You are on page 1of 23

BBM 3110 SINTASIS 2013 PENGENALAN

Menurut Nik Safiah Karim (2004), secara umumnya, tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah bidang tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Sintaksis memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut: i. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta permbahagian subjek dan predikat; ii. Jenis ayat, iaitu ayat ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan; iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif; Susunan ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif; Susunan ayat iaitu susunan biasa dan susunan songsang; Binaan dan proses penerbitan ayat; Ayat dasar; Ayat tunggal; dan Ayat terbitan dan ayat majmuk.

Sintaksis berasas dari perkataan Yunani iaitu sun yang bermaksud dengan dan tattein yang bermaksud menempatkan bersama -sama. Oleh yang demikian, secara etimologi sintaksis dapatlah ditafsirkan sebagai menempatkan bersamasama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Binaan sintaksis dikaji daripada dua aspek iaitu proses unsur-unsur sintaksis bergabung menjadi frasa dan ayat dan proses struktur ayat yang dibina serta fungsifungsinya. Ini dilakukan dengan melihat pola-pola sintaksis yang dibina dan

fungsinya. Hubungan sintaksis itu ialah hubungan antara kata dengan kata dalam membina frasa dan ayat. Khususnya, hubungan sintaksis melihat proses pembinaan

BBM 3110 SINTASIS 2013 unsur-unsur sintaksis iaitu kata, frasa,, klausa dan ayat berhubung membentuk binaan sintaksis.

BBM 3110 SINTASIS 2013

ANALISIS KOMPONEN SINTAKSIS

BBM 3110 SINTASIS 2013 1.0 FRASA Komponen Sintaksis

Klausa Frasa Ayat

Jenis-jenis ayat

Proses penerbitan ayat

1.1

KONSEP FRASA Frasa ialah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan,

dan berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Menurut kamus dewan Edisi Keempat, frasa merupakan kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Frasa ialah unit tatabahasa dalam tatatingkat suatu frasa dan seterusnya menjadi unit terpenting dalam sintaksis. Ini disebabkan oleh frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat. Zaba (1965) berpendapat bahawa frasa sebagai rangkai k ata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. In juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Menurut Bloomfield (1964), frasa merupakan satu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Namun begitu, tafsiran yang dicadangkan oleh Bllomfield ini kurang sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah transformasi. Menurut tatabahasa transformasi generatif pula, frasa mungkin juga terdiri sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sebagai satu frasa.

BBM 3110 SINTASIS 2013 Frasa terbahagi kepada dua komponen utama iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif, manakala frasa eksosentrik pula terdiri daripada satu jenis frasa sahaja iaitu frasa sendi nama. 1.2 a) KOMPONEN FRASA Frasa endosentrik Frasa endosentrik merupakan frasa yang sekurang-kurangnya salah satu unsurnya mempunyai distribusi dalam ayat yang sama dengan distribusi seluruh frasa berkenaan. Dengan distribusi dimaksudkan tempat tempat yang dimasuki oleh frasa yang berkenaan menganggotai sistem yang sama oleh seluruh frasa. Contoh: rumah besar Frasa ini mempunyai dua unsur iaitu rumah dan besar. Di antara dua unsur itu, rumah memasuki sistem yang sama dengan rumah besar. Contoh ayat : i. Rumah besar itu kepunyaan jutawan kampung ini. ii. Rumah itu kepunyaan jutawan kampung ini. Berdasarkan ayat tersebut, kita melihat bahawa rumah besar merupakan frasa endosentrik. Dalam masa yang sama, pada ayat kedua, kita dapat melihat kedudukan rumah sebagai unsur utama kepada rumah besar. Unsur utama ini dikenali sebagai inti frasa manakala, unsur yang bukan unsur utama dikenal sebagai keterangan. Dalam contoh ayat di atas, unsur keterangannya ialah besar. Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa sistem yang dimasuki oleh kata inti itulah yang menentukan sistem keseluruhan frasa. Ini bermakna bahawa jika kata inti itu kata nama, maka frasa yang dianggotainya adalah frasa nama dan demikian juga seterusnya. b) Frasa eksosentrik Frasa eksosentrik merupakan frasa yang tidak satu pun unsur di dalamnya memasuki sistem yang sama dengan keseluruhan frasa, frasa-frasa adverb yang dibentuk dengan partikel merupakan frasa eksosentrik, kerana tidak ada unsur yang dapat diambil sebagai inti dan juga keterangan.

BBM 3110 SINTASIS 2013 Contohnya, adverb-adverba seperti di rumah (adverba tempat), dengan kapal terbang (adverba alat). Jika rumah dan kapal terbang dipisahkan daripada partikel yang bergabung dengan masing-masingnya, maka kata-kata ini tidak dapat berfungsi lagi sebagai adverba, sedangkan partikel-partikel berkenaan memang tidak dapat berdiri sendiri.

Selain frasa endosentrik dan frasa eksosentrik, terdapat juga beberapa frasa lain seperti: a) Frasa selapis Frasa baik endosentrik mahupun eksosentrik, yang tidak dapat dipisahkan lagi kepada frasa yang lebih kecil. Contoh-contoh yang diberi ialah bahagian sebelum ini merupakan frasa selapis. b) Frasa kompleks Frasa kompleks merupakan frasa yang terdiri daripada gabungan dua frasa atau lebih. Gabungan itu boleh merupakan gabungan setaraatau juga gabungan berlapis. c) Frasa kompleks setara Gabungan setara merupakan kata penghubung dan. Gabungan jenis ini melibatkan sistem atau subsistem yang sama. Misalnya, kebun kelapa dan sawah padi, pelajar universiti dan pensyarah mereka, ibu mertua dan menantu perempuannya. Sesuatu frasa dalam jenis ini boleh juga terdiri daripada gabungan kata nama dengan kata nama dengan kata nama (KN+KN), kata kerja dengan kata kerja (KK+KK) dan kata adjektif dengan kata adjektif (KA+KA). Syarat bagi gabungan ini ialah setiap gabungan itu hendaklah memasuki sistem yang sama. Syarat kedua pula ialah unsur-unsur itu hendaklah merupakan sinonim atau antonim satu sama lain. Dengan itu, kita dapat menghasilkan frasa setara sinonim dan frasa setara antonim. Frasa yang tidak memenuhi syarat yang kedua ini disebut sebagai frasa setara pelengkap. Frasa setara sinonim

BBM 3110 SINTASIS 2013 Contoh : sahabat handai, ribut taufan, tingkah laku dan seiring sejalan. Frasa setara antonim Contoh : ibu bapa, suami isteri, dosa pahala dan naik turun. Frasa setara pelengkap Contoh : sawah ladang, sirih pinang, makan minum dan kecil molek. Dalam jenis ini terdapat juga frasa yang lebih luas seperti kain songket baju kebaya, nasi lemak sambal udang, nasi ulam sayur keladi. Gabungan setara yang menghasilkan frasa sinonim, antonim dan pelengkap ini tidak memerlukan kata penghubung setara, tetapi jika kita hendak menjadikannya lebih jelas bolehlah digunakan dan. d) Frasa kompleks berlapis Frasa kompleks berlapis lebih mudah dilihat berdasarkan konstruksinya, sama ada endosentrik atau eksosentrik. Penggabungan yang menghasilkan frasa kompleks jenis ini boleh merupakan gabungan konstruksi yang sama, atau juga gabungan konstruksi yang berlainan. Contohnya : Endosentrik + Endosentrik

Rumah besar berwarna kuning

Eksosentrik +

Eksosentrik

Di dapur di atas para

Endosentrik +

Eksosentrik

berjalan kaki ke Gunung Tahan

1.3

Jenis-jenis Frasa Frasa terdiri daripada empat jenis iaitu: i. ii. Frasa nama Frasa adjektif

BBM 3110 SINTASIS 2013 iii. iv. Frasa kerja Frasa sendi nama Binaan Frasa Nama Binaan frasa nama (FN) boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. hubungan pertama ialah jenis yang terdiri daripada inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Contoh: bapa budak itu Dalam frasa tersebut, intinya ialah bapa, manakala budak dan itu, ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Berikut merupakan contoh lain bagi binaan inti + penerang.

Frasa Nama Subjek Inti Askar Guru Penerang Melayu Diraja sekolah agama itu

Predikat

berbaris di padang. guru saya.

Berikut pula merupakan contoh binaan inti + inti. Frasa Nama Subjek Inti Kerusi Ibu meja bapa Inti untuk pelajar-pelajar sahaja. tidak perlu datang. Predikat

BBM 3110 SINTASIS 2013 Binaan frasa nama : Inti + Penerang Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut: a) inti + penerang nama b) inti + penerang bukan nama

a) Inti + penerang nama Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen ayat terdiri daripada kata nama, manakala intinya pula terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan: Penerang nama keturunan Contoh : orang Melayu, askar British Penerang nama jenis Contoh : harimau bintang, kelapa sawit Penerang nama penyambut Contoh : penjaga stor, pengurus syarikat Penerang nama kegunaan Contoh : alat pemadam, sabun pencuci Penerang nama kelamin Contoh : ayam jantan, kaum wanita Penerang nama tempat Contoh : penduduk bandar, anak Johor Penerang nama arah Contoh : kawasan barat, angin timur Penerang nama anggota badan Contoh : jam tangan, gelang kaki Penerang nama tenaga penggerak Contoh : lampu minyak, dapur gas Penerang nama hal atau perkara Contoh : lesen perniagaan, borang pendaftaran

BBM 3110 SINTASIS 2013 Penerang nama milik Contoh : rumah saya, pekerjaan mereka Penerang nama khas Contoh : Republik Indonesia, Gunung Kinabalu Penerang nama panggilan atau gelaran Contoh : Haji Ahmad, YB Senator Fatimah

b) Inti + Penerang Bukan Nama Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan dari kelas kata nama iaitu: Penerang penentu Penentu hadapan : lima orang askar, sepuluh buah bangunan Penentu belakang : orang itu, rumah ini Penerang kata kerja atau akar kata kerja Contoh : mesin jahit, meja makan Penerang kata adjektif Contoh : anak muda, minyak wangi Penerang kata adverba Contoh : masa serentak, cara demikian Penerang frasa sendi nama Contoh : rumah di bandar, kehidupan pada masa ini Penerang bilangan ordinal Contoh : tempat pertama, tingkat sepuluh

Binaan Frasa Nama : Inti + Inti Binaan frasa nama inti + inti ini tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama ini. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

BBM 3110 SINTASIS 2013 Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan. a) Inti + inti dengan maksud sama erti. b) Inti + inti dengan maksud lawan erti

a) Inti + inti dengan maksud sama erti Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contoh: Frasa Nama Inti tubuh wang Inti badan ringgit

b) Inti + inti dengan maksud lawan erti Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya: Frasa Nama Inti kerusi lelaki Inti meja perempuan

Susunan Konstituen Frasa Nama Terdapat peraturan tertentu yang menghasilkan susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu yang hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian. Peraturan D-M (Hukum D-M) D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (D). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur pertama menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contohnya:

BBM 3110 SINTASIS 2013 Frasa Nama Diterangkan (D) orang kelapa Menerangkan (M) lelaki sawit

Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak diterima. Sebagai contoh, Aminah Restoran, Gigi Klinik dan Tenggara Asia. Kekecualian Hukum D-M Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dengan penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya : Frasa Nama Penerang (M) perdana timbalan Yang diterangkan (D) menteri pengerusi

Penerang Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti berikut: a) Penerang adjektif yang menerangkan inti harus hadir sesusah inti itu diikuti oleh penerang yang lain., manakala penentu belakang hadir di belakang sekali. Secara aturan, susuannya adalah seperti berikut: Inti + Penerang adjektif + Penerang + Penerang belakang

BBM 3110 SINTASIS 2013 Contoh : Frasa Nama Inti Penerang adjektif Penerang Kata Nama Kereta Pejabat baharu lama ayah pengurus itu itu Penerang Belakang

Jika sekiranya kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada kata inti yang berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir di belakang kata majmuk. Misalnya, pasaran sekuriti lengkap. lengkap ialah kata adjektif yang menerangkan kata majmuk pasaran sekuriti.

b)

Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang. Dalam keadaan demikian, unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama. Dalam kehadiran begini, kata adjektif wujud sesudah inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang I (Adjektif) kereta pejabat baharu lama ayah pengurus Penerang II (Frasa) Inti Penerang saya syarikat Penentu belakang itu itu

Hubungan unsur-unsur yang ada pada frasa nama tersebut boleh ditunjukkan melalui gambar rajah berikut. Garis-garis pada gambar rajah itu menghubungkan unsur-unsur yang paling rapat dari segi makna. Kereta baharu ayah saya itu

BBM 3110 SINTASIS 2013 c) Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu dengan unsur yang kedua dan unur yang pertama merujuk benda yang serupa. Contohnya: Frasa Nama Subjek Frasa Nama Seorang wanita melayu Sebuah jentera kecil Frasa Nama pemenang hadiah itu alat pendingin udara telah tampil ke hadapan. terpasang di dinding itu. Predikat

Frasa Kerja Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain. Berikut adalah contohnya: Subjek 1. Ali 2. Mereka 3. Budak itu Binaan Frasa Kerja Binaan frasa kerja terdiri daripada dua jenis iaitu: i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh seorang frasa nama sebagai obejk untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian mengandungi frasa kerja tak transitif. Contoh ayatnya ialah: Ali menang. Mereka sedang tidur. Dalam ayat di atas, kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek tetapi terdapat unsur-unsur lain yang hadir bersamanya iaitu kata bantu dan unsur keterangan. menang. sedang tidur. sedang membaca buku Predikat

BBM 3110 SINTASIS 2013 ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya mesti disambut oleh frasa nama, sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang sedemikian mengandungi kata kerja tak transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan. Subjek Kata Kerja Kami Dia makan menjalankan Frasa Kerja Objek ayam goring itu. tugasnya dengan baik. Keterangan

Kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek. Binaan frasa kerja tanpa objek Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk

melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti frasa kerja transitif dalam ayat aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif. Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan, maka itu bermaksud kata kerja dalam ayat itu bukan kata kerja transitif dan oleh itu, tidak memerlukan objek. Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif seperti yang berikut: 1. Kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap. 2. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya. 3. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

BBM 3110 SINTASIS 2013 a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap. Contohnya: Semua penonton bangun. Kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap ialah kata kerja yang mempunyai makna yang sempurna.

b) Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Namun, unsur-unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Antara contoh kata kerja tak transitif tersebut ialah beransur, tinggal, menjadi, berbuah dan sebagainya. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: 1. Kata adjektif dengan pelengkap iaitu hadir sesudah kata kerja tak transitif untuk melengkapkannya. 2. Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang hadir selepas kata kerja tak transitif mendukung makna tempat sebagai unsur-unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif. 3. Kata nama sebagai pelengkap iaitu mesti diikuti dengan pelengkap kata nama. Pelengkap tersebut boleh

dibezakan daripada kata nama sebagai objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat. Terdapat dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap demikian iaitu: a. Kata kerja berimbuhan ber-...-kan b. Boleh diikuti kata nama sebagai pelengkap (menjadi dan ada).

BBM 3110 SINTASIS 2013 c) Kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh digugurkan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian. Binaan Frasa Kerja Dengan Objek Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh akta kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: 1. Frasa kerja dengan satu objek 2. Frasa kerja dengan dua objek Frasa Kerja dengan Satu Objek Contoh frasa: Saya menjawab surat itu. Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif. Perkataan ini boleh menerima kata penguat dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. Contoh frasa : Filem itu sungguh menyeramkan (kami). Frasa Kerja dengan Dua Objek Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu. Objek-objek itu mempunyai fungsi yang berbeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya, sementara objek sipi ialah

BBM 3110 SINTASIS 2013 objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya. Frasa Kerja dengan Kata Bantu Dalam ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat. Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu: i) Kata bantu aspek, yang menerangkan aspek waktu bagi kata kerja; dan ii) Kata bantu ragam, yang menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.

i) Kata Bantu Aspek kata bantu aspek menerangkan waktu kerja yang dilakukan iaitu sama ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih, baru, mula atau belum dilakukan. Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan. Berikut adalah contohnya: Kata Bantu Aspek Sudah Dilakukan sudah telah pernah Sedang dilakukan masih sedang mula Belum dilakukan belum akan

Dalam bahasa Melayu, kata bantu aspek boleh hadir berderetan mahupun tidak boleh hadir bersama: Boleh hadir serentak seperti pada contoh berikut: belum sudah + + pernah mula

BBM 3110 SINTASIS 2013 Tidak boleh hadir serentak. Misalnya: akan + pernah + belum masih

ii) Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam yang hadir sebelum kata kerja dalam frasa kerja ialah perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilankukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan, atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Antara kata bantu jenis ini termasuklah: mungkin hendak dapat harus enggan mesti

Antara kata bantu yang boleh hadir bersama ialah: harus + mahu mesti + mahu patut + dapat mungkin + dapat

Tidak boleh hadir bersama: hendak + mahu hendak + harus boleh + harus enggan + patut

Kata bantu aspek tertentu juga boleh hadir bersama-sama kata bantu ragam secara berderetan, baik secara mendahului atau mengikutinya.

BBM 3110 SINTASIS 2013 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen Frasa kerja sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku, ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen. Contoh ayat: Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang. ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen. Contoh ayatnya ialah: Pak Abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif boleh memainkan peranan sebagai predikat. Misalnya: Subjek (FN) Adiknya Markahnya Predikat (FA) sangat pandai. tinggi.

Frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat pula adalah seperti berikut: Predikat Frasa Utama Frasa Adjektif sebagai Unsur Keterangan a) Frasa Kerja 1. Dia 2. Bayi itu berjalan tidur sangat cepat. nyenyak sekali. b) Frasa Sendi Nama 3. Duta Besar itu 4. Surat Di Beijing daripada paling lama. sahabat panjang sungguh.

BBM 3110 SINTASIS 2013 penanya Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya: i) ii) binaan satu perkataan binaan dua perkataan

i) Binaan satu perkataan Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, tinggi, nakal, baik dan sebagainya. Contoh ayat: Wanita itu sangat baik.

ii) Binaan dua perkataan Binaan jenis ini terdiri daripada dua perkataan, iaitu: a) Kata adjektif + Kata adjektif riang gembira, cantik molek, lemak manis b) Kata adjektif + kata nama merah jambu, hijau daun, manis buah Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif Terdapat tiga jenis unsur penguat iaitu: a) Penguat hadapan. Contohnya: terlalu nakal, paling sedap, sangat indah b) Penguat belakang. Misalnya: baik sekali, lambat benar, indah nian c) Penguat bebas. Contoh: amat indah dan indah amat sungguh berani dan berani sungguh

BBM 3110 SINTASIS 2013 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Ada tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa, iaitu: i) selepas subjek sebagai predikat Contoh ayat : Rumah Ali sangat sederhana. ii) selepas frasa kerja sebagai keterangan Contoh ayat: Dia tidur sungguh nyenyak. iii) selepas frasa nama sebagai penerang Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. Frasa Adjektif dengan Ayat Kompelemen Ayat Induk dengan Frasa Adjektif Para peserta amat sedar Ayat Komplemen Bahawa persiapan mereka tidak mencukupi.

Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. kata sendi nama juga merupakan morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama ialah di, ke, dari, daripada, kepada, untuk, bagi dan sebagainya. Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk dari salah satu binaan berikut: i) Kata sendi nama + Frasa Nama Contoh : di jambatan untuk pelajar-pelajar baharu

BBM 3110 SINTASIS 2013 ii) Kata sendi nama + Kata Arah + Frasa Nama Contoh : di belakang rumah dengan belakang parang iii) Kata sendi nama + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : ke negeri Jepun pada tahun lalu dari Johor dengan bapanya iv) Kata sendi nama + Kata Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh : ke selatan negeri Jerman pada musim panas di atas pangkuan ibu saban hari Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat i) Predikat frasa sendi nama Konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan yang biasa. Contoh ayat: Mereka ke sawah setiap pagi. ii) Frasa sendi nama sebagai keterangan Wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Contoh ayat: Kereta api bertolak pada pukul lima pagi. (FK) Budak itu kurus seperti galah. (FA) Kain daripada sutera mahal harganya. (FN)

You might also like