. Meningkatkan komunikasi dalam keluarga dengan amalan nilai Pendidikan Moral . Tarikh / Masa dilaksanakan: Aktiviti ini dijalankan setiap jam 2.00 pm hingga 5.30 pm. Mulai Januari hingga Mei 2011. Orang yang terlibat: Anak baru berumur 4 Tahun (nyatakan nama orang yang terlibat), saya, kakak, ibu . Peranan saya: 1. Menyediakan susu, makanan dan membimbing adik dalam pelajaran. 2. Mengajar adik permainan yang boleh meningkatkan minda tentang kemahiran 3M. 3.Membantu menyediakan air untuk mandi. 4. Membantu memasak untuk keluarga. KESAN 1. Meningkatkan hubungan keluarga, interaksi lebih baik dan mesra semasa dalam pergaulan seharian. 2. Perasaan kasih sayang kita kepada keluarga meningkat . 3. Membantu adik menguasai kemahiran asas dalam pelajaran, misalnya mengenal huruf, asas nombor dan mengenal gambar binatang, lagu-lagu kanak-kanak. 4. Adik membesar dengan emosi yang normal dan sentiasa bersemangat tinggi bila bersama saya. 5. Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga mulai berkembang dalam diri saya. 6. Sikap amanah dan bertanggungjawab dapat diamalkan dalam kehidupan kami seharian. CADANGAN Saya berpendapat bahawa aktiviti seperti ini harus diamalkan kepada semua keluarga, dalam masyarakat kita, kerana terbukti dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Kita mahu negara kita Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada keluarga yang berkualiti tinggi.

You might also like