You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI MINIT MESYUARAT GURU PENASIHAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH KALI PERTAMA 2013

Tarikh Hari Masa Tempat Pengerusi Kehadiran

: 27 Disember 2013 : Khamis : 10.00 pagi : Kelas 5 Pintar : Pn. Siti Norazah Maulad Spawi : Rujuk lampiran

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru. Beliau mengucapkan selamat bertugas dan menyeru agar semua guru berusaha untuk meningkatkan kualiti aktiviti perjumpaan Kelab Pencegahan Jenayah serta memikirkan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat dan menambahkan kehadiran murid. Beliau juga mengingatkan guru-guru supaya dapat memastikan aktiviti dapat dijalankan mengikut masa yang dirancang dengan sebaiknya.

PERJUMPAAN MINGGUAN 2.1 Perjumpaan mingguan murid-murid tahun 4 , 5 dan 6 akan diadakan di kelas yang telah ditetapkan . 2.2 Bagi tahun 6, kehadiran ahli perlu diambil walaupun mereka mengikuti kelas tambahan. Tindakan : Semua guru LAPORAN PROGRAM 2013 3.1 Setiap program yang telah dijalankan perlulah didokumentasikan dalam bentuk laporan mengikut format yang sedia ada dan lengkap dengan gambar sebagai bukti. Tindakan : Bendahari Rekod Kehadiran 4.1 Semua murid diwajibkan untuk membeli buku rekod kehadiran kokurikulum. 4.2 Semua maklumat seperti tarikh, aktiviti yang dijalankan semasa perjumpaan perlu dicatatkan dalam buku rekod kehadiran kokurikulum. 4.3 Guru perlu memastikan buku tersebut ditandatangani sebelum perjumpaan berakhir. Tindakan : Semua guru

YURAN 5.1 Pengerusi memaklumkan yuran murid telah ditetapkan sebanyak RM 3.00. 5.2 Yuran boleh diserahkan kepada bendahari . Tindakan : Bendahari

AKTIVITI / PROGRAM TAHUNAN 2013 6.1 Berikut merupakan aktiviti atau program Kelab Pencegahan Jenayah yang telah dirancang bagi tahun 2013. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mesyuarat Agung Kelab Pencegahan Jenayah (Perlantikan AJK murid sesi 2013) Pertandingan mereka cipta logo atau slogan Kelab Pencegahan Jenayah. Membuat buku skrap. Jualan Button (Lencana) Kelab Pencegahan Jenayah. Lawatan ke Balai Polis Kangkar Pulai. Pameran Pencegahan Jenayah oleh pihak polis (Karnival Ria) Ceramah Pencegahan Jenayah. Buletin Kelab Pencegahan Jenayah. Tindakan : Semua guru

JUALAN BUTTON (LENCANA) KELAB PENCEGAHAN JENAYAH. 7.1 Pengerusi mencadangkan agar diadakan jualan button (lencana) pencegahan jenayah kepada murid-murid tahap satu dan tahap 2 bagi menambah dana kewangan Kelab Pencegahan Jenayah. 7.2 Kertas kerja jualan button (lencana) akan dibuat dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak dan seterusnya diserahkan kepada guru besar untuk mendapatkan kelulusan. Tindakan : Semua guru

JAKET RASMI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH 8.1 Pengerusi turut mencadangkan untuk membuat jaket rasmi bagi semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah. 8.2 Perbincangan awal dengan pembekal telah menetapkan harga sebuah jaket adalah RM 38.00. 8.3 Surat permohonan untuk kelulusan membuat jaket rasmi akan di buat dan diserahkan kepada guru besar. Tindakan : Semua guru

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI POLIS KANGKAR PULAI 9.1 Lawatan sambil belajar ke Balai Polis Kangkar Pulai akan dibuat pada bulan Mei. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan bergantung pada proses permohonan dan kelulusan daripada pihak PPD, JPN dan Balai Polis Kangkar Pulai. 9.2 Kertas kerja lengkap lawatan ini akan dibuat dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak dan seterusnya diserahkan kepada guru besar untuk mendapatkan kelulusan.

Tindakan : Semua guru

PENUTUP a. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru yang dapat hadir dan mengikuti mesyuarat kali ini dengan jayanya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam

Disediakan oleh ;

Disemak oleh;

(SITI NORAZAH MAULAD SPAWI) Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Sri Pulai Tarikh :

You might also like