You are on page 1of 14

KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK PUTERI 48000 RAWANG, SELANGOR

1.0

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging atau menyembur asap disekitar kawasan sekolah.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah berkenaan.

Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk

memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan

persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain.

2.0

Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah . Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi. . Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0

Nama Program

GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

4.0 Tema Program Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah 5.0 Matlamat Program Gotong royong Perdana 1 Malaysia.

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat. Murid kurang memahami

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif Objektif program ini adalah: i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. iii. iv. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam maksimum. antara murid

melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

v.

Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan

vi.

Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

7. 0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program BIL 1 PELAKSANAAN TUGAS Penyediaan kertas kerja program : Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka. 2 Mesyuarat kali pertama. Setiausaha Program 3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program : Cadangan : bilik mesyuarat sekolah. 4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha Program 5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan. 6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada agensi-agensi dan individu yang terlibat ) 7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk gotong-royong. AJK Peralatan Setiausaha Program Setiausaha Program Setiausaha Program TINDAKAN Setiausaha Program

Pelantikan AJK Program secara rasmi.

8 9 10

Menyediakan hadiah dan cenderahati Tempahan makanan untuk jamuan. Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan Pelancaran.

AJK Hadiah AJK Jamuan AJK Persiapan Tempat

11

Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.

Semua AJK dan peserta.

8.0

PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

9.0

CADANGAN TARIKH 26 Februari 2011 ( Sabtu )

10.0

TEMPAT Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

10.1

FOKUS KAWASAN

Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.

i.

Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan : Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.

ii.

Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk : Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut Menanam pokok sebagai teduhan

Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

11.0

PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5 dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar Tasik Puteri dan Majlis Perbandaran Selayang.

Sasaran

: Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain

12.0

Carta Organisasi

Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 Malaysia

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011

Penasihat En Rosman bin Mansor (Guru Besar) Pengerusi Pn Norazizah binti Lamijan (Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi I Pn Noriah binti Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi II Pn Roshida binti Md Isa (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha Pn. Ruzina binti amrun (Guru Penyelaras 3K)

Bendahari Pn. Nurita Azleena bt Husin

Ahli Jawatankuasa Encik Tarmizi binti Salleh Pn. Rohana binti sameon En. Izham bin Adam En Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG)

En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin) Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS)

AJK PELAKSANA PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

PENYAMBUT TETAMU En Rosman bin Mansor Pn Norazizah binti Lamijan PN Noriah binti Mohd Nor Pn Roshida binti Md Isa CENDERAHATI DOKUMENTASI Pn. Sharmilla bt Mat Pn. Kamalia bt Sidik PENGERUSI MAJLIS PN Latifah binti Zakaria

PERALATAN En. Syed Akmal En. Roslan bin Salleh En. Mohamed bin Mahmud En Amin bin Taufiq JAMUAN Pn. Hamimi bt Karim Pn. Kartina bt Husni BUKU PROGRAM Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA En. Mazli bin Husin

PERSIAPAN TEMPAT Encik Anuar binti Ali

SIARANRAYA En. Nazim bin Nazri

DOKUMENTASI Pn Suraya binti Naim.

13.0

Program Tentatif

1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. 2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. 3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah.

4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf : Meletakkan pavement dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf. Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput

5.

Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah:

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut Menanam pokok sebagai teduhan

13.1

Tentatif perjalanan aktiviti

7: 30 pagi 8:00 pagi 8:15 pagi

: Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan. : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan. : Taklimat gotong royong : Pengagihan kumpulan Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya Kumpulan 2 Kawasan Belakang Sekolah

8: 20 pagi 12:30 t/hari 1.00 t/hari

: Aktiviti gotong royong dimulakan. : Jamuan : Bersurai

14.0

Anggaran perbelanjaan

Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini : Berikut

BIL 1

PERKARA Perbelanjaan cetakan 1. Buku Program 2. Surat-menyurat

PERBELANJAAN

RM 0.50 X 10 RM 0.50 X 4

RM 5.00 RM 2.00

JUMLAH 2

PERBELANJAAN CETAKAN Peralatan: 1. Tin cat 2. Berus cat 3. Cangkul 4. Plastik Sampah 5. Tong Sampah 6. Paku RM 25.00 X 3 RM 2.50 X 10 5 2 RM 75.00 RM 25.00 RM 30.00 RM 2.00 RM 500.00 RM 25.00

RM 6.00 X RM 1.00 X

RM 50.00 X 10 RM 25.00 X 1

7. Gergaji 8. Kayu / papan JUMLAH 3 JUMLAH 4 JUMLAH 5 JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN Jamuan makan tengah hari PERBELANJAAN JAMUAN Hadiah dan Cenderahati PERBELANJAAN HADIAH Lain-lain perbelanjaan PERBELANJAAN KESELURUHAN

RM 6.00 X 20 RM 8.00 X 30

RM120.00 RM240.00 RM 547.00

RM 2.00 X 100

RM 200.00 RM 200.00

RM 10.00 X 1

RM 10.00 RM 10.00 RM 100.00 RM 757.00

Tajaan: a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPS b) Rumput ditaja oleh MPS c) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPS d) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin

15.0

Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong

perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh: . ( RUZINA BINTI AMRUN ) Setiausaha 3K. SK Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut:

..

..

( ROSMAN BIN MANSOOR ) Guru Besar, SK Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.

You might also like