You are on page 1of 4

LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (Lampiran 5 – The Mascot)

Nama pelajar : KONG YAU YAU

Angka Giliran : 200830134082

LAPORAN

The Mascot merupakan satu simbolik kepada keadaan dalam kajian


kes yang dikaji pada lampiran 5. Simbolik kepada seorang guru telah
dijadikan sebagai boneka oelh guru pembimbingnya semasa menjalankan
pratikum di sekolahnya.

Selama sebulan menjalankan pratikum di sekolah Cathy tidak


dibenarkan mengajar kelas secara individu malah tidak dapat merancang
rancangan pengajaran untuk kelas yang diajar sepanjang tempoh
pratikumnya selain daripada menggantikan kelas Mrs Clem semasa dia sibuk
dengan urusannya. Cathy sering kali mendapat tindakan yang luar biasa
daripada Mrs Clem dan juga kelas yang dia menjalankan pratikum.

Mrs Clem sering kali mengubah topik pengajaran walaupun telah


mendapat persetujuan sebelum kelas bermula. Keadaan sebegini telah
menyebabkan Cathy berasa tidak selesa sedangkan dia berharap Mrs Clem
akan memberikan pengalamannya sebagai panduan untuk menjalankan
tugas sebagai seorang guru.

Kehidupan Cathy di sekolah sungguh derita dengan hubungan antara


guru pembimbing dan juga hubungan antara muridnya. Keadaan sebegini
perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan menggunakan
pelbagai sumber daripada bidang pendidikan telah mendapat satu idea untuk
membantu Cathy supaya dapat menyelasaikan masalah yang dihadapi oelh
Cathy yang menderita di sekolah.

Berdasarkan Model Displin Asertif Canter boleh digunakan sebagai


jalan penyelesaian untuk beberapa situasi sahaja agar masalah Cathy dapat
diselesaikan dengan lebih laju dan mantap. Merujuk kepada Model Displin
Asertif Canter akan member peluang kepada murid-muridnya untuk
melakukan tindakan yang mereka ingin lakukan tetapi mereka perlu disedari
dengan akibat yang akan berlaku sekiranya mereka masih melakukannya
maka adalah tanggungjawab mereka untuk menanggung kesan daripada
tindakan mereka.

Cathy harus membenarkan murid-muridnya untuk bergerak bebas


sewaktu kelas tetapi sebelum mereka melakukan perbuatan sebegitu mereka
harus dimaklumkan tentang kesan sekiranya mereka asyik meninggalkan
kelas sewaktu proses pengajaran. Mereka akan ketinggalan dalam
pembelajaran sekiranya mereka kerap meninggalkan kelas secara tidak
sewenang-wenangnya.

Sebagai seorang guru yang mengamalkan Model Displin Asertif Canter


adalah memberikan peluang untuk murid-murid dalam melakukan tindakan
mereka dalam masa yang sama mereka perlu bertanggungjawab terhadap
tindakan yang mereka melakukan sepanjang tempoh proses melakukan
tindakan mereka.

Selain itu guru juga boleh menentukan tindakan murid supaya tindakan
yang dilakukan tidak memudaratkan orang lain. Ganjaran perlu digunakan
untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka akan mengikuti
perkembangan kelas dengan lebih tumpu perhatian. Ganjaran juga boleh
dikatakan sebagai satu proses motivasi intrinsik dan ekstrisik untuk
meningkatkan lagi semangat untuk membelajari sesuatu.

Murid-murid juga merupakan insan yang mempunyai perasaan maka


kita sebagai guru perlu melayan murid kita seperti adik atau anak sendiri.
Untuk murid-murid mereka akan berasa dihargai apabila mereka dipuji dan
disayangi. Murid-murid yang mendapat pujian akan berasa sangat riang-ria
dan akan membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Di samping itu, ganjaran perlu diikuti dengan dendaan yang


munasabah. Dendaan yang seimbang akan membantu murid-murid
menerima hakikat dunia sebenar yang penuh dengan kekejaman. Dendaan
akan memberikan satu peringatan untuk murid bahawa tindakan mereka
adalah silap dan tidak boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Dengan ini,
mereka akan sentiasa mengingati tindakan mereka yang tidak tepat dan tidak
akan mengulangi lagi.

Cathy perlu tegas bahawa sesiapa yang berkelakuan baik akan


dibenarkan untuk mengambil alatan sains untuk melakukan ekperimen malah
sesiapa yang tidak berkelakuan baik tidak mendapat layanan yang sebegitu.
Tindakan guru yang seimbang akan membantu murid dalam perkembangan
emosi dan kawalan diri. Dengan mengawal diri untuk mendengar arahan
malah akan mendapat layanan yang baik maka murid akan bertindak baik.

Dendaan dan ganjaran yang seimbang akan membantu


perkembangan murid-murid dalam kelas dan juga jiwa mereka yang mulia itu.
Ganjaran dan dendaan juga merupakan salah satu idea dalam Model Displin
Asertif Canter dan juga Model Displin Asertif Skinner.

Merujuk kepada Teori Perlaziman Operan Skinner, teori perlaziman


operan skinner mengutamakan pengamalan peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan proses tindakan guru untuk
menambahkan semangat positif murid semasa dalam kelas sedang
berlangsung. Peneguhan positif seperti memuji murid yang telah melakukan
tugasan dengan penuh tumpuan. Peneguhan positif harus digunakan untuk
memupuk keyakinan diri mereka supaya lebih berasa dihargai.

Penghargaan juga merupakan salah satu peringkat penting dalam


hireaki Maslow. Hireaki Maslow juga menyatakan bahawa penghargaan yang
diberikan akan menambah keyakinan diri untuk memajukan diri dalam bidang
tertentu. Cathy perlu mengamalkan cara penghargaan untuk kelasnya supaya
mereka lebih menyukainya dan lebih suka mengadakan kelas dengannya.

Keyakinan murid harus dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan


oleh dan pada masa yang sama juga membantu mereka untuk mencapai
keputusan yang lebih baik. Peneguhan positif harus disemaikan dengan lebih
meluas pada peringkat ini. Keadaan yang lebih positif akan membantu murid
membelajari mata pelajaran dengan lebih mudah dan rela hati.
Seterusnya Terapi Realiti Glasser juga boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku masing-masing murid perlu
ditanggungjawabkan kepada mereka sendiri. Kepada sesiapa murid yang
tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan maka tidak dapat mendapat layanan
istimewa maka murid akan berwaspada.

Cathy perlu menentukan satu kriteria yang harus dipatuhi oleh murid-
muridnya supaya mereka faham tentang tingkah laku yang bagaimana sahaja
akan dilayan secara istimewa. Murid sendiri akan berjaga-jaga tingkah laku
mereka semasa dalam kelas. Jabar seharusnya ditahan untuk membantu
mengambil alat sains untuk eksperimen iaitu sebagai denda untuk dia.

Kesimpulannya, semasa pengawalan kelas kita perlu berwaspada dan


sensitif kepada perubahan tingkah laku murid yang berada dalam kelas.
Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bukan sahaja teori pendidikan
diaplikasikan malah semua kriteria dalam lingkungan pendidikan boleh
dijadikan panduan.

You might also like