You are on page 1of 6

Sejak kebelakangan ini, dalam era globalisasi ini dunia ini semakin terancam akibat perbuatan manusia yang

tidak bertanggungjawab, mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Oleh sebab itu, kita mesti melindungi khazanah Tuhan yang indah ini alam kita supaya tidak tercemar dengan merujuk kepada nilai-nilai murni di bawah. Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu sikap memelihara alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna.Sebagai contoh, masyarakat tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka dan penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan fauna di sekelilingnya. Selain itu, nilai ini membolehkan masyarakat untuk mendidik diri masingmasing bagaimana caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai contoh, masyarakat telah mengalakkan kerajaan untuk menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang dan juga mewujudkan ladang hutan supaya dapat mengekalkan kewujudan species flora tersebut. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam kalangan masyarakat, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling agar dapat menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai contoh, masyarakat harus memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta kesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan masyarakat untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik flora dan fauna yang sedang dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya, masyarakat sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti pembakaran terbuka di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat dijamin pada masa yang akan datang. Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh, masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula saya dapat mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa serta tenaga. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar generasi pada masa depan boleh menikmati keindahan serta keunikan yang telah dijaga dengan teliti. Contohnya, masyarakat memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak membuang sampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan udara, sungai dan tanah. Akhir sekali nilai yang perlu ditunjukkan oleh rakyat ialah bertanggungjawab menjaga alam ini dengan sebaik yang mungkin supaya tiada pencemaran atau kemusnahan alam berlaku. Masyarakat mesti mempunyai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dengan menjaga alam ini sebaik yang mungkin supaya anak kita dapat menikmati khazanah ini. Selain itu, kita mesti melaksanakan kewajipan dengan sempurna dengan mengekalkan alam ini daripada pencemaran. Contohnya, seseorang rakyat itu bertanggungjawab untuk mengekalkan keindahan alam ini dengan menjaganya sebaik yang mungkin tanpa memikirkan kepentingan diri. Kesimpulannya, khazanah hutan ini harus dikekalkan supaya generasi yang akan datang dapat menikmati akan keindahan alam sekitar ini. Dengan ini, kita harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan alam ini.

Bidang : Perkembangan DiriTajuk : Membantu menjaga anak jiranPenganjur : Ng Chi San, p elajarMatlamat : Mewujudkan suasana yang harmoni dengan jiran supaya kesejahteraan hidu p terjaminObjektif : 1. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan jiran.2. Mewujudkan ke rjasama dan hubungan yang erat dengan jiran.3. Melahirkan pendirian yang amanah dalam m elaksanakan tugas.: Aktiviti membantu menjaga anak jiran dijalankan pada 23 April 2010 iait u pada hari Jumaatdari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Saya seorang telah dipertanggungjawab untuk membantu jiran,iaitu Puan Aisya untuk menjaga anaknya selepas sekolah pada hari tersebut.Sebelum memulakan aktiviti tersebut, saya berbincang dengan jiran bahawa membantubeliau menjaga anaknya yang masih kecil semasa beliau keluar untuk menguruskan perkara bank.Saya telah membawa anaknya ke rumah sendiri sepanjang masa beliau tidak berada di rumah.Semasa perjalanan aktiviti, saya telah menjaga anak jiran dengan sebaik-baiknya. Sayabertanggungjawab untuk memastikan bayi jiran meminum susu pada tepat masa berasaskankuantiti kesederhanaan. Saya juga prihatin terhadap ketidakselesaan bayi tersebut dan rajinmemenuhinya tanpa mengenal penat lelah. Sikap amanah dalam menlaksanakan aktivitimembantu menjaga anak jiran dapat diterapkan. Saya juga telah mematuhi segala arahan diberioleh jiran supaya kerja akan berjalan lancar.Tepat pada waktu 5.00pm, bayi telah dipulangkan kepada jiran. Jiran saya, Puan Aisya amatberpuas hati dengan tugas yang telah saya jalankan.: Semasa aktiviti membantu menjaga anak jiran dilancarkan, saya memastikan t ugas yangdiberi dapat dilaksanakan dengan baik dan penuh bertanggungjawab. Saya tidak merungut atautidak berpuas hati apabila diamanah untuk menjaga bayi jiran malah mengamalkan tugas itudengan penuh toleransi. Saya telah memberi makanan dan minuman kepada bayi mengikut arahan jiran pada masa tertentu. Saya turut berprihatin dengan keadaan dan keperluan bayi.: Aktiviti kerja amal iaitu membantu menjaga anak jiran telah membuatkan saya bersaya insaf tentang kepentingan menjalin hubungan yang erat dengan jiran. Saya dapat memahami bahawa jikalau hubungan degan jiran kurang aman, maka kehidupan kita tidak dapat mencapaikesejahteraan dan keharmonian. Hal ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa sikaptolong-menolong harus diamalkan apabila mana-mana pihak diperlukan bantuan. Pengajaran yangsaya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai bertanggungjawab apabila sesuatu tugasdilaksanakan. Akhirnya, saya juga bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mengubah sikapsaya supaya sentiasa menjalin hubungan yang erat dengan jiran.PerjalananprojekPeranansayaKesan yangdiperolehi Bidang : KekeluargaanTajuk : Persediann menyambut perayaan Tahun Baru CinaPenganjur : Ng Yew Fatt, ketua keluargaMatlamat : Mewujudkan suasana yang bersih, ceria dan selesa u ntuk perayaan Tahun Baru Cina.Objektif : 1. Mengamalkan sesuatu kebiasaan yang diwarisi t urun-temurun selama ini bersama keluarga.2. Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan anggota keluarga.3. Melahirkan anggota keluarga yang saggup melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga.: Aktiviti persediaan menyambut Tahun Baru Cina dijalankan pada 13 Febuari 2010 iaitu padahari Sabtu dari jam 1.00pm hingga 5.00pm. Saya sekeluarga telah melibatkan diri dalam aktivitipersediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini.Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah mengadakan perbincangan antara ahlikeluarga tentang agihan tugas. Dalam perbincangan, saya telah menyumbang idea supaya pintupintu gerbang rumah kami dicat semula.Semasa perjalanan aktiviti, saya dan ahli keluarga menyumbangkan tenaga untuk gotongroyong tersebut. Kami bekerjasama untuk memastikan kerja-kerja berjalan lancar. Saya diamanahuntuk menukarkan bantal tas dan bed cover baru. Kami telah

bersukarela untuk melaksanakantanggungjawab terhadap keluarga dengan tungkus lumus. Sikap kasih sayang terhadap keluargadapat diterapkan apabila kami sanggup bantumembantu antara satu sama lain semasa melakukantugas. Selaku ahli keluarga, saya mematuhi segala arahan ketua keluarga supaya keadaan terkawaldan wujudnya suasana harmoni.Tepat pada pukul 5.00pm, semua tugas telah kami siapkan. Aktiviti persediaan meyambutperayaan Tahun Baru Cina ini amat berjaya atas kerjasama antara ahli keluarga.: Semasa aktiviti persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dilancarkan, say amemastikan semua arahan dan tugas yang diarahkan oleh ketua keluarga dilakukan dengan baikdan penuh tanggungjawab. Saya tidak merungut atau tidak berpuas hati apabila diamanahkanuntuk membuat persediaan bersama keluarga untuk perayaan Tahun Baru Cina kerana sayasepatutnya mengekalkan tradisi kekeluargaan ini. Saya juga menyumbangkan idea bagi mengecatpintu gerbang supaya aktiviti gotong-royong ini lebih sempurna. Saya turut merakamkan gambarfoto sepanjang aktiviti dijalankan.: Aktiviti kerja amal iaitu persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan mengamalkan sesuatu kebiasaan yang diwarisiturun-temurun bersama keluarga. Saya dapat memahami bahawa jikalau anggota keluarga tidakmengamalkan tanggungjawab ini, situasi keluarga akan menjadi kurang aman dan damai. Hal ini juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa tugas persediaan sebelum sesuatu perayaanmerupakan tanggungjawab setiap anggota keluarga. Pengajaran yang saya dapat ialah kita patutmengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Akhirnya, saya juga bersyukur kerana aktivitikerja amal ini telah mengubah sikap saya bagi sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti keluargasupaya kesejahteraan hidup dapat dicapai.PerjalananprojekPeranansayaKesan yangdiperolehi Bidang : Alam SekitarTajuk : Kitar semula bersama rakanPenganjur : Ng Chi San, ketua kum pulanMatlamat : Mengurangkan pembaziran sumber alam semula jadi serta mengurangkan ka dar pencemaran.Objektif : 1. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan alam sekitar.2. Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan pelajar.3. Melahirkan wargaNegara yang mencintai alam sekitar.: Aktiviti kitar semula bersama rakan dijalankan pada 21 Jun 2010 iaitu pada hari Isni n dari jam2.00pm hingga 5.00pm. Saya dengan seorang rakan telah hadir untuk aktiviti kitar semula bersamarakan ini di rumah saya sendiri.Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah membuat perancangan untukmendapatkan bahan tidak terpakai yang dapat dikitar semula. Dalam perbincangan, saya telahmenyumbangkan idea supaya mengumpulkan bahan tersebut daripada jiran terdekat supayadihantar ke tong ktiar semula.Semasa perjalanan aktiviti, saya dan rakan telah bekerjasama untuk memastikan aktiviti iniberjalan lancar dengan memegang sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar. Sayaberperanan untuk mendapatkan bahan daripada jiran-jiran terdahulu. Selepas itu, kamimembersihkan bahanbahan tersebut lalu mengkatergorikan mereka ke tiga jenis, iaitu kertas, kaca,aluminium dan plastik. Kami tidak pernah mengabaikan mana-mana bahan yang dapat dikitarsemula kerana itu tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan keharmonian antara manusiadengan alam sekitar.Tepat pada waktu 5.00pm, semua bahan yang telah dikategori telah dihantar ke tong kitarsemula terdekat untuk dikitar semula. Aktiviti ini telah dijayakan akhirnya.: Semasa aktiviti kitar semula bersama rakan dilancarkan, saya memastikan semua p erkarapersediaan dilengkapkan seperti menyediakan bag plastik besar. Saya juga menyumbangkan ideabahawa mengumpulkan bahan tidak terpakai yang dapat dikitar semula daripada jiran-jiran. Sayatidak pernah merungut atau tidak berpuas hati kerana pengekalan alam sektiar merupakantanggungjawab bersama. Saya juga amat bekerjasama dengan rakan untuk mencapai matlamatsama iaitu memelihara dan memulihara alam sekitar.: Aktiviti kerja amal iaitu kitar semula bersama rakan telah membuatkan saya berasa i

nsaf tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Saya dapat memahami bahawa jikapengeluaran sumber bumi tanpa terhad ini terus berlaku, maka sampah sarap akan bertambahberturut-turut dalam kuantiti besar. Hal ini juga memberi kesedaran kepada saya bahawa tugasmemelihara dan memulihara alam sekitar bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan tetapi setiapindividu. Pengajaran yang saya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai menyayangi danmenghargai alam sekitar serta peka terhadap isu-isu alam sekitar supaya hubungan harmoni antaramanusia dengan alam sekitar dapat dijamin. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal initelah mengajar saya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar pada setiap masa.PerjalananprojekPeranansayaKesan yangdiperolehi

Institusi kerajaan, swasta dan orang awam mestilah menyusun strategi atau usaha untuk membantu golongan orang kurang upaya memajukan diri mereka supaya tidak tersisih dalam arus globalisasi kini. Golongan orang kurang upaya juga perlu dibela oleh seluruh anggota masyarakat kerana mereka tidak mampu melakukan aktiviti fizikal kerana kecacatan yang dialami itu. Kita harus menghormati hak mereka dan tidak menyisihkan mereka supaya mereka boleh hidup secara normal seperti kita. Golongan orang kurang upaya harus diberi keutamaan supaya mereka tidak tersisih. Oleh itu, nilai menghormati hak golongan kurang berupaya haruslah diamalkan oleh masyarakat kita. Kita harus menunjukkan keprihatinan dengan memberi layanan yang sopan. Selain itu, kita mesti mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Contohnya, mereka harus dilayan seperti golongan biasa dan tidak menghina mereka. Selain itu, rakyat Malaysia harus mengamal nilai sikap keterbukaan supaya golongan ini tidak disisihkan. Kita patut bersedia memberi dan menerima dugaan yang kita hadapi. Kita juga harus tabah menerima kritikan masyarakat sebagai seorang ibu kepada anak yang kurang upaya. Contohnya, kalau seseorang ibu melahirkan anak yang kurang dari segi fizikal atau mental tidak patut disisihkan dan sebaliknya harus dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Seterusnya, kita mesti membudayakan nilai kasih sayang sebahagian dari hidup kita. Nilai ini dapat menyedarkan seseorang itu supaya menyayangi golongan orang kurang upaya. Masyarakat yang mempunyai kepekaan dapat menerima golongan orang kurang upaya. Berikutnya, masyarakat harus mempunyai perasaan cinta yang mendalam untuk menyayangi golongan ini. Kita harus menyayangi mereka supaya golongan ini tidak tersisih kerana mereka juga adalah kurniaan Tuhan. Akhirnya, kita mesti mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Manusia yang mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan tidak akan sisihkan golongan orang kurang upaya. Masyarakat yang mematuhi suruhanNya akan menjaga golongan ini dengan baik dan menolong mereka apabila mereka dalam kesusahan. Contonya, kita sebagai seorang insan mesti akan menolong orang dalam kesusahan terutamanya golongan orang kurang upaya dan memberi kelebihan kepada mereka. Konklusinya, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita mesti menolong golongan yang tidak bernasib baik ini. Kita tidak harus menyisihkan mereka kerana golongan ini sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi.

You might also like