You are on page 1of 2

ANALISIS AKTIVITI PRATULISAN Definisi Menulis ialah pembentukan simbol tulisan dalam bahasa yangbertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan

sesuatu mesej,maklumat atau idea kepada pembaca.Menurut Don Bryne (1979), simbol grafik semasa menulis ialahpenggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitandengan lambang bunyi yang kita lakukan semasa kita bercakap. Konsep Prapenulisan Aktiviti Prapenulisan adalah merupakan aktiviti menulis sebelumseseorang murid itu dapat menulis huruf dengan kemas, betul dan teratur.Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikankepada murid agar mereka dapat menguasai peringkat ini.Matlamat yang ingin dicapai dapat peringkat prapenulisan iniadalah untuk memastikan murid dapat memegang pensel dengan kaedahyang betul agar mereka dapat melukis atau melakar bentuk dan objekyang dapat dikenalpasti.Setiap murid memerlukan kemahiran motor halus untuk tulisantangan. Penggunaan jari yang kerap dalam latihan prapenulisanmembantu murid tersebut menguatkan koordinasi tangan dan dalam padamasa yang sama, mereka akan menguasai kemahiran ini.

Penguasaan kemahiran pada peringkat ini adalah penting sebelum muridtersebut melangkah ke peringkat mekanis iaitu peringkat membentukhuruf-huruf besar dan kecil.Berikut adalah contoh aktiviti pra penulisan: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir danpasir tanpa menggunakan alat tulis. Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurusyang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus. Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus danbulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk. Melukis gambar. Aktiviti Prapenulisan Contoh aktiviti: Menyambung titik. Kaedah: Menyambung titik-titik mengikut urutan nombor yang gambar yangdisediakan bagi membentuk suatu imej, gambar atau grafik.

Alat-alat: Pensel, pemadam dan kertas gambar yang bertitik. Analisa aktiviti: Aktiviti ini dijalankan bagi membantu murid menguasai peringkatprapenulisan menurusi kaedah menyambung titik.

Sebelum aktivti dijalankan, murid akan dibekal dengan sehelaikertas yang telah bercetak yang membentuk suatu gambar berserta titik-titik yang bernombor. Titik-titik ini perludisambungkan mengikut urutan nombor bagi melengkapkangambar yang sebenar. Setelah murid selesai melengkapkan titik-titik tersebut mengikuturutan nombor, guru perlu menyemak aktiviti murid dengansegera bagi menilai perkembangan yang telah dapat dicapai olehmurid tersebut. Pujian, galakan, nasihat dan motivasi harus diberikan oleh gurukepada pelajar setiap kali semakan kerja dibuat bagi memastikanmereka sentiasa bersemangat dan bermotivasi untukmeneruskan aktiviti serta kemahiran yang sedang dan bakalmereka pelajari Kekuatan: Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran motor halus supaya mereka dapat mempersiapkan diri untuk aktiviti menulisyang sebenar. Murid-murid juga akan menguasai kaedah memegang pensel denganbetul. Aktiviti menyambung titik ini bukan sahaja menarik malah dapatmencungkil bakat serta daya kreativiti sesorang murid. Aktiviti ini juga dapat mendorong murid dengan sikap berusaha dantekun dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Kelemahan: Ruang serta penggunaan masa yang banyak diperlukan bagimelaksanakan aktiviti pada peringkat prapenulisan ini terutamanyaaktiviti menyambung titik. Pemantauan yang mendalam serta menyeluruh diperlukan bagimenilai serta mengenalpasti pencapaian atau tahap yang telahdikuasai oleh sesetengah murid pada peringkat ini. Aktiviti ini harus diselang-selikan dengan imej bergambar dengantema yang berbeza bagi menimbulkan minat murid serta mengelakkanrasa bosan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangdijalankan. Kesimpulan: Aktiviti ini dapat membantu murid menguasai peringkat prapenulisan jika dilaksanakan secara bersama-sama pemantauan yang konsisten.Sekiranya pelajar telah menguasai kaedah menyambung titik, guruharus memberi murid-murid mencuba dan mempelajari aktiviti-aktivitiprapenulisan yang lain supaya impak yang diperoleh adalahseimbang.

You might also like