You are on page 1of 12

SEJARAH ASIA TIMUR

TAJUK: SOALAN 1: BAHASKAN FAKTOR KEBANGKITAN DAN KEJAYAAN REVOLUSI 1911 MENGULINGKAN DINASTI MANCHU.

NAMA PENSYARAH: CIK FAIRISA

MASA/KULIAH KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH: NOR AZLON

NOMBOR MATRIK:

NOMBOR KAD PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Revolusi 1911 merupakan detik kejayaan bagi orang-orang Cina dalam usaha menggulingkan Dinasti Manchu yang memerintah selama dua setengah abad (1644-1912). Penurunan takhta kerajaan Manchu pada 12 Februari 1912 menandakan berakhirnya pemerintahan secara dinasti di China dan bermulalah era pemerintahan secara republik yang diasaskan oleh Dr. Sun Yat Sen.1 Di sebalik kejayaan penggulingan Dinasti Ching, Dr. Sun Yat Sen merupakan tulang belakang yang menguatkan pencetus-pencetus idea untuk melakukan revolusi bagi mengembalikan pemerintahan kepada orang Cina setelah berakhirnya dinasti Ming (13681644).

Pelbagai masalah yang telah timbul semasa pemerintahan Dinasti Manchu menguatkan iltizam orang-orang Cina untuk merampas kembali tampuk pemerintahan. Sikap serta polisi pemerintahan Manchu yang lemah seperti amalan diskriminasi, kegagalan memajukan ekonomi, kezaliman tentera, cukai yang tinggi serta bencana alam yang melanda seperti banjir dan kemarau menambahkan lagi kesengsaraan masyarakat Cina terutamanya golongan petani. 2 Gerakan menggulingkan kerajaan Manchu telah dimulakan sejak awal kejatuhan dinasti Ming lagi. Kumpulan-kumpulan yang masih taat setia kepada Kerajaan Ming berjuang untuk mengembalikan pemerintahan dengan cogan kata Hapuskan Manchu Kembalikan Dinasti Ming, namun pemberontakan mereka gagal.
3

Pemberontakan-

pemberontakan selepas itu seperti Pemberontakan Taiping juga gagal untuk menumbangkan dinasti Manchu.4 Kemunculan nasionalis-nasionalis Cina menjelang abad ke-19 terutamanya Dr. Sun Yat Sen telah memberi impak yang besar kepada kejayaan menggulingkan dinasti Manchu dalam gerak Revolusi 1911.5

Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:Pustaka Seri Murni. Hal.180. 2 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution? . Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. 3 Ibid. 4 Pemberontakan Taiping merupakan sebuah pemberontakan yang besar, membabitkan sekitar satu per tiga kawasan China yang dikuasai oleh Taiping Tianguo, gerakan agama Kristian yang diketuai oleh Hong Xiuquan, Raja Dari Syurga. Hanya selepas 14 tahun bahawa pemberontakan Taiping dihancurkan ketika angkatan tentera Taiping dimusnahkan dalam Pertempuran Ketiga Nanking pada tahun 1864. Pada keseluruhannya, antara 20-50 juta orang terkorban dan menebabkan perang ini merupakan perang yang kedua paling banyak mengorbankan nyawa dalam sejarah manusia. 5 Untuk maklumat lanjut rujuk, Historical Impact di http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN REVOLUSI 1911

2.1 Peranan Dr. Sun Yat Sen Sikap, tindakan dan fahaman Sun Yat Sen 6 telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang Cina terhadap pemerintahan Manchu.7 Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan kerajaan China. Apabila

memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China. 8 Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan Fahaman Republik dalam kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan orang ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen juga dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat.9

Antara usaha Sun Yat Sen dalam menubuhkan Kerajaan Republik adalah menubuhkan perkumpulan Menghidupkan Semula China yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui di Hawaii pada tahun 1894.10 Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton
6

Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga umur 12 tahun. Pada 1879, beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun The Chang. Di Hawaii beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif Cina. Hal ini terbukti apabila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembendahan beliau mempraktikannya di Macau tetapi tidak lama kerana mendapat larangan daripada pihak Perancis. 7 Wang Gungwu. 1959. Sun Yat-Sen and Singapore, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2. Hal.56. 8 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180. 9 Untuk maklumat lanjut rujuk Sun Yat Sen. 1924. San Min Chu I:The Three Principles of the People (terj.). Taiwan: China Cultural Service. Hal. 1-213. Dan Paul Myron Anthony Linebarger. 1937. The Political Doctrines of Sun Yat-Sen: An Exposition of the San Min Chu I. Baltimore: The John Hopkins Press. Hal. 1-264. 10 Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. New York: Addison Wesley Longman Limited. Hal.23-24.

dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Oleh kerana itulah beliau digelar, Father Of The Country.11

2.2 Gerakan Anti-Manchu

Orang-orang Cina tidak dapat menerima orang Manchu sebagai masyarakat Cina sebaliknya mereka dianggap sebagai orang asing, walaupun cara hidup mereka telah dipengaruhi oleh orang Cina. Dari sikap ini maka timbul sentimen anti-Manchu apabila orang-orang Manchu berjaya menggulingkan Dinasti Ming dan menubuhkan Dinasti Manchu pada 1644. 12 Orang Cina tidak mahu tunduk kepada orang Manchu kerana menganggap orang Manchu rendah darjatnya dan berasal dari kaum nomad. Hal ini menyebabkan wujud gerakan menentang Manchu sepanjang pemerintahannya. Gerakan ini dilakukan oleh kumpulan yang taat kepada Dinasti Ming dan menggunakan slogan Hapuskan Manchu kembalikan Ming.
13

Pemberontakan besar telah berlaku seperti yang dilancarkan oleh Persatuan Teratai Putih dan Pemberontakan Taiping yang hampir berjaya menggulingkan Manchu. Walaupun gagal, semangat perjuangan menumbangkan Manchu diterukan oleh golongan nasionalisme seperti Dr. Sun Yat Sen.14

Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-Manchu dalam kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi gelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi menjalankan propaganda anti-Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi. 15 Beliau telah berjaya mengekploitasikan perasaan anti-Manchu dalam kalangan anggotaanggota kongsi gelap. Gerakan revolusi di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat
11 12

Ibid. Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.184. 13 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution? . Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. 14 Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. Hal.23-24. 15 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.184.

sokongan pelajar-pelajar daripada rakyat China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang dilatih secara Barat. Sejak 1909, beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika Syarikat, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina serta mendapat bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan perjuangannya.16

2.3 Kelemahan Manchu

Kelemahan Manchu berlaku dalam banyak bidang seperti pentadbiran, ekonomi, sosial dan ketenteraan. 17 Kelemahan tersebut menyebabkan imperialisme barat dapat berkembang. Kuasa barat menuntut hak istimewa ke atas wilayah tanpa menghiraukan kedaulatan negara China. 18 Pihak Inggeris telah menggunakan alasan perdagangan dan hubungan diplomatik yang tidak sama taraf untuk mengamalkan dasar imperialism. Rusia pula berpura-pura bersimpati dan menjadi pembela China semasa menghadapi tekanan barat. Jepun juga tidak terlepas mendapat habuan setelah berjaya mengalahkan China pada tahun 1894-1895.19 Bagi golongan nasionalis, mereka berpendapat hanya dengan menggulingkan Manchu dapat mengembalikan kedaulatan China.

Selain itu, kekalahan di dalam perang Candu I dan II, kekalahan dengan Perancis pada tahun 1884, Perang China-Jepun 1894-1895 dan Pemberontakan Boxer 1900 telah memalukan Dinasti Manchu kerana memperlihatkan kelemahan pentadbiran. Perjajianperjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang telah merugikan pihak China. Akibatnya China ditawan. Oleh itu, Manchu patut digulingkan. Semasa abad ke-19, kuasa Qing merosot. China telah mengahadapi persengketaan sosial secara besar-besaran, ekonomi yang tidak berkembang , serta pengaruh barat. Keinginan Britain meneruskan perniagaan candu dengan China bercanggah dengan edik-edik empayar yang mengharamkan dadah. Britain dan kuasa-kuasa Barat, termasuk Amerika Syarikat, terpaksa menduduki konsesi secara paksaan dan memperoleh hak istimewa perdagangan.20 Hong Kong diserahkan kepada Britain pada tahun 1842 di bawah perjanjian Nanking. Selain itu, pemberotakan Taiping
16 17

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hal.102. Ibid. Hal.102-103 18 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.185. 19 C. Martin Wilbur & Julie Lien-ying. 2000. Missionaries of Revolution: Soviet Advisers and Nationalist China 1920-1927. Cambridge: Harvard University Press. Hal. 23. 20 Ibid.

(1851-1864) dan Pemberontakan Boxer berlaku pada abad itu.

21

Dari banyak segi,

pemberontakan dan perjanjian-perjanjian yang Dinasti Qing dipaksa untuk tandatangani dengan pihak imperialis merupakan gejala-gejala ketidakupayaan kerajaan China untuk membalas dengan sempurna kepada keadaan-keadaan yang mencabar China pada abad ke-19.

2.4 Pengaruh Gerakan Pembaharuan 1898

Gerakan Pembaharuan yang telah dilakukan oleh reformis terdahulu memberikan pengaruh yang besar ke atas masyarakat Cina untuk mengadakan pembaharuan yang cepat. Misalnya reformis-reformis Wang Tao (1828-1897) dan Ho Kai (1858-1917) mempunyai pengaruh yang besar ke atas Dr. Sun Yat Sen yang menjadi pelopor Revolusi 1911. 22 Sungguhpun berbeza antara konsep monarki dan republik, namun kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu membentuk negara China yang berdaulat.

2.5 Peranan Golongan Pelajar

Apabila pemberontakan Boxer gagal menimbulkan kesedaran kepada pemerintah Manchu untuk mengadakan pembaharuan, ramai orang Cina telah dihantar ke luar negara seperti Amerika, Eropah dan Jepun untuk belajar. Ketika menuntut di luar negara terutama di Barat, mereka mendapat pengetahuan mengenai revolusi dan kemajuan yang dikecapi oleh Barat. Golongan ini mendapat inspirasi dari kejayaan Gerakan Penyatuan di Itali dan Jerman pada tahun 1870. 23 Bagi mereka, idea tersebut sesuai dijalankan di negeri China yang belum bersatu. Golongan ini sedar tentang demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia iaitu persamaan taraf dan kemerdekaan. Mereka terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak asasi manusia. 24 Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Itali dan Jerman, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah dijadikan ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.25

21 22

Ibid. Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.185. 23 Ibid. 24 Ibid. 25 Ibid.

2.6 Sebab Ekonomi Pada pertengahan abad ke-19 keadaan ekonomi negeri China mengalami kemerosotan. 26 Selain dari bencana alam yang menjejaskan pertanian, ia juga berpunca dari kesan-kesan peperangan. Manchu telah mengeluarkan belanja yang besar untuk membiayai peperangan dan menanggung ganti rugi sebagai hukuman kerana kalah dalam peperangan. Negeri China telah membayar sebanyak 200 juta tael kepada Jepun pada 1895 ekoran Perang China-Jepun dan 30 juta tael tambahan kepada Jepun sebagai ganjaran kerana menarik diri dari semenanjung Liaotung.27 Seterusnya China membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasakuasa barat termasuk Jepun ekoran Pemberontakan Boxer.28 Selain itu, kerajaan China telah meminjam 400 Franc dari Rusia dan Perancis bagi membayar ganti rugi peperangan. 29 Tindakan kerajaan China meminjam dari negara luar menimbulkan kesan negatif. Rakyat terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi bagi meningkatkan pendapatan negara.

2.7 Sebab Sosial

Pertambahan Penduduk

Pada 1911 penduduk Cina meningkat kepada 430 juta orang dari 377 juta orang pada 1885. Pengeluaran pertanian berkurangan akibat bencana alam seperti banjir dan kemarau menyebabkan kesengsaraan hidup. Kebuluran sering terjadi seperti tahun 1910-1911.30

Kesulitan Hidup Rakyat

Selain dari pertambahan penduduk, bencana alam dan cukai yang tinggi turut menambahkan beban dan penderitaan rakyat. Mengikut rancangan 1901, kerajaan telah mengenakan cukai tambahan kerana kerajaan ingin meningkatkan pendapatan kewangan negara. Kerajaan memerlukan wang yang banyak untuk membiayai jalan keretapi yang diselenggara dan
26 27

Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.102. Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution? . Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. 28 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.139. 29 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution? . Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. 30 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.186.

membiayai kos peperangan.31 Dengan adanya cukai yang tinggi telah menyebabkan rakyat terutamanya golongan petani dan pekerja menderita dan terbeban.

3.0 GERAKAN KE ARAH KEJAYAAN REVOLUSI 1911

Revolusi 1911 bermula dengan Pemberontakan Wuchang pada 10 Oktober 1911 dan berakhir dengan penurunan Maharaja Puyi dari takhta pada 12 Februari 1912. Konflik ini menyaksikan pertarungan antara Angkatan Diraja Dinasti Ching, dan angkatan Perikatan Revolusi (Tongmenghui). Hasil segera revolusi ini bukanlah sebentuk kerajaan republik. Kerajaan pusat sementara yang didirikan agak lemah dan negara masih berpecah-belah secara politik. Pemerintahan beraja dipulihkan dan digulingkan semula sebanyak dua kali, dan terdapat juga tempoh pemerintahan tentera. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja.32

Semenjak China dikalahkan oleh Perancis pada tahun 1885, Dr. Sun Yat Sen telah memikirkan tentang pemulihan pemerintahan di China. Hasratnya ini dimulakan dengan langkah mengadakan perhubungan dengan kongsi-kongsi gelap di Canton kerana beliau sedar bahawa mereka merupakan pusat kuasa yang penting di selatan China. 33 Pada mulanya Sun Yat Sen cuba bertindak melalui pergerakan pemulihan di kalangan golongan Mandarin tradisional, namun selepas kunjungannya ke Peking dalam tahun 1894, beliau telah melihat sendiri tentang keangkuhan orang Manchu apabila beliau enggan ditemui oleh Li Huangchang.34

Segala sikap, tindakan dan fahaman Dr. Sun Yat Sen telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang-orang China terhadap pemerintahan Manchu. Pada tahun 1894, Dr. Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum kepada Li Huang-chang untuk mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Dr. Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan

31 32

Ibid. Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180. 33 Wang Gungwu. 1959. Sun Yat-Sen and Singapore, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2. Hal.56. 34 Ibid.

memulihkan China. Apabila memorandumnya ditolak, Dr. Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan revolusi dan menggulingkan kerajaan Manchu.35

Antara tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China. Walaupun pemberontakan-pemberotakan itu gagal tetapi ia telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. Oleh sebab ketiadaan pemimpin dalam gerakan Revolusi pada ketika Dr. Sun Yat Senberada di Denver, Colorado manakala Huang Hsing berada di Shanghai, mereka telah melantik Li Yuan-hung iaitu bekas komander tentera Ching untuk menjadi tentera Hupeh.36

Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan bermulanya Revolusi China dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain di bawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut memberontak dan mengisytiharkan bebas dari kerajaan Peking.37 Pada 12 Oktober 1911, Hanyang dan Hankow jatuh ke tangan golongan revolusi. Kejayaan besar ini menyebabkan wilayah-wilayah lain turut mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Ching seperti Hunan (22 Oktober), Kiangsi (2 November) dan Chekiang (4 November).38

Kerajaan Ching yang melihat kedudukan mereka semakin goyah telah bertindak melantik dan memberi kuasa penuh kepada Yuan Shih Kai untuk mengetuai tentera darat dan laut. Kempen ketenteraan yang dijalankan mencapai kejayaan apabila berjaya menawan kembali Wuchang, Hankow, dan Hanyang.39 Keadaan ini telah memberikan tamparan hebat kepada pemimpin-peminpin revolusi. Oleh yang demikian, pemimpin revolusi seperti Li Yuan Hong dan Huang Hsing bersedia bertolak ansur dan bersepakat untuk mengadakan rundingan. Dalam rundingan tersebut, mereka bersepakat untuk melantik Yuan Shih-kai sebagai presiden sementara Republik China dengan syarat beliau mesti meneruskan perjuangan untuk membebaskan China daripada pemerintah Ching dan meneruskan usaha ke

35 36

Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.103. 37 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.188. 38 Ibid. Hal.189. 39 Ibid. Hal.190

arah pembentukan demokrasi dalam pentadbiran.40 Dengan ini beliau telah meyakinkan pihak istana bahawa maharaja muda mesti turun takhta sebelum tentera pimpinannya tewas. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah Republik China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.41

Menjelang tahun 1911, ekoran kebangkitan revolusionari yang diketuai oleh SunYat Sen telah menyebabkan Manchu kehilangan kuasa dalam semua aspek merangkumi sosial, politik dan ekonomi. Faktor kebencian orang Cina terhadap Dinasti Manchu yang berat sebelah, kejam serta kegagalan mereka dalam membela nasib rakyat China dianggap sebagai tanda yang membawa kejatuhan Dinasti tersebut.42 Ideologi yang dibawa oleh Sun Yat Sen seakan-akan dinanti oleh rakyat China sendiri. Mereka menganggap bahawa dengan penggulingan Dinasti Manchu, segala bentuk penindasan dan ketidakpuasan hati mereka dapat dileraikan. Isu utama yang ditimbulkan bagi membangkitkan revolusi adalah dengan pembinaan jalan keretapi yang mana pembesar wilayah tidak berpuas hati dengan syarat yang dikemukakan oleh kerajaan Peking.43

Selain itu, penubuhan persatuan nasionalisme diilhamkan daripada sikap ingin mengubah keadaan di China dan menentang penjajahan asing telah dipelopori oleh golongan terpelajar dan Sun Yat Sen. 44 Namun demikian, sikap yang lebih utama yang membawa kejatuhan Dinasti Manchu adalah disebabkan China sendiri yang mengalami masalah dalaman yang semakin meruncing ekoran kehilangan beberapa kawasan akibat daripada perjanjian-perjanjian yang tidak adil. 45 Kehadiran dan kebangkitan revolusi Sun Yat Sen hanya membangkitkan lagi faktor dalaman yang sedia ada di China.

40 41

Ibid. Hal.191. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Hal.103. 42 Ibid. Hal.101. 43 Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.188. 44 Untuk maklumat lanjut sila lihat What were the causes of the 1911 Revolution? . Di laman http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911-revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. 45 Untuk maklumat lanjut rujuk, Historical Impact di http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

10

4.0 KESIMPULAN

Gerakan pembaharuan secara revolusi pada tahun 1911 dalam usaha menggulingkan pemerintahan dinasti di China sememangnya mendatangkan kejayaan. Peranan yang disumbangkan oleh Dr. Sun Yat Sen dan dibantu oleh kelemahan pentadbiran Dinasti Manchu merupakan penyumbang ke arah kejayaan Revolusi 1911. Meskipun menghadapi banyak masalah, namun pendedahan dan pengalaman beliau amat berguna kepada rakyat Cina terutamanya dalam Revolusi 1911. Pengaruh Dr. Sun Yat Sen menjadi pelopor kepada kemunculan Republik China. Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu.

Revolusi ini dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja.46 Selain itu beliau juga berjaya membuktikan bahawa dirinya merupakan juara kepada perubahan dan revolusi walaupun pada peringkat awalnya banyak terpengaruh dengan pemikiran dan demokrasi barat. Revolusi 1911 yang bermula pada 10 Oktober 1911 melalui pemberontakan demi pemberontakan akhirnya berjaya menggulingkan Dinasti Ching dengan penurunan takhta oleh Maharaja Puyi pada 12 Februari 1912, kemudian membawa kepada pembentukan Republik China.

46

Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hal.180.

11

BIBLIOGRAFI

C. Martin Wilbur & Julie Lien-ying. 2000. Missionaries of Revolution:Soviet Advisers and Nationalist China 1920-1927. Cambridge: Harvard University Press. Colin Mackerras. 1998. China in Transformation 1900-1949. New York: Addison Wesley Longman Limited. Maswari Rosdi. 1989. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:Pustaka Seri Murni. Paul Myron Anthony Linebarger. 1937. The Political Doctrines of Sun Yat-Sen: An Exposition of the San Min Chu I. Baltimore: The John Hopkins Press. Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Sun Yat Sen. 1924. San Min Chu I:The Three Principles of the People (terj.). Taiwan: China Cultural Service. Wang Gungwu. 1959. Sun Yat-Sen and Singapore, dalam South Seas Society Journal. Vol.15, Pt.2. Historical Impact http://exhibits.gelman.gwu.edu/collections/exhibits/show/1911revolution/historical-impact dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg. What were the causes of the 1911 Revolution? http://www.markedbyteachers.com/gcse/history/china-what-were-the-causes-of-the-1911revolution.html. dimuat turun pada 17.3.2013 jam 3.00 ptg.

12

You might also like