You are on page 1of 18

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

TAZKIRAH AL-ASFIYA
FI
HAYAT AL-AWLIYA

k
Oleh:
'ABDU DHAIF FAQIR HAQIR
MAULAWI JALALUDDIN AHMAD AR-ROWI
'UFIYALLAHU 'ANHU WALI WALIDAIHI
WALI MASYAIKHIHI WALI JAMI'IL MUSLIMIN

KHANQAH NAQSHBANDIYAH
1430 HIJRAH

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


1
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

HADHRAT UWAIS AL-QARANI


HADHRAT Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih merupakan
perintis jalan Uwaisiyah di kalangan Ummat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Beliau hidup di zaman Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tetapi terhalang dari berjumpa Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, pertama sekali
kerana hal keadaannya mabuk cinta yang mendalam dengan Allah dan kedua
kerana menunaikan tanggungjawab kepada ibunya.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah menerima limpahan


Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah
sampai ke Mekah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu telah membangunkan suatu


jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah
yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan kerohanian dari Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para
Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


sekali telah bersabda kepada Para Sahabatnya,
“Ada seorang lelaki di Qaran bernama Uwais yang pada hari kebangkitan
nanti akan memberi syafaat kepada sebilangan besar dari kalangan Ummatku
sepertimana banyaknya kambing-kambing Rabi’ah dan Mudhar.”

Dalam Hadits yang lain Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Di kalangan Ummatku ada seorang lelaki yang mana Syafa’atnya akan
diterima bagi pihak segolongan manusia yang jumlah bilangannya menyamai
bulu-bulu kambing dari kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”

Rabi’ah dan Mudhar adalah nama bagi dua kabilah ‘Arab yang memiliki
paling banyak kambing dan kibas. Apabila Para Sahabat bertanya tentang ciri-
cirinya, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda yang mafhumnya,
“Seorang hamba dari kalangan hamba-hamba Allah.”

Para Sahabat berkata,


“Kita semua adalah hamba-hamba Allah. Apakah namanya?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda,
“Uwais Al-Qarani.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


2
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Para Sahabat bertanya,


“Di manakah dia?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Di Qaran.”

Para Sahabat bertanya,


“Adakah dia telah bertemu denganmu?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Tidak dengan mata Jasmaninya tetapi dia telah melihat daku dengan mata
Ruhaninya.”

Para Sahabat berkata,


“Seorang kekasih yang sungguh ‘asyik, tetapi mengapa dia tidak menyertai
dalam jemaah Para Sahabatmu?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Ada dua sebab. Yang pertama adalah kerana Ghalbah Hal (beliau sentiasa
dalam Keruhanian yang tinggi sehinggakan dia tidak menyedari segala sesuatu
selain Allah Ta’ala). Yang kedua adalah kerana dia menuruti Syari’atku. Ibunya
yang beriman adalah terlalu tua dan buta matanya. Dia mengembala unta dan
dengan pendapatannya dia menyara ibunya.”

Para Sahabat bertanya,


“Bolehkah kami melihatnya?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda kepada Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu,
“Kamu tidak akan melihatnya, tetapi ‘Umar dan ‘Ali akan melihatnya.
Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan bulu. Pada tapak tangannya dan pada sebelah
kiri terdapat satu tanda yang sebesar Dirham yang bukan tanda penyakit sopak.
Apabila kamu menemuinya, sampaikan Salam dariku kepadanya dan beritahu
padanya agar memohon Doa untuk Ummatku. Di kalangan Para Auliya terdapat
Para Atqiya, dia adalah yang terbaik.”

Para Sahabat bertanya,


“Di manakah dapat kami mencarinya?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Di Yaman, dia mengembala unta dan bernama Uwais. Kamu patut
menuruti jejak langkahnya.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


3
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam
Sahihnya bahawa Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah
berkata,
“Aku telah mendengar Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa, “Uwais Ibni ‘Amir akan datang dengan
sejumlah bilangan orang sebanyak kabilah Mudhar di daerah Qaran, seolah-olah
dia menghidap penyakit kulit. Dia mempunyai seorang ibu dan sentiasa
berkhidmat dengan sepenuh hati kepadanya, dan jika dia meminta sesuatu
kepada Allah nescaya dikurniakan kepadanya. Jika kamu bertemunya, mintalah
padanya untuk memohon keampunan untukmu.”

Adakalanya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam akan menghadapkan dirinya ke arah Yaman dan bersabda,
“Aku mencium haruman Cinta.”

Dalam sebuah Hadits Qudsi yang diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah
Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawasanya Allah Subhanahu Wa
Ta’ala telah berfirman yang mafhumnya bermaksud,
“Allah, Maha Memiliki Ketinggian dan Yang Maha Perkasa adalah Dia,
mengasihi hamba-hambaNya yang sentiasa takutkan Tuhan, ikhlas di dalam
hatinya, mereka yang tersembunyi, mereka yang tidak melakukan kesalahan,
yang wajah mereka berdebu, yang rambut mereka kusut masai, yang perut mereka
kosong, dan seseorang yang jika dia meminta kebenaran untuk masuk menemui
pemerintah dia tidak akan dibenarkan, dan jika dia melamar seorang gadis
bangsawan permohonannya tidak akan ditunaikan, dan jika dia meninggalkan
dunia ini, ia tidak akan merinduinya, dan jika dia keluar dari sesebuah majlis,
tiada seorang pun yang akan menyedarinya, dan jika dia jatuh sakit, tiada orang
yang akan menziarahinya dan jika dia mati dia tidak akan ditemani hingga ke
Kuburnya.”

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya,


“Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bagaimana boleh kami bertemu
dengan seseorang yang sedemikian?”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


bersabda,
“Uwais Al-Qarani adalah seorang yang sedemikian.”

Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi


Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Dan siapakah Uwais Al-Qarani?”

Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,


“Dia adalah seorang yang berkulit gelap, lebar bahunya dan sederhana
tingginya. Warna wajahnya hampir sama dengan warnanya tanah. Janggutnya
mencecah hingga ke dada. Matanya sentiasa memandang ke bawah pada tempat

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


4
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

sujud, dan tangan kanannya berada di atas tangan kirinya. Dia menangis
mengenangkan dirinya dengan tangisan yang berlarutan hinggakan bibirnya
bengkak. Dia memakai jubah bulu kambing dan amat dikenali pada kalangan
penduduk langit. Jika dia membuat suatu perjanjian dengan Nama Allah, dia
akan memeliharanya. Di bawah bahu kirinya terdapat satu titik putih. Apabila
tibanya Hari Kebangkitan dan diumumkan kepada hamba-hambaNya,
“Masuklah ke dalam Taman Syurga.”

Akan dikatakan kepada Hadhrat Uwais Radhiyallahu 'Anhu,


“Berhenti dan berikan Syafa’at.” Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha
Memiliki Ketinggian akan mengampunkan manusia sebanyak bilangan
penduduk Rabi'ah dan Mudhar. Maka wahai ‘Umar dan ‘Ali, jika kamu dapat
mencarinya, mintalah dia memohonkan Syafa’at untuk kamu, maka Allah akan
mengampuni kamu.”

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam


telah bersabda bahawa mafhumnya,
“Uwais Al-Qarani adalah yang terbaik di kalangan Tabi’in dalam
pencapaian Ihsan.”

Ketika Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi


Wasallam hampir wafat, Para Sahabat telah bertanya kepadanya,
“Kepada siapakah patut kami berikan jubahmu?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
bersabda,
“Uwais Al-Qarani.”

Setelah kewafatan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu


‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab dan Hadhrat Sayyidina
‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah pergi ke Kufah. Sesudah
menyampaikan khutbah, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu
‘Anhu telah berkata,
“Wahai orang-orang Najd, hendaklah kamu semua bangun.”

Semua orang menurut. Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu


‘Anhu lalu bertanya,
“Adakah sesiapa di kalangan kamu yang berasal dari Qaran?”

Apabila ada yang menjawab “Ya”, Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab
Radhiyallahu ‘Anhu pun telah bertanya dengan lebih lanjut maklumat berkenaan
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih. Mereka
menjawab,
“Kami tidak kenal dia, walau bagaimanapun terdapat seorang lelaki gila yang
begitu terasing dari orang ramai. Dia menjauhkan diri dari orang ramai.”

Apabila Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


bertanya tentang di mana dia sering berada, beliau telah diberitahu bahawa,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


5
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Dia sering mengembala unta di Wadi ‘Urnah. Pada waktu malam dia hanya
makan roti kering. Dia tidak pergi ke bandar. Dia tidak bercakap dengan sesiapa
pun. Dia tidak makan apa yang orang biasa makan. Dia tidak tahu sedih dan
gembira. Bila orang ketawa dia menangis, bila mereka menangis dia ketawa.”

Setelah sepuluh tahun berlalu yang mana Para Sahabat mencari-cari dan
bertanya tentang dirinya tetapi masih tidak dapat menemuinya. Pada tahun 21
Hijrah bersamaan 644 Masihi, pada tahun yang sama Hadhrat ‘Umar Al-Khattab
Radhiyallahu ‘Anhu diangkat menjadi Khalifah yang kedua sesudah kewafatan
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
sebagai Amirul Mukminin, beliau telah naik ke gunung Jabal Abi Qubais dan
menyeru dengan sekuat-kuat suaranya,
“Wahai orang-orang Yaman, adakah sesiapa di sana yang bernama Uwais?”

Seorang lelaki tua dengan janggut yang panjang bingkas bangun dan
menjawab,
“Kami tidak tahu siapakah Uwais yang engkau tanyakan, tetapi anak
saudaraku bernama Uwais, tetapi dia tidaklah begitu penting untuk ditanyakan
tentangnya dan terlalu miskin serta taat bahawa dia juga perlu mencapai pada
tingkatanmu. Dia adalah pengembala unta-unta kami dan dia tiada sebarang
kedudukan di kalangan orang-orang kami.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu sekali lagi bertanya jika dia
mengenali Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih. Lelaki itu menjawab,
“Kenapa kau bertanya tentangnya wahai Amirul Mukminin? Demi Allah,
tiada seorang pun di kalangan kami yang lebih bodoh dan lebih miskin darinya.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu lalu menangis dan berkata


kepadanya,
“Adapun kamu yang sebegitu, dia tidak sedemikian. Sesungguhnya daku
telah mendengar Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda, “Mereka yang masuk Syurga menerusi Uwais yang akan memohon
keampunan untuk mereka adalah mereka yang terdiri dari kabilah Rabi’ah dan
Mudhar.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu bertanya kepadanya di


manakah dia dapat mencarinya, dan dia telah diberitahu,
“Di atas Gunung ‘Arafat.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu
‘Anhuma kemudian segera menuju ke ‘Arafat dan ada riwayat yang menyatakan
mereka berdua telah pergi ke Wadi ‘Urnah di mana mereka menemui Hadhrat
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih sedang bersolat di bawah sepohon pokok
dengan unta-unta berkeliaran mengelilinginya.

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu
‘Anhuma menghampirinya dan mengucapkan Salam dengan berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


6
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Assalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun memendekkan Solatnya


dan setelah menyempurnakan Solatnya dia pun menjawab Salam mereka. Mereka
bertanya kepadanya,
“Siapakah engkau?”

Dia menjawab,
“Seorang pengembala unta-unta dan seorang yang digajikan untuk bekerja
dengan satu puak.”

Mereka, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib
Radhiyallahu ‘Anhuma berkata,
“Kami tidak bertanya tentang kerja engkau mengembala ternakan mahupun
tentang pekerjaanmu yang makan gaji, tetapi apakah namamu?”

Dia menjawab,
“ ‘Abdullah (Hamba Allah).”

Mereka, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib
Radhiyallahu ‘Anhuma berkata,
“Kesemua penduduk di Langit dan di Bumi adalah Hamba Allah, tetapi
apakah nama yang telah diberikan oleh ibumu?”

Dia menjawab,
“Uwais. Wahai kamu berdua, apakah yang kamu mahu dariku?

Mereka berkata,
“Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sekali telah
memberitahu kami berkenaan Uwais Al-Qarani. Hadhrat Baginda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah memberitahu kepada kami tentang sifat warna
matanya yang hitam kebiruan dan telah memberitahu kami bahawa dia memiliki
satu tanda putih di bawah bahu kirinya. Maka tolonglah tunjukkan kepada kami jika
engkau memiliki tanda tersebut, kerana sesungguhnya jika sedemikian engkaulah
yang sedang kami cari.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih kemudian mendedahkan bahu


kirinya dan mereka telah terlihat satu tanda putih. Mereka kemudian memeluknya
dan menciumnya dan berkata,
“Kami mengakui bahawa engkau adalah Uwais Al-Qarani, maka
mohonkanlah keampunan untuk kami dan semoga Allah mengampuni kamu.”

Dia menjawab,
“Sedangkan aku tidak dapat mengampuni diriku sendiri apatah lagi seorang
pun dari anak Adam. Tetapi terdapat mereka yang berada di daratan dan di lautan,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


7
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

orang-orang lelaki dan wanita yang beriman, lelaki dan wanita yang Muslim yang
doa-doa mereka terhadap Allah akan dijawab.”

Maka Hadhrat ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat ‘Ali Ibni Abi Talib
Radhiyallahu ‘Anhuma pun berkata,
“Sesungguhnya, inilah dia.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Wahai kamu berdua, kamu tahu tentang diriku dan aku tahu tentang
kedudukanku, tetapi siapakah kamu?”

Hadhrat Sayyidina ‘Ali Karramallahu Wajhahu Wa Radhiyallahu ‘Anhu


menjawab,
“Ini adalah Hadhrat Amirul Mukminin, ‘Umar Ibni Al-Khattab dan aku
adalah ‘Ali Ibni Abi Talib.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun bangun berdiri tegak dan
berkata,
“Assalamu ‘Alaikum Ya Amirul Mukminin dan kepadamu wahai ‘Ali,
semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasmu dengan kebaikan untuk Ummat
ini.”

Mereka menjawab Salam dan berkata,


“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala membalasmu dengan segala
kebaikanmu.”

Dalam sebuah riwayat yang lain Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu


‘Anhu berkata,
“Unjurkan tangan kananmu.”

Maka Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun mengunjurkan tangannya


dan setelah Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu melihat tanda seperti
yang telah dikhabarkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun
mencium tangannya seraya berkata,
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah mengirimkan Salam kepadamu
dan memberikan jubah ini kepadamu dan telah memerintahkan agar dikau berdoa
untuk Ummatnya.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


Engkau adalah lebih layak untuk mendoakan kerana tiadalah kelebihanku
mengatasi kamu.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Aku sentiasa melakukan tanggungjawab doa ini, walau bagaimanapun kau
perlu patuh kepada arahan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


8
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Wahai ‘Umar, fikirkannya baik-baik. Mungkin apa yang ada dalam fikiran
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah orang lain yang selain diriku.”

Hadhrat ‘Umar Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Kesemua tanda-tanda yang telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam wujud pada dirimu.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,


“Berikan kepadaku jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, aku akan
berdoa.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun mengambil jubah yang


telah diwasiatkan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam lalu berkata,
“Tunggulah di sini.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pergi tidak berapa jauh dari
situ lalu merebahkan dirinya bersujud ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
seraya memohon Doa,
“Ya Allah, daku ridak akan memakai jubah ini selagi Dikau tidak
mengampuni kesemua Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. ‘Umar
Faruq dan ‘Ali Murtadha telah menyempurnakan tugas mereka dengan
menyampaikan jubah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ini.”

Lalu kedengaran satu suara yang berkata,


“Kami telah mengampunkan sebilangan dengan kelebihan Syafa’atmu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,


“Ya Allah, selagi mana Dikau tidak mengampuni kesemuanya, daku tidak
akan memakai jubah ini.”

Suara itu berkata,


“Daku telah mengampuni ribuan.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Daku merayu keampunan untuk kesemuanya.”

Keadaan ini berlaku beberapa kali. Setiap kali suara itu mengisytiharkan
peningkatan dalam bilangan mereka yang mendapat keampunan menerusi
kelebihan Syafa’at Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah
‘alaih. Dalam pada itu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat
Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma sambil bersikap sabar telah datang
menghampiri Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu untuk mengetahui
apakah yang sedang berlaku.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


9
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Apabila Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu melihat mereka


seraya berkata,
“Kenapakah aku tidak mahu memakai jubah ini selagi mana Allah Ta’ala
tidak mengampuni kesemua Ummat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu memandang


kepada Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu dengan penuh tumpuan dan
kerisauan lalu menerima Musyahadah penglihatan Ghaib 18,000 Alam Ruhaniah di
bawah kain selimut yang dipakai oleh Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu
‘Anhu pada ketika itu.

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah


ditenggelami dengan perasaan tidak tentu arah lalu berteriak,
“Adakah sesiapa yang yang sanggup untuk menerima tugas Khilafat dengan
tukaran sekeping roti?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Hanya orang bodoh yang akan melakukannya. Apakah yang kau bercakap
tentang jual dan beli? Tinggalkannya! Sesiapa sahaja yang berkehendak, dia boleh
mengambilnya.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun memakai


jubah pemberian Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam seraya berkata,
“Dengan keberkatan jubah ini dan Syafa’atku, bilangan jumlah Ummat
Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mendapat keampunan adalah
sejumlah bilangan bulu-bulu yang ada pada kambing-kambing Rabi’ah dan
Mudhir.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu bertanya,


“Wahai Uwais, kenapa kau tidak pergi menemui Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam?”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Mungkin kamu telah melihat dahi wajah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Khabarkan padaku tentang kening Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali


Radhiyallahu ‘Anhuma keduanya tidak dapat menjelaskan tentang kening Hadhrat
Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,


“Adakah kamu Sahabt Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


10
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu pun


menjawab,
“Sudah tentu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Pada hari gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia telah
Syahid, mengapakah kamu tidak mensyahidkan gigi kamu sendiri? Cinta
memerlukan bukti.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun membuka mulutnya lalu


Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Radhiyallahu
‘Anhuma pun melihat bahawa kesemua giginya telah tiada.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Aku mematahkan gigiku tanpa melihat mulut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Setelah aku mematahkan sebatang gigi, aku tidak berpuas hati. Mungkin
gigi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang patah tidak sama dengan yang aku
patahkan dalam mulutku. Dengan keadaan ini, daku terus mematahkan gigi-gigiku
sehingga kesemuanya telah dipatahkan.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali


Radhiyallahu ‘Anhuma telah mengalami tekanan perasaan yang kuat dan telah
mempelajari suatu pengertian baru tentang Cinta dan perhubungan Ruhaniah.
Mereka telah mempelajari perhubungan Ruhaniah dari Hadhrat Uwais Al-Qarani
Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih.

Lalu Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Doakanlah untuk diriku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Aku sudahpun berdoa. Kau tidak sepatutnya meminta lebih. Dalam
Tasyahud pada setiap kali Solah, aku berdoa: “Ya Allah! Rahmatilah sekelian orang
Islam lelaki dan wanita dan ampunilah mereka.” Jika kamu sampai ke Kubur dengan
Iman yang baik, maka sudah tentu kau akan mendapat habuan dari doaku. Aku
tidak mahu merosakkan doaku.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Nasihatilah aku.”
Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu pun berkata,
“’Umar, adakah kau sudah mengenali Allah Ta’ala?”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Ya, aku sudah mengenaliNya.”

Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


11
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Adalah yang terbaik apabila kau hanya mengenali Allah Ta’ala dan tiada
seorang pun selainNya.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Katakanlah lagi sesuatu.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Allah Ta’ala mengetahui kamu. Adalah yang paling baik ialah selain Allah,
tiada seorang jua pun yang mengetahui tentang kamu.”

Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


berkata kepada Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu,
“Tempatmu adalah di sini sehingga aku kembali ke Madinah dan semoga
Allah Merahmatimu. Kemudian aku akan membawa padamu bantuan dari
sebahagian barangan keperluanku dan sebahagian pakaianku. Ini merupakan
tempat pertemuan antara engkau dan aku.”

Tetapi Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab kepadanya,


“Wahai Amirul Mukminin, tidak akan ada sebarang tempat pertemuan yang
lain dalam Ilmu Allah di antara engkau dan aku kecuali ini. Maka khabarkanlah
padaku, apakah yang patut aku lakukan dengan barangan keperluanmu dan apakah
yang patut aku lakukan dengan pakaianmu? Tidakkah kau lihat bahawa aku sedang
memakai jubah dan selimut dari bulu kambing, jadi bilakah kamu melihat aku
mengoyakkannya? Atau adakah kau lihat kasut yang ku pakai sudah lapuk dan
koyak? Bilakah kau lihat aku tidak memakainya? Antara tangan kamu dan tanganku
terdapat satu halangan yang tinggi yang tidak dapat dilangkah oleh orang yang
berat badannya, maka tinggalkanlah semua perkara ini dan Allah akan memberikan
Rahmat ke atasmu.”

Apabila Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu mendengarkan perkataan ini,


dia memukul tanah dengan tongkatnya dan menjerit dengan sekuat-kuat suaranya,
“Alangkah baiknya jika ‘Umar tidak dilahirkan oleh ibunya dan dia menjadi
wanita yang suci.”

Kemudian Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu


berusaha untuk memberi Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih dengan
pemberian wang. Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun mengeluarkan
dua Dirham dari koceknya seraya berkata,
“Ini adalah pendapatanku kerana mengembala unta. Jika kau boleh berjanji
bahawa Dirham ini akan berkurangan sebelum kematianku, barulah aku akan
menerimanya.”

Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibni Al-Khattab Radhiyallahu ‘Anhu dengan jelas


tidak dapat menunaikannya, maka Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih
pun menolak pemberiannya.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


12
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Kamu berdua telah menghadapi berbagai kesulitan untuk sampai kepadaku.
Sekarang kembalilah. Qiyamat semakin hampir. Kita akan bertemu pada suatu masa
yang tidak akan ada lagi perpisahan. Sekarang ini aku dalam serba salah
mengenangkan persediaan untuk menghadapi perjalanan ini.”

Kemudian Hadhrat ‘Umar dan Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhuma


mengucapkan selamat tinggal lalu kembali ke Madinah dengan hati yang amat berat.
Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pula kembali mengembala unta-unta
dan pulang kepada kabilahnya.

Tidak berapa lama sesudah itu Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih
pun meninggalkan kerjanya sebagai pengembala dan telah menuju ke Kufah di
mana dia meneruskan pengabdiannya sehinggalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengambilnya ke sisi HadhratNya.

Sewaktu Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu mendengar yang Hadhrat


Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih hendak kembali ke Kufah, dia berkata
kepadanya,
“Kemanakah engkau hendak pergi?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab,


“Ke Kufah.”

Kemudian Hadhrat ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu berkata,


“Mahukah ku tuliskan untukmu sepucuk surat kepada Gabenornya?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab,


“Aku lebih suka berada bersama golongan rakyat yang berada dekat di
hatiku.”

Setelah Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menuju ke Kufah, orang


ramai mula memberikan penghormatan terhadapnya sehingga ada yang terlalu
melebih-lebihkannya, maka dia mengambil keputusan untuk beredar dari Kufah
sehingga tiada siapa pun yang dapat menemuinya. Suatu ketika dia pernah ditemui
oleh Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih dan menurut suatu riwayat
yang lain dia telah ditemui oleh Hadhrat Hiram Bin Hibban Rahmatullah ‘alaih.

Kemudian tiada siapa pun yang melihatnya sehinggalah berlakunya zaman


perang di antara Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu dan Hadhrat Mu’awiyah
Radhiyallahu ‘Anhu yang mana Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih telah
berperang bagi pihak Hadhrat ‘Ali Radhiyallahu ‘Anhu. Beliau telah Syahid dalam
peperangan Siffin. Semoga Allah meredhainya dan merahmatinya, dan semoga
Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kita Taufiq untuk menuruti contoh
perjalanan Keruhaniannya dan melimpahkan kita dengan limpahan Faidhznya yang
sempurna lagi berkekalan, Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


13
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

HADHRAT HARIM BIN HAYYAN


HADHRAT Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih adalah salah seorang dari kalangan
Tabi’in dan beliau telah berkesempatan bertemu dengan Hadhrat Uwais Al-Qarani
Rahmatullah ‘alaih. Beliau meriwayatkan bahawa apabila dia telah mendengar
tentang kedudukan Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih sebagai salah
seorang pemberi Syafa’at, maka dia telah begitu berkeinginan untuk bertemu
dengan Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih. Maka dia telah pergi ke Qaran
untuk mencarinya namun Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih tiada di
sana. Ada yang mengatakan bahawa Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih
telah menuju ke Basrah, maka dia pun telah pergi mencarinya di sana. Ada yang
mengatakan bahawa Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih telah pergi ke
Kufah, maka diapun telah pergi mencarinya di sana. Dalam perjalanannya ke sana,
dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang bajunya bertampal sedang melakukan
wudhu di tebing Sungai Euphrates. Setelah melihatnya selesai mengambil wudhu,
dia pun menyikat janggutnya.

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih telah meriwayatkan seperti


berikut:
“Ramai orang telah bercerita kepadaku tentang kedudukan Uwais Al-Qarani,
maka apabila aku mendengar bahawa beliau tinggal di Kufah, aku telah ke sana
untuk mencarinya kerana daku tiada sebarang keinginan lain melainkan hanya
untuk bertemunya. Daku menjumpainya sedang duduk di tebing Sungai Tigris dan
aku mengenalinya menerusi keterangan yang telah aku perolehi tentang dirinya.
Seorang lelaki yang kurus sedang memandang ke arahku dan aku pun
menghulurkan tangan sambil mengucapkan Salam kepadanya, tetapi beliau
langsung tidak menyahut Salamku.

Aku berasa kecewa lalu bertanya kepadanya,


“Adakah kau Uwais?” Pakaiannya begitu miskin dan beliau berada dalam
keadaan yang mengasingkan diri, yang mana dengan keadaan inilah telah
menyebabkan orang-orang yang jahil berkata bahawa beliau telah gila dan tidak
siuman. Tetapi aku mengetahui bahawa ketekunan dan penyerahannya itu adalah
menunjukkan sifat kefakirannya yang sebenar, yang mana beliau tidak
mengendahkan perkataan orang-orang yang berkata bahawa keadannya itu adalah
bertentangan dengan Sunnah. Orang-orang yang sedemikian adalah jahil tentang
Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang sebenar, iaitu meninggalkan
kebendaan Duniawi dan sebarang urusan makhluk dan mendekatkan diri kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu meninggalkan sebarang ikatan yang selain dari
Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih melihat keadaan Hadhrat


Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih yang begitu dhaif dengan tubuh badannya
yang lemah sehingga menyebabkannya menangis berlinangan air mata seraya
berkata,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


14
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Semoga Allah merahmatimu Uwais dan mengampunimu, bagaimanakah


keadaanmu?”

Lalu suaranya terhenti tidak dapat meneruskan kata-kata kerana hatinya


terlalu sebak dan merasakan tarikan dalaman yang begitu lembut terhadap Hadhrat
Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih.

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih juga telah turut menangis lalu
berkata kepadanya,
“Semoga Allah merahmatimu Harim Ibnu Hayyan, siapakah yang telah
menunjukkan kamu jalan hingga sampai kepadaku di sini?”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih menjawab,


“Allah yang telah menunjukkan jalan kepadaku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Tiada Tuhan melainkan Allah. Segala puji hanya bagi Allah. Jika sesuatu itu
merupakan kehendak Allah, ianya pasti akan berlaku, maka pertemuan ini adalah
suatu kehendak Allah.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Bagaimana kau mengetahui namaku dan nama bapaku sedangkan kau tidak
pernah bertemu denganku? Namaku ialah Harim Bin Hayyan.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih lalu menjawab,


“Dia Yang Maha Mengetahui memberitahu kepadaku. Ruhku mengenali
Ruhmu sewaktu diriku berkata-kata dengan dirimu, kerana Ruh orang-orang yang
beriman mengenali antara satu dengan yang lain kerana Cinta mereka terhadap
Allah meskipun mereka tidak bertemu. Dan apabila mereka datang ke tempat kami
beristirehat, mereka mengenali antara satu dengan yang lain walaupun mereka
datang dari tempat yang jauh.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Khabarkan kepadaku tentang Hadhrat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih menjawab,


“Aku tidak pernah melihat Hadhrat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
secara berhadapan dan aku tidak pernah hadir dalam majlis Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam cuma daku mendengar tentang sifat-sifatnya
dari orang lain, tetapi aku sanggup mengorbankan kehidupanku demi kerananya.

Walaubagaimanapun, aku tidak suka bercakap tentang perkara ini kerana aku
bukanlah seorang Muhaddits atau Mufti atau seorang periwayat Hadts kerana aku
disibukkan dengan kegiatan yang lain.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


15
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih pun lalu berkata,


“Bacakanlah kepadaku beberapa ayat dari Kitab Allah, supaya aku dapat
mendengarnya darimu dan supaya aku dapat belajar darimu dan memeliharanya di
dalam hati, kerana aku mengasihi dirimu kerana Allah.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih memegang tangan Hadhrat


Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih seraya mengucapkan,
“Aku memohon perlindungan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui dari Syaitan yang direjam.”

Lalu beliau membaca ayat ke 38 dari Surah Ad-Dukhan yang bermaksud:


“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara
keduanya dengan main-main.”

Lalu Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih tersenyum dengan


senyuman yang sinis dan Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih pun
melihat kepadanya dengan perasaan kasih.

Tidak berapa lama kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih


pun berkata kepada Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih,
“Wahai anak Hayyan, apa yang menyebabkan kau datang ke sini?”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih menjawab,


“Untuk menjadi sahabatmu dan untuk memperbaiki diriku.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Aku tidak tahu memikirkan bagaimana seorang yang sudah mengenal Allah
Ta’ala, masih mengharapkan cinta dan keinginan terhadap yang lain dan mencari
keselesaan dari selain Allah.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Berikan aku sedikit nasihat.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,


“Wahai anak Hayyan, letakkanlah maut di bawah bantalmu ketika tidur.
Apabila kamu bangkit dari tidur janganlah mengharapkan apa-apa dari kehidupan
Dunia ini. Jangan menganggap kecil akan sebarang dosa kerana apabila kamu
menganggap dosa kamu sebagai kecil maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu
menganggap Allah Ta’ala sebagai tidak penting.

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih bertanya,


“Di manakah aku harus mencari tempat tinggal?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,


“Di Syam.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih bertanya,

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


16
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

“Bagaimana aku harus mencari keperluan hidup ketika di sana?”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,


“Sungguh memalukan bagi Ruh-Ruh yang dikuasai oleh ketidak pastian dan
menjauhkan diri dari menerima nasihat.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Berikan lagi daku nasihat.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,


“Wahai anak Hayyan, bapamu sudah mati dan kau juga akan mati menuju
sama ada ke Syurga ataupun ke Neraka. Hadhrat Adam, Hadhrat Hawa, Hadhrat
Nuh, Hadhrat Ibrahim, Hadhrat Musa dan Hadhrat Daud ‘Alaihimussalam
kesemuanya sudah mati. Hadhrat Muhammad Sallallahu ‘Alahi Wasallam juga
sudah mati. Hadhrat Abu Bakar Khalifah Rasulullah yang pertama juga sudah mati.
Saudaraku dan Sahabatku, Hadhrat ‘Umar Ibnul Khattab juga sudah mati.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Semoga Allah Ta’ala merahmatimu, tetapi Hadhrat ‘Umar belum lagi mati.”

Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Ya, dan orang ramai sudahpun mengisytiharkan kematiannya dan Allah
Subhanahu Wa Ta’ala telah memaklumkannya kepadaku dan juga sudah
mengisytiharkan kematianku. Engkau dan aku adalah orang-orang yang mati.”

Kemudian beliau berselawat kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu berdoa. Kemudian beliau berkata,
“Inilah apa yang aku tinggalkan untukmu, Kitab Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hendaklah engkau sentiasa
mengingati mati dan janganlah melupakannya dari hatimu walau sedetik pun.
Peringatkanlah perkara ini kepada kaummu apabila kau kembali kepada mereka dan
katakanlah kepada mereka, “Janganlah mengabaikan manusia, kerana jika kamu
melakukannya bermakna kamu mengabaikan Agamamu tanpa kamu menyedarinya,
dan kamu akan memasuki Neraka Jahannam, maka berdoalah untuk diriku dan juga
untuk dirimu.”

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata kepada


Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih,
“Ya Allah, ini adalah suatu tuntutan dariku, kerana dia mencintaiku
keranaMu, dan dia telah menziarahiku semata-mata keranaMu, dan mengizinkanku
untuk melihat wajahnya dalam Syurga, dan masukkanlah dia ke dalam rumah
kesejahteraanMu, dan peliharalah dia dalam kehidupan Dunia ini selama mana dia
masih hidup. Peliharalah dia dari kebendaan Duniawi ini dengan menjalani Tariqat,
dan jadikanlah dia orang yang bersyukur dengan segala Rahmat yang telahEngkau
kurniakan, dan berikanlah kepadanya kebaikan dari pihak daku.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


17
Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya

Kemudian Hadhrat Uwais Al-Qarani Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Assalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Oleh kerana aku tidak
akan melihatmu lagi selepas ini, semoga Allah merahmatimu, tetapi aku tidak suka
untuk dikenali dan aku lebih suka bersendiri kerana aku akan berada dalam duka-
cita apabila aku bersama manusia. Maka, janganlah bertanya tentang diriku dan
janganlah memanggil aku, tetapi keahuilah bahawa dirimu berada dalam hatiku
meskipun aku tidak melihatmu dan kamu tidak melihatku. Ingati aku dan berdoalah
untuk diriku kerana akau akan mengingati kamu dan mendoakan untuk dirimu jika
Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengkehendakinya. Sekarang, kamu janganlah
mengikut aku kerana aku hendak pergi, maka kamupun pergilah dari sini.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata,


“Daku benar-benar ingin untuk menurutinya beberapa langkah dan berjalan
bersamanya walau sejam, tetapi selepas itu dia tidak membenarkan daku
menurutinya lagi. Maka daku pun meninggalkannya dan mulai menangis dan beliau
juga turut menangis. Daku memandangnya dari jauh sehinggalah dia lenyap dari
pandanganku. Sesudah peristiwa itu, daku tidak mendengar lagi berita tentang
dirinya.”

Hadhrat Harim Bin Hayyan Rahmatullah ‘alaih berkata lagi,


“Setelah peristiwa itu, daku bertanya pada orang ramai tentangnya dan cuba
untuk mencarinya tetatpi tiada seorang pun yang dapat menceritakan kepadaku
tentang dirinya. Setelah berlalu beberapa minggu, daku telah melihatnya sekali atau
dua kali di dalam mimpiku.

Hadhrat Uwais berkata,


“Rasul Allah sudah mati,” tetapi beliau tidak berkata Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam, adapun yang dimaksudkannya adalah Para Nabi yang
sebelumnya. Dengan ini apa yang dimaksudkannya ialah kemuliaan Para Rasul
Allah adalah memang diketahui ramai, dan beliau dikenali kerana kesempurnaan
kehormatannya terhadap Para Rasul Allah dan dia tidak memerlukan sebarang
pujian dari manusia.”

Semoga Allah Ta’ala melimpahinya dengan Rahmat dan Keberkatan yang


sempurna dan mudah-mudahan Allah Ta’ala melimpahkan kita dengan limpahan
Faidhz mereka yang sempurna, Amin.

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi


18

You might also like