You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PEWARIS PRASEKOLAH KALI 4 SESI 2011/2012 SK KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT, PAHANG Tarikh Masa

Tempat Kehadiran : 23 Febuari 2012 : 09.30 Pagi : Bilik Gerakan, SK Kuala Tahan : En.Zulkefli bin Mohd Khonopiah- Pengerusi Pewaris En.Azri bin Razali Tim. Pengerusi Pewaris Pn.Rohana binti Abdul Hamid (Guru Pra) Pn.Fadilah binti Yahya (Guru Pra) Pn.Zanariah binti Mat Hassan- PPM Pn.Suryati binti Nordin- PPM Pn Azlina bt Ismon Pn.Hazlinda binti Mohd Taha Pn Nurhayati bt Mohamod Pn Norhasmira bt Abdullah Pn Norehar bt Mat Amin En Mahadi bin Ismail En Basri bin Khonopiah : En.Zainol bin Shahbudin- Penasihat En.Azman bin Abdullah Hashim (GPK 1) En.Adzhar bin Mokhtar (GPK HEM) En.Ramli bin Abd Rahman (GPK KOKO) : En Armin Suhaizan bin Salleh TINDAKAN

Turut Hadir

Tidak Hadir

BIL AGENDA 1. Ucapan alu-aluan 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 1.2 Melambangkan komitmen yang tinggi untuk kemajuan anak-anak Prasekolah. 2. Ucapan Penasihat / Guru Besar 2.1 Fokus mesyuarat adalah untuk membentang aktiviti dan apa juga yang berlaku pada tahun lepas. 2.2 Perlantikan AJK Pewaris baru akan diadakan pada mesyuarat Agong yang akan datang. 2.3 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK Pewaris kerana dapat melaksanakan aktiviti Pewaris pada tahun 2011. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 3.1 Pn Rohana bt Abdul Hamid membentangkan Minit mesyuarat jawatankuasa induk prasekolah yang lalu. 3.2 Pn Fadilah btYahya mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Pn Hazlinda bt Mohd Taha.

3.

Makluman

4.

Perkara-perkara berbangkit 4.1 Pn Rohana menyentuh mengenai program gotong-royong yang dijalankan di kelas prasekolah. Gotong-royong tersebut melibatkan aktiviti mengecat di kawasan taman permainan dan menanam pokok bunga. 4.2 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang terlibat dalam gotong-royong tersebut. 4.3 Penasihat juga mengalu-alukan Jabatan Perhilitan untuk meneruskan program mereka di sekolah (Perhilitan Masuk Sekolah). 4.4 Mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Sukan Ria Prasekolah yang lalu. Program tersebut berjalan dengan lancar. 4.5 Program Graduasi pada awalnya dirancang untuk diadakan di Rainforest Resort,tetapi disebabkan masalah tertentu terpaksa dijalankan di sekolah. 4.6 En Azman bertanya mengenai jubah graduasi Prasekolah untuk kelas Prasekolah Cahaya. Pn Rohana menjelaskan bahawa beliau sedang mengumpul dana untuk membeli jubah tersebut. 4.7 En Zulkefli mencadangkan supaya meminta sumbangan dari manamana pihak untuk menampung kos membeli jubah graduasi tersebut. 4.8 Penasihat mengingatkan supaya ibu bapa dimaklumkan mengenai kutipan kewangan bagi anak-anak. Kerajaan juga tidak membayar takaful untuk murid Prasekolah. 4.9 Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat seorang murid menumpang di kelas Prasekolah Cahaya. Laporan Kewangan 2011 4.1 Pn Rohana dan Pn Fadilah membentangkan laporan kewangan kelas berakhir disember 2011. 4.2 Penasihat menegaskan wang pada tahun semasa perlu dihabiskan pada tahun semasa juga. Tidak perlu dibawa pada tahun berikutnya. Beliau juga mengingatkan supaya guru Prasekolah menguruskan kewangan dengan baik. 4.3 En Azri mempersoalkan kenapa kewangan kedua-dua kelas diasingkan. Pn Rohana menjelaskan bahawa lebih senang menguruskan sendiri kewangan mengikut keperluan kelas masingmasing. 4.4 En Azman menjelaskan bahawa lebih senang guru kelas tersebut untuk menguruskan kewangan dengan berhemah. Keperluan kelas juga berbeza kerana kelas Prasekolah Cahaya baru sahaja beroperasi pada tahun 2010 berbanding Prasekolah Sinar yang telah dibuka pada tahun 2003.

Makluman

5.

Makluman

5.

6.

Hal-hal lain 5.1 En Zulkefli mengharapkan aktiviti Prasekolah dapat diteruskan seperti Makluman yang telah dirancang. 5.2 Program terdekat iaitu mesyuarat Agong Pewaris yang akan diadakan pada 7 Mac 2012 pukul 3.00 petang.beliau mengharapkan agar ibu bapa dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat tersebut. 5.3 Penasihat meminta supaya setiausaha merangka program untuk dibentang semasa mesyuarat Agong tersebut. Surat jemputan juga perlu diedarkan lebih awal untuk ibu bapa. 5.4 En Azman meminta jasa baik Jabatan Perhilitan untuk menjalankan program dengan murid sekolah. Contohnya melawat ke Santuari ikan kelah dan berkelah di Lata Berkoh. 5.5 En Zulkefli menjelaskan supaya pihak sekolah menghantar surat permohonan kepada Penguasa Taman Negara. 5.6 En Azman juga meminta supaya AJK mesyuarat memberitahu ibu bapa diluar sana yang musykil berkenaan bayaran atau sumbangan yang telah dibuat di sekolah,untuk hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sebenar berkenaan hal tersebut 5.7 En Adzahar memaklumkan mengenai pendaftaran untuk tahun 1 sesi 2013/2014. Beliau meminta ibu bapa dan Pewaris untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada ibu bapa diluar sana. 5.8 Penasihat menegaskan sekiranya ibu bapa tidak mendaftar anak mereka, kemungkinan bermasalah untuk mendapatkan bekalan buku teks, kerusi dan meja. 5.9 Pn Rohana meminta pandangan mengenai sumbangan Pewaris untuk Program Nilam Prasekolah. Penasihat meminta perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Pewaris baru yang bakal dilantik dalam mesyuarat Agong akan datang. 5.10 En Zulkefli bertanya mengenai bantuan RM 100.00 untuk pelajar tahun 1. En Adzahar menjelaskan bahawa duit tersebut masih belum masuk lagi dan akan diedar sejurus pihak sekolah menerimanya. Ucapan Penangguhan Makluman 6.1 Tuan pengerusi mengucapkan tarima kasih kepada semua Ajk Pewaris dalam melaksanakan setiap aktiviti di prasekolah. 6.2 Meminta supaya Pewaris dapat memberi sumbangan yang besar dalam memajukan bidang pendidikan di Prasekolah. 6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 pagi.

Disediakan oleh: (ROHANA BT ABDUL HAMID) Guru Prasekolah, SK Kuala Tahan,

Disahkan oleh: (EN.ZULKEFLI BIN MOHD KHONOPIAH) Pengerusi Pewaris Prasekolah, SK Kuala Tahan,

27000 Jerantut, Pahang.

27000 Jerantut, Pahang.

You might also like