You are on page 1of 8

Pemilihan,Pembinaan dan Penggunaan Media Pengajaran

1.0

Pemilihan Media Pengajaran

Pemilihan media pengajaran dibuat oleh guru berdasarkan topik pengajaran, aktiviti dan pendekatan pembelajaran yang dirancang. Pemilihan media ialah satu proses merancang dan menyediakan media yang paling sesuai untuk topic yang diajar. Dalam perancangan, pemilihan media dibuat berdasarkan sifat-sifat yang boleh digunakan dan diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Prinsip media pengajaran adalah berasaskan kepada potensinya yang dapat membantu guru melaksanakan pengajaran secara bermakna dan berkesan. Sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, selain daripada memikirkan berkenaan dengan topik yang hendak diajar serta objektif pembelajarannya, pengajar juga harus memberi tumpuan kepada empat perkara, iaitu: i. ii. iii. iv. a. Sifat fizikal media Objektif pembelajaran Ciri-ciri murid Situasi pengajaran/Kaedah pengajaran

Sifat fizikal media Sifat fizikal media mengandungi enam elemen iaitu: i) Visual Langkah awal adalah dengan mengenal pasti objektif pembelajaran iaitu untuk mengetahui samada objektif pembelajaran memerlukan penggunaan visual atau tidak. Penggunaan visual penting kerana dapat membantu murid memahami sesuatu konsep yang konkrit seperti mengenal pasti sesuatu objek. Perkataan bercetak Penggunaan perkataan bercetak sesuai bagi member penerangan secara jelas kepada murid.Penerangan secara lisan mungkin kurang berkesan jika tiada bantuan daripada penggunaan perkataan bercetak. Bunyi dan suara Bunyi dan suara merupakan dua sifat fizikal media yang penting untuk menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Bunyi dan suara boleh digunakan bersama-sama perkataan bercetak atau tanpanya.Penggunaan bunyi dan suara boleh membantu menguatkan penyampaian mesej yang jelas kerana dapat membantu murid menganal pasti bunyi seperti muzik, suara binatang dan sebagainya. Pergerakan

ii)

iii)

iv)

Pergerakan amat penting jika pengajaran tersebut memerlukan pelajar meniru pergerakan seperti tarian.Pergerakan boleh dipercepat atau dilambatkan bergantung kepada keperluan pembelajaran pada masa itu..Jika murid perlu mengikuti pergerakan dalam aktiviti tersebut, pergerakan gambar atau peristiwa perlu dilambatkan supaya murid dapat memahami, meniru atau mengikuti dan menguasai aktivit tersebut v) Warna Warna dapat memantapkan pemahaman murid, lebih-lebih jika pengajaran dan pembelajaran lebih berkisar tentang alam semulajadi. Warna asal perlu ditunjukkan kepada murid untuk melihat keaslian sesuatu benda atau perkara seperti warna awan atau melibatkan perubahan warna pada uji kaji kimia. Bahan sebenar atau maujud Bahan sebenar perlu bagi membiasakan murid dengan sesuatu objek tidak pernah dilihat.Terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada pengajaran yang disampaikan dalam bentuk realistic..Contohnya pembelajaran tentang jenis-jenis bunga seperti bunga tanjung.Murid berpeluang untuk mengetahui rupa sebenar bunga tersebut yang jarang didapati dewasa ini, lebih-lebih lagi dikawasan bandar.

vi)

b.

Objektif pembelajaran Pemilihan media bergantung kepada hasil pembelajaran yang ditentukan oleh guru dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Mengikut Gagne(1985), Gagne, Briggs dan Wager(1988), terdapat lima jenis,strategi kognitif,kemahiran motor dan sikap. i. Kemahiran intelek Guru perlu bijak memilih media berentuk bahan terancang atau pengajaran berasaskan computer supaya ada interaksi antara murid dengan bahan atau media yang dipilih.Pengajaran harus disusun dengan rapi bagi memastikan media yang dipilih dapat memberikan prestasi yang berkesan terhadap murid. Maklumat lisan Penggunaan media berbentuk teks bercetak atau bahan audio (tutur) diperlukan bagi mencapai hasil pembelajaran maklumat lisan.Murid perlu menuturkan secara lisan perkara yang dipelajari seperti audio visual supaya matlamat hasil pembelajaran tercapai. Strategi kognitif Dalam strategi kognitif,guru perlu memilih penggunaan media interaktif supaya boleh membantu mengesan tahap kefahaman murid dan juga menyelesaikan masalah murid dengan menyediakan maklum balas sebaik sahaja selesai sesuatu topik pengajaran atau latihan. Kemahiran Motor Pemilihan media untuk kemahiran motor harus menunjukkan prosedur dan cara yang boleh diikuti oleh murid seperti menyediakan arahan untuk melakukan

ii.

iii.

iv.

v.

d.

sesuatu mengikut langkah-langkah tertentu.Prosedur merupakan kemahiran intelek yang perlu dikuasai sebelum melakukan latihan samada menggunakan peralatan atau tidak.Murid perlu mempelajari peraturan atau prosedur sebelum membuat latihan untuk menguasai kemahiran motor yang ingin dikuasai. Sikap Sikap positif dalam diri murid boleh dibentuk dan dilahirkan dengan menggunakan media pengajaran dengan menonjolkan teladan yang baik. Apa yang penting ialah paparan daripada media pengajaran yang boleh meninggalkan kesan yang positif kepada sikap murid. Ciri-ciri murid Pemilihan media dalam proses pengajarandan pembelajaran perlu mengambil kira ciri-ciri murid kerana keberkesanan penggunaan media bergantung kepada latar belakang murid itu sendiri. Berdasarkan model ASSURE, analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam penggunaan media pengajaran secara sistematik.Terdapat tiga aspek utama dalam analisis,iaitu: i. Ciri-ciri umum Guru perlu memahami aspek umur,jantina dan latar belakang sosial murid supaya mereka dapat mengetahui tahap pelajaran,konteks pelajaran dan penggunaan contoh yang dapat memberikan kesan yang baik. ii. Keperluan khusus Guru perlu menganalisis tahap kebolehan dan kelemahan murid supaya mereka dapat mengetahui keperluan media yang sesuai bagi membantu murid menerima mesej dengan lebih jelas iii. Stail pembelajaran Setiap murid mempunyai stail pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.Oleh itu guru digalakkan mempelbagaikan pendekatan mereka supaya dapat memenuhi keperluan stail pembelajaran murid dengan media bersesuaian. Situasi pengajaran i. Pengajaran beramai-ramai Kaedah ini melibatkan ramai murid dimuatkan dalam satu kelas.Pengajaran disampaikan secara kuliah di mana guru bertindak sebagai penyampai secara tradisional dan mengawal proses pengajaran.Murid hanya pasif dan mendengar sahaja kuliah guru.Media pengajaran yang digunakan adalah seperti televisyen,filem,video,kertas edaran dan sebagainya. ii. Pengajaran Kendiri Pengajaaran ini lebih berpusatkan murid dan digunakan bagi keperluan individu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran dan kepantasan belajar.Pelbagai media boleh digunakan seperti kertas latihan,modul perisian mata pelajaran tertentu,bahan computer berinteraktif yang mampu memberikan maklum balasterhadap jawapan murid dan sebagainya.

iii.

Pengajaran Berkumpulan Guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid untuk mencapai hasil pembelajaran.Murid berpeluang untuk berinteraksi secara interpersonal.Contoh pengajaran adalah seperti tutorial,seminar,latihan berkumpulan,projek berkumpulan dan simulasi.

1.1

Kriteria pemilihan media pengajaran. Pemilihan media pengajaran yang bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu: i. ii. iii. iv. v. 1.1.1 Kesesuaian Kewibawaan, kredbiliti dan kemas kini Aspek-aspek teknikal Ciri-ciri praktikal Berkaitan

Kesesuaian Kesesuaian media dengan tajuk yang diajar penting kerana keberkesanan hasil pembelajaran bergantung kepada faktor kesesuaian media pengajaran.Beberapa aspek kesesuaian perlu diteliti semasa membuat pemilihan media pengajaran, iaitu: a. b. c. d. e. f. g. h. i. Perbendaharaan kata dan bahasa yang mudah dan senang difahami murid. Konsep mata pelajaran boleh diikuti murid Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran jelas Dialog, penjelasan dan kesan-kesan khas yang digunakan berkaitan dengan mata pelajaran. Penggunaa media pengajaran sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi individu atau kumpulan. Mempunyai hubungan dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Keterangan isi kandungan menepati sukatan pelajaran Penyamapaian dan isi tidak membosankan murid. Penyampaian dan isi menarik imaginasi, minat dan perasaan murid.

1.1.2

Kewibawaan, kredibiliti dan kemas kini a. Fakta-fakta dikemukakan secara tepat b. Fakta-fakta dikemukakan tidak berat sebelah c. Maklumat yang terbaru dan dikemaskini d. Perkembangan isi pelajaran mengikut topic. Aspek-aspek kualiti dan teknikal

1.1.3

a. b.

Kualiti audio, visual, warna dan fotografi jelas, mudah difahami dan bersesuaian dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan imej dan audio dihubungkan dengan keadaan semula jadi atau sebenar sesuatu peristiwa atau objek.

1.1.4

Ciri-ciri praktikal a. Bahan itu efektif dari segi kos, masa dan tenaga b. Mudah untuk diperoleh, diselenggara dan disimpan c. Bahan mesra pengguna dan tidak perlukan latihan tambahan d. Mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir Berkaitan a. Isi kandungan boleh digabung jalin dengan mata pelajaran lain. b. Media yang digunakan merupakan cara yang paling baik untuk menyampaikan sesuatu konsep

1.1.5

2.0

Pembinaan media pengajaran Penghasilan media pengajaran memerlukan perancangan yang rapi sebelum, semasa dan selepas.Guru perlu teliti dalam setiap perancangan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer.Penggunaan media pengajaran juga memerlukan urutan langkah penghasilan media bagi memastikan kualiti dari segi penggunaanya. Pembinaan media dibahagikan kepada dua, iaitu media yang digunakan untuk persembahan didalam kelas dan media digunakan untuk kegunaan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya terdapat lapan langkah dalam penghasilan media, iaitu: i. Cetuskan idea Pencetusan idea boleh dibuat melalui pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Media yang dihasilkan boleh mengembangkan fikiran murid dalam sesuatu aktiviti dan dapat meransang serta menjana idea murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan objektif Dalam penghasilan media, pernyataan objektif pembelajaran yang perlu dicapai pada akhir pengajaran hendaklah jelas supaya menepati tujuan penghasilan. Analisis murid Penghasilan media yang baik perlu mengambil kira ciri-ciri murid supaya media yang dihasilkan sesuai digunakan oleh murid berkenaan. Analisis murid yang dibuat perlu mengambil kira latar belakang, pengetahuan sedia ada murid, kadar pembelajaran, kemahiran asas,kebolehan bertutur, sikap dan gaya belajar.Analisis murid dapat menentukan keberkesanan penggunaan media pengajaran yang dihasilkan kerana analisis ini membantu guru dari segi perkembangan pengajaran kepantasan pengajaran, paras perbendaharaan kata dan cara serta tahap penglibatan murid.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

Kumpul dan susun bahan Sumber-sumber untuk dijadikan bahan dalam media pengajaran perlu dibuat kajian, samada melalui pembacaan atau lawatan ke lokasi berkenaan.Kandungan bahan perlu dilihat dan dikaji secara menyeluruh.Isi-isi utama perlu disusun mengikut aras kepentingan dan synopsis tentang bahan dan sumber tersebut perlu dibuat dengan teliti. Tukar idea dalam bentuk bahan atau visual Susunan maklumat yang perlu dikaji perlu diterjemahkan dalam bentuk bahan supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan berbanding penyampaian maklumat secara lisan dan bertulis sahaja.Idea boleh diterjemahkan dalam tige bentuk iaitu fotografik, elektronik dan grafik.Fotografik dan elektronik menyediakan ilustrasi melalui gambar, iaitu gambaran yang mewakili realiti dalam keadaan menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik yang terdiri daripda visual analogik dan visual organisasi.Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbolyang dianggap dapat mewakili konssep tersebut.Visual organisasi merangkumi carta aliran,graf, peta, carta kategori dan sebagainya. Rancang penglibatan murid. Proses P&P lebih berkesan dan bermakna dengan aktiviti yang memerlukan penglibatan murid secara aktif.Contoh perancangan aktiviti yang member maklumat kepada murid supaya aktif adalah seperti: a. Soalan-soalan KBKK yang memerlukan maklum balas segera yang dapat meransang pemikiran murid dan menggalakkan mereka untuk aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. b. Aktiviti yang memerlukan muird mengelola dapatan seperti membuat sinopsis,cerita pendek dialog, kesimpulan dan menyatakan pendapat tentang sesuatu seperti peristiwa,tayangan video dan gambar yang memerlukan pendapat murid. c. Pengibatan murid untuk membuat ringkasan, mempersembahkan dapatan,membuat penilaian, pemilihan dan keputusan tentang sesuatu perkara. Semak perancangan Senarai semak untuk memastikan perancangan yang dibuat berjalan lancar dan tiada sebarang kesilapan penting sebelum media pengajaran diterbitkan untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan. Penerbitan Langkah terakhir ialah penerbitan media setelah semua langkah dibuat mengikut perancangan.Dalam penerbitan media pengajaran, aspek teknikal perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kualiti samada gambar,teks,video atau masalah tidak cukup ruang yang boleh menyebabkan ada bahagian yang tidak boleh dimasukkan dalam penerbitan.

3.0

Penggunaan Dalam pengajaran dan pembelajaran, kegunaan media pengajaran bergantung kepada keadaan dan keperluan pengajaran.Penggunaan media menggerakkan murid untuk berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya serta aktif dalam aktiviti yang dibuat dalam kelas.Penglibatan murid semasa menggunakan media membolehkan guru mengesan kemajuan murid dan dapat member kesan positif kepada pembelajaran mereka. Mengikut Kassim Abbas(2006), terdapat lima langkah dalam penggunaan media iaitu: i. Sediakan diri. Seorang guru perlu melihat dan menggunakan terlebih dahulu media yang hendak digunakan supaya mereka dapat mengetahui langkah-langkah yang terdapat dalam media yang hendak digunakan.Langkah ini juga penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan media berjalan lancar. ii. Sediakan persekitaran Guru perlu menyediakan peralatan yang berkaitan dengan media yang ingin digunakan terlebih dahulu supaya berada dalam keadaan bersedia dan boleh digunakan apabila tiba waktu mengajar murid. iii. Sediakan kelas Guru memberitahu murid peralatan yang digunakan, sebab peralatan tersebut dipilih, isi kandungan yang boleh dipelajari dan jelaskan cara menggunakan item tersebut. Penjelasan tentang aktiviti yang akan dilakukan semasa menggunakan peralatan media tersebut kepada murid dapat membantu penglibatan yang aktif daripada murid. iv. Gunakan item Semasa menggunakan media pengajaran yang dipilih, guru memastikan keselesaan penggunaan media tersebut kepada murid seperti suara yang jelas, skrin yang besar yang dapat menayangkan bahan dengan jelas supaya murid dapat memahami maklumat yang disampaikan dengan baik.Selepas tamat penggunaan,pastikan media ditutup supaya tidak mengganggu proses pengajaran guru. v. Tindakan susulan Selepas penggunaan media tersebut,guru perlu membuat aktiviti susulan seperti perbincangan, lakonan semula, sesi soal jawab mahupun ujian pendek bagi memastikan penggunaan media tersebut dapat memberikan kesan yang maksimum kepada murid. Lebih baik lagi jika murid dapat membuat refleksi tentang penggunaan media tersebut.

You might also like