You are on page 1of 24

m m i M i m p e l a j a r d a l a m bidang kokurikui w - i m m m m n k diing/in p f k c a p a i a n akadew P E I J U A R : S A T U T I N J A U A N K E A T A S PELAJAR DIPLOMA Q r M SARJANA M U M KUiTTHO

AZIZAH m ABDUL RA2AK

i m

HUSSEIN

am

PERPUSTAKAAN KUi T T H O 3 OOOO 0 0 0 7 9 3 6 1 6

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS4


JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR DALAM BIDANG KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK: SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR DIPLOMA DAN SARJANA Ml?DA KUiTTHO SESI PENGAJIAN. Saya 2002/2003

AZIZAH BINTI ABDUL RAZAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syaratkegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( V) P I SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

P I TERHAD

P I TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 835 PERMATANG KERIANG 13110 PENAGA. P. PINANG

Nama Penyelia

Tarikh:
CATATAN:

26 SEPTEMBER 2002

Tarikh:

26 SEPTEMBER 2002

* Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoli tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM).

"Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Saijana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional".

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh i. Haji Md Yu5 26 Septembei^2j

* Potongyang tidak berkenaan

PENGLffiATAN PELAJAR DALAM BIDANG KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK: SATU TINJAUAN KE ATAS PELAJAR DIPLOMA DAN SARJANA MUDA KUiTTHO

AZIZAH BINTI ABDUL RAZAK

Laporan projek ini dikemukakan Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

SEPTEMBER 2002

ii

"Saya akui karya ini adalah hasil keija saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan Nama Penulis Tarikh 26 September 2002

iii

Bingkisan Ilmu Ini Dititipkan Untuk:

Ayahanda dan Bonda Tersayang

Segala J a s a Dan Bakti Tidak Mungkin Terbalas Walau Dengan Segunung Intan

Kak Long dan Suami,B a ngah dan Isteri Serta Adik

Yang Banyak Menabvtr Budi

Anak Saudara Tercinta,


Nana, Idah dan Hannah,

Kalian Penyeri Hiciupku

Serta Rakan-rakan Seperjuangan

Terima Kasih Di Atas Segalanya... Tiada Harta Di Dunia Ini Yang Setara Nilainya Dengan Kasih Cinta, kalian

IV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH S.W.T yang Maha Pengasih, Pemurah lagi Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Dipanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka terhasillah laporan kajian ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Md. Yusof bin Jamar di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, galakan serta teguran yang membina sepanjang menyiapkan kajian ini. Tanpa bimbingan yang konsisten daripada beliau mustahil kajian ini dapat dihasilkan sebegini rupa.

Sekalung budi dan penghargaan juga ditujukan kepada ahli-ahli panel iaitu Dr. Jailani bin Md. Yunos dan Encik Asri bin Selamat yang telah memberikan saranan, cadangan dan nasihat dalam membantu meningkatkan kualiti kajian ini.

Rakaman penghargaan ini ditujukan juga kepada pihak HEP KUiTTHO dan pihak HEP U U M yang telah membantu memberikan input yang dikehendaki. Kepada para responden yangterdiri daripada ahli yang berdaftar di bawah kelab naungan Unit Sukan HEP KUiTTHO, ribuan terima kasih kerana sudi menjawab borang soal selidik dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Tidak dilupakan kepada semua rakan sepeijuangan yang sentiasa memberi galakan, sokongan, bantuan serta dorongan dalam menempuh segala cabaran. Akhir kata, semoga segala usaha dan bakti yangtelah dicurahkan diterima dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Terima Kasih.

VI

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk "Penglibatan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Dan Saijana Muda KUiTTHO". Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar serta mengukur persepsi mereka terhadap kegiatan kokurikulum. Sampel kajian ini adalah seramai 145 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Saijana Muda KUiTTHO. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan dua jenis instrumen iaitu soal selidik dan temubual untuk mengumpul data. Hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil daripada analisis tersebut mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik (indeks korelasi -0.412). Manakala bagi persepsi para pelajar ke atas kegiatan kokurikulum dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan dapatan menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas kegiatan kokurikulum. Kesemua analisis ini dilakukan dengan menggunakan 'Statistical Package For Social Science' (SPSS) versi 10.0 dan Microsoft Excel.

VI

ABSTRACT

This study is to find the correlation between student's involvement in extra curriculum and their academic achievement. Two instruments were used in the form of questionnaires and interview. Questionnaires were distributed to 145 of Diploma and Degree students in KUiTTHO. Pearson correlation was used to correlate between student involvements in extra curriculum and their academic achievement. The finding show that there is a significant correlation between student involvement in extra curriculum and their academic achievement (correlation index = -0.412). On student's perception towards extra curriculum the finding and revealed that students have positive perception. All data was analyzed by using 'Statistical Package for Social Sciences' (SPSS) software version 10.0 and Microsoft Excel.

vii

KANDUNGAN

PERKARA

M U K A SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv

BAB 1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Hipotesis Kajian Persoalan Kajian Objektif Kajian Kerangka Teori 3 5 6 7 7 8

1.8 1.9 1.10 1.11

Kepentingan Kajian Skop Kajian Andaian dan Batasan Kajian Definisi Istilah dan Operasional 1.11.1 Penglibatan 1.11.2 Kokurikulum 1.11.3 Aktif Dalam Bidang Kokurikulum 1.11.4 Pencapaian Akademik 1.11.5 Pelajar

9 9 10 10 11 11 12 12 13 14

1.12

Penutup

BAB n

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Pendahuluan Falsafah Kokurikulum Matlamat Gerak Keija Kokurikulum Peranan Kokurikulum Penubuhan Unit Kokurikulum KUiTTHO Penutup 15 17 18 19 23 24

BAB D I

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian Sumber Data 3.3.1 3.3.2 3.4 3.5 3.6 Data Primer Data Sekunder 25 25 26 26 27 27 27 28 28 30 31 32

Populasi Kajian Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.6.1 3.6.2 Soal Selidik Temubual

3.7 3.8

Kajian Rintis Kaedah Analisis Data

ix

3.9

Persembahan Data

33

BAB IV

ANALISIS DATA KAJIAN 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Bahagian A 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.3 Jantina Peringkat Dan Tahun Pengajian Pencapaian Akademik 34 35 35 35 36 37

Analisis Bahagian B 4.3.1 Tahap Keaktifan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Bebas 4.3.2 Tahap Pencapaian Akademik Bagi Pelajar Yang Aktif Dalam Bidang Kokurikulum Bebas 4.3.3 Hubungan Antara Penglibatan Para Pelajar Dalam Kegiatan Kokurikulum Dengan Pencapaian Akademik

38

39

41 42 46

4.5 4.6

Analisis Bahagian C Analisis Bahagian D

BAB V

PERBINCANGAN, R U M U S A N DAN CADANGAN 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Tahap Pelajar Di KUiTTHO Berminat Melibatkan Diri Secara Aktif Dalam Kegiatan Kokurikulum 5.2.2 Prestasi Pencapaian Akademik Para Pelajar Yang Bergiat Secara Aktif Dalam Bidang Kokurikulum 5.2.3 Hubungan Antara Keaktifan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dengan Pencapaian Akademik 5.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Kegiatan 51 50 49 48 49

Kokurikulum Bebas Yang Dijalankan Di KUiTTHO 5.3 5.4 Rumusan Keseluruhan Cadangan 5.4.1 5.4.2 Pelajar Pihak HEP 5.4.2.1 Akademik Pelajar 5.4.2.2 Had Jawatan 5.4.2.3 Aktiviti 5.4.2.4 Tugas A m Penasihat 5.4.2.5 Arahan Dekan, Timbalan Dekan atau Ketua Jabatan 5.4.3 5.5 Kaedah Semakan Oleh HEP 59 60 61 52 55 56 56 57 57 58 58 59

Cadangan Kajian Selanjutnya

SENARAI R U J U K A N LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C LAMPIRAN D

62 66 68 73 75

X I

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Skala Likert Yang Digunakan Di Dalam Borang Soal Selidik 29 33 35

3.2 4.1 4.2

Klasifikasi Kekuatan Korelasi Jumlah Bilangan Responden Mengikut Jantina Jumlah Bilangan Responden Mengikut Peringkat Dan Tahun Pengajian

36

4.3

Pencapaian Akademik:

Cumulative Gred Point Average (CGPA)


4.4 4.5 Skor Min Bagi Ukuran Tahap Kecenderungan Jumlah Dan Min Skor Keaktifan Responden Dalam Bidang Kokurikulum Bebas 4.6 4.7 Tahap Pencapaian Akademik dan Min Skor Keaktifan Korelasi Antara Pencapaian Akademik Min Skor Keaktifan Pelajar 4.8 Dapatan Analisis Min Ke Atas Pandangan Pelajar Dari Aspek Pengurusan Masa. 4.9 Dapatan Analisis Min Ke Atas Pandangan Pelajar Dari Aspek Membantu Hidup Bermasyarakat 4.10 Dapatan Analisis Ke Atas Pandangan Pelajar Dari Aspek Membantu Meningkatkan Kebolehan Mental 4.11 Dapatan Analisis Ke Atas Pandangan Pelajar Dari Aspek Membantu Pembentukan Sahsiah Diri Yang Positif

37
38

39 40

41

43

44

45

46

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH
1.1 2.1 Kerangka Teori Kaj ian Konsep Kokurikulum

TAJUK

MUKA SURAT

8 16

BABI

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) memberi pengertian kurikulum sebagai segal a rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institut pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Laporan ini membahagikan kurikulum sekolah kepada dua bahagian yang besar. Bahagian pertama meliputi sukatan mata pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segal a kegiatan pelajaran dan pembelajaran. Bahagian yang kedua pula meliputi kegiatan pendidikan luar bilik dmjah (kokurikulum) seperti kegiatan-kegiatan sukan, persatuan pakaian seragam dan lain-lain.

Kokurikulum bukanlah satu konsep yang terpisah dari kurikulum pendidikan. la sebenamya merujuk kepada aktiviti am ali iaitu lanjutan daripada mata pelajaran dalam bilik darjah. Pengetahuan dari mata pelajaran-mata pelajaran lain diintegrasikan dalam aktiviti praktikal semasa menjalani gerak keIja kokurikulum dalam bentuk gunaan (applied) (Mohamed Nor, 1985).

Pada asasnya gerak keija kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan setiap pelajar harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik daijah, mengikut kesesuaian sesuatu gerak keija itu. Dengan andaian bahawa pelajar-pelajar tidak dapat pengalaman tertentu dalam bilik daijah, maka gerak keija kokurikulum boleh menyediakan pengalaman-pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat danbakat, sosialjasmani serta rohani mereka (Panduan Pengurusan Gerak Keija Sekolah Menengah, 1985).

Dekad yang lalu memperlihatkan ibu bapa begitu mementingkan kecemerlangan akademik di kalangan anak-anak. Justeru itu, penglibatan anak-anak dalam kegiatan luar dari akademik (kokurikulum) tidak begitu digalakkan. Mereka bimbang sekiranya anak-anak aktif dalam kegiatan kokurikulum, pelajaran akan terabai. Menurut Zainal Abidin (1985), kegagalan melaksanakan rancangan kegiatan kokurikulum disebabkan oleh sikap ibu bapa yang terlalu kurang memberikan keijasama dan sokongan. Mereka lebih suka menghantar anak-anak mereka menghadiri tuisyen atau kelas bimbingan daripada menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.

Namun senario itu telah berbeza sekarang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyedari bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah amat penting dalam pembinaan sahsiah pelajar yang cemerlang. Matlamat ini adalah selaras dengan aspirasi dan objektif Dasar Pendidikan Negara dalam membentuk dan membina satu keperibadian nasional iaitu:

Untuk mewujudkan suatu bangsa yang bennoral bercorak Malaysia yang bersatupadu. Hasrat ini akan tercapaijika pelajar diberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan emosi. (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1988)

3 Kegiatan kokurikulum merupakan semua aktiviti yang dijalankan di luar waktu pembelajaran akademik dan dilakukan di luar dari bilik daijah. Sebahagian aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan kesinambungan daripada kurikulum yang telah diajar dalam bilik daijah. Terdapat juga aktiviti kokurikulum yang dijalankan di dalam bilik daijah mengikut kesesuaian aktiviti yang dilakukan. Kegiatan kokurikulum merupakan salah satu kaedah pengajaran amali yang memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu dengan lebih terperinci lagi dalam tempoh masa yang lebih panjang (Hoe, 1996).

1.2

Latar Belakang Masalah

Profesor Mohd. Roslani (1988) dalam P. Iskandar (1990) mengatakan bahawa budaya 'menumpu kepada peperiksaan' di sekolah mengurangkan kematangan

berfikir para pelajar. Justeru itu, aktiviti-aktiviti riadah dan bukan akademik diperlukan bagi menjana kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar.

Leonard de Vries melaporkan beberapa permasalahan tentang kokurikulum di sekolah-sekolah Malaysia:

1)

Seringkali objektif belajar di sekolah adalah untuk menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan agar memperolehi keputusan yang cemerlang dan mempunyai masa depan yang cerah. Oleh itu pelajar dikehendaki menumpukan sepenuh masa mereka terhadap pelajaran. Bagi murid yang mampu mencapai keputusan yang baik, ini adalah satu objektif yang baik. Tetapi hanya berlaku kepada golongan minoriti sahaja dan bagaimana pula dengan segolongan pelajar yang lain yang kurang mampu mencapai keputusan yang memuaskan. Tidakkah mereka ini patut diberi cara pembelajaran yang berlainan

agar mereka dapat sama menikmati kehidupan yang sempuma pada masa hadapan?

2)

Di kebanyakan sekolah kini, sistem pembelajaran, sistem penilaian, hubungan antara guru dan murid telah dipengaruhi oleh peperiksaan dan cara penilaian peperiksaan itu. Murid-murid hanya duduk dan mendengar segala pelajaran yang diajar oleh guru semasa di kelas tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dan guru juga merupakan sumber semua ilmu pengetahuan. Tumpuan penuh hanya diberikan terhadap mata pelajaran yang diajar sahaja.

3)

Tujuannya hanyalah semata-mata untuk melahirkan pelajar yang mesti lulus dalam peperiksaan dan memiliki segulung sijil, bukannya untuk melahirkan generasi yang terdidik dan berkualiti yang lebih mementingkan sikap dan perasaan seseorang pelajar itu apabila bergaul dengan masyarakat nanti. Adakah ini memadai untuk pelajar masa kini?

4)

Adakah aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti persatuan-persatuan berpakaian seragam, kelab-kelab sukan, persatuan keagamaan di sekolah ini merupakan satu aktiviti pembaziran masa?

Kegiatan kokurikulum merupakan satu aktiviti penting yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keseimbangan dalam perkembangan rohani, jasmani dan sosial. Di samping itu melalui pembelajaran di luar bilik daijah secara tidak formal dapat memupuk pelajar sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekeija, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang supaya menjadi warganegara yang berguna.

Gerak keija kokurikulum sangat penting dalam proses pendidikan dan pembelajaran pelajar kerana ianya dapat mengimbang dan menyepadukan pembentukan pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perlaksanaan

5
gerak keIja kokurikulum dapat melahirkan iklim dan budaya belajar yang lebih ceria, menyeronokkan dan meninggalkan kesan yang positif di kalangan pelajar (Hoe, 1999).

Dalam hasil kajian Noran Fauziah (1985) dalam P. Iskandar (1990), beliau menyebut sebilangan besar pelajar mempunyai tanggapan bahawa gerak keIja kokurikulum mengganggu keIja akademik mereka. Noran Fauziah berpendapat besar kemungkinan para pelajar yang menghadapi kesukaran dalam bidang akademik akan merasakan gerak keIja kokurikulum mengganggu kemajuan dan penumpuan mereka dalam bidang pelajaran. Bagaimanapun, kajian tersebut tidak meliputi hubungan antara sikap terhadap gerak keIja kokurikulum dengan pencapaian akademik para pelajar. Beliau mencadangkan supaya para penyelidik seterusnya menjalankan penyelidikan bagi mencari hubungan antara penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dengan pencapaian akademik.

1.3

Pernyataan Masalah

Objektif Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan para pelajar terlibat dalam kegiatan kokurikulum adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi kecemerlangan akademik dan pembinaan peribadi yang sahsiah di kalangan para pelajar. Para pelajar yang terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum sepatutnya mampu membahagikan masa dengan baik dan mempunyai perkembangan sahsiah yang baik. Justeru itu dengan kecemerlangan kendiri yang dimiliki oleh pelajar, sepatutnya pcncapaian akademik para pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum juga adalah cemerlang.

Berdasarkan kepada pemyataan di atas, pengkaji ingin mengkaji bagaimanakah hubungan an tara penglibatan pelajar secara al1:if dalam kegiatan kokurikulum dengan pencapaian akademik serta sikap para pelajar terhadap kegiatan

6
kokurikulum bebas di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Pengkaji memilih pelajar di Kolej Universiti Teknolohri Tun Hussein Onn sebagai populasi kerana terdapat kajian bertajuk 'Penglibatan Kokurikulum Ke Atas Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar di Institut Teknologi Tun Hussein Onn' oleh saudara Sahrolnizam, Shamol dan Wan Muhammad Marzudi (1999) mendapati terdapat hubungan yang lemah antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar. Bidang kokurikulum yang dikaji adalah PALAPES. Pengkaji ingin meneruskan kesinambungan kajian ini dengan memberi penekanan ke atas bidang kokurikulum bebas di bawah naungan Unit Sukan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Terdapat enam kelab di bawah Unit Sukan HEP iaitu Kelab Silat Sunda, Kelab Taekwando, Sekretariat Ralmn Muda, Kelab Karate, Kelab Kembara dan Kelab Renang.

1.4

Hipotesis Kajian

Hipotesis nol

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka.

Hipotesis altematif: Terdapat hubungan yang signifikan antara keaktifan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka.

7 1.5 Persoalan Kajian

1.

Adakah pelajar di KUiTTHO benninat melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum?

2.

Bagaimanakah pencapaian akademik pelajar Diploma dan Sarjana Muda di KUiTTHO yang terlibat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum?

3.

Bagaimanakah hubungan di antara penglibatan para pelajar dalam kegiatan


kokurikulum dengan pencapaian akademik?

4.

Bagaimanakah pcrscpsi para pelajar di KUiTTHO terhadap kegiatan kokurikulum?

1.6

Objcktif Kajian

1.

Mengukur minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang kokurikulum secara aktif.

2.

Mengukur pencapaian akademik para pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.

.).

...

Menilai hubungan antara penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka.

4.

Mengukur persepsi para pelajar Diploma dan Smjana Muda di KUiTTHO terhadap kegiatan kokurikulum.

8 1.7 Kerangka Teori

Rajah 1.1 merupakan kerangka teori kajian ini. Dalam kajian ini, elemen penting yang dititikberatkan adalah pendidikan yang seimbang antara bidang akademik dan kokurikulum.

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian

Pendidikan Seimbang

Domain

Psikomotor

Afekiif

Akademik

1.----------11 I I

KURIKULUM

II------.
I
j

Kokurikulum

Sekolah Ilnstitusi Pengajian Tinggi

I
lndividu Yang Seimbang (diubahsuai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

You might also like