You are on page 1of 17

STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL TAJUK 8 TINGKAHLAKU PROSOSIAL

DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM PP SAINS KEMASYARAKATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pengenalan
Tingkahlaku prososial merujuk kpd tindakan yang diambil oleh individu yang membantu orang lain tanpa faedah segera kpd pembantu Membantu menyelematkan seseorang, menunjuk jalan Kenapa orang membantu Bila masa orang membantu? Siapa lebih cenderung membantu?

Motif di sebalik memberi bantuan; Altruisme-empati

Kita membantu kerana kita ber-empati dgn orang lain, mahu penderitaan mereka berakhir serta akan rasa bagus/good Empati merujuk kpd keupayaan untuk merasai keadaan emosi orang lain, merasa simpati terhadap mereka dan melihat sesuatu perkara dari perspektif mereka reaksi emosi berfokus @ berorentasikan orang lain perasaan belas kasihan, simpati dan keprihatinan Hipotesis altruisme-empati: cadangan bahawa sesetengah tindakan pro-sosial didorong sepenuhnya oleh keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan Kajian Batson & Oleson Untuk meningkatkan bantuan berasaskan empati, kempen mengunakan satu wajah saja digunakan

Motif di sebalik memberi bantuan; Melegakan keadaan emosi negatif


Membantu untuk mengurangkan emosi yang negatif dan tidak menyenangkan Membantu utk memberhentikan rasa kurang senang Model-kelegaan dari-rasa-negatif mencadangkan bahawa tindakan prososial didorong oleh keinginan pemerhati utk mengurangkan emosi negatif yg dialami Emosi negatif mungkin timbul dari memerhati penderitaan orang lain atau dari sebab-sebab lain

Motif di sebalik memberi bantuan; Kegembiraan Empatik

Membantu kerana ia boleh mendatangkan kesan positif kepada seseorang dan ini merupakan satu bentuk ganjaran Hipotesis kegembiraan-empatik: pandangan bahawa pembantu bertindakbalas dengan kesusahan mangsa kerana mahu mencapai sesuatu Bantuan akan diberikan sekiranya pembantu berpendapat ia boleh mendatangkan kesan positif kpd seseorang Kajian Smith, Keating dan Scottlan

Lain-lain motif di sebalik memberi bantuan

Pendekatan Altruisme Persaingan: membantu meningkatkan status dan mendatangkan banyak faedah Teori Pemilihan Kin: membantu ahli keluarga kerana membawa gen kita kepada generasi seterusnya amat penting

Membantu dalam kecemasan

Kes Kitty Genovese


Darley dan Latane mencadangkan keputusan utk membantu bergantung kpd beberapa pertimbangan yg perlu dibuat oleh pemerhati

Langkah menentukan samada bantuan diberikan dalam dalam kecemasan

Memberi perhatian kpd situasi kecemasan

Kita menerima banyak maklumat dari persekitaran dan ada masanya tidak menyedari apa yg berlaku, terutamanya jika sedang sibuk memikirkan sesuatu Kajian Darley Batson Walaupun menyedari, ada masanya kita tidak melihat kejadian sebagai suasana kecemasan, terutamanya jika orang lain juga tidak melihat kejadian sebagai kecemasan Ada pemerhati merasakan orang yang bertanggungjawab utk membantu bukan mereka

Menginpretasi kejadian sebagai kecemasan

Bertanggungjawab utk membantu

Sambungan Langkah menentukan samada bantuan diberikan dlm kecemasan

Mempunyai skil atau kebolehan untuk membantu


Pemerhati

hanya akan membantu sekiranya mereka merasakan mereka berupaya membantu orang itu menyedari dan mengintepretasi suasana kecemasan, rasa bertanggungjawab dan ada skil membantu, ada masanya tidak membantu kerana takut mendapat kecederaan etc

Membuat keputusan untuk membantu


Walaupun

Pengaruh situasi dlm membantu

Ada kecenderungan membantu orang yg kita sukai atau yang sama dengan kita Ada kecenderungan membantu orang yg tidak bersalah Ada kecenderungan membantu apabila didedahkan dengan tingkahlaku prososial

Pengaruh emosi dalam membantu

Ada kecenderungan membantu apabila beremosi positif Ada kecenderungan membantu dalam keadaan wangi Juga ada kecenderungan membantu apabila beremosi negatif tetapi jika ianya tidak terlalu kuat serta tugas membantu jelas dan menarik

Empati

Ada orang lebih cenderung utk berempati Sikap ini terbentuk agak awal dan berkekalan Bayi 12 bulan boleh berempati Kebolehan empati yg lebih mendalam unik kpd manusia Lebih cenderung berempati dan membantu dgn ahli kumpulan sendiri Pengaruh ibubapa memainkan peranan penting dlm perkembangan empati

Lain-lain pengaruh membantu

Mereka yg dipinggirkan cenderung tidak membantu

Membantu dan personaliti

Personaliti Altruistik- mempunyai tret2 yg mendorong seseorang untuk lebih membantu Tret ini termasuk
Empati Kepercayaan kpd dunia adil Tanggungjawap sosial Lokus kawalan dalaman Rendah egosentrisme

Kesukarelawan

Ramai orang terlibat dlm kesukarelawan Motif membantu mungkin berbeza Sukarela biasanya tinggi empati dan generaviti

Kepentingan Diri, Integriti Moral dan Hipokrisi Moral

Motivasi dan moraliti Kepentingan diri- kita sentiasa cuba mendapatkan ganjaran dan mengelak dari hukuman Integriti Moral-pertimbangan tentang kebaikan dan keadilan

Soalan Tutorial 9

Terangkan langkah langkah yang mempengaruhi tindakan membantu dalam kecemasan. Bayangkan tiba-tiba kereta anda rosak di tepi jalan dan memerlukan bantuan dari orang sekeliling. Bagaimana anda boleh memastikan seseorang datang membantu anda dalam keadaan ini?

You might also like