You are on page 1of 6

DAPATAN KAJIAN

8.1

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

Berdasarkan Wikipedia, pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Pengangkutan awam biasanya

menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan. Pengangkutan awam mempunyai kadar tambang tertentu mengikut laluan yang dituju oleh penumpang. Contoh-contoh pengangkutan awam adalah seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya.

8.2JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIIAN


Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan oleh penduduk di kawasan Arau iaitu, bas awam, teksi dan kereta api. 1. Bas awam

2. Teksi

3. Kereta api

8.3 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN


Hasil daripada temu bual yang dijalankan, kepentingan pengangkutan awam di kawasan Arau adalah seperti yang berikut: 1. Mengurangkan kesesakan Dengan penggunaan pengangkutan awam, pengguna tidak akan menggunakan kenderaan sendiri justeru bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan lantas dapat mengurangkan kesesakan lalulintas pada waktu-waktu yang genting contohnya, semasa hari persekolahan, hari pekerjaan dan hari minggu.

2. Mengangkut penumpang Pengangkutan-pengkutan awam dapat mengangkut penumpang seperti pelajar-pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga pelajar univeristi. Selain itu, pengangkutan awam juga dapat mengangkut pekerja sama ada pekerja awam mahupun swasta. Suri rumah dan penumpang-penumpang lain juga tidak dikecualikan daripada menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Bagi bas awam pula, ia boleh mengangkut penumpang ke pelbagai destinasi. 3. Meningkatkan mobiliti penduduk Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri atau penduduk yang berpendapatan rendah hanya bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan

mudah. Ia juga memudahkan pelajar sekolah di mana ibu bapa mereka tiada kenderaan sendiri. Oleh itu, mereka akan menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. 4. Menjimatkan kos Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri justeru ia menjimatkan kos pengangkutan. Seseorang tidak perlu membayar tempat letak kereta dan tidak perlu membayar tol semasa ke destinasi masing-masing. Tambahan pula, ia dapat menjimatkan perbelanjaan rumah. Saya bersyukur kerana pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.

8.4 MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN:


Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, masalah pengangkutan awam di kawasan Arau adalah seperti yang berikut:

1. Pencemaran udara Penggunaan diesel oleh bas dan lori menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos oleh kenderaan tersebut. Ini telah mencemarkan udara yang dihirup oleh penduduk setempat di kawasan kajian. Tambahan pula, semasa penyelenggaran bas, teksi, dan lori, ia menjadikurang baik kerana kenderaan tersebut mengeluarkan asap kotor.

2. Pencemaran bunyi Enjin diesel yang dihasilkan oleh kenderaan tersebut lebih bising daripada enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api yang melalui kawasan kediaman atau kawasan sekolah atau kapal terbang

yang melalui kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat, dan bot penambang telah menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan landasan kereta api dan kawasan yang berkenaan. Bas, van sekolah, teksi dan pengangkutan awam yang lain awam mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan dan mengganggu ketenteraman penduduk. 3. Kesesakan lalu lintas Tempat letak kereta tidak cukup di pusat beli-belah dimana terletaknya tempat parkir teksi. Teksi diletakkan sesuka hati di bahu atau tepi jalan menyebabkan laluan menjadi sempit. Malah, teksi juga sesuka hati keluar masuk tanpa menghiraukan kenderaan lain yang ingin lalu di situ. Kekurangan bas awam seperti bas yang tidak mengikut jadual telah menggalakkan peggunaan kereta persendirian justeru telah meningkatkan kesesakan lalu lintas.

4. Tambang mahal Tambang bas sekolah yang mahal iaitu sebanyak RM . Hal ini membebankan ibu bapa yang

mempunyai bilangan anak yang ramai dan juga menjadi masalah kepada yang berpendapatan rendah. 5. Kenderaan lama Penumpang akan berasa tidak selesa dan panas kerana kenderaan awam yang dinaiki mengeluarkan asap dengan banyak malah ada yang rosak di bahagian-bahagian tertentu. Ini menyebabkan penumpang lambat sampai ke destinasi serta mereka juga diganggu dengan bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan tersebut. Nilai bertanggungjawab perlulah diamalkan oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu agar keselamatan pengguna tidak terancam. Kita sebagai pengguna jalan raya di kawasan Arau hendaklah saling bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN:

You might also like