You are on page 1of 29

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Tajuk 5

BAHAN BANTU BELAJAR KEMAHIRAN TULISAN, EJAAN DAN MENULIS KARANGAN

Sinopsis Bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang sesuai dan menarik amat perlu bagi merangsang minda dan kreativiti pelajar-pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dapat meningkatkan kejayaan pengajaran dan pembelajaran dan boleh menimbulkan motivasi dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987), beliau berpendapat bahawa terdapat pelbagai bahan pengajaran dan bahan bantu. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 5.1 Hasil Pembelajaran

i. ii. iii. iv.

Menyatakan kepentingan bahan bantu belajar Menyenaraikan jenis-jenis bahan bahasa Melayu Membuat pemilihan bahan bahasa Melayu Menghasilkan bahan bantu belajar

5.2

Kerangka Konsep

Sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber dan pelajaran Manusia Bukan Manusia

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 5.3 Kepentingan Bahan

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan bahasa Melayu antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan. . 5.4 Jenis-jenis Bahan

Dalam konteks Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), bahan bantu belajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didiengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Bahan ini boleh digolongkan kepada bahan prosa, bahan puisi, dan bahan grafik. 3

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU i. ii. iii. Bahan prosa meliputi makalah, rencana, esei, cerita, drama, laporan dan berita Bahan puisi meliputi pantun, syair, seloka, gurindam, dan sajak Bahan grafik meliputi gambar rajah, graf, carta, jadual,peta, dan pelan

Alat-alat yang digunakan seharusnya mengandungi bahan yang sesuai bergantung pada tajuk, kemahiran, dan objektif yang telah ditentukan oleh guru dalam pembelajaran yang hendak diajar dalam pengajaran. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Manakala penggunaan bahan pembelajaran dapat

membantu murid membuat hubung kait antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih lama, juga dapat membantu menyelesaikan masalah secara sendiri dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan. Terdapat tiga kategori bahan bantu belajar, iaitu i. ii. iii. bahan maujud; bahan pelbagai media; dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) 5.4.1 Bahan Maujud

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains.

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis, iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua, iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula adalah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar yang melibatkan pengalaman sedia ada mereka serta merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid.

Bahan maujud yang boleh digunakan oleh murid pemulihan

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 5.4.2 Bahan Pelbagai Media

Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Media menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 merupakan pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain.

Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnya bahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antara contoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan sebagainya. Manakala media elektronik pula ialah media yang menggunakan alat elektrik dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio, cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan kaset.

Bahan cetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah bahan ini mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing.

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu, bahan ini kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah bahan cetak mudah alih dan mudah diakses untuk dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat, juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman. Isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini.

5.4.3

Teknologi maklumat dan komunikasi

Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat ( Information Technology) ataupun IT merupakan teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana penggunaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer ialah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan. Isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini, jika digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulang kaji perkara yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya kelebihan penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak berbanding kelemahan yang ada. Walau bagaimanapun kelemahan yang ada akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan.

5.5

Pemilihan dan Penghasilan Bahan Kemahiran Menulis dan Mengeja

Keberkesanan sesuatu pegajaran turut bergantung pada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuaian dengan kumpulan dan keperluan murid. Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah: i. ii. iii. iv. v. Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Memberi keseronokan belajar pembelajaran kepada murid. dan keinginan untuk berjaya dalam

Semasa merancang dan menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk murid pemulihan, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa aspek seperti berikut: i. ii. iii. iv. Umur murid Masalah bahasa yang dihadapi oleh murid Tahap keupayaan intelek murid Jangka masa bahan digunakan 8

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU v. Penggunaan secara individu, kumpulan kecil atau secara kelas.

Apabila anda menghasilkan bahan bantu mengajar, anda harus memastikan bahawa bahan sumber tersebut menepati beberapa ciri seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. Menarik dari segi warna, saiz, bentuk dan bentuk 3D Berkesan dan sesuai dengan pengetahuan dan kemahiran yang hendak di sampaikan Kos penghasilan adalah tidak terlalu tinggi Tidak membahayakan pelajar dan selamat digunakan

5.5.1

Kesesuaian Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

i.

Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu. pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid. Penggunaan Objektif dan matlamat pengajaran (a) Kesesuaian/Pemilihan Bahan Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; dan Sesuai dengan budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya ditentukan terlebih dahulu.

(b)

(c)

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

(a)

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Keadaan pelajar

(a) (b)

Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya. Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.

Suasana pembelajaran

(a)

(b)

(c)

Minat pelajar

(a)

Selain menimbang aspek kesesuaian dan pemilihannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada aspek-aspek seperti berikut: ii. Bahan yang dipilih mesti mencabar

Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruhi tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan itu, bahan yang pilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip yang berikut: bahan konkrit kepada bahan abstrak, bahan mudah kepada yang kompleks, bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, bahan yang khusus kepada bahan yang umum, 10

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU bahan umum kepada bahan teori, bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi.

iii.

Bahan yang menepati objektif pengajaran .

Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, urutan susunan bahan perlu teratur mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, mengandungi maklumat atau fakta penting dan terkini mengikut semasa, kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kerajaan, dan bahan-bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulang kaji. kementerian dan agensi

iv.

Bahan yang menarik minat murid-murid

Bahan bantu belajar ini perlulah mempunyai tarikan dari segi reka bentuk, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid serta mengandungi arahan yang jelas v. Bahan yang jimat dan murah

Perkara penting yang perlu diberi pertimbangan adalah kerana kewajaran kosnya (munasabah); vi. Bahan yang praktikal 11

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Dari segi boleh guna, mudah alih, ekonomik, bahan boleh digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain; vii. Bahan yang bersifat luwes

Bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan pelajar dan antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran menulis/mengarang dan mengeja agak berbeza sedikit. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran mengeja itu dinyatakan sebagaimana berikut: Jenis-jenis bahan sumber untuk pemulihan Bahasa Melayu

i. ii. iii. iv.

Carta abjad kecil Carta abjad besar Carta abjad besar dan kecil Carta abjad bergambar

12

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU v. vi. vii. viii. Set kad abjad kecil : jenis biasa, jenis bertebuk, jenis timbul (3D) Set kad abjad bergambar : satu huruf satu gambar, satu huruf banyak gambar, Set kad suku kata : suku kata kv, suku kata kvk, suku kata vk & vkk, Kad perkataan aneka peringkat : v + kv , kv + v , kv+kv , kvk , v + kvk , kv+kvk , kvk+kv , kvk+kvk , kvkk , v+kvkk , kv+kvkk , kvkk+kv , kvk+kvkk , kvkk+kvk, kvkk+kvkk Kad-kad ayat Papan landas dan kad landas Kad suaian : abjad dengan gambar, suku kata dengan gambar, perkataan dengan gambar, Kad (permainan) suaian : tapak kad suaian, kepingan kad huruf untuk suaian, kepingan kad perkataan untuk suaian. Peti pos : untuk abjad dengan gambar, untuk suku kata dengan gambar, Kad selit : abjad, suku kata, Kad sorong tarik : gambar dengan huruf, suku kata dengan suku kata, gambar dengan perkataan, Kad lipat

ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi.

Jenis-jenis permainan untuk pemulihan Bahasa Melayu i. ii. iii. Permainan memancing Permainan Lotto / Binggo : gambar, suku kata, perkataan, Permainan Domino : gambar dengan gambar, gambar dengan huruf, huruf dengan huruf, suku kata dengan suku kata, suku kata dengan gambar, perkataan dengan perkataan, perkataan dengan gambar.

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Perkara yang penting ialah murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan, iaitu menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk menulis, memberikan pendapat 13

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh mana deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.

5.6

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

5.6.1 Rancangan Pengajaran Individu Definisi dan Konsep RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut. Hallahan dan Kauffman (1977)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan dibina untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya. Bender W.N. (1995)

14

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) ialah: satu dokumen bertulis dirancang khusus untuk seseorang murid dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang : tahap prestasi seseorang murid perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenalpasti objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan pencapaian muridmurid dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan untuk murid satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi cabaran hidup Kesimpulannya: RPI adalah rancangan penilaian yang berterusan secara individu dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pemulihan khas dan pendidikan khas.

5.6.2

Penyediaan RPI menurut masalah

Penyediaan RPI

15

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut. Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut : Objektif yang khusus untuk murid berdasarkan masalah. Strategi pengajaran yang terperinci Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan. Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif. Prosedur penilaian yang terperinci.

Pelaksanaan Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah : penyelarasan penggunaannya. mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan penyelarasan program bantuan dan sokongan kepada guru. pemantauan dan penilaian program.

Penilaian Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli.

Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala maklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan 16

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Contoh RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 17

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

MATA PELAJARAN :________________________________

Nama Murid : Tarikh Lahir : .. Tarikh Mula : Tarikh Semakan : . Pengetahuan Sedia Ada : Matlamat : .

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

18

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU MATA PELAJARAN : Nama Murid Tarikh Mula 1.. Matlamat : 1. OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENILAIAN CATATAN : : Tarikh Lahir : Tarikh Semakan :

Pengetahuan Sedia Ada :

CONTOH

19

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Bahasa Melayu

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU Nama Murid : Azriza Binti Zamri 20 Tarikh lahir : 3 Mei 2002

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Tarikh Mula : 1 Jan 2011 2011 Pengetahuan Sedia Ada : Azriza dapat mengeja dan menyebutkan perkataan suku kata terbuka (KV). Matlamat : Azriza dapat mengeja 20 perkataan dua suku kata terbuka (KVKV) daripada perkataan yang diberi . OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Mengenal dan menamakan objek/gambar yang ditunjukkan. 2. Mengeja perkataan dua suku kata berpandukan gambar. 3. Mengeja perkataan dua suku kata (KVKV) yang disebut oleh guru. 4. Menyesuaikan perkataan dua suku kata (KVKV) dengan gambar. 5. Membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan. 6. latih tubi menyebut dan mengeja perkataan dua suku kata (KVKV) berpandukan gambar. PENILAIAN CATATAN Tarikh Semakan : 30 Jan

1. Azriza dapat menyebut dan mengeja 5 perkataan dua suku kata terbuka (KVKV). Contoh : bapa, batu, baju, bayi dan buku. 2. Azriza dapat menyebut dan mengeja 10 perkataan dua suku kata terbuka (KVKV). Contoh : biji, mata, cili, kuku, bola, meja, ciku, tali, siku dan gigi.

Jangka masa : satu bulan 1. Latihan menyebut dan membaca perkataan bergamba r. 2. Latihan mengeja perkataan perkataan secara lisan. 3. Ujian bertulis (ejaan).

Azriza sudah berjaya menjawab 80% dengan betul dari ujian yang diberikan. TERUSKAN OBJEKTIF YANG BERIKUTN YA.

21

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Rancangan Pengajaran Harian (a) Komponen Persediaan Mengajar Komponen persediaan dalam RPH terdiri daripada maklumat am, pengetahuan sedia ada, kemahiran, penggabungjalinan isi kandungan, hasil pembelajaran, perentasan kurikulum, unsur terapi, dan bahan bantu mengajar. i. Maklumat Am Maklumat am adalah butir-butir tentang tarikh, masa, kelas/tingkatan, bilangan pelajar, mata pelajaran, dan tajuk pelajaran/pengajaran. Maklumat ini adalah penting supaya guru dapat merancang strategi pengajaran untuk pelajarnya. ii. Kemahiran Kemahiran adalah kebolehan tertentu yang diharap dapat dikuasai oleh pelajar melalui pengajaran guru. Dalam pelajaran Bahasa Melayu PKBP, kemahiran asas yang perlu dikuasai adalah seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran yang hendak diajar pada waktu tertentu dinyatakan dengan jelas seperti: Kemahiran: 4.0 Membaca 4.1 Membina dan membaca suku kata. Kemahiran bahasa di atas adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu PKBP. iii. Penggabungjalinan isi kandungan Kandungan pengajaran terdiri daripada beberapa digabungjalinkan dan dinyatakan dengan jelas seperti; 4.1.1 Suku kata 3.3.1 Bentuk dan bunyi huruf vokal dan konsonan iv. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran digunakan bagi menggantikan objektif dalam penulisan RPH. Penulisan hasil pembelajaran hendaklah dalam bentuk tingkah laku, boleh diukur, dan khusus. Contoh: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1. membina sekurang-kurangnya lima perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan kepada mereka. 22 isi pelajaran yang

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Membina - dinyatakan dalam bentuk tingkah laku lima perkataan - boleh diukur berdasarkan gambar - khusus Penulisan hasil pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru bergerak di atas landasan yang betul sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. v. Pengetahuan sedia ada Pengetahuan sedia ada adalah pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar berkaitan dengan tajuk yang diajar, atau pengetahuan yang dimilikinya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar, guru dapat: a. menentukan peringkat pembelajaran pelajarnya; b. dapat mengelak guru daripada mengulang mengajar sesuatu yang telah dipelajari atau dikuasai pelajar; c. membantu guru merancang persediaan mengajar; d. membantu guru merancang penyediaan bahan bantu mengajar; e. menjangkakan hasil pembelajaran yang diharap dari pengajarannya. vi. Perentasan kurikulum Perentasan kurikulum bermaksud pelajaran bahasa yang diajar itu merentasi atau merangkumi isi kandungan mata pelajaran lain seperti sains, muzik, pendidikan seni, dan pendidikan jasmani. vii. Penerapan nilai Nilai murni hendaklah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Penerapan nilai murni adalah bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat 16 nilai murni yang boleh diterapkan dalam pengajaran guru. Nilai-nilai tersebut adalah baik hati, hormat-menghormati, kasih sayang, berdikari, keadilan, berhemah tinggi, kebebasan, kejujuran, keberanian, kebersihan, kerajinan, rasional, kerjasama, kesyukuran, kesederhanaan, dan semangat bermasyarakat. Guru boleh memilih mana-mana nilai murni yang hendak diterapkan sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, apabila guru mengadakan aktiviti berkumpulan dan selepas itu meminta pelajar ke depan membentangkan hasil kerja mereka, maka guru telah menerapkan nilai kerjasama dan juga nilai keberanian (apabila pelajar ke depan kelas untuk bercakap). 23

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

viii.

Bahan bantu mengajar/belajar Bahan bantu mengajar atau bahan bantu belajar merujuk kepada media atau bahan yang guru gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan bantu mengajar yang guru gunakan adalah seperti kad perkataan, kad huruf, kad imbasan, gambar tunggal atau gambar bersiri, perakam video, model , dan sebagainya. Bahan bantu mengajar juga boleh berbentuk bahan sumber yang guru gunakan dalam pengajarannya atau sebagai rujukan seperti buku rujukan, jurnal, risalah, buletin, dan sebagainya.

Komponen persediaan ini perlu dinyatakan dengan jelas dan perinci bagi mengelakkan kekeliruan. Persediaan mengajar yang baik akan dapat digunakan oleh guru lain untuk mengajar tanpa sebarang masalah sekiranya guru berkenaan tidak dapat mengajar disebabkan sesuatu hal yang timbul.

Contoh 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Nama Guru Sekolah Kelas : : .................................................. : 24

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU Tarikh Hari Masa Mata pelajaran : : ............................ : :

KUMPULAN Nama Murid Tajuk Hasil Pembelajaran: Pada akhir p&p murid dapat Pengetahuan Sedia Ada 1. 2.

KUMPULAN 1 1. 2. 3.

KUMPULAN 2

KUMPULAN 3

Bahan Bantu Belajar Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir LANGKAH: Semua kumpulan Set induksi .... minit

25

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Langkah 1 .... minit

Langkah 2 .... minit

Langkah 3 .... minit

Penutup .... minit

Semua kumpulan

Refleksi Guru Pelatih : .............................................................................................................................................. ................................................... .............................................................................................................................................. .................................................... Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing : ..

Contoh 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 26

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Nama Guru : Sekolah : .................................................................. Kelas : Tarikh : Hari : ............................ Masa : Mata pelajaran : .. KUMPULAN Nama Murid Tajuk Hasil Pembelajaran: Pada akhir p&p murid dapat Pengetahuan Sedia Ada 1. 2. KUMPULAN 1 1. 2. 3. KUMPULAN 2 KUMPULAN 3

Bahan Bantu Belajar Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir LANGKAH: Semua kumpulan Set induksi .... minit

27

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Langkah 1 .... minit

Interaksi p&p

Aktiviti Pengukuhan

Latihan Bertulis

Langkah 2 .... minit

Latihan Bertulis

Interaksi p&p

Aktiviti Pengukuhan

Langkah 3 .... minit

Aktiviti Pengukuhan

Latihan Bertulis

Interaksi p&p

Penutup .... minit

Semua kumpulan

Refleksi Guru Pelatih : .............................................................................................................................................. ................................................... .............................................................................................................................................. .................................................... Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing : ..

28

PKP3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU

Latihan 1

Secara individu rancang dan bina bahan sumber mengikut agihan jenis yang di tetapkan dalam RPH yang telah di sediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Latihan 2 Sediakan dalam kumpulan satu set permainan bahasa yang lengkap dengan peraturan penggunaannya.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

29

You might also like